Tuesday 25 February 2020

DALAM POLITIK SAHABAT DAN MUSUH TIDAK KEKAL. YANG KEKAL IALAH PENGKHIANAT

Ini satu perkara yg aku anggap penting. Perkaranya ialah tentang negara kita. Kamu, dia, mereka dan aku yg punya malaysia. Ini negara kita. Bukannya kamu dan segelintir orang yg punya. 

Malaysia bukan barang rebutan. Bukan juga milik wakil2 rakyat yg setiap 5 thun menebalkan muka mengemis undi dari rakyat.

Wakil rakyat kerjanya mensejahterakan rakyat. Bukan mengejar khaloba sendiri. Mereka kena faham, tanpa rakyat siapalah mereka.

Wakil rakyat jangan mengutamakan diri. Kerjaan diujudkan untuk memakmorkan negara kerana rakyat mengutamakan malaysia.

(This site is our's and all stories belong to us.  Everyone has a story to tell and in sharing we find healing. I expect this story will give hope a good chance to grow in your hearts. Your wisdom and stories are as good as mine.)©

Semua komen tidak akan dipadam. Sendiri komen harap bertanggungjawab. Video dan gambar dalam tulisan ini semata-mata hiasan.

Sunday 23 February 2020

POLITIK OH POLITIK

Perbezaan antara ahli politik dgn negarawan ialah, ahli politik fikirkan kerusi manakala negarawan fikirkan rakyat.

Rakyat didisplinkan oleh undang2. Undang dibuat oleh ahli politik. Ahil politik dikawal oleh rakyat. Rakyat dikawal oleh minda. Minda dipengaruh oleh media. 

Apa yg kita dah sumbangkan kat media selama ini melainkan mengkritik, mencaci, mengutuk, menggelar, memaki-hamun, memperli antara satu sama lain.

Kamu tau tidak, ahli politik tidak jauh beza dengan tayar. Tayar jangan diguna terlalu lama.

(This site is our's and all stories belong to us. Everyone has a story to tell and in sharing we find healing. I expect this story will give hope a good chance to grow in your hearts. Your wisdom and stories are as good as mine.)©

Kamu komen apa saja yang kamu suka dan komen kamu tidak akan dipadam. Ingat, sendiri komen sendiri pikul. Video dan gambar dalam tulisan ini tiada kaitan.

Friday 14 February 2020

LAIN ORANG LAIN STAIL TAPI FESYEN KEBANYAKAN SERUPA

Semasa dlm penerbangan ke Fukuoka Jepon, jarak tempat duduk antara aku dengan penumpang lain hanya satu kerusi. Bererti kerusi antara aku dengan penumpang lain kosong.

Ada pompuan melayu berusia, mungkin bersama suami duduk di sebelah kerusi yg kosong. Walaupun berusia, dia menarik. 

Bertudung kemas. Tudungnya cntik. Tudung yg menambah rupanya jadi lebih cntik. Aku amati dia. Dia cukup bergaya.

Suka aku cara dia. Apa yg menyebab suka aku tak tau. Samada fesyen atau stail dia?

Fesyen boleh dicari tapi kita lupa stail sudah kita miliki. Untuk kita berstail cukup mudah. Hanya perlu tau tentang diri sendiri. Stail yg baik kita simpan. Mana yg tak elok diketepikan.

Stail penting. Cantik tanpa stail ibarat belon tak cukup angin. Amalkan stail yg bail kerana stail yg sebati sukar diubah.

Stail melibatkan personaliti. Stail tak boleh dibeli. Stail merupa ekspresi yg mempamirkan atitude.

Stail sebenarnya dah ada pada diri sendiri. Apa yg perlu dilakukan ialah tambah baik yg ada dan gunakannya.

Lebihkan berstail dari berfesyen kerana fesyen kerap ketinggalan. Sebaliknya stail kekal.

(This site is our's and all stories belong to us. Everyone has a story to tell and in sharing we find healing. I expect this story will give hope a good chance to grow in your hearts. Your wisdom and stories are as good as mine.)©

Kamu komen apa saja yang kamu suka dan komen kamu tidak akan dipadam. Ingat, sendiri komen sendiri pikul. Video dan gambar dalam tulisan ini tiada kaitan.

Monday 10 February 2020

BUKAN KATAK YANG PANGGIL HUJAN

Tahukah kamu iaitu katak berbunyi bukan untuk panggil ujan. Hujan tak kesah pun dgn bunyi katak. 

Sebenarnya bunyi dibuat oleh katak jantan memanggil katak betina.

