Thursday 27 April 2017

Melaka, Destinasi Percutian yang Menarik

Sudah lima bulan saya tidak bercuti sejak pulang dari 0saka pada Desember, 2016. Walaupun belum terasa bosan memerap di rumah, tetapi bagi se orang kaki travel, keresahan tetap ada.

Ke mana sepatutnya saya bercuti kali ini? Ke luar negara tidak mungkin sebab baharu sahaja bercuti di Jepun tambahan pula RM di kocek belum mengizinkan.

Untuk menghilangkan keresahan, bercuti dalam negara adalah keputusan saya untuk kali ini. Tambahan pula negara kita tidak kurang istimewa jika dibandingkan dengan negara luar.

Salah satu tanda mercu bandar Melaka

Sebagai kaki travel saya tidak pernah silap memilih distinasi percutian. Pemilihan destinasi percutian adalah suatu yang sangat penting.

Melaka tiba-tiba berada di hati saya. Gadis-gadis Melaka ramai yang menawan. Mereka terdiri dari berbagai keturunan seperti Portugis, Belanda, Serani, Chetiah, Cina, Melayu, India serta lain-lain.

Rupa dan perwatakan mereka menarik dan menjadi harapan saya agar ada di antara mereka tertawan dengan kelelakian saya semasa saya bercuti di sana. Who knows, seperti kata orang Inggeris.

Keputusan saya memilih Melaka telah muktamad kerana Melaka terdapat banyak tempat yang menarik untuk dilawati.

Melaka terletak di Barat Daya Semenanjung berkeluasan 1650 kilometer persegi dikenali dengan kotaraya bersejarah. Melaka mempunyai 14 buah muzium.

Tempat penginapan merupakan perkara penting semasa bercuti. Sekiranya saat ini anda sedang bercuti di kawasan Bandar Hilir anda jangan khuatir kerana Bandar Hilir ada banyak hotel dan tempat penginapan bermula dari harga murah hingga hotel mewah dengan harga yang cukup mahal.

Hotel boleh dipilih dari dua bintang hingga empat bintang. Tepuk dada tanya selera anda.

Terletak di Pusat bandar Melaka, Euro Rich Hotel Melaka merupakan tempat menarik untuk memulakan pengalaman di situ dan kawasan di sekitarnya. Terletak 0.4 km dari keseronokan bandar, hotel 2-bintang ini terletak di lokasi yang sangat baik dan menyediakan akses kepada tarikan terbesar di bandar.

Pemandangan Sungai Melaka di waktu malam

Untuk pilihan bersiar-siar dan tempat gaya tarikan tempatan, pelancung tidak perlu pergi jauh dari hotel kerana semuanya berdekatan dengan Rumah Terbalik Melaka, Feri Melaka dan Pelabuhan Melaka.

Euro Rich Hotel Melaka menyediakan ke mudahan dan perkhidmatan bagi memastikan penginapan yang menyenangkan bagi para tetamu. Penginapan ini menawarkan 24 jam pengawal keselamatan, pengemasan harian, khidmat teksi, meja depan 24 jam, simpanan bagasi untuk memastikan tetamu menikmati keselesaan yang terbaik.

Tetamu boleh memilih dari 87 bilik, semuanya yang akan memberi suasana ketenangan dan keharmonian.  Di samping itu, pehak hotel menawarkan aktiviti rekerasi untuk memastikan anda mempunyai perkara untuk dilakukan sepanjang penginapan anda. 

Temui gabungan yang menarik antara perkhidmatan profesional dan pelbagai kemudahan yang ada di Euro Rich Hotel Melaka.

Direka untuk kedua-dua tujuan perniagaan dan percutian, Hangout @ Jongker terletak di lokasi strategik di Persiaran Jongker, salah satu kawasan yang paling popular di bandar tersebut. Hanya satu kilometer dari pusat bandar, lokasi strategik hotel memastikan tetamu boleh ke mana-mana sahaja dengan cepat dan mudah ke tempat-tempat tarikan.

Penginapan ini berada di sekitar kawasan tarikan bandar yang popular seperti Chung Wah Chicken Rice Ball, Jongker Street, Muzium Budaya Cheeng Ho. Hangout @ Jongker menawarkan perkhidmatan yang sempurna dan semua kemudahan penting untuk menceriakan pelancung.

Untuk keselesaan dan kemudahan tetamu, hotel ini menawarkan Wi-Fi percuma semua bilik, pengawal keselamatan 24 jam, khidmat pos, khidmat teksi, mesera kerusi roda. Semua penginapan bagi tetamu menawarkan kemudahan yang difikirkan dengan teliti bagi memastikan rasa selesa yang sukar ditandingi.

Taman di hotel merupakan tempat yang ideal untuk anda releks dan tenangkan diri selepas  hari yang sebuk. Hangout @ Jongker adalah destinasi sehenti anda bagi penginapan hotel berkualiti di Melaka.

Mahkota Hotel Melaka adalah sebuah apartment servis yang terletak di tengah bandar Melaka. Tempat ini menggabungkan tradisi dan kemudahan menawarkan keselesaan, perkhidmatan dan keramahan kepada tetamu. Ia memiliki 617 buah bilik dan suite dan tetamu boleh memilih kemudahan penginapan yang menawarkan pilihan 1, 2 atau 3 bilik tidur.

The Farmosa

Lokasi hotel ini adalah berhampiran dengan tempat tumpuan pelancung dan kawasan bersejarah. Tetamu mempunyai pilihan menu makanan yang pelbagai termasuk makanan Itali, Asia atau juadah kegemaran tempatan. Apartment servis ini terletak di kawasan waterfront dan dekat dengat pusat kormersial Melaka dan Mahkota Parade, kompleks beli-belah dan hiburan ternama di Melaka.

Di Aldy Hotel Stadhuys, perkhidmatan yang cermelang dan kemudahan yang unggul menjadikan penginapan anda tidak dapat dilupakan. Hotel ini menyediakan akses kepada pelbagai perkhidmatan yang luas, termasuklah Wi-Wi percuma semua bilik, fasiliti tetamu kurang upaya, simpanan bagasi, Wi-Fi di tempat awam dan di tempat letak kereta.

Aldy Hotel Stadhuys mengandungi 30 bilik yang dihias indah dan menawarkan internet wayarless, tab mandi pusaran air, penyaman udara, meja bar mini. Di samping itu, pihak hotel menawarkan aktiviti rekerasi untuk memastikan anda mempunyai perkara untuk dilakukan sepanjang penginapan anda. Dengan lokasi yang ideal dan kemudahan sepadan, Aldy Hotel Stadhuys sangat memuaskan hati. Jadi tunggu apa lagi. Jom book hotel in Melaka on traveloka untuk promo yang hebat (Klik). Berbelanjalah dengan bijak dan bergaya. Pilihan di tangan anda.


Nyanyian Dondang Sayang Melaka

(This site is our's and all stories belong to us.  Everyone has a story to tell and in sharing we find healing. I expect this story will give hope a good chance to grow in your hearts. Your wisdom and stories are as good as mine.)©

Kamu komen apa saja yang kamu suka dan komen kamu tidak akan dipadam. Ingat, sendiri komen sendiri pikul.

Video dan gambar dalam tulisan ini semata-mata hiasan.








83 comments:

  1. Replies
    1. Oh, you are from melaka?
      Nasib baik saya tak kutuk melaka.

      Delete
    2. Takkan nak kutuk, malaka consiste of good people. I dah pernah menetap kat sana, itu sebab saya berani cakap.

      Delete
  2. Sy pernah menetap di Melaka,dan masih selalu berulang alik...memang tempat yang menarik.Entri collaboration dengan traveloka ya..sy pun join :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang melaka banyak tempat menarik. Menarik bagi kita mungkin tidak pada orang lain. Terpulang kan kan. Sungai dia dah ok, not as before.

      Delete
    2. Makanan dia pada saya sedap jugak. Bergantung kedai yg kita masuk.

      Kat melaka ada cendol bakar.

      Delete
    3. byk kerja pemuliharaan so dh byk tmpat smakin maju dan cantik,cuma sy tak suka sangat bandar hilir bahang panas dia lain macam..tak pernah try lgi cndol bakar...biasa mnum coconut shake je

      Delete
    4. Cendol tu pada saya rasa dia biasa je.
      Bandar hilir memang panas sikit. Saya pun perasan tu.

      Delete
  3. Ah how i miss Malaka somuch. Old city-nya yang bersejarah, ditambah menu kulinernya yang enak di The Nyonya Cuisine, membuatku ingin kembali kesana segera.

    Wew, itu grup musik Melayu Dondang Sayang sudah pernah saya lihat penampilannya di Desa Alai, Melaka. :)

    catatantraveler.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. I like melaka too and often put my nites there. It capitalise on its illustrious history and assert itself as one of Malaysia’s most irresistible tourist draws. Now more more visitors pouring in to experience the bustling weekend night market, heritage architecture and famously glitzy trishaws.

      Many more we can get in melaka: zoo buaya pun ada. Also taman rama2.

      Delete
    2. Many more, i pun lupa.

      Delete
  4. "Rupa dan perwatakan mereka menarik dan menjadi harapan saya agar ada di antara mereka tertawan dengan kelelakian saya semasa saya bercuti di sana. Who knows, seperti kata orang Inggeris."

    Mudah2an Adam bertemu jodoh semasa percutian di sana nanti, aamiin... psssttttt: Habis Maiko???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha. Maiko?? Banyak duri dgn ranjau lah alya.

      Cari jodoh ni saya pun tak tau nak cakap. Hati ni macam di - zip for another relationship. HE knows more. And saya serah kat Dia.

      Delete
    2. Hahaha. Maiko?? Banyak duri dgn ranjau lah alya.

      Cari jodoh ni saya pun tak tau nak cakap. Hati ni macam di - zip for another relationship. HE knows more. And saya serah kat Dia.

      Delete
  5. akk kalau gi melaka sllunya waktu tak kena kot..asyik kena jam aje manjang...nyampah jugak kdg2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau time cuti sekolah kerap jem. Pelancung ramai, termasuk chegu azrine.

      Delete
    2. Kalau time cuti sekolah kerap jem. Pelancung ramai, termasuk chegu azrine.

      Delete
  6. timm baru 2 kali jenjln di melaka. 1st msa rombongan sekolah, 2nd time sebab ada kenduri akikah anak sedara, sebelum balik dgn bju kurung jnjln pusing-pusing, basah tiak, hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ketiak yg basah tu dikira biasa. Yg penting seronok dgn suasana kat sana.

      Delete
    2. Ketiak yg basah tu dikira biasa. Yg penting seronok dgn suasana kat sana.

      Delete
  7. Suka tengok orang Melaka sporting berdondang sayang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dondang sayang tu i think rentak dia almost dondang sayang asli. Even the singers bercakap diantara or between menyampai pantun.

      Delete
  8. Replies
    1. Hahaha. Kalau terjumpa maiko kat melaka saya pindah sana tuan. Tukar citizenship: selangor ke melaka

      Delete
  9. Saya tak tau kenapa komen yg sama keluar dua kali berturut turut. Malas nak delet sebab asik berulang. So soree.

    ReplyDelete
  10. semakin sy baca.semakin sy boleh juga penulisnya...tulisan tuan adam sangat bermutu..sambil terhibur dengan ceritanya..ia bukan cerita yang digunakan bahasa rojak..tapi ia juga bagaikan sumber wikipedia..hanya penulis bijak mampu bercerita dalam memberitahu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. xtau pun selama ni ada 14 muzium di melaka.walaupun sy A1 dalam.sejarah...jadi tidak hairan sy rasakan ada sesuatu utk sy belajar sesuatu dalam.penulisan ini...

      Delete
    2. Irda, tulisan kita serupa. Kalau lebih atau kurang tak banyak beza.

      Delete
    3. Sebelum saya pindah ke srlangor, saya duduk melaka. Almost all states of malaysia saya dah tinggal. Ikut arahan kerja.

      Delete
    4. Irda, tulisan kita serupa. Kalau lebih atau kurang tak banyak beza.

      Delete
  11. Rindunya Melaka... pernah duduk di Melaka 3 tahun... suka environmentnya... kecuali hari cuti la. Selalu weekend or public holiday malas nak keluar, sebab jammed giler... hahahaha mungkin sebab Melaka yang paling dekat dari KL...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Melaka memang jem tapi pada masa tertentu terutama waktu cuti sekolah. Sebab pertama jem; pelancung meningkat. Kedua, laluan mudah bagi orang selatan terutama dari muar, batu pahat and pontian yg menghala ke seremban dan ke atas.

      So, kalau rindu, cuti2lah melaka.

      Delete
    2. Melaka memang jem tapi pada masa tertentu terutama waktu cuti sekolah. Sebab pertama jem; pelancung meningkat. Kedua, laluan mudah bagi orang selatan terutama dari muar, batu pahat and pontian yg menghala ke seremban dan ke atas.

      So, kalau rindu, cuti2lah melaka.

      Delete
  12. Lamanya tak ke Melaka..ada planning nak bercuti ke Melaka, tapi nampak macam terpaksa postponed.. anak yang sulung suka dengan sejarah, dia mesti suka kalau dapat ke sana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Elok juga bawak anak bercuti di melaka. Selain melawat tempat bersejarah, dia dapat membuka minda melalui melancung.

      Delete
    2. Elok juga bawak anak bercuti di melaka. Selain melawat tempat bersejarah, dia dapat membuka minda melalui melancung.

      Delete
    3. betul, memang akan plan betul2 bila nak ke melaka nanti

      Delete
  13. sangat details penceritaan tuan Adam pasal Melaka.

    Melaka rumah atuk saya. =)

    Tapi, Nadia still teringin explore hotel2 butik yang ada di Melaka . terutamanya Hotel yang diubahsuai hasil dari bangunan peninggalan zaman penjajahan British. Sebab rasa sgt menarik .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nad, itu taklah detsil sangat. Butir2 tu kita boleh tau kalau pernah ke situ. Biasanya butir2 tu perlu untuk tetamu.

      Saya terperasan jugak rumah lama ada di jadikan tempat tinggal ala hotel. Menarik jugak kan kan.

      Delete
  14. Saya membesar di Kem Terendak, Melaka sehingga habis tingkatan satu kerana arwah abah saya seorang tentera. sudah empat kali saya menziarahi Melaka selepas itu, mungkin seperti pepatah lama: Tempat jatuh lagi di kenang, inikan pula tempat bermain. Jalanrayanya tidak sesuai untuk memandu kenderaan dengan laju kerana banyak selekoh dan kurang lebar. "Lahabau" sering di ungkapkan bila menerima tetamu yang pernah berkunjung ke rumah mereka. ha! ha! ha!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perkataan lahabau tu biasa bagi orang melaka tapi tak ada siapa pun yabg marah bila kena lahabau. Saya pernah duduk melaka so faham sangat dgn lahabau tu.

      Terendak kem kat s udang kan?

      Delete
    2. Dulu saya selalu area trendak camp bila pergi p dickson.

      Masa tu lebuh raya amp baru nak buat. Kat situ jem, so ikut balaksng

      Delete
  15. IQ kalau ke melaka, tak akan menginap di mana2, rumah mertua la destinasinya, dulu tak pernah terfikir nak berkahwin dengan orang melaka, sekali dapat....melaka menarik bagi IQ, tapi sejak kahwin, tak ada pun melancong macam orang biasa melancong..tak berjalan sangat...huhu

    ReplyDelete
    Replies

    1. Sekarang iq dah pandai makan cencelok ke? Dapt suami takk kesah lah orang mna asalkan dia baik.

      Delete
  16. Sekarang iq dah pandai makan cencelok ke? Dapt suami takk kesah lah orang mna asalkan dia baik.

    ReplyDelete
  17. dari zaman anak dara, i dah ke Melaka berkali2. sebab belajar kat Shah Alam dulu. duduk zaman Ting 5 di Seremban pun dah ke Melaka. dah jadi Mak dara pun ke Melaka lagi. satu grombolan datang ke Melaka. memang best lah Melaka. tp lagi best Penang kot. tapi best lahhh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semasa saya anak dara dulu saya tak pergi melaka. Saya pergi bila dah tak jadi anak dara. Lepas ni saya nak pergi lagi sebaab saya dah bukan mak dara.

      Thnks azian sebab singgah.

      Delete
    2. I setuju with u that penang cantik. But Life in penang and melaka tak sama.

      Delete
  18. 6 tahun duduk melaka mmg boleh buat jatuh cinta dengan melaka! I miss melaka!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pernah duduk melaka. Kenapa kita tak jumpa dulu. Masa tu jumpa pun kita ta kenal.

      Delete
    2. Saya pun miss melaka. Itu sebab nak ke melaka ni.

      Delete
  19. Melaka bnyk tempat yg boleh di lawati, tak abih explore lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya yg kerap kesana pun belum explore semua.
      Saya nak tengok dondang sayang

      Delete
  20. Bercuti di Melaka..waah..naik menara taming sari je dlu

    ReplyDelete
  21. dah lama tk ke Melaka..review yg menarik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yg you wrote a few entries pasal yout trip in china pun menarik. Hingga i minta permission to download some photos. I thank you sekali lagi.

      Delete
  22. Replies
    1. Hahaha,
      Saya dah ada kat melaka ni.
      Saya dah tak rinda bila sampai sini

      Delete
  23. Traveloka - jom book ngn traveloka

    ReplyDelete
  24. saya kepingin ke Malaysia dari tahun kemaren, namun belum sempet ke sana

    ReplyDelete
  25. Sorry, saya tak terpecaya.

    ReplyDelete
  26. dulu time mnetap kat kl tiap bulan turun melaka je jalan... memang terbaik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu orang Kata kalau Ada perayaan tentu Ada joget lambak. Saya tak pernah jumpa Tu.

      Delete
  27. Saya study melaka... hahaha tapi tak habes pusing lagi.. T^T

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya dah puas pusing sebab pernah tinggal kat melaka.

      Delete
  28. Saya baru pergi ke Melaka jadinya saya tak tahu nak cari apa di Melaka walaupun ketika membaca, rasa macam banyak tempat boleh terjah di Melaka.

    By the way saya nak membangga diri sikit walaupun hakikatnya saya baru tahu hari ni bila membaca suratkhabar. Daerah kelahiran saya, Batu Pahat ada temple paling banyak di selatan. Kesemuanya ada 350 buah. Macamana saya tak tahu? Saya pun pelik. Hahaha!

    Opppss... terkeluar tajuk! Kita berbicara tentang Melaka, kan, kan, kan?

    Boleh ajelah ya...jiran aje tu ^_^

    ReplyDelete
  29. Mummy komen tak lari tajuk. Ada kaitan. Saya pun ada kaitan dgn batu bahat. Saya orang johor. Kerap jugak saya gi bp. Petang2 kat bp saya duduk2 tepi laut minyak beku tapi tak jumpa minyak pun.

    Ada 350? Banyak jugak. Saya tak tau tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mummy komen tak lari tajuk. Ada kaitan. Saya pun ada kaitan dgn batu bahat. Saya orang johor. Kerap jugak saya gi bp. Petang2 kat bp saya duduk2 tepi laut minyak beku tapi tak jumpa minyak pun.

      Ada 350? Banyak jugak. Saya tak tau tu.

      Delete
    2. Di india temple lagi banyak

      Delete
  30. Melaka memang banyak tempat yang menarik 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak jugak. Tapi senabg cari sebab melaka tak besar.

      Delete
  31. Please don't comment any more

    ReplyDelete