Wednesday 29 November 2017

PERSEDIAAN PERJALANAN SAYA DI MUSIM SEJUK DI JEPUN 2018




Gambar di atas merupakan sahabat saya Wiena, se orang anak gadis remaja yang matang serta menarik. Berkemungkinan saya akan muatkan ceritanya di masa akan datang atau dia sendiri menulisnya di sini.

Saya sekarang mula mengamalkan pengambilan dua supplement iaitu Vivix dan OsteMatrix keluaran Shaklee untuk penjagaan kesihatan walau pun Vivix merupakan supplemen untuk awet muda.

Saya akan bertolak ke Narita, kemudiannya ke Kagoshima dan akhirnya turun ke selatan hingga ke Osaka Jepun Januari depan. Oleh itu tubuh saya wajib lebih kuat serta lebih sihat dari sekarang sebab di sana pada waktu itu cuacanya amat dingin. 

Berada di sana pada masa yang lepas saya seolah-olah tidak tahan dengan cuacanya terutama di malam hari.

Dengan sebab itu saya bercadang hendak menambah satu lagi pengambilan supplement, ESP juga keluaran Shaklee supaya seolah-olah saya terasa seperti berada di negara sendiri. Untuk tujuan itu saya telah bertanya dengan pembekal produk keluaran Shaklee tentang khasiat ESP. 

ESP Shaklee Energy Supplement Power Drink

Selepas diterangkannya baru saya tahu khasiat ESP yang sebenar. Di bawah ini apa yang saya ingat setelah diterangkannya. Beberapa khasiatnya merupakan:

- memberi rasa kenyang serta menambah tenaga. 

- membantu melengkapkan nutrien dalam badan. 

- membantu jadikan kulit cantik gebu dan cerah. 

- membantu nak hilangkan masalah parut jerawat. 

- kaya dengan isoflavone yg membantu memulihkan hormon wanita. 

- berdaya mengawal selera makan. 

- menolong banyakkan susu ibu dan lebih berkhasiat. 

- bantu menguatkan rahim dan membentuk otot baby. (Untuk perempuan mengandung.)

- dan beberapa lagi yang berkemungkinan saya lupa.

Sementara saya membuat keputusan samada untuk mengambilnya atau tidak saya tetap meneruskan amalan memakan Vivix dengan OsteMatrix. Saya percaya kedua-dua supplemen ini mampu mencergaskan saya di sana kelak walau sedingin mana pun. 


Teach our kids

Blog ini mempelawa usahawan untuk beriklan. Nyatakan jenis iklan yang dikehendaki di email:  biarlembuyangjadilembu@gmail.com

Dapatkan Vivix dan lain-lain keluaran Shaklee dari no tetera di atas

(This site is our's and all stories belong to us.  Everyone has a story to tell and in sharing we find healing. I expect this story will give hope a good chance to grow in your hearts. Your wisdom and stories are as good as mine.)©

Semua komen tidak akan dipadam. Sendiri komen harap bertanggungjawab. Video dan gambar dalam tulisan ini semata-mata hiasan.





46 comments:

  1. Pejabat Shaklee di Subang Jaya. Ramai yg tau apa itu Shaklee.

    ReplyDelete
  2. oh en.adam hendak ke Jepun januari nanti, semoga dipermudahkan segala urusan dan perjalanan disana

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih banyak2 dgn doa tu. Amin amin

      Delete
  3. Semoga dipermudahkan perjalanan ke Jepun ya...

    ReplyDelete
  4. Jangan lupa ole2 untuk kami rakan blogger, opsssssss.. gurau jer..

    Mg dipermudahkanNya, jgn lupa ambil gambar bersama Maiko byk2 sebelum si dia disunting orang.. (mgkin juga bakal jadi hak milik Adam buat selamanya, aamiin...) kita doakan yg terbaik..

    Wiena, namanya seayu tuan empunya diri.. 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wiena memang ayu, seayu Wiena and also manis. Manis yg mengambar ketelusan hati dia.

      Ole2 insyaallah. Saya rasa no pblm.

      Terima kasih dgn doa Umi.

      Sunting? Hahahaha.

      Delete
  5. semoga dipermudahkan semuanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Hatap2 begitu. Thank you mrs Pip.

      Delete
  6. Selamat pergi dan jangan lupa untuk kembali.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi. Tak mudak nak lupakan malaysia wp. Tempat lahir dan besar.

      Delete
  7. Replies
    1. Insyaallah tuan. Jom kita pergi sekali lagi. Bunga sakura tak lama lagi nak bermusim.

