Friday, 29 June 2018

PERHIMPUNAN AGONG UMNO KALI INI, ADAKAH AHLINYA AKAN MENGELUARKAN AIR MATA?

Pernah ada ahli UMNO sebak (kalau tak silap menangis) di perhimpunan agong mereka kerana membayangkan jika UMNO hilang kuasa.

Mantan Presiden mereka pernah melaungkan, Melayu akan terbangsat jika UMNO hilang kuasa.

Hari ini Jun 30, 2018 berlangsung perhimpunan yg sama. Adakah masih ada ahli mereka yg akan sebak pada realitinya UMNO sudah tidak berkuasa?

Soalannya, siapakah yg lebih terbangsat dan siapakah yg lebih sebak sekarang bila UMNO sudah berjaya memiliki kosong kuasa?

(This site is our's and all stories belong to us.  Everyone has a story to tell and in sharing we find healing. I expect this story will give hope a good chance to grow in your hearts. Your wisdom and stories are as good as mine.)©

Semua komen tidak akan dipadam. Sendiri komen harap bertanggongjawab. Video dan gambar dalam tulisan ini semata-mata hiasan.

Monday, 25 June 2018

KITA TIDAK TERFIKIR UNTUK MENGGUNAKAN DUIT SEBAGAI KOPON UNTUK MEMBELI SAHAM AKHIRAT


Aku bukannya orang kaya. Duit memang tak banyak. Kalau aku jumpa duit di jalanan yg sahih tanpa pemilik, aku kutip.

Aku tak nak duit itu musnah begitu sahaja kerana nilai untuk BNM mencetak wang terlalu tinggi.

Jika se orang dari setiap 100 orang dari kita memusnahkan se keping duit setiap hari, bayangkan berapa tingginya kos untuk mencetak semula duit yg hilang.

Berbalik kepada cerita duit yang aku jumpa. Kalau duit yg aku jumpa itu kotor aku basuh, jemur. Setelah kering aku guna buat belanja. Itulah aku dengan tidak secara langsung membantu ekonomi negara walaupun nilainya sebesar hama.

Ramai yg lain lebih kaya dari aku. Ramai yg berbelanja dgn duit yg mereka dpt. Mereka beli bukan keperluan tapi untuk berpuas hati memilikinya.

Orang bijak sepatut memegang duitnya di otak bukan di hati kerana hati mudah luntur.

Harta sebenar bukannya dgn memiliki benda2 yg hebat tetapi memiliki melalui keperluan yg munasabah sebab harga duit itu sendiri memang mahal.

Kita mengeluh sebab kita miskin. Kita lupa hari yg diberi Allah itulah duit dan jumlah 24 jam setiap hari itulah nilainya. Oleh kerana kita tidak tahu 24 jam itu bernilai, kita bazirkan  setiap minit yg diberi. Kita gagal dlm erti kata sebenarnya.

Kegagalan sebenarnya berlaku awal lagi apabila kita tidak merancang untuk menentukan bagaimana untuk memulakan merintis lorong kejayaan.

(This site is our's and all stories belong to us.  Everyone has a story to tell and in sharing we find healing. I expect this story will give hope a good chance to grow in your hearts. Your wisdom and stories are as good as mine.)©

Semua komen tidak akan dipadam. Sendiri komen harap bertanggungjawab. Video dan gambar dalam entry ini semata-mata hiasan.

Tuesday, 19 June 2018

ADAKAH MELAYU DI NEGERI DARUL EHSAN SUDAH TERBANGSAT?

Aku duduk di Selangor. Di Selangor sudah 3 pilihan raya Umno menepi. Ada yg kata tanpa Umno Melayu habis. Bekas PM pula berkata tanpa UMNO melayu terbangsat. Sebaliknya telah terbukti tanpa Umno Melayu Selangor juga happy.

Pengundi2 di Selangor berpelajaran dan matang. Tidak rela ditarik hidung dan tau membeza yg benar dan yg karut. Undi dibuang di kotak yg betul.

Salah satu faktor Umno kalah di Selangor disebabkan samseng dari Sungai Besar. Beliau dgn berani membawa geng memecah mesin judi haram, mengherdik peserta Bersih, bawa kereta keranda ke pejabat MB, bertuala di halayak ramai, menghina secara dahsyat lelaki yg lebih tua dari bapanya dan lain2.

Melayu bukan Umno di Selangor benci dgn Melayu  Sungai Besar ini. Juga benci dgn sekutunya.

Melayu bukan Umno di Selangor tidak memerlukan samseng Melayu Sungai Besar. Untuk mendiamkan dia, rakyat bukan Umno di seluruh Malaysia telah menolak BN ke tepi.

Setelah BN kecundang, samseng Melayu dari Sungai Besar menyembunyikan diri. Itulah samseng Melayu.

Saturday, 16 June 2018

YANG DITUNGGU-TUNGGU OLEH AHLI-AHLI UMNO DAN KEBANYAKAN RAKYAT MALAYSIA


Perebutan kerusi presiden UMNO tahun 2018 amat menarik disebabkan dua tokoh yang bertanding mempunyai sedikit persamaan:

1) Tengku R pernah menentang Tun M
2) Zahid Hamidi pernah merendah-rendahkan Tun M
3) Kedua-dua mereka pernah keluar dari UMNO. Tun M semasa menjadi presiden UMNO menerima mereka semula menjadi ahli UMNO.

Soalannya: Dapatkah ahli UMNO menuntun perhimpunan Agong UMNO secara langsung melalui RTM?

Kesiannya.

(This site is our's and all stories belong to us.  Everyone has a story to tell and in sharing we find healing. I expect this story will give hope a good chance to grow in your hearts. Your wisdom and stories are as good as mine.)©

Semua komen tidak akan dipadam. Sendiri komen harap bertanggungjawab. Video dan gambar dalam entry ini semata-mata hiasan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...