Entah beberapa tahun yang lepas, Lebai Malang bersama kawan se kampungnya, Si Luncai pergi ke Kuala Lumpur untuk menuntun bola sepak Piala Merdeka. Di pagi hari itu mereka berdua bertolak awal dari rumah masing-masing ke stesen keretapi. Apabila tiba di stesen, Lebai Malang membeli dua tiket untuk ke Kuala Lumpur dan kemudiannya beredar ke platform untuk menunggu keretapi.
Pada waktu itu Pak Pandir, Mat Jenin dan Pak Kadok berada di situ. Mereka memerhatikan sahaja Lebai Malang dan Si Luncai.
Pak Pandir, Mat Jenin dan Pak Kadok pun pergi mendapatkan Lebai Malang. Pak Pandir menyapa Lebai Malang dahulu.
PAK PANDIR: Assalamulaikum Pak Lebai. Nak ke mana dengan Si Luncai ni?
LEBAI MALANG: Ke Kuala Lumpur bersama Si Luncai. Nak tengok Pesta Bola Merdeka.
LEBAI MALANG: Ke Kuala Lumpur bersama Si Luncai. Nak tengok Pesta Bola Merdeka.
PAK PANDIR: Kami pun nak ke sana. Nak tengok bola jugak.
LEBAI MALANG: Dah beli teket ke?
PAK PANDIR: Sudah. Saya beli satu teket je. Tiga orang kongsi satu teket.
LEBAI MALANG: Macam mana tu. Boleh lepas ke dengan satu teket?
PAK PANDIR: Boleh, Pak Lebai tengoklah nanti.
Tidak beberapa lama mereka bersembang keretapi pun tiba. Mereka sama-sama naik dan duduk berhampiran satu sama lain. Pada zaman itu untuk masuk ke stesen keretapi tidak memerlukan tiket. Teket hanya dipereksa oleh pemereksa tiket semasa kereta api bergerak.
LEBAI MALANG: Dah beli teket ke?
PAK PANDIR: Sudah. Saya beli satu teket je. Tiga orang kongsi satu teket.
LEBAI MALANG: Macam mana tu. Boleh lepas ke dengan satu teket?
PAK PANDIR: Boleh, Pak Lebai tengoklah nanti.
Tidak beberapa lama mereka bersembang keretapi pun tiba. Mereka sama-sama naik dan duduk berhampiran satu sama lain. Pada zaman itu untuk masuk ke stesen keretapi tidak memerlukan tiket. Teket hanya dipereksa oleh pemereksa tiket semasa kereta api bergerak.
Apabila kamu fikir kamu betul tetapi mereka semua kata kamu salah, bermakna mereka tidak silap
Di sebelah malamnya pula mereka pulang ke kampung dengan menaiki keretapi yang sama. Mereka duduk se baris.
Sebaik sahaja keretapi bergerak, Pak Pandir, Mat Jenin dan Pak Kadok masuk ke tandas keretapi itu. Lebai Malang memehati gelagat mereka bertiga. Pada waktu itu pemereksa teket memereksa teket se tiap penumpang. Sebaik sahaja semua penumpang sudah diperksa teket mereka, pemereksa teket pergi ke tandas dan mengetuk pintunya.
Pintu tandas dibuka terlalu kecil dan hanya muat untuk satu tangan. Pak Pandir menghulurkan teket. Pemereksa Teket mengambil teket itu dan beredar ke coach yang lain. Selepas itu Pak Pandir bertiga keluar dari tandas dan duduk semula di tempat mereka. Lebai Malang Ketawa bila dia melihat muka Pak Pandir. Lebai Malang Bertanya tandas tu berbau tidak.
PAK PANDIR: Ada pulak tak busuk.
Lebai Malang tergelak lagi. Pak Pandir bertanya kenapa Lebai Malang ketawa. Lebai Malang kata dia ketawa sebab Pak Pandir berbau busuk.
Sebaik sahaja dia mendengar jawapan Lebai Malang, Pak Pandir juga merasa geli hati, dia ketawa. Si Luncai dan Mat Jenin turut ketawa terbahak-bahak. Penumpang yang lain juga ada yang ketawa melihat gelagat mereka ketawa.
Di sebelah malamnya pula mereka pulang ke kampung dengan menaiki keretapi yang sama. Mereka duduk se baris.
PAK PANDIR: Dah beli teket ke Pak Lebai?
LEBAI MALANG: Dah. Kami beli satu teket je untuk kami berdua. Pak Pandir pulak, dah beli teket ke?
PAK PANDIR: Kami bertiga malas nak beli. Pak Lebai tengoklah nanti.
Apabila keretapi bergerak Lebai Malang dan Si Luncai yang hanya ada satu teket pergi bersembunyi ke dalam tandas.
Melihatkan Lebai Malang berdua sudah berada di tandas, Pak Pandir bangun dan menuju ke tandas lalu diketuk pintunya. Lebai Malang ingatkan yang mengetuk pintu itu ialah si pemereksa teket, dia pun membuka pintu sedikit dan menghulur teketnya.
Pak Pandir mengambil teket dari tangan Lebai Malang dan kemudian duduk semula di tempatnya.
Lima minit kemudia Lebai Malang berdua keluar dari tandas dan duduk di tempat mereka. Pak Pandir ketawa bila melihat muka Lebai Malang.
