Sunday 22 November 2020

PAGAR ZAMAN DULU DAN PAGAR ZAMAN SEKARANG

Pagar sekarang tak macam pagar zaman dulu. Zaman dulu kalau harapkan pagar, pagar mkan padi.

Pagar sekarang lain sikit. Sebab sudah ada teknoloji. Pagar sudah canggih. Sekrang kalau harapkan pagar, pagar sekarang makan padi, makan rumput, makan sekam, makan tikus, makan belalang, makan selayau. Silap2 tiang pagar pun dia sapu. 

(This site is our's and all stories belong to us. Everyone has a story to tell and in sharing we find healing. I expect this story will give hope a good chance to grow in your hearts. Your wisdom and stories are as good as mine.)©

Kamu komen apa saja yang kamu suka dan komen kamu tidak akan dipadam. Ingat, sendiri komen sendiri pikul. Video dan gambar dalam tulisan ini jika ada tiada kaitan.

Sunday 8 November 2020

ORANG POLITIK TAK JAUH BEZA DGN PEMPES



Aku dah tak pecaya dgn orang politik. Tak kira sapa. Penting diri. Aku tak kira sapa. Cakap dolak dalik.

Samada mereka doktor, enjiner, lawyer, lebai, selagi mereka berpolitik aku tak pecaya.

Sejak kecik aku dengar orang politik kata mereka tolong orang ramai. Semua orang politik kata macam tu. Masa tu aku pecaya bulat2. Tpi bila kata tinggal kata, itu yg buat aku tak suka politik.

Macam mna aku nak suka kat politik? Mereka tunjuk contoh tak elok. Sendiri sama sendiri walau bawah sama logo, masih cakar mencakar. 

Dulu aku nak join politik tpi aruah atok aku kata, "Adam. Pegilah. Tapi kena belajar dua perkara dulu. First belajar berbohong. Second, belajar tebalkan muka sebab mungkir janji mainan orang politik."

Benar kata aruah atok aku. Klau tak mahir dua perkara tu, politik aku gagal. Sedih jika gagal sebab aku jujur kalau berpolitik.

(This site is our's and all stories belong to us.  Everyone has a story to tell and in sharing we find healing. I expect this story will give hope a good chance to grow in your hearts. Your wisdom and stories are as good as mine.)©

Kamu komen apa saja yang kamu suka dan komen kamu tidak akan dipadam kerana sendiri komen sendiri pikul.

Video dan gambar dalam tulisan ini semata-mata hiasan.


Tuesday 3 November 2020

PAK PANDIR PUN TAU

Sebuah bas penuh dgn ahli politik ke tempat untuk berkempen. Tetiba bas terjunam ke gaung. Gaung dalam. Tak ada satu yg lepas naik. 

Pak Pandir nampak kejadian. Dia ke gaung. Ahli politik mintak tolong:

Ahli politik: Wahai saudara ku yg budiman. Tolong beri bantuan. 

Pak Pandir: 0h kalian ghupanya. Apa kabor kat bawah tu. Masih hidup ker?

Ahli politik: Yes saudaraku. Kami masih hidup. Tolong kami ekk.

Pak pandir: Tuan hamba beri tau dulu. Berapa orang yg mati?

Ahli politik:  Saudaraku. Tak ada yg mati.

Pak Pandir: Tuan hamba tak berkata benar. Tak kan tak ada yg tak mati. Hamba nmpak bas laju. Gaung sikit punya dalam. Dentuman kuat gila.

Ahli politik: Tolonglah saudara. Kami semua hidup. Kami cakap benar.

Pak pandir: Betul ke tuan hamba berkata benar? Macm tak caya aja.

Ahli politik: Betul. Ni petama kali kami cakap benar. TAMAT

(This site is our's and all stories belong to us. Everyone has a story to tell and in sharing we find healing. I expect this story will give hope a good chance to grow in your hearts. Your wisdom and stories are as good as mine.)©

Kamu komen apa saja yang kamu suka dan komen kamu tidak akan dipadam. Ingat, sendiri komen sendiri pikul. Video dan gambar dalam tulisan ini tiada kaitan dengan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...