Monday 20 February 2017

MAKAN MALAM BERSEORANGAN



Sambungan entry yang lepas: Maiko Tidak Sanggup Mendengar Jawapan (Klik)

Kami melangkah keluar dari cafe bar DOUTOR dan berjalan perlahan-lahan. Maiko mengajak saya menyeberang jalan untuk ke kedai cendera hati sambil berkata, "I can't be with you this evening for dinner as I have to attend an invitation from my friend who lives next door. Its her daughter's birthday. Her husband stays with another lady and I consider the daughter a child of a broken family." 

Maiko gadis modern dari negara maju tetapi perihatin tentang kehidupan orang lain. Perkara begitu kecil bagi kebanyakan orang tetapi baginya merupakan satu perhatian yang perlu diberi sekurang-kurang melalui simpati. 

Saya berkata, "A broken family may mean differently to others. Correct me if I'm wrong as I know there's no such thing as a broken family. To me a family is a family and its not determined by certificates. Family is made in the heart. The only time family becomes amounting to nothing is when those strings in the hearts are broken. As long as they tied those strings they are their family. As long as the string tied, those people will still be their family even if they dislike each other." 

Pemandangan di kebanyakan simpang lampu isyarat di Jepun

Sambil itu kami sampai ke lintasan zebra. Di Jepun, samada pemandu atau perjalan kaki mereka sangat mematuhi lampu isyarat. Tidak ada se orang pun yang melintas samada perjalan kaki atau pemandu sekiranya lampu isyarat tidak bertukar ke warna hijau termasuk di waktu lengang. 

Sebaik sahaja lampu bertukar ke warna hijau, kami melintas. Seperti biasa di setiap lintasan zebra, Maiko akan memegang lengan saya. Saya bertanya kenapa dia memegang lengan saya setiap kali di lintasan zebra dan tidak menjadi amalannya di tempat lain.

Katanya saya se orang pelancong yang telah menjadi sahabatnya. Melintas berdua memberi maksud sama-sama menuju ke suatu hala dengan satu matlamat. Se orang sahabat mesti pastikan sahabatnya selamat ke tempat yang dituju bersama. 

Selepas sahaja melintas kami menuju ke kedai yang Maiko maksudkan. Sebelum dia masuk, saya beri tahunya yang saya se orang Islam dan bersentuhan antara lelaki dan perempuan adalah dilarang di dalam agama saya. "I'm sorry," katanya dan terus masuk ke kedai. Saya menunggu di luar.

Tidak beberapa minit kemudian Maiko keluar dan saya bertanya kenapa dia begitu cepat memilih cendera hati. Katanya setiap pembelian dia sudah membuat keputusan dari rumah. Jadi masanya tidak dihabiskan di kedai. 

Waktu itu kami menuju ke stesen train dengan melalui jalan yang sama. Kami melintas zebra crossing yang tadi tetapi kali ini Maiko tidak lagi memegang lengan saya. Saya bertanya mengapa dia tidak berbuat demikian. Katanya dia menghormati agama saya.

Saya jelaskan padanya maksud sentuhan yang sebenar. Cara dia memegang saya selalunya tidak bersentuhan kerana kami sentiasa memakai baju berlapis-lapis termasuk baju sejuk yang tebal. Lalu terus dipegangnya lengan saya dan bila ditanya kenapa dia berbuat demikian, jawabnya untuk mengganti peggangan yang terlepas di zebra crossing tadi.

Bullet Train

Di setesen train, kami duduk di bangku menunggu. Saya bangun semula kerana hendak membuang kertas tisu ke tong sampah yang jaraknya 30 kaki dari saya. Maiko mengambil kertas tisu saya dan di simpannya di beg tangannya. Beg tangannya cantik serta buatan yang nampak kemas dari jenama ANELLO. Saya belum pernah nampak beg jenama ANELLO sebelum ini. Kelihatan beg tangannya berkelas tetapi saya tidak tau setakat mana kelasnya lagi pun apa sahaja yang dipakainya semua yang saya nampak seolah-olah ada kelas tersendiri kerana dia matang bergaya.

Maiko berkata sudah pastinya saya ada kekasih di Malaysia sebab dia terasa layanan dari saya sangat selesa. Saya beri tahunya yang saya tiada kekasih tetapi kalau selepas ini saya tidak tahu. "Mungkin ada," saya berkata. Deraian ketawanya kedengaran walau pun perlahan sebab dia menutup mukanya dengan muffler tebal dan dia langsung tidak memandang saya. Saya menahan diri dari turut ketawa. 

MAIKO:  You made me laughing but were you serious with that joke? It dosen't matter when you want to fall in love but make sure to choose the person you are comfortable with.

SAYA: (senyap)

MAIKO:  I'm having lonely days lately and sometimes feeling inscure. I would like some support from others, family, friends especially you because I know you are the right person for me to hang on. Please remember Adam, make sure to choose the person that you are comfortable with.

SAYA:  Yes, I will.

MAIKO:  Adam, look at me.  Are you comfortable with me?

Train untuk Maiko naik telah sampai. Dia beratur bersama-sama penumpang lain di petak menunggu. Saya terasa ralat tidak sempat menjawab pertanyaannya tadi.

Pembaca yang bijak sana, andainya cerita saya ada moralnya, kongsilah dengan mereka yang lain.


(This site is our site and the stories belong to us. Everyone has a story to tell and in sharing we find healing. I expect this story will give hope a good chance to grow in your hearts. Your wisdom and stories are as good as mine.)©

Dipinjam selama-lamanya dari blog Mamasita

Penulis tidak bertanggong-jawab terhadap komen yang menyalahi undang-undang, menyentuh sentimen agama dan kaum serta individu. Segala risiko akibat ulasan atau  komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengulas sendiri.




37 comments:

  1. Sememangnya di Jepun, mereka patuh pada arahan lampu merah.

    Malah bas yang pernah saya naiki juga patuh pada waktu yang telah ditetapkan untuk bertolak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pembaca yg dah pernah tinggal kat jepun biasanya setuju dgn tulisan saya termasuk yg sebelum ni. Displin yg membuat mereka maju. Displin menjadiksn negara mereka bersih, berperkerti. Lama juga saya tunggal kat sana tapi tak nsmpak orang merokok di jalanan. Sebab tempat merokok disediakan. Itu contoh mudah tentang displin.

      Delete
    2. Memang betul tu. Pemandu bas dia pun displin. Train dia tak pernah tak ada, sentiasa ontime. Tapi kalau kita cakap pasal kebaikan di jepun seolah-olah kita sendiri tak bagus. sebenarnya yg kita cakap berdua ni memang kenyataan. Tuan mesti lebih dari tahu sebab tuan duduk lebih lama.

      Delete
  2. kadangkala orang di negara bukan islam lebih islam daripada kita di negara ramai orang islam. berbelit saya tulis, harap fahamlah, hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Faham. 0rang sana memang hormat atau layan pelancong dgn baik. 0rang jepun dah dua kali tinggal dgn keluarga saya di shah alam . Dalam rumah pun mereka berdisplin.

      Delete
  3. berdisiplinnya mereka kt sana ye...
    klu kt malaysia, asal kosong skit je motor kete trs la merempit

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahap displin mereka berbeza dgn kita. Kalau kat jlan raya mrmang mereka berdisplin betul.

      Delete
  4. Bagusnyalah orang kat sini pun berdisiplin mcm orang kat sana.

    ReplyDelete
  5. Bagusnyalah orang kat sini pun berdisiplin mcm orang kat sana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang kita pun berdisplin cuma pdratusan dan tahap displin tu yg membezakan. Thanks sudi baca

      Delete
  6. Bila tiba part yang best terus keretapi tiba..alaaa..spoil2!
    Well..as the saying goes..don't miss the train..^_^

    https://www.youtube.com/watch?v=y6Sxv-sUYtM

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan film hindustan aje yg ada keretapi. Cerita ni pun ada keretapi. Untung ada keretapi, sebab dia menyebabkan entry ni berhenti rehat. Kalau tidak susah jugak nak berhenti bercerita.

      Delete
  7. Mungkin dia akan tiba-tiba tak sanggup mendengar jawapan lagi? Mungkin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes. Mungkin, sebab dia berperibadi tinggi. Nasiblah kalau dia tak nak dengar lagi.

      Delete
  8. Kita kagum dengan Maiko yang berperibadi tinggi. Memang pun the Japanese are known for their characters, refined and cultured and progressive. We are full of admiration for them. They are able to make people forget history. But then nowadays who cares about history.


    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes, who cares about history. History ditulis untuk kepentingan satu pehak. I believe that. Kita Pun belum ujud masa dia ditulis.

      Delete
  9. to be with someone, you need to feel the comfort.. hehe..
    Ps:you're good in teasing the readers.. Well, a good thing to make us think for a while, kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1. Dont think too long.
      Because the next train is arriving.

      2. Dulu u ada buat or u attended gathering for a few bloggers ke?

      Delete








    2. 1. Well, I'm not thinking any.. haha
      2. I joined few gatherings, well just a small group of bloggers hanging out together @ weddings, Ikea and stuff.. Sometimes had a sleepover at a married couple blogger house, which almost everyone sleep there for a night, cook and stuff..

      Delete
  10. tak sabar nak tau
    tak sabar nak tau
    tak sabar nak tau.

    ReplyDelete
  11. kat malaysia, lambat gerak dah kena hon. lampu dah merah, masih x tekan brek 😒

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat malaysia bukan setakat trafik lite. Potong q tu dah jadi amalan pulak. Hon ni hari2 kita dengar.

      Delete
    2. Jubah kat entry nour cantik2. Kalau saya kawin nanti nak juga beli tu.

      Delete
  12. naper kita tak boleh amalkan sikap terpuji tu, susah ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin kita boleh buat macam tu. Taoi bila ramai yg tak buat, susah jugak.

      Delete
  13. Saya juga sudah pergi ke jepun. lama jugak. orang sana memang melayan pelancong. Kalau kita bertanya jalan, mereka bersusah payah menunjukkan kita. masalahnya ada yg tak mahiir berbahasa inggeris. Kalau kita tercicir barang, mereka seboleh boleh memulangkan kepada kita semula.

    saya tabek mereka.

    ReplyDelete
  14. Deraian ketawanya kedengaran walau pun perlahan sebab dia menutup mukanya dengan muffler tebal dan dia langsung tidak memandang saya... Gambar dalam entry BELUM ADA DIPASARAN tu gambar maiko ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu bukan gambar dia. Cjma gambaran buku yg saya nak buat. Tanpa izin dia saya tak nak upload gambar dia. Saya sedang tunggu keizinan dia.

      Delete
    2. Saya bukak blog amizu. U lom tulis lagi ke?

      Delete
  15. alamak soalan tergantung pulak. mesti maiko tertunggu2 jawapan tu. dan maiko sama dgn saya. kalau waktu tu ada komitmen lain nk buat. plan siap2 apa nk beli. cari ambik dan terus balik. tak buang masa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bini saya dulu, bila dia shopping, saya tidur dalam keretaa. Tinggsl kenangan je cerita tidur dlm kereta.

      Delete
  16. berdisiplinya mereka.. susah nak tengok situasi macam tu kat sini kan.,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang betul edya. Perokok jalanan lun tak ada. Saya tak nampak pun melainkan di tempat khas.

      Delete