Kali ini saya tidak menulis tentang Maiko dibimbangi pembaca terasa jemu asyik dihidangkan dengan cerita yang sama. Entri saya yang baru lepas merupakan entri terakhir tentang dia.
Malam ini saya akan pergi ke satu function yang agak besar. Besar tu maksud saya sekadar setakat standard saya yang hanya bertaraf orang biasa dan bukannya standard bandar, negeri atau pun negara. Ada tetamu VIP yang akan hadir juga merupakan rakan-rakan saya. Sudah tentu saya diperli sebab datang berseorangan. Apa nak dikatakan, kalau dah single memanglah solo.
Saya memilih pakaian yang sesuai untuk dipakai dan sudah tentu se bentuk jam tangan pemberian Maiko akan dipakai untuk menunjukkan kelainan kerana saya tau ramai rakan-rakan akan tertarik dengannya kerana mereka terdiri dari peminat tegar jam klasik.
Jam yang saya terima ini buatan tangan berjenama dedegumo yang memang terkenal. Saya google mencari erti perkataan dedegumo dan apa yang saya dapat ialah satu laman web yang kemas: (Klik untuk linknya)
Sementara itu saya terfikir andainya Maiko berada di Malaysia, sudikah dia meneman saya ke majlis tersebut? Bukan mudah untuk saya meramalkan jawapannya kerana dia bukan insan sebarangan. Walaupun Maiko dipenuhi ketelusan tetapi setiap perkatannya perlu ditafsir kerana ayat-ayatnya dipenuhi bayangan yang tersirat. Sebagai contoh pertanyaan dia tempoh hari kepada saya berbunyi: "If you are thinking about travelling again please consider Osaka and bring your beloved along because Osaka is a place for the next honeymoon."
Menarik tiada perokok jalanan. Tempat sediakan
Apa yang saya amati, soalannya merupakan pertanyaan yang dia inginkan jawapan samada saya masih single atau sebaliknya. Sudah tentu saya akan berkata saya tidak beristeri bagaimana pula mahu ber-honeymoon. Kesahnya ada di entry saya bertajuk TAMAN BAMBOO ARSHIYAMA MENGGAMIT KEMBALI. (Klik untuk linknya)
Begitu juga dengan sebarang jawapan dia. Dia tidak mudah untuk berkata yes atau no andainya dia belum teguh dengan keputusannya. Saya teringat pada Disember 22, 2016 yang lepas semasa dia menghantar saya ke lapangan terbang antarabangsa Kansai. Waktu itu saya berangkat pulang ke Malaysia dari Osaka dengan penerbangan MAS MH 0053. Begini pertanyaan saya yang tidak dijawabnya: "There's a home in Malaysia welcoming you if you would like to move there. Would you?"
Seperti yang saya nyatakan, dia membisu. Kesah ini ada di entri saya bertajuk, UNTUNG SUDAH NASIB RINDU DI BADAN. Linknya ada di akhir entry.
Berbual dengannya merupakan pengalaman baru bagi saya kerana sebarang jawapannya penuh dengan kelainan. Semuanya terjawab. Teringat saya pada satu hari apabila saya berkata dia menarik orangnya. Jawapan diterima tidak diduga. Maiko berkata, "People throw away what they could have by insisting on perfection on beauty which they can't have. They look for it where they will never find it. Beauty pleases the eyes but it doesn't necessarily reach the heart."
SAYA: It wasn't a question from me. It's a statement saying that you are attractive. You were neither answering nor explaining. Well, if you had nothing to response silent was a good worked out to explain.
MAIKO: I don't really look at myself as the kind of person who craves beauty for attention. I've never been to beauty classes so there's probably a lot of stuff about myself that I don't know. (Jawapannya hebat. Dia tidak mengatakan yang dia cantik dan tidak juga menafikan yang dia tidak menarik, alasannya dia sendiri tidak tahu tentang dirinya.)
Perbualan itu berlaku semasa kami sedang berehat di sebuah bangku selepas meronda taman rusa di Nara. Tamannya sangat luas dipenuhi dengan rusa jinak. Perbualan kami bersambung.
SAYA: I'm not saying that I'm lack of appropriate words by saying you are beautiful. But i feel it.
MAIKO: (Dia memegang tangan saya, diluruskan jari telunjuk saya serta diarahkan ke sebuah bangunan yang indah) Look over there Adam. It is not the beauty of that building you should look at. Its the construction of the foundation that will stand the test of time.
Maiko menyedut kopinya menggunakan straw sambil menjeling kepada saya. Jelingannya lama. Pada waktu itulah saya nampak wajah tercantiknya yang belum pernah kelihatan. Maiko tersenyum, mungkin dia gembira sebab dapat mempengaruhi saya dengan contoh yang tepat.
