Saturday, 30 April 2016

PERHENTIAN BAS MALACCA STREET BUKANNYA MENYIMPAN SEMUA KEKOTORAN SEPERTI TERKANDUNG DI BENAK MANUSIA

Trend terkini: mini-sedondon

Kesah benar yang saya temui semasa saya berjalan kaki ke pejabat pada satu pagi di hari Ahad.  Hari itu merupakan hari rehat bagi Kuala Lumpur. Saya kena hadir ke pejabat kerana ada perbincangan tak rasmi untuk jabatan.

Masa tu saya tinggal di Kampung Baru. Perbincangan sepatutnya pukul sembilan tapi saya keluar awal dari rumah, pukul 7 pagi dah keluar. Berjalan kaki ke pejabat biasanya tidak lebih dari 30 minit.

Setiba saya di Jalan Melaka, yang sebelum tu dipanggil Malacca Street, saya berhenti di perhentian bas semata-mata untuk berehat, sementara memikirkan tentang sarapan pagi. Jalan raya lengang. Perhentian bas terletak berhampiran dengan sebelum itu dipanggil Jalan Mountbatten yang sekarang dipanggil Jalan Tun Perak. Terdapat se orang pengemis tidur di bangku panjang perhentian. Pakaian dia lusuh, badannya pun berbau.

"Pukul berapa saudara?" bunyi suara wanita bertanya. Rupanya pengemis yang tidur tadi dah terjaga.  Dia duduk tegak sambil memegang gendong, mungkin berisi pakaian. Kata-kata tu memberi gambaran kepada saya yang dia bukanlah orang tempatan kerana pertanyaan sedemikian hanya kedengaran di negeri Johor sahaja. Orang Johor masa tu kerap menggunakan perkataan "saudara."

Saya maklumkan kepada dia waktu sebenar sambil bertanya, "Kenapa kakak tidur kat sini?" Saya panggil dia kakak sebab dari wajah dia, mungkin usia dia tidak jauh bezanya dari usia ibu saya. Dari amatan saya dia lebih muda dalam lingkungan 5 tahun dan tak mungkin lebih dari itu.

Muka dia tidak begitu segar sebab baru bangun tidur tapi dari raut wajahnya kelihatan seolah-olah memiliki jiwa yang bersih, menggambarkan keikhlasan hati. Pastinya dia bukan perempuan sebarangan.

Sedondon

"Saya lari dari rumah anak," katanya. Saya tergamam.

"Anak halau ke?" saya tanya lagi.

"Saya memang ada krisis dengan anak. Entahlah. Entah-entah saya yang jadi punca krisis rumahnya," dia bercerita.

Saya tak faham maksud 'krisis rumahnya'. Saya bertanya lagi, "Anak halau ke? Anak tinggal kat mana? Lelaki atau perempuan anak kakak tu?"

Dia tidak berkata apa-apa. Lebih kurang satu minit baru dia berkata semula, "Saya lari dari rumah anak. Ini benar. Saya tak dusta. Tapi pertanyaan saudara yang lain saya tidak berani nak jawab sebab kalau saya cerita kat saudara saya dah menceritakan keburukan hal anak saya. Maaf saudara saya tak sanggup nak cerita."

Saya setuju dengannya. "Suami kat mana?" saya berani bertanya.

"Suami saya tinggal dgn isteri ke dua dia sejak menikah se tahun yang lepas," tenang dia menjawab.

"Kakak," saya menyambung, "Saya tak suka lelaki macam tu."

"Saudara tidak boleh menyalahkan lelaki terutama tentang berbini banyak. Allah membenarkan lelaki mempunyi isteri lebih dari satu. Jangan kita nafikan hak lelaki yang Allah telah maktubkan dalam hukum Nya," dia pandang tepat ke muka saya. Sambungnya lagi, "Yang salah cara dia melayan saya. Saudara nak ke mana ni?"

"Saya nak gi kerja kak," terus mohon diri untuk beredar. Tak beberapa langkah dari situ, terbau masakan roti canai yang diuli dengan minyak sapi meresap ke hidung saya dari restoran berdekatan. "Apa salahnya kalau aku ajak kakak tu sarapan. Ini pahala percuma," hati saya berkata.

Saya berpatah balik terus jumpa dia. "Kak, jom kita minum. Kedai depan tu," saya mempelawa. Dia diam terus tidak menjawab. "Sebenarnya kakak nak ke mana ni," saya bertanya lagi."

Pengantin bersama abang, kakak ipar dan tiga anak saudara: sedondon

"Saya nak balik kampung, kat Johor," dia berkata sambil meletakkan tin susu kosong di depannya. Orang yang lalu di situ ada juga memasukkan syilling ke dalam tin dia. Setiap kali bila orang masukkan duit dia berkata, "Alhamdulillah, semuga rezeki tuan bertambah." Saya mengaminkannya.

"Kakak nak balik Johor? Kenapa mengemis di sini?" saya tanya.

"Saya bukan peminta sedekah. Saya tidak mintak dari sesiapa. Saya hanya menunggu keikhlasan orang yang tau erti terdesak." dia terhenti.

"Saya memerlukan duit sebanyak tiga puluh lima ringgit untuk tambang bas, tambang teksi, untuk makan dan nak beli sikit buah tangan kalau ada lebihan duit. Dari perhentian bas di sana ke kampung saya tak ada bas. Terpaksa sewa teksi. Tambang dikenakan penuh sebab teksi pulang semula ke bandar nanti kosong. Saya baru dapat kutip 11 ringgit. Duduk kat sini dah tiga hari. Bila cukup 35 ringgit saya tinggalkan tempat ni," katanya.

"Kalau begitu lama lagilah kakak menetap kat sini. Tiga hari baru dapat 11 ringgit. Itu tak termasuk duit yang kakak guna untuk makan," saya berkata.

"Lama atau tidak, saya kena tunggu cukup 35 ringgit." Mukanya serius.

"Di johor saya akan bangkit semula. Percayalah. Saya ramai kenalan di sana, ramai yang rapat dengan saya. Saya boleh hidup di sana. Yang penting saya perlu tinggalkan tempat ini. Saya perlu tinggalkan Malacca Street," katanya. Saya kagum sebab dia berkata dengan yakin.

Dia terhenti sebentar. Dia pandang tepat ke muka saya lalu berkata, "Di sini orang pentingkan diri. Senyuman lebih mahal dari duit." Saya megerti maksud dia.

Saya ajak dia bersarapan tapi dia menolak secara baik. Saya desak dan desak baru dia setuju. Di meja sarapan dia senyap tak bercakap. Dia hanya menyebut Alhamdulillah setelah selesai makan. Saya hantar dia ke perhentian bas semula, tidak jauh dari situ. Saya duduk berhampiran cuma gendong pakaian dia yang jadi pemisah.

Sedondon 

"Jadi kakak tak cukup 24 ringgit lagi ye,?" saya tanya.

"Mungkin kurang dari 24 sebab tadi dah ada 4 orang yang baik hati," katanya.

"Ini ada 23 ringgit dari saya. Kakak ambiklah untuk tambang balik. Dicampur dgn duit yang kakak ada tentu genap 35 ringgit," sambil saya hulurkan ke tangan dia.

Dia berkata, 'idak,' mengelengkan kepala sambil menolak.  "Saya tak boleh terimanya saudara. Terlalu besar. Kalau saya terima, saya tak berkesempatan membalasnya, biarkan saya mencari sendiri melalui ikhasan orang yang mengerti."

Hati saya tersentuh. Dia yang pada awalnya saya anggap pengemis jalanan mempunyai pegangan hidup. Walau pun dengan cara terdesak, menadah tin kosong itu satu usaha baginya.

Sedondon: The last 4Ds

"Kakak, saya tidak mintak balasan. Kalau ada pun balasan biar Allah yang tentukan mengikut niat saya. Saya semata-mata ingin berbakti. Saya tidak ingin melihat se orang wanita yang tersadai di sini disebabkan krisis. Di sini tidak selamat. Ini bakti saya. Krisis itu saya percaya bukan kakak puncanya. Saya juga mencari pahala sampingan. Berilah saya peluang mengutip sedikit pahala. Terimalah," saya merayu.

Tiba-tiba dia peluk saya sambil teresak-esak. Pelukannya erat. Terasa air matanya jatuh di bahu saya. "Terima kasih saudara. Saya belum pernah rasa begini rendahnya diri saya dan saya tidak akan merancang  bertemu lagi hidup begini. Saudara memberi azam yang tinggi. Sebelum ini saya pun yakin masih ada manusia yang baik dan pasti saya akan bersua dengan orang itu andainya saya kekal iklas. Terima kasih sebab Allah menemukan saudara di saat saya betul-betul tertekan." Saya terdiam. Dia melepaskan pelukan.

Saya terharu. Dengan niat ikhlas saya hulurkan lagi lima ringgit. Dia menolaknya sambi berkata, "Saya tak boleh terima ni saudara. Sebelum ini saya kerap mohon dari Allah untuk saya dapat kumpul 35 ringgit. Sekarang saya sudah dapat. Saya tak boleh terima ni, melainkan duit 5 ringgit ni usaha dari saya sendiri. Maafkan saya saudara."  Saya pujuk dia untuk terima tapi dia tetap dengan pendirian dia.

Saya tunggu sehingga basnya bertolak ke Johor. Kemudiannya baharu saya melangkah perlahan-lahan ke pejabat sambil melambai tangan kepada dia.

Bau busuk badanya melekat pada baju saya. Saya buat tak tau dengan bau tu. Bau tu semakin lama semakin kuat. Saya terus berjalan. Baunya masih ada di baju saya. Bau busuk badannya datang dari keadaan,  bukan bau dari hatinya.

Lama-lama saya suka baunya walaupun busuk. Bau dari se orang wanita yang pernah mengemis selama tiga hari. Bau busuk dari se orang wanita yang pernah menitiskan airmatanya ke bahu saya. Se orang wanita misteri yang mempunyai pendirian diri. Saya terus menyambung langkah menghala ke pejabat.

Tidak sedar saya mengeluarkan se titik dua air mata di jalanan. TAMAT.

1. . Dia peminta sedekah, KLIK
2.  Cerita manusia berhati jahat, KLIK
3.  Jangan marah-marah ustaz KLIK

(Gambar-gambar tiada kaitan dengan cerita. Semata-mata hiasan)

"Everyone of us has a story to tell and in sharing we find healing. I pray that my true story will give hope a chance to grow in  your hearts."

Musik bahasa kita

Penulis tidak bertanggong jawab terhadap komen yang menyalahi undang-undang, sentimen agama, kaum dan sensiviti individu.

Tuesday, 26 April 2016

ADA MASAALAH KE KALAU KAMU TIDAK TAHU?


Hantaran Pertunangan

BETUL KE KAMU TIDAK TAHU?

Kamu tidak tahu. Banyak perkara yang kamu tidak tahu. Ada kala kamu keliru tapi itu bukan sebagai satu alasan untuk kamu berkata bukan kamu tidak tahu. Kalau ada lima jawapan yang hampir serupa tapi kamu tidak tahu jawapan yang mana hampir tepat, bermakana kamu masih tidak tahu.

Kamu tidak tahu iaitu pengetahuan sebenarnya ialah apabila kita tahu apa yang kita tahu dan kita tahu apa yang kita tidak tahu. Bukan kita tidak tahu apa yang kita tidak tahu.

Kamu tidak tahu yang ada masa kamu keliru tapi kamu masih tidak mahu mengaku yang kamu tidak tahu. Sebagai contoh: kamu terlalu sukar memikirkan untuk membeli hadiah untuk diberi sebagai cendera hati pengantin. Kamu pergi ke pasar raya. Di situ kamu nampak ada beberapa pilihan yang boleh dijadikan hadiah. Akhirnya kamu memilih untuk membeli cerek eletrik sebagai cendera hati.

Selimut Baby

Apabila tiba masanya kamu pergi ke majlis perkahwinan dengan membawa hadiah yang sudah dibungkus cantik. Setibanya kamu di situ, kamu menguhulurkan hadiah kepada bapa pengantin. Bapa pengantin tersenyum walaupun dia tidak tahu apa hadiahnya. Di suatu sudut kamu nampak banyak hadiah-hadiah yang telah bapa pengantin terima dan tidak kurang dari 10 kotak hadiah yang saisnya sebesar dengan bungkusan hadiah kamu.

Kamu tidak tahu di sebelah malamnya pula, pengantin dan keluarga membuka semua hadiah. Pengantin menerima 12  hadiah yang serupa dengan cendera hati kamu, cerek eletrik. Kamu tidak tahu kesemua ahli keluarga pengantin ketawa terbahak-bahak pada masa itu.

Tuala dan selimut bersulam nama bayi 

Kamu tidak tahu ada sebuah syarikat bernama, TWIN's WEALTH no. pendaftaran: SA0152937-K yang mengedalikan cendera hati berbentuk peribadi. Bermakna tidak akan ada dua orang yang memberi cendera hati yang serupa.