      Delete
  8. OSAKA aku dtg!!! Aka Istanbul aku dtg!!! Penulis blog terbang menemui teman istimewa. Moga ending tidak spt filem tu. Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Liz, mungkin sama akhirnya seperti film istambul aku datang. Bukan macam film assalamulaikum bijing, film indon. As it is, itulah.

      Delete
  9. saya pun nak ke jepun next year, bulan febuary. masa tu agak2 masih bersalji tak? takut tak tahan jugak dengan cuaca sejuk. Lebih2 lagi ada parents saya

    ReplyDelete
    Replies

    1. Di Jepun pun nak tau area mana. Kalau utara lebih sejuk dri selatan. Tapi biasanya bulan feb dah tak ada salji sebab dah musim bunga sakura. Fuh memang cntik waktu tu.

      Kalau saya tau area mana, then from what date to what date u will benin japan, saya boleh tanyakan bersalji or not.

      Delete
    2. saya cover area tokyo kyoto osaka. tapi ada cadang nak pegi shirakwago, tempat tu macam kat kawasan gunung2 jugak. teringin jugak nak tengok salji

      Delete
    3. Mazni, Dulu saya bercuti di kyoto tapi situ sejuk. Saya pindah ke osaka. Tapi sejuk jugak. Beza 1 darjah je lebih kurang.

      Saya tak dapat je kawasan pergunungan. Tak cukup modal. Thnks.

      Delete
  10. Di Jepun pun nak tau area mana. Kalau utara lebih sejuk dri selatan. Tapi biasanya bulan feb dah tak ada salji sebab dah musim bunga sakura. Fuh memang cntik waktu tu.

    Kalau saya tau area mana, then from what date to what date u will benin japan, saya boleh tanyakan bersalji or not.

    ReplyDelete
  11. Wah bestnya nak ke jepun .. mama nak tumpang duk dlm bagasi boleh? Hihi. Mama tau supplement shaklee mmg bagus..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mama, saya memang makan tu. Tapi saya bukan penjualnya. Mungkin nak cuba jadi ejennya tapi masa pulak kurang.

      Hahaha. Dalam bagasi!!

      Delete
  12. Nak ikut pergi Jepun jugak T^T.. Saya memang prefer kawan dgn orang yang jenis jujur daripada kawan yang jenis dua muka..at least dia tak hipokrit hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Miza. Yg dua muka ni memang sakitkan hati kita je. Elok tak berkawan kalau macm tu. Thnks.

      Delete
  13. Have a safe journey and can I have a souvenir from Japan? 👉👈

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you Anis. For sure one sourvenir is for you.

      Delete
  14. Have a great time on the coming Japanese vacation.

    ReplyDelete
  15. moga di permudahkan perjalanan nya ke sana, moga apa yg di rancang berjln lancar....

    ReplyDelete
  16. Hentikanlah telan produk shaklee. Pembongkaran pasal penipuan shaklee baru-baru ni makin banyak.

    Perkongsian bekas pengedar Shaklee

    ReplyDelete
  17. Maaf menyampuk, tapi saya nak tanya, adakah awk sendiri consumer shaklee..? Kakak saya consumer shaklee dah bertahun, and dia menjadi sid bila dia yakin dengan produk tu.. Kalau awak memang consumer shaklee, and benda negatif memang jadi kat awak, then it's fine.. And kalau betul banyak penipuan, banyak penyakit, kita ade gov of health.. If shaklee memang tak bagus, yang pernah dapat bad effect ni patut mengadu and our gov should ban them immediately.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tak ada penyakit.

      Saya baru sangat konsum vivix ni. So far tak ada side efek pun atau lain2 yg negatif melalui vivix.

      Delete
  18. ole ole untuk e'in jgn lupe ea bang..

    ReplyDelete
  19. Wah.... mesti Miko tejut tengok perubahan kulit buah hati kan hihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia tak terkejut. Dah jumpa dia kat Spore dua minggu lepas.ok je. Hihihihi

      Delete
  20. Wah seronok ke jepun ya. Jangan tinggalkan suplemen shaklee biar tmbh handsome macam oghe jepun hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harap2 tak lupa. Kat sana nanti banyak nak guna tenaga lagi pun tak tahan sejuk. Harap shaklee dpt membantu.

      Delete
  21. sihat walafiat time travel baru boleh enjoy...semoga dipermudahkan perjalanan saudara di Jepun...

    Nippon..can't get enough..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you Nohas. Harap2 perjalan saya di jepun berjalan lancar. Many things we can learn from japan.

      Delete
  22. Japan is one of my travel list to there .. hope will be soon .
    Have a lovely journey and safely to arrive . omedetou gozaimase!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. Saya harap Nayfatimah berkesempetan ke jepun tak lama lagi.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...