Maiko berdiri sambil menarik lengan saya ke atas supaya saya bangun kerana teksi sudah sedia menunggu. Sebaik sahaja kami duduk di teksi, Maiko berkata perlahan, "Beauty pleases the eyes but it doesn't necessarily reach the heart." Saya diam kerana itu bukan soalan untuk saya.
Teksi yang menunggu kami
Maiko memandang saya lalu bertanya, "Am I capable of managing a home in Malaysia if I decide to, without knowing its culture and can I withstand the preasure of your community without using your language?"
Belum sempat saya menjawab Maiko memberi isyarat kepada pemandu teksi untuk bergerak.
Pembaca yang bijaksana, andainya moment kami di atas bermoral, kongsilah untuk kesejahteraan.
Belum sempat saya menjawab Maiko memberi isyarat kepada pemandu teksi untuk bergerak.
Pembaca yang bijaksana, andainya moment kami di atas bermoral, kongsilah untuk kesejahteraan.
What If: Diterima dari Maiko melalui Whatsaap
(This is our site and the stories belong to us. Everyone has a story to tell and in sharing we find healing. I expect this story will give hope a good chance to grow in your hearts. Your wisdom and judgment are as good as mine.)©
Penulis tidak bertanggong-jawab terhadap komen yang menyalahi undang-undang, menyentuh sentimen agama dan kaum serta individu. Segala risiko akibat ulasan atau komen yang disiarkan adalah menjadi tanggungjawab pengulas sendiri.
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSorry the previous comment tak sempat habis then tertekan enter.. ._.
ReplyDeleteThe steam punk watches which was displayed on the website looks amazing and I bet it looks good on you too.. I love how Maiko talked to you.. She's filled with such a grace from the conversation that you were having..
Tertekan enter tu biasa lah, saya lagi kerap buat macam tu, terutama kat watsapp. kadang2 terkirim kat salah orang.
DeleteKat last paragraph dalam entry ni i ada sikit tambahan, Just a sentence. Tadi terlupa nak masukkan kata2 maiko sebelum teksi bergerak. bila saya baca semula baru perasaan kata2 dia tak ditulis kat situ tadi. so sorry Flavnesz.
I'll answer yours later.
Flav, the watch that i'm keeping now will never be traded. Not because of its beauty but its more than that.
DeleteMaiko is a mature young girl as you are.
It's a memory Adam, so obviously it couldn't be traded for anything.. ^^
DeleteBetul tu hanis. Its the gift from the heart. It can't be claimed by anyone even the giver. Harap2 begitulah.
DeleteTo me its the 2nd best gift i hv. the 1st best gift is my breath and greatful for it. Alhamdulillah
Tidakkah saudara terperasan soalannya yg terakhir?
ReplyDeleteSoalan dia saya perasaan
Deletetapi tak tau macam mna nak jawab kat dia.
the way maiko bercakap like me..hahabba..no lah tuan...cuma sy suka gadis yg tidak terburu2 menutur kata..dan hanya lelaki yg bijaksana menilai seorang gadis itu bijak melalui ia menjawab dan bertanya sesuatu maybe secara kiasan atau melalui perumpamaan..dari cerita ini walaupun tuan tidak mahu lagi menceritakan maiko lagi..sebenarnya jari2 tuan masih ingin manaip tentangnya..mungkin kerana kerana rindunya pada si tuan badan..ia diluahkan melalui tulisan..
ReplyDeletebenar...cantik pada mata kadang2 brlum terkena pada hati..hanya lelaki sejatiyang ingin sebuah perhubungan begitu..
malangnya ramai org skrg..cantik dimata sudah buat ia nanar dan erpesona..hingga lupa menilai cantiknya budi..sebab itu bila dah berkahwin setahun dua...mereka berpisah kerana apa?kerana tidak mencari apa yg wajar utk satu perhubungan..tapi hanya tertarik pada kecantikan..
hanya org yg bertuah mendapat kedua2nya..dan ia berbalik pada apa yg kita buat..itulah yg kita dapat..Allah dah janjikannya..
wahh apakah agak meleret komen ni..hehe
Irda,
DeleteApa yg irda tulis tu merupkan komen yg sebenar. Panjang pun saya setuju. Baru dnamakan komen. Komen sebenarnya menyentuh isu tulisan entry. Samada menyokong, menentang, memberi pendapat, mengulas, baru dikatakan komen.
Melalui pengalaman, ada jenis komen yang idak sesuai walaupun bunyinya mesera. Komen-komen yg saya perasan yg tidak memberi imput:
a. Nice sharing.
b. Amazing.
c. Terima kasih.
d. Tulisan yang baik
e. Syabas.
f. Dan lain-lain.
Semua tu perkataan positif tapi di mana imputnya. Mana komennya terhadap tulisan? Komen se elok-eloknya yang ada kaitan dengan entri. Bagi blogger yang ternama, kalau komen macam tu merupakan kata-kata bertanya khabar je.
Saya lebih rela tidak mengomen kalau setakat kata, "tulisan yg baik, Amazing." Apa yg baiknya. Irda perasan kan, kadang2 entry irda saya komen dan kadang2 tidak.
Next entry isu komen boleh saya jadikan tulisan.
Ulasan irda saya sokong terutama yg irda kata: "malangnya ramai org skrg .. cantik dimata sudah buat ia nanar dan terpesona ... hingga lupa menilai cantiknya budi."
DeleteTidak ada siapa yg menafi kata2 benar tu.
hhhee benar tuan,keikhlasan komen hanya boleh diberi jika kita baca dari rangkap pertama hingga rangkap terakhir..dan irda hanay komen kalau benar2 irda baca entry orang tu...huhu..dan tuan punya blog adalah salah satu blog menjadi kunjungan wajib,,terus menulis ya
DeleteEntry irda pasal kredit kad saya baca tapi tak komen tentang kredit kad. Banyak kategori rupanya.
DeleteAdam rindukan Maiko??? ~_^
ReplyDeleteHahaha, umi dah jadi nujum pak belalang,
DeleteThanks umi.
la kata entri lepas last pasal maiko..tengok2 smpai akhir pasal maiko lagi..hahhaa..apo kono eh pak cik..jeng3...
ReplyDeleteJeng jeng jeng.
DeleteEntahlah mas, tak tau macam mna boleh jadi macam tu. Bila dah published baru terperasan. Jeng, jeng, jeng
Deleteassalam tuan,
ReplyDeletesaya adalah new follower blog tuan dan berkesempatan membaca beberapa entry ttg kisah tuan dgn Maiko..... dan tlh semacam teruja dan ketagihan utk terus mengikuti kisah tuan dgn Maiko. Entry ini mengecewakan saya dgn kenyataan awal tuan "Kali ini saya tidak menulis tentang Maiko dibimbangi pembaca terasa jemu asyik dihidangkan dengan cerita yang sama. Entri saya yang baru lepas merupakan entri terakhir tentang dia." Namun rupa2nya diri tuan telah sangat dibayangi oleh Maiko.....apa2 pun tahniah tuan
Waalaikummussalam tuan,
DeleteTerima kasih kerana tuan sudi membaca blog biar lembu yang jadi lembu yg mana blog ini terlalu baru dalam arena blogging. pembaca seperti tuan menjadikan blog ini pasti berterusan.
Memang benar tuan saya bercadang tidak hendak menulis tetang maiko di entri ni. Entah macam mana kesah maiko termasuk jugak.
Selepas saya published, saya semak online. Melalui online baru boleh kesan link serta video di situ berfungsi atau tidak. Di situ baru saya perasan yg saya sudah terkeluar dari tujuan asal. Mungkin disebabkan bercerita pasal function dan jam tanggan, itu yg meleret hingga ke maiko.
Lepas tu saya pun deraf entry baru. Sebaik saja draf siap, saya bercadang nak delete entry ni kemudian paste-kan dgn cerita baru.
Kebetulan pulak pada masa tu saya nampak dah ada dua komen dari Flavnesz, tentang maiko dan jam tangan. Saya hormat pengomen ni kerana dia merupakan salah se orang blogger yg saya segan. Jadi saya berpendapat tak elok buang entry yg dah ada orang komen. So, saya biarkan hingga sekarang.
Harap tuan sependapat dgn tindakan saya.
setujuuuuu sangatt....hihi
DeleteItulah Tuan, buat novel mesti jadi bestseller.
ReplyDeleteThanks,
DeleteLet me survey the market dulu. Samada jual online or kat bookshop. Kalau lihat form komen pembaca yg lepas2 mungkin cerita ni boleh juah. U also saud that. Thnka beri idea.
My spelling!!
DeleteSalam perkenalan.. blogwalking dan done follow blog ini. :D
ReplyDeletesalam perkenalan jugak.
Deleteterima kasih.
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSetiap hari saya tunggu cerita Maiko.
ReplyDeleteRupanya tulisan dari blog Biar Lembu Yang Jadi Lembu berjadual.
adui. adui.
memang berjadual sebab kekengan masa terluang.
Deletelagi pun menulis di sini part time je.
Tak sabar, tak sabar.
ReplyDeleteMaiko ikut ke Malaysia ke tidak?
Saya balik dari Osaka pada 22 disember.
DeleteDia setakat hantar kat airport kansai je.
setakat masa tu lah.
ala kenapa taknak tulis dah pasal maiko. kalau tuan buat novel pun best ni, memang susunan ayat pun teratur.
ReplyDelete1. Kalau buat novel kena mintak kebenaran dari maiko. Sebab rezki tak boleh makan sendiri. Kena bahagi dua jugak.
Delete2. Buat novel ni leceh sikit. Kena ayat yg perfercet, susunan mesti teratur. Tulis kat sini senang, santai je. Mana yg teringat itu yg tulis.
Apa2 pun tengoklah macam mana
Harap harap Tuan Adam mandi basah dan masih ada selera makan...
ReplyDeleteSaya ni sebenarnya lebih suka tulis rencana tuan jika dibanding dgn tulis ala novel ni. Menulis rencana boleh usik sana, cubit sini sambil jual idea.
DeleteTapi saya tau ada yg suka baca cerita saya di jepun, jadi apa salahnya saya kongsi dgn mereka sebab kerana mereka saya ujud di blog.
Saya sedang belajar berblogging, mana tau satu hari nanti saya dapat menjadi macam tuan. Tuan menulis dgn berani kerana benar.
Bukan semua orang suka kita bercakap benar. Ada yg sakit hati. Contohnya Mat Kilau. Musuhnya orang Melayu jugak. Ini bukan rekaan. Kalau tak percaya, tuan tanya diri sendiri.
Maaf, terlupa pulak dgn komen tuan pasal mandi. Saya dah lama tak baca niat junub.
DeleteBiasanya orang yang sedang dilamun rindu..
DeleteMandi tak basah makan tak kenyang..
Makan tetap makan tuan. makan nasi. Tapi kalau jenis yang ayam makan tu saya tak nak. Lembu pun dah ikut sama makan tu sekarang.
Deletemoga mmg kuatlah jodoh encik ngn maiko yek....
ReplyDeleteteringin btl nk tgk mcmne lah si cantik manis tuh, kata2nya penuh berisi...
bkn jenis yg perasan cantik atau mengada2
Kata2 dia bermakna.
Deletesukar juga untuk paham.
Saya hentam aja.
igt maiko ada di malaysia..
ReplyDeleteTaklah,
Deletedia masih di osaka.
saya dah published entry baru,
juga kesah maiko.
Kuatnya ingatan en.adam pada maiko.mungkin ada jodoh en.adam dengan maiko..apapun suka dengan kata² maiko yang tersurat dan tersirat penuh makna tu..
ReplyDeleteEyda,
Deletesaya dah published sambungan cerita tu.\senang2 singgahlah.
Lama tak nampak?
baru jer baca dan komen tadi.. saya agak sibuk dan internet down teruk memasuki tahun ini. itu yang jarang update blog apatah lagi blogwalking blog kawan-kawan.
DeleteMaiko si gadis misteri..
ReplyDeleteMemang misteri.
DeleteKata2 dia yg banyak jadikan dia misteri.
"Am I capable of managing a home in Malaysia if I decide to, without knowing its culture and can I withstand the pressure of your community without using your language?"
ReplyDeleteGadis sebijak Maiko rasanya tak kan gusar dgn hal2 sebegini, boleh survive nya...
Setuju dgn pandangan nohas.
DeleteAda kalanya kita bertanya sedangka jawapannya dah ada kat kita. Biasa lah tu. Tujuannya kerana ingin mendapat lebih konfiden dan juga support.
What say u?
ya, betul, utk lebih konfiden..kekadang nak mencungkil pandangan/pendapat pasangan ttg diri yg bertanya..
DeleteSaya sudah baca beberapa cerita tentang Maiko. Tapi saya tinggalkan komen ditulisan yang ini. Saya baca secara random, karena saya nggak tau cerita awalnya dimana dan yang terakhir yang mana.
ReplyDeleteCara Maiko berkomunikasi itu penuh kode ya. Kadang susah bagi lelaki untuk menerka2 kode itu. Bisa jadi tafsirannya rancu.
Untuk young lady, sosok Maiko disini sungguh mengagumkan. Muda tapi mature. Well done Maiko!
Sebagian ada lagi wanita yang blak-blakan (berbicara straight to the point) tanpa ada mukadimah. Di situasi tertentu berkomunikasi seperti ini akan menguntungkan bagi lawan bicara. Disisi lain, bisa kurang anggunnya di depan pria. Bukankah kebanyakan pria menyukai wanita yang misterius?
Pandai2 lah membaca kode Maiko, tuan. Kalau boleh, bantu saya temukan link cerit pertama hingga yang terkahir berurutan. hihihi
http://biarlembuyangjadilembu.blogspot.my/2017/04/salah-ke-kita-memberi-bila-ada-orang.html
Delete