Kamu tidak tahu syarikat tersebut dikendalikan oleh Cik Faizan yang talian telefonnya 012 266 9391. Kamu tidak tahu Facebook Cerdeque Collection juga milik syarikat ini.

Sampul bantal bersulam nama baby

Kamu tidak tahu yang kamu boleh menempah tuala mandi (andainya kamu pilih tuala) disulam dengan nama pengantin oleh TWIN's WEALTH sebagai cendera hati. Ini bermakna tidak ada orang lain yang akan memberi hadiah yang serupa. Pengantin akan berbesar hati kerana terdapat namanya disulam berserta dengan ucapan Selamat Pengantin Baharu dengan kemas dan rapi.

Kamu tidak tahu yang kamu juga boleh memberi cendera hati kepada ibu-ibu yang baharu bersalin dengan barangan seperti selimut baby, tuala baby, sampul bantal baby dan lain2 juga disulam nama baby secara kemas dan cantik. Kamu tidaklah menjadi seperti orang lain yang menghadiah botol susu bayi. Ada kalanya tidak kurang dari lima orang menghadiahkan botol yang serupa.

Kamu tidak tahu hadiah untuk ulang tahun perkahwinan, pertunangan dan hadiah untuk hari jadi boleh didapati dari syarikat yang sama.
Tuala harijadi bersulam dgn nama

Kamu tidak tahu anak-anak yang duduk di asrama kerap bertukar tuala mandi. Ini tidak elok untuk kesihatan mereka. Ada kalanya anak-anak kehilangan tuala. Kamu mungkin tidak tahu yang kamu  boleh menempah dari syarikat ini tuala mandi bersulamkan nama anak anda yang duduk di asrama untuk mengelakkan tuala dari bertukar.

Kamu tidak tahu, syarikat TWIN's WEALTH turut membekalkan secara pukal baju-baju koperat. Baju-baju yang dibekal turut disulam dengan logo koperat penempah. Sulamannya professional.

Kamu tidak tahu, kesemua barangan tempahan disiapkan dalam masa yang dipersetujui, kemudian dihantar ke seluruh pelusuk tanah air mengikut alamat yang dikehendaki melalui pos tempatan.

Apabila diajukan pertanyaan kepada Cik Nurfaizan kenapa dia bersungguh-sunguh menguruskan syarikat TWIN's WEALTH. Jawapan ringkas darinya, "Every customer makes the relationship my wonderful experience."

Gambar tuala untuk kekasih

Kamu tidak tahu yang selepas membaca ini kamu sudah tahu bagaimana untuk memilih cendera hati secara tepat. Kongsikan artikel ini dengan rakan-rakan kamu kerana kamu tidak tahu, mungkin pada masa ini rakan-rakan kamu sedang buntu memikirkan dan masih tidak tahu hendak memilh cendera hati.

Bantulah mereka dan jangan biarkan mereka tidak tahu seperti kamu dahulunya tidak tahu. Maklumkan juga kepada mereka yang TWIN's WEALTH boleh dihubungi melalui tiga cara seperti di bawah:

a. Whatsaap/SMS: 012 266 9391
b. Email: twins.wealth@gmail.com
c. Instagram: :@cerdequecollection

Sama-samalah kita mengguna teknologi untuk memudahkan uruscara harian.


Semata-mata untuk hiburan



Penulis tidak bertanggong-jawab terhadap komen yang menyalahi undang-undang, sensiviti terhadap bangsa, agama dan individu.

Monday, 25 April 2016

1st PETIKAN CORETAN DARI GERUP WHATSAAP "SHOOT"



What is in the name

Saya siarkan cerita saya sendiri tempoh hari di gerup whatsapp saya. Saya guna ganti nama "Teman" di situ mengikut cara mereka bertutur di gerup itu walaupun bukan semua ahli terdiri dari orang Perak. Kita orang Malaysia kan, semua ganti nama boleh kita guna. Selamat membaca.

BAHAGIAN PERTAMA

Sekarang teman sedang makan tengah hari kat hotel. Kamu jangan ingat hotel kat sini takde klass. Setanding jugak dengan hotel luar negara yg teman dah pergi. Macam-macam hotel teman pernah duduk, lebih kurang sama dengan hotel kat sini. Sebut pasal hotel teringat teman semasa pergi ke luar negara. Boss teman, hantar teman selama dua minggu kat sana, macam nak gila teman rasa. Dua minggu teman tak dengar orang cakap melayu. Dua minggu tak dapat rasa nasi.

