Tuesday, 25 February 2020

DALAM POLITIK SAHABAT DAN MUSUH TIDAK KEKAL. YANG KEKAL IALAH PENGKHIANAT

Ini satu perkara yg aku anggap penting. Perkaranya ialah tentang negara kita. Kamu, dia, mereka dan aku yg punya malaysia. Ini negara kita. Bukannya kamu dan segelintir orang yg punya. 

Malaysia bukan barang rebutan. Bukan juga milik wakil2 rakyat yg setiap 5 thun menebalkan muka mengemis undi dari rakyat.

Wakil rakyat kerjanya mensejahterakan rakyat. Bukan mengejar khaloba sendiri. Mereka kena faham, tanpa rakyat siapalah mereka.

Wakil rakyat jangan mengutamakan diri. Kerjaan diujudkan untuk memakmorkan negara kerana rakyat mengutamakan malaysia.

(This site is our's and all stories belong to us.  Everyone has a story to tell and in sharing we find healing. I expect this story will give hope a good chance to grow in your hearts. Your wisdom and stories are as good as mine.)©

Semua komen tidak akan dipadam. Sendiri komen harap bertanggungjawab. Video dan gambar dalam tulisan ini semata-mata hiasan.

Sunday, 23 February 2020

POLITIK OH POLITIK

Perbezaan antara ahli politik dgn negarawan ialah, ahli politik fikirkan kerusi manakala negarawan fikirkan rakyat.

Rakyat didisplinkan oleh undang2. Undang dibuat oleh ahli politik. Ahil politik dikawal oleh rakyat. Rakyat dikawal oleh minda. Minda dipengaruh oleh media. 

Apa yg kita dah sumbangkan kat media selama ini melainkan mengkritik, mencaci, mengutuk, menggelar, memaki-hamun, memperli antara satu sama lain.

Kamu tau tidak, ahli politik tidak jauh beza dengan tayar. Tayar jangan diguna terlalu lama.

(This site is our's and all stories belong to us. Everyone has a story to tell and in sharing we find healing. I expect this story will give hope a good chance to grow in your hearts. Your wisdom and stories are as good as mine.)©

Kamu komen apa saja yang kamu suka dan komen kamu tidak akan dipadam. Ingat, sendiri komen sendiri pikul. Video dan gambar dalam tulisan ini tiada kaitan.

Friday, 14 February 2020

LAIN ORANG LAIN STAIL TAPI FESYEN KEBANYAKAN SERUPA

Semasa dlm penerbangan ke Fukuoka Jepon, jarak tempat duduk antara aku dengan penumpang lain hanya satu kerusi. Bererti kerusi antara aku dengan penumpang lain kosong.

Ada pompuan melayu berusia, mungkin bersama suami duduk di sebelah kerusi yg kosong. Walaupun berusia, dia menarik. 

Bertudung kemas. Tudungnya cntik. Tudung yg menambah rupanya jadi lebih cntik. Aku amati dia. Dia cukup bergaya.

Suka aku cara dia. Apa yg menyebab suka aku tak tau. Samada fesyen atau stail dia?

Fesyen boleh dicari tapi kita lupa stail sudah kita miliki. Untuk kita berstail cukup mudah. Hanya perlu tau tentang diri sendiri. Stail yg baik kita simpan. Mana yg tak elok diketepikan.

Stail penting. Cantik tanpa stail ibarat belon tak cukup angin. Amalkan stail yg bail kerana stail yg sebati sukar diubah.

Stail melibatkan personaliti. Stail tak boleh dibeli. Stail merupa ekspresi yg mempamirkan atitude.

Stail sebenarnya dah ada pada diri sendiri. Apa yg perlu dilakukan ialah tambah baik yg ada dan gunakannya.

Lebihkan berstail dari berfesyen kerana fesyen kerap ketinggalan. Sebaliknya stail kekal.

(This site is our's and all stories belong to us. Everyone has a story to tell and in sharing we find healing. I expect this story will give hope a good chance to grow in your hearts. Your wisdom and stories are as good as mine.)©

Kamu komen apa saja yang kamu suka dan komen kamu tidak akan dipadam. Ingat, sendiri komen sendiri pikul. Video dan gambar dalam tulisan ini tiada kaitan.

Monday, 10 February 2020

BUKAN KATAK YANG PANGGIL HUJAN

Tahukah kamu iaitu katak berbunyi bukan untuk panggil ujan. Hujan tak kesah pun dgn bunyi katak. 

Sebenarnya bunyi dibuat oleh katak jantan memanggil katak betina.

Bunyi dari katak jantan bermaksud begini, "Betina, betina, sedang buat apa tu. Ber-selfi ker? Cukup2lah tu. Datanglah sini. Aku bukannya nyah."

Katak betina pun jawab, "Betul ke kamu bukan pondan? Klau kmu dari kumpulan maknyah aku bimbang kita di-viral-kan. Kalau betul kamu jntan mai sini."

Itulah perkataan yg diulang-ulang, diulang-ulang. TAMAT.

(This site is our's and all stories belong to us.  Everyone has a story to tell and in sharing we find healing. I expect this story will give hope a good chance to grow in your hearts. Your wisdom and stories are as good as mine.)©

Semua komen tidak akan dipadam. Sendiri komen harap bertanggungjawab. Video dan gambar dalam entry ini semata-mata hiasan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...