LEBAI MALANG: Kenapa ketawa?
PAK PANDIR: Mestilah ketawa sebab pemereksa teket belum datang pereksa teket tapi Pak Lebai dah keluar. Mat Jenin dan Pak Kadok terasa geli hati lalu mereka ketawa terbahak-bahak. Pak Pandir tidak terdaya untuk menahan ketawa menyebabkan dia ketawa berguling-guling di situ.
Penumpang yang berhampiran dengan mereka ada yang senyum, ada yang tergelak dan tidak kurang ada yang ketawa berguling-guling bersama-sama dengan Pak Pandir.
Entry sebelumnya: Ma'knunah Nama Yang Indah Maknanya. (KLiK)
Blog ini memperlawa usahawan untuk beriklan di sini. Nyatakan jenis iklan yang di kehendaki di email: biarlembuyangjadilembu@gmail.com
(This site is our's and all stories belong to us. Everyone has a story to tell and in sharing we find healing. I expect this story will give hope a good chance to grow in your hearts. Your wisdom and stories are as good as mine.)©
Semua komen tidak akan dipadam kerana sendiri komen sendiri bertanggongjawab. Video dan gambar dalam tulisan ini semata-mata hiasan.
Tandas pun jadi entry.
ReplyDeleteEntry ni menceritakan ada orang sanggup lakukan apa sahaja untuk dapat se suatu secara tak betul.
Deletedan untuk mendapatkan sesuatu secara free :)
Deletehanisamanina.com
Pecah perut tak sempat ke tandas :)
ReplyDeletePecah oerut tak apa tuan asalkan jangan pecah rahsia.
DeleteThanks.
Pecah perut tak apa tuan asalkan jangan pecah rahsia.
ReplyDeleteThanks.
Kawan kencing kawan.. Hehe lucunya
ReplyDeleteItulah dalam dunia ni. Kencing mengencing perkara biasa.
DeleteJangan kita kena kencing sudahlah.
Sat, saya nak terkencing ni.
En.Adam..sy pernah kena kencing ngan kwn. Huhu😢
DeleteKesiannya.
DeleteHati2lah lepas ni. Jangan terkena dgn orang yg sama dua kali.
teringat masa kecik2 dulu my abah belikan buku cerita Pak Pandir dan Lebai Malang.
ReplyDeleteBaca buku tu sampai lusuh.
walhal dah hafal pun cerita nya..
Saya tak baca buku tu tapi nenek saya ceritakan. Dia suka bercerita sebab dia nak ada teman. Bila malam dia susah tidur. Buku tu dah tak jual lagi kot sekarang ni.
DeleteLelaki yang mengail kat darat tu betul-betul menongkah arus ya....Diluar kebiasaan kan perbuatan dia. Orang begini mesti something wrong somewhere. Kalau tak gila pun mesti ada yang lebih baik dari itu. Nak tarik perhatian orang mungkin, nak femes dan sering menjadi bahan bualan. Cik Adam pernah tak zaman sekolah dulu buat sesuatu untuk menarik perhatian cikgu atau sesaorang...Saya pernah. Hehehe...
ReplyDeleteMasa sekolah dulu saya tak buat apa2 perhatian. Sebab saya pemalu. Budak kampung, sekolah dgn anak orang besar2 di bandar besar. so, saya menempil je.
DeleteBila dah besar pun tak carik perhatian tapi kawan ramai jugak. Kawan-kawan pun semua baik. They are Just like you Mala, frank and open.
hahahaha hadoi gelak gelak jgak. tapi ada maksud deep rupanya dari entri ni ya. pasal kencing mengencing. org lain yg memerhati saja pula nampak macam bahan lawak.
ReplyDeleteAin perasan jugak tentang pasal tandas dan teket dan kawan. That is life.
DeleteZaman 70an dulu,masa musim raya,sampai tandas pun ada yg jadikan tempat duduk. Punyalah sesak dgn penumpang. Kena berdiri dari KL sampai Ipoh pun ada. Dan yg lucu,sampai saja destinasi,check lubang hidung...dah jadi serombong asap.Hitam.
ReplyDeleteYe lah. Kereta api dulu guna kayu api. Itu yg tebal asap. Dulu bas jarak jauh tak banyak. Itu sebab kereta jadi transport utama. Saya balik dari jepun, keretapi sana saya rasa memang first classs.
Deletepak pandir mcm2... nasib la yg lain tak kena check tiket.
ReplyDeleteAnak2 sekarang entah2 tak tau siapa tu pak pandir.
Deletebetapa manusia sanggup bt apa je demi utk kesenangan, sampai sanggup menipu ddk dlm tandas berhimpit2... sabo jelah
ReplyDeleteMemang betul you said. Itu yg jecik. Tipu yg besar lagi dashat
Deletehahaha
ReplyDeleteHahaha.
DeleteSiapa kata pak pandir tak pandai
Kadang2 kita melihat ada orang yang buat kerja gila.
ReplyDeleteMungkin memang di benar2 gila atau dia sebenarnya lebih bijak daripada kita kerana berfikiran di luar kotak. NBOS r KBAT
Itulah yg susah kita nak teka kan wp. Kalau betul2 gila senang.
Delete