Teman ingat lagi masa tu, sebelum sampai ke hotel, teman tertanya-tanya dalam hati macam mana bentuk hotel tu. Ada klass ke tak? Dalam hati teman, "Banyak2 hotel kat sini bos teman tempatkan   (nama hotel disenyapkan untuk tidak menjadi iklan). Nama hotel pun ganjil. Dalam otak teman masa tu, "entah2 hotel tu dalam zoo."

Aduh, bila teman masuk je ke lobby hotel, teman kagum. Indah, sergam, menawan. Ramainya orang putih. Nasib baik sebelumnya teman tak kutuk bos teman, kalau tak berdosa teman. Teman ni dikira lelaki terbaik di malaysia, teman memang lom kutuk sapa2 pun.

Bila teman masuk je lobby tu, penyambut tetamu terus  tanya luggage teman. Dia nak hantar ke bilik. Luggage teman sebenarnya hilang kat airport. Lima  hari baru dapat. Selama lima hari itu teman pakai baju yg sama. Seluar sama, underwear pun sama. Underwear tu dah bau satu macam sebab menapis kentut selama lima hari. Pergi dinner pun pakai underwear tu.

Teman tak boleh beli baju lain sebab credit card dalam luggage. Pasal luggage yg hilang tu kalau tak silap teman, teman ada email kat assistant teman yang memangku jawatan teman selama dua minggu. Dia gelakkan teman melalui email. Berdosa dia, sebab gelakkan musafir.

Sebenarnya tadi teman nak cerita pasal lunch. Tapi ke lain pulak jadinya.

Bakal jadi geng whatsaap penulis 

Okay, teman sambung ni.

Teman tadi pilih bahagian buffet sebab teman suka makan berselerak. 

Teman masuk je ke tempat makan, terus beratur pilih makanan. Then makan. Bila dah habis makan teman bersandar kat kerusi. Teman nampak orang di meja sebelah bawak makanan. Aduh sedapnya. Menyesal pulak teman pilih yg tadi. Itu memang tabiiat manusia, yang dah dapat selalunya memang  tak sedap.

Geng whatsapp penulis

Tetiba datang se orang perempuan muda lingkungan 20han datang ke meja teman. Dia Melayu macam teman. She said, "I notice you  are alone. May i join u sir?"

Bila teman nampak dia cantik teman terus kata, "why not. Pull down the chair, please." Sebelum duduk dia hulur kad bisnes. Ini memang cara teman, bila terima kad, teman pura2 impress. Teman puji name card dia.

Dia pilih kerusi bertentangan dengan teman. Bila dia duduk teman terus kata,  "You are very attractive."

"Beauty is only skin deep sir,” she replied.

"My message is clear — being a physically attractive person means something important and something beautiful. By the way, I don't think we have ever been introduced. How shall i adress you?" teman tanya dia.

"You may guess my name uncle," dia kata. Bila dia kata tu teman dah tau, dia punya psikologi mesti tahap melambung. Selamba je suruh teman teka. Dia buat teman macam kawan-kawan lama pulak. Atau teman yg terperasan sebab tetarik dengan dia. Tapi teman tak mudah nak tertarik dengan sesiapa sebab hati teman ni macam pelangi. No one can reach the rainbow. Yes, no one ever.

Makeup dia simple je. Hanya lipstick. Dia pandai menggunakan lipstick. Lipstick dia hanya ada kat bibir. Tak nampak pun dia calit gincu kat dahi. Kat dagu pun tak nampak warna gincu. Yang teman nampak warna lipstick dia ada kat bibir.  Sungguh bijak dia.

"Your name written on this card as Miss R. Are u Rohaya?" Dia geleng kepala. "If not Rohaya then u are Rohani." Dia geleng lagi. "Rohana?" Dia geleng jugak. "Raidah or Rafidah." Pun dia geleng.

Teman terus kata, "Azizah, Rohani, Robert." Dia ketawa. Teman hanya senyum. Teman tak nak ketawa sebab tak nak dia nampak gigi teman yang dah kuning. Gigi dia putih tersusun rapi, macam tentera laut German yg berkawad. Teman belum pernah tengok orang German pun.

"Just call me Miss R," dia kata.

Geng watsaap penulis

"What was your name again?" teman tanya lagi.

"You may call me R. There's nothing in a name uncle," belum sempat dia habis teman mencelah.

"You are rite. What is in a name? A rose is still a rose, by any other name would smell as sweet. If u call it orchid, it still has the rose's smell." Dia ketawa manis. Kalah stavia punya manis.

Dia ingat teman ni tak pandai guna kata2 Shakesphere, "a rose is a rose." Dulu teman kaji sastera Romeo and Juliet semasa teman form five. Siapa ingat lagi cerita dalam buku tu.

Ok fren, nanti teman sambung. Sebab teman dah nak balik. Apa2 pun teman nak settelkan kerja teman lepas ni. See u.

Coretan Pasal persahabatan KLIK


Mari belajar dari video ni

Penulis tidak bertanggong-jawab terhadap komen yang menyalahi undang-undang, sensiviti agama, bangsa dan individu.

2nd PETIKAN CORETAN DARI GERUP WHATSAPP "SHOOT"


Birthday mereka yang lahir dalam bulan Mac

BAHAGIAN KE DUA, 

Sambungan cerita semalam. Teman rengkaskan, tak tambah.

Petang semalam teman rasa macam nak boring, duduk rasa tak betul, bediri pulak rasa salah. Teman pun telepon miss R. "Assalamulaikum," teman dengar dia jawab.

Lepas jawab salam teman tanya dia, "Remember me. Where are u?"

"Oh uncle, how are u. I am here at the same place. I am going out for coffee. Would u like to join me uncle?"

Teman kata, "Sure, but i can't drive."

"Give me your address. I'll be there within 20 minutes." Kagum teman dgn jawapan dia. Beraninya.

Teman tunggu, 30 minit baru dia sampai. Teman bukak pintu kereta, masuk and duduk, "Sorry i can't serve u coffee, no one at home."

"It's ok uncle, i understand," lega teman rasa. Teman nak tanya nama dia, rasa malu. Jadi teman olah soalan, "Miss R is the name on your card. What does the letter R mean to you?"

"R is my dad," dia jawab. Dalam hati teman, dia ni belagak, ikut style the stupid orang putih, guna nama bapa.  "What are u doing now uncle?" she asked.

"Nothing. Last time i did some writings, just to kill my time," i replied.

"Indirectly, u wrote for someone, i believe," she said. Then, teman terus tanya berapa omo dia. Dia jawab, "i was born on your 23rd birthdate."

"Bermakna u are 23 now?" I asked.

"Betul Pakcik ADAM," kata dia sambil pandang teman. Tersentap teman. Pelik macam mana dia tau nama teman. Teman diam je, dah tak tau nak kata apa.

Geng whatsaap dari selatan

Tiba2 hp dia bunyi. Teman dengar dia jawab, "Uncle Adam is with me dad, now i am driving. Talk to you later." Dia hulur hp kat teman.

"Assalmulaikum," teman kata.

"Adam, Rahamat sini." Suara tu betul2 suara Rahamat kawan lama teman. Kawan rapat yang sama2 susah, sama2 senang. Dah berpuluh tahun tak jumpa. Teman terdiam. "That's my only daughter. The youngest," suara dia sebak. Teman dah tak sanggup dengar suara dia lagi. Teman turut sebak. 

Teman beri tau dia, "I can't continue now. Really i can't, but I'll be there within minutes." Teman hulur hp kepada R semula. "He is my close friend since our childhood years," teman kata.

R pandang teman, "He told me that many, many times uncle."

Tiada kata secantik bahasa

"Allah yg menentu pertemuan ni. Meaningful. Thanks for taking care of him and thank u for making today's moment so wonderful. I can't wait to meet him" teman kata kat R.

"My dad is now a lonely man uncle. He lost almost everything, including his wife and sons. I want him to be as happy as before. Sekarang jantung dia lemah."

R terdiam, mungkin dia menahan sebak. Dia pandu pelahan. Tiga minit kemudian baru dia bersuara, "Selepas dua hari mama meninggal baru dia dapat tau uncle held the 1st reunion. He wasn't invited. He was very sad. Nobody really cares if we're miserable. I want to be happy and the best way to cheer myself up is to try to cheer somebody else up and that should be my dad. Hopefully it works."


Watch it out


Penulis tidak bertanggong-jawab terhadap komen yang menyalahi undang-undang, sensitiviti agama, bangsa dan individu. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...