Bunyi dari katak jantan bermaksud begini, "Betina, betina, sedang buat apa tu. Ber-selfi ker? Cukup2lah tu. Datanglah sini. Aku bukannya nyah."

Katak betina pun jawab, "Betul ke kamu bukan pondan? Klau kmu dari kumpulan maknyah aku bimbang kita di-viral-kan. Kalau betul kamu jntan mai sini."

Itulah perkataan yg diulang-ulang, diulang-ulang. TAMAT.

(This site is our's and all stories belong to us.  Everyone has a story to tell and in sharing we find healing. I expect this story will give hope a good chance to grow in your hearts. Your wisdom and stories are as good as mine.)©

Semua komen tidak akan dipadam. Sendiri komen harap bertanggungjawab. Video dan gambar dalam entry ini semata-mata hiasan.

Sunday 9 February 2020

HIDUP KITA TAK LAMA MANA

Ciptalah tarikan diri untuk dikenang. Jika  kaya, labur sedikit bakti kpd manusia. Waspada bila berbakti, kerana tidak semua manusia tau menghargai.

Bantulah adik beradik yg dulu pernah makan bersama, tidur bersama, main bersama dah susah bersama. 

Bangunkan keluarga. Ibaratkan keluarga sebagai sebahgian dari nyawa. 

Jngan lalai terhadap orang tua. Sekurang-kurangnya tanya kabar berita jika malu nak jengok mereka.

Segala di dunia tidak kekal. Yg kekal itu perubahan. Duit  sekonyong-konyong boleh berhenti mengalir masuk. Harta tak mustahil tak terhakis. Tak ada yg kekal milik manusia. 

Gunakan segala-gala yg ada secara waras dan bersyukur. Bersyukur kerana menikmati pemberian Nya.

(This site is our's and all stories belong to us.  Everyone has a story to tell and in sharing we find healing. I expect this story will give hope a good chance to grow in your hearts. Your wisdom and stories are as good as mine.)©

Semua komen tidak akan dipadam. Sendiri komen harap sendiri bertanggungjawab. Video dan gambar dalam entry ini semata-mata hiasan.

Tuesday 4 February 2020

ADAKAH KITA MEMBANTU ATAU KITA MENGUMPAT?

Dari dulu aku tak minat dengn abang Sajat. Bukan benci tpi tak minat. Tak minat bukan kerana dia kaya, bukan kerana dia femes, bukan kerana kata2 dia yg banyak kurang sopan, tpi kerana dia bermahraja lela berlagak pompuan.

Selain abang Sajat, aku turut mengecam ibubapa dia. Jika mereka berkeras dari awal dengan tak biarkan abang Sajat bertukar jenis pasti abang Sajat tidak berkelakuan hodoh di depan mata mereka di tanah suci.

Perbuatan dia di tanah suci memang aku kesal. Aku rasa meluat. Aku marah. Tersirap darah aku. Tapi aku tak sanggup maki hamun dia online.

Apa yg aku dapat jika aku maki hamun dia? Nothing. Untuk cari perhatian bolehlah. Abang Sajat bukannya baca pun. Jadi apa hasilnya memaki hamun dia? Yg aku dpt hanyalah tepukan dari pembaca. Itu pun jika ada.

Kalau aku maki hamun, adakah menjukkan aku lebih baik dari dia? Yes, aku lebih baik sebab aku bukan maknyah. Tapi dari segi lain aku bukannya perfect. Jadi kalau dah tau diri sendiri tak perfect mengapa nak kutuk orang lain yg juga tak perfect?

Dalam kes abang sajat yg berkelakuan biadap di tanah suci, aku hanya bertindak satu perkara saja. Aku berdoa. Itu saja yg aku mampu. Berdoa kerana dia orang Melayu dan Islam itu bersaudara.

Aku berdoa supaya abang Sajat insaf hingga dia mengutuk segala perbuatan buruk yg dilakukannya.

Berdoa supaya abang Sajat berubah. Dapat hidayah Allah. Hidayah bukan hanya diberikan untuk orang yg tergelincir iman bahkan Allah berikan hidayah untuk menguatkan iman seseorang.

Aku berdoa agar pehak berkuasa membimbing abang sajat untuk keluar dari sepenuhnya dari berlagak seperti pompuan. Jika ada akta yg boleh menghukum dan jika bersalah, hukumlah dia dgn tujuan mengeluarkan dia dari kelompok maknyah.

Tak ada setitik rasa kesal aku tulis ni melainkan aku kesal kat mereka yg memaki hamon kat abang Sajat online, terpekik terlolong di utube dgn tujuan mereka saja yg tau. 

Akhir sekali, aku turut meluat dgn kelakuan abang sajat.