Sunday 7 January 2018

CABIN CREW, PLEASE TAKE YOUR SEATS FOR LANDING


Gadis di bawah, Arlina Anang seorang wanita muda yang gigih mengembangkan perniagaan.

Anak Terengganu yang tidak lokek mengajar kita berbelanja secara berhemah. Ikutilah kesah beliau di entry yang akan datang sekiranya saya dapat kebenaran darinya. Harap-harap begitulah.

Berbalik kepada tajuk entry saya ini, teringat semasa saya berada di Hong Kong selama dua minggu. Setiap malam saya menghabiskan masa duduk di lounge hotel selepas penat berada di pejabat di siang hari sebab tidak tahu hendak ke mana-mana di sana.

Duduk di situ saya hanya minum fresh orange hingga pemuzik habis membuat persembahan. Saya kerap duduk di meja yangsama. 

Pada malam terakhir di sana, saya terlambat dan dapati sudah ada dua gadis duduk di situ. Saya bertanya samada saya boleh bersama mereka se meja. Mereka tidak keberatan. 

Ke dua-dua wanita adalah pembantu penerbangan jarak jauh. Mereka sedang menikmati "Welcome drink" yang disediakan oleh hotel. Sempat juga saya berbual bertanya terutama tentang hal penerbangan.

Ada seketika saya bertanya kenapa penumpang diminta tidak menanggalkan tali pinggang walaupun plane sudah mendarat. Waktu itu plane hanya bergerak menuju ke terminal.

Salah se orang menjawab, "We have strict rules during any flight to keep passengers safe. Some passengers ignore in keeping the seatbelt fastened when the plane has landed."

Saya ulang tanya, "Why do we still have to keep our seatbelt on?"

Se orang lagi menjawab, "When the plane is running on  the ground the pilot may have to hit on brakes at any moment. Putting seatbelts on can avoid accidents ffom taking place especially at the busy airport. With the seatbelts the passengers will be safe on their seats if any sudden slamming of the breaks happens"

Apa yang saya tahu biasanya landasan tu tidak ada gangguan. Saya bertanya lagi, "Does it happen?"

Jawabnya ringkas, "It may happen."

Akan disambung di entry yang akan datang.



(This site is our's and all stories belong to us.  Everyone has a story to tell and in sharing we find healing. I expect this story will give hope a good chance to grow in your hearts. Your wisdom and stories are as good as mine.)©



Semua komen tidak akan dipadam. Sendiri komen harap bertanggungjawab. Video dan gambar dalam tulisan ini semata-mata hiasan.

Thursday 4 January 2018

ADAKAH PENILAIAN YANG KITA BUAT MELALUI WAJAH DAN BENTUK RUPA SELALUNYA TEPAT?


Gadis di sebelah ialah rakan saya Arlina Anang. Seorang gadis matang, bijak dan selain dari berfikiran positif beliau tahu mengendali pergaulannya di sebarang majlis sosial.

Tidakkah photo beliau menarik perhatian kamu? 

Sudah tentu kerana anggapan kamu ulam pun tidak cukup lazat untuk menandingi beliau kerana dia mempunyai "package" yang lebih lengkap dari ulaman.
Adakah salah jika kamu menganggap beliau lengkap dengan packeg-nya dengan hanya kenal dia melalui rupa di gambar ini?

Jangan kamu ambil kesah tentang apa orang lain kata terhadap kamu membuat penilaian kerana mereka juga menilai kamu melalui wajah dan bentuk rupa fizikal kamu. Kamu jangan nafikan kenyataan ini.

Saya percaya andainya kamu menyediakan 10 kategori untuk memilih pasangan kamu sudah tentu kualiti adik manis ini ada di dalam semua kategori kamu. Walaupun kamu tidak tahu siapa Arlina tetapi kamu tetap percaya dia memiliki personaliti hebat. 

Secara benar saya nyatakan beliau ialah se orang yang hebat di dalam kelasnya tersendiri kerana saya tahu tentang sahabat saya ini.

Berbalik kepada tajuk entry di atas, kenapa kita kerap mengandaikan personality orang lain melalui wajah seperti kamu menilai adik manis yang gambarnya di sebelah.

Mari kita cari jawapannya melalui soalan berikut:

Apabila kita berada di kawasan awam di mana terdapatnya manusia yang belum kita kenal, apakah yang pertama kita nampak?

a. Adakah kamu nampak hati baiknya?                    

b. Adakah kamu nampak niat baiknya?                    

c. Adakah kamu nampak kehebatannya?                

d. dakah kamu nampak sikap biadapnya?                

e. Adakah kamu perasaan yang setiap orang begitu berbudi bahasa di setiap perjumpaan pertama?

Apa yang kamu nampak hanyalah kulit dan bukan isinya jadi sebarang pendapat kamu terhadap dia tidak 100% tepat.

Mari kita cari jawapannya melalui soalan di bawah:

Apabila kita berada di kawasan awam di mana terdapatnya manusia yang belum kita kenal, apakah yang pertama kita nampak?
a. Adakah kamu nampak hati baiknya?                    
b. Adakah kamu nampak niat baiknya?                    
c. Adakah kamu nampak kehebatannya?                
d. dakah kamu nampak sikap biadapnya?                
e. Adakah kamu perasaan yang setiap orang begitu berbudi bahasa di setiap perjumpaan pertama?

Apa yang kamu nampak hanyalah kulit dan bukan isinya jadi sebarang pendapat kamu terhadap dia adalah tidak 100% benar. 

Saya telah berada di beberapa buah negara luar dan berpeluang bergaul dengan berbagai ragam manusia di dalam beberapa budaya. Ini berarti saya telah menilai secara silap ratusan orang  walaupun bukan ribuan.

Ini juga berarti kesilapan saya menilai se se orang telah berlaku semasa ber-dating, keluar makan malam atau di majlis sosial yang lain.

Kesilapan menilai begini akan terus berulang bukan kerana kita dangkal, berminda sempit, da'if atau tidak ada daya pengukur penilaian. Penilaian salah tetap akan berlaku disebabkan kita hanya berpeluang menilai melalui fisikalnya sahaja. 

Hanya itu sahaja maklumat yang dapat kita guna untuk diserap ke otak sebagai bahan untuk kita membuat penilaian. 

Mulai sekarang elok kita hentikan menilai se siapa sahaja melalui cara di atas kerana nilaian kita tetap tersasar.

Bagaimana caranya pula untuk kita menilai secara tepat kerana kita tetap tidak akan berhenti menilai? Hanya dengan satu cara sahaja iaitu berjalan dengan mata tertutup. Sanggupkah kamu?

Entry sebelum ini: (Klik) Kenapa Wanita Memakai Bra 

Humaira 24 bulan, di biliknya belajar sendirian bahasa Jepun

(This site is our's and all stories belong to us.  Everyone has a story to tell and in sharing we find healing. I expect this story will give hope a good chance to grow in your hearts. Your wisdom and stories are as good as mine.)©


Semua komen tidak akan dipadam. Sendiri komen harap bertanggungjawab. Video dan gambar dalam tulisan ini semata-mata hiasan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...