Tuesday 19 June 2018

ADAKAH MELAYU DI NEGERI DARUL EHSAN SUDAH TERBANGSAT?

Aku duduk di Selangor. Di Selangor sudah 3 pilihan raya Umno menepi. Ada yg kata tanpa Umno Melayu habis. Bekas PM pula berkata tanpa UMNO melayu terbangsat. Sebaliknya telah terbukti tanpa Umno Melayu Selangor juga happy.

Pengundi2 di Selangor berpelajaran dan matang. Tidak rela ditarik hidung dan tau membeza yg benar dan yg karut. Undi dibuang di kotak yg betul.

Salah satu faktor Umno kalah di Selangor disebabkan samseng dari Sungai Besar. Beliau dgn berani membawa geng memecah mesin judi haram, mengherdik peserta Bersih, bawa kereta keranda ke pejabat MB, bertuala di halayak ramai, menghina secara dahsyat lelaki yg lebih tua dari bapanya dan lain2.

Melayu bukan Umno di Selangor benci dgn Melayu  Sungai Besar ini. Juga benci dgn sekutunya.

Melayu bukan Umno di Selangor tidak memerlukan samseng Melayu Sungai Besar. Untuk mendiamkan dia, rakyat bukan Umno di seluruh Malaysia telah menolak BN ke tepi.

Setelah BN kecundang, samseng Melayu dari Sungai Besar menyembunyikan diri. Itulah samseng Melayu.

22 comments:

  1. Replies
    1. Hihihi. Untuk mereka yg mengerti. Thanks.

      Delete
  2. macam tau je siapa.. blog adam sekarang dah cerita banyak tentang suasana politik. tak mau cerita tentang raya ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hari tu nak cerita tentang raya tpi masa tu blog pulak tak boleh buka. Sekarang nak cerita pasal raya, dah sejuk.

      Cerita polkitik ni saja2 belajar tulis. So far sambutan kurang. Thnks mamapp

      Delete
  3. Saya nak perbetul sikit kat perenggan kedua terakhir. Sebenarnya bukan hanya rakyat yg bukan umno menolak BN tapi hakikatnya ramai penyokong umno yang bukan ahli parti beralih arah. Termasuk dalam kalangan ahli umno yang protes dalam diam.
    Contoh terdekat ialah saya. Kami keturunan umno dari tok nenek. Tak pernah pangkah hak lain selain BN.Termasuk my hubby jugak.
    Saya beralih kerana tidak tahan melihat mereka mencaci Tun secara keterlaluan.Bab ini memang tak dapat diterima. Sedangkan kami hidup senang di pulau yang dibangunkan oleh beliau. Bagaimana nak menidakkan itu semua. Mata belum buta dan telinga pun belum pekak Media pula tak berhenti menyiarkan perkara yang sama. Pembaca berita membaca sambil terjegil terbeliak menghentam Tun.
    Orang Kedah dan Langkawi mula tolak umno semenjak mereka memecat muhkriz.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Mala kerana membetulkan ni. Saya setuju sangat. Saya juga seperti Mala. Umno sejak muda lagi. Saya berpaling keluar dari Umno bila ramai pemimpin Umno yg sombong, bongkak dan rasuah. Termasuk presidennya.

      Kebanyakan pemimpin Umno menghina Tun sebelum ini. Thanks

      Delete
    2. setuju n saya pun ikut mcm puan normala... makin meluat ngn pemerintah yg menidakkan hak rakyatnya....

      Delete
  4. Eh lupa pula nak wish.
    Selamat hari raya. Maaf zahir dan batin

    ReplyDelete
  5. Selamat Hari Raya.

    Melayu Selangor tak mungkin terbangsat. Kerana kehebatan mereka telah terbina semasa parti tersebut masih kuat. sekarang boleh buang jauh jauh tongkat lama kerana dah patah.Tentu sekali generasi muda mereka dapat mengharungi zaman meritrocracy dengan tanpa manja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa akan jadi lepas ni dgn orang yg menuduh melayu akan terbangsat?

      Delete
  6. Selamat hari raya Aidil Fitri Tuan Adam.

    Politik make me sad huhuhu...

    ReplyDelete
  7. sya yg ddk di selangor tp kerja di KL, seronok je ddk di selangor... isu air tu mana2 negeri pun ada masalah tp selangor je yg selalu di malukan... tp yelah bila rakyat dh bersatu n bersuara....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang bila akhbar dgn tv ada sikit kebebasan baru mereka tau. Dulu berita buruk mereka disembunyikan.

      Delete
  8. sya yg ddk di selangor tp kerja di KL, seronok je ddk di selangor... isu air tu mana2 negeri pun ada masalah tp selangor je yg selalu di malukan... tp yelah bila rakyat dh bersatu n bersuara....

    ReplyDelete