Sunday 5 May 2024

TERKINI

Aku dah tukar corak blog aku.
Itu aja yg nak beri tau.

Lepas ni nak cari duit melalui blog mcam dulu.

(This site is our's and all stories belong to us.  Everyone has a story to tell and in sharing we find healing. I expect this story will give hope a good chance to grow in your hearts. Your wisdom and stories are as good as mine.)©

Semua komen tidak akan dipadam. Sendiri komen harap sendiri bertanggungjawab. Video dan gambar dalam entry ini semata-mata hiasan.


Sunday 7 April 2024

Wahai Lelaki, Jangan Bodoh Hingga Ke Tua.



Jangan ambek mudah tentang pompuan bila dia beri perhatian. Anggaplah diri kmu bertuah. Mungkin dia sayang kmu + tak mahu orang lain ambek tempat kmu dlm hidup dia. 

Klau dia nangis utk kmu jgn fikir dia lemah. Anggaplah  kmu bertuah sbab air mata pompuan itulah perasaan. 

Jika dia cemburu, jangan salah tafsir. Jngan fikir semua pompuan kaki cemburu. Sebenarnya dia tak mahu tengok orang lain dlm pelukan kmu. 

Jika dia minta maaf walaupun bukan salahnya, jangan fikir dia takut kmu lari, tapi dia nmpak hubungan itu bernilai. Dia tak nak orang lain memiliki hati dia.

Bila kmu anggap pompuan terlalu remeh tentang kasih, pda saat itulah kmu mula beransur kehilangannya. 

Wahai lelaki, jangan ambil mudah tentang pompuan.


(This site is our's and all stories belong to us.  Everyone has a story to tell and in sharing we find healing. I expect this story will give hope a good chance to grow in your hearts. Your wisdom and stories are as good as mine.)©

Friday 5 April 2024

MARI KITA BERBLOG


Sama ada peribadi atau profesional, blog menyediakan peluang yang tidak berkesudahan untuk otang ramai samada untuk bersosial, nerpolitik atau utk promosi produk. Blog memberi pluang besar utuk perniagaan kerana pembaca tidak terhad. Berpromosi produk di blog lebih menarik kerana blog menyediakan tapak yg boleh kita ubah suai.

Populariti blog tidak berkurangan. Malah, professional. Seperti yang dikatakan, "blog berguna untuk lebih daripada sekadar berkongsi fikiran. Malah, 60% pengguna akan membeli sesuatu selepas mereka membaca kontrn di blog.

Blogging masih penting hari ini untuk ahli niaga, politikus, bersosial dan macam2 lagi. Ramai tak tau iaitu blogger hebat boleh dapat hingga 50 ribu American dollar se bulan hasil dari entry yg dibuat. Bayangkan, US Dollar 50 ribu sebulan, mika 1 thun berap juta RM Malaysia.

(This site is our's and all stories belong to us.  Everyone has a story to tell and in sharing we find healing. I expect this story will give hope a good chance to grow in your hearts. Your wisdom and stories are as good as mine.)©

Kamu komen apa saja yang kamu suka dan komen kamu tidak akan dipadam kerana sendiri komen sendiri pikul. 

CERITA YANG TERTINGGAL


Ada pembaca meminta saya sambung semula tentang kesah Maiko. Syahdunya saya dengan permintaan mereka.

Sebenarnya sudah hampir lima bulan saya tidak menghubungi Maiko. Begitu juga dia yang senyap di Osaka tanpa berita. Saya masih belum ucap terima kasih kepada dia kerana menerima se botol minyak wangi beberapa minggu lepas. Tentu dia merajuk kerana saya tidak menunjukkan tatasusila yang baik.

Tidak mungkin dia merajuk kerana saya kenal siapa Maiko. 

Maiko, se orang gadis bukan sahaja rupawaan bahkan penuh dengan keindahan, berperkerti tinggi dan mempunyaii kematangan yang menjangkau usianya.

Kata-katanya mempunyai makna yang tersirat dan sukar difahami andainya kita berfikiran terlalu lurus. Suaranya merupakan satu falsafah bagi saya yang mengambarkan reality manusia. Patutlah ramai lelaki di sana tidak berkeupayaan mendampingi dia. 

Dengan saya Maiko telus. Dia jarang sembunyikan se suatu, hinggakan pergolaakan ibu dan bapanya pernah diceritakan kepada saya. Bagi saya itu satu kepercayaan.

Banyak saya belajar dari dia. Saya tidak malu sebab dia gadis dari negara maju memang banyak pengetahuan jika dibandingkan manusia dari dunia ketiga. Saya tidak dapat mengatasi dia dalam banyak perkara tetap kerap juga dia tewas dengan saya. Dia tertewas dengan se orang lelaki Melayu yang berasal dari se buah kampung di Malaysia. Kerapnya apabila dia tewas dia mengakuinya dan berkata. "Your are great Adam." 

Bersedia untuk melindung mulut sebelum ketawa

Kerap saya perhati kelakuannya dan itu yang mencontohkan saya untuk meningkatkan kehidupan sosial saya. Beberapa perkara saya dapati dia beza dari gadis-gadis lain bahkan berbeza denga lelaki kita. Saya nyatakan di sini beberapa perkara yang saya pelajari dari dia:

Penggunaan Handphone: Setiap kali kami keluar makan, Maiko akan mematikan handphone dan menyimpannya di beg tangan sebelum kami masuk ke restoren. Katanya dia meraikan tetamu bukannya handphone. Dia memiliki dua buah handphone tetapi yang kerap saya nampak handphone yang ada gambar epal yang selalu digunakannya. 

Sebaliknya apabila saya perhatikan di Malaysia, jika sebuah meja itu ada lapan orang bersarapan, sudah tentu tidak kurang dari tujuh orang sedang bermain handphone. Mulai dari hari itu saya tidak lagi menggunakan handphone apabila berada di meja makan.

Sebelumnya pernah saya memberi tahunya supaya tidak mematikan handphone-nya. Maiko memberi alasan:

MAIKO:  It doesn't help. If I'm by myself in the kitchen I text away. No problem, but if I'm having dinner with a friend and this moment is a social event, not a food eating function. If I put my phone on the table and doing texting, the people around me know what I'm doing when my eyes are focused on it.

Saya telah dapat satu panduan adab di meja makan dari dia.

MAIKO:  My guideline is simple. I do not text when I'm involved in any type of social interaction.

Memesan Makanan: Selalunya apabila dia membawa saya keluar makan (biasanya makan malam), dia sendiri akan memesan makanan untuk saya. Cara itu saya dapati sangat pratikel kerana memudahkan tugas waiter. Waiter tidak tertunggu-tunggu atau tertanya-tanya apa yang kita hendak makan. Apabila makanan terhidang baru dia bertanya saya apa-apa lagi makanan yang saya perlukan. 

Bersolek: Setiap kali selesai makan Maiko akan ke  bilik air. Di situ dia memberus giginya, dan menambah sedikit makeup di muka. Dia tidak pernah ber-makeup di meja makan walau pun untuk menyapu sedikit lipstick. Makeup di mukanya terlalu nipis dan jika tidak diamati, wajahnya kelihatan seolah-olah tidak ber-makeup. Dia kelihatan cantik begitu.

Seperti kebanyakan wanita Jepun

Cara Ketawa: Memang saya perhatikan, setiap kali dia ketawa dia akan menutup mulut atau melindung dengan jari-jarinya. Adakalanhya dia menggunakan handphone atau kadang kala dengan mufler. Saya bertanya mengapa dia berbuat demikian. Katanya dia sudah dididik begitu tambahan pula kebanyakan gadis Jepun akan melindung mulut mereka dari dipandang orang semasa ketawa.

Kata Maiko, pada zaman dahulu semua gadis jika di luar rumah, mereka akan dibekalkan samada dengan kipas tangan atu payung kecil untuk melindungi mulutnya apabila ketawa.

Kemudiannya saya perhatikan memang terdapat perempuan Jepun menutup mulut mereka dengan tangan apabila ketawa. Mengikut kata Maiko, perbuatan menutup mulut apabila ketawa sudah tidak menjadi amalan kebanyakan wanita sekarang.

Ada sekali dahulu saya genggam kedua-dua tapak tangannya semasa dia ketawa untuk mengelak dia dari menutup mulut. Apa yang dilakukannya ialah dia membenamkan mukanya ke dada saya supaya dia dapt melindung ketawanya. Baju saya nyata bertanda lipstick-nya.

Lintasan Zibra: Dahulu ada saya cerita yang Maiko akan mengepit lengan saya sewaktu melintas jalan. Di entri itu juga saya beri tahu dia tentang larangan bersentuhan antara lelaki Islam dan perempuan.

Suatu hari Maiko bertanya saya kenapa saya tidak memegangnya setiap kali kami melintas jalan, sebaliknya dia yang tetap mengepit lengan saya. 

Memang menjadi kebiasaan bagi Maiko tidak suka orang menjawab secara direct atau tepat. Katanya menjawab secara demikian kurang matang. Saya menjawabnya rengkas. Saya katakan padanya begini, "Why does a man hold the bird?"

Maiko menjawab, "He loves it."

"That's the answer," saya kata. Dia faham yang dia diperlikan dan seperti biasa dia menjeling dan jelingan dia tetap berbisa.

Kegiatan Malam Hari: Setiap kali sebaik sahaja selesai makan malam, Maiko akan terus pulang ke rumah. Kami sama-sama berjalan menjuju ke stesen keretapi. Sementara menunggu keretapi kami berbual di situ. Pernah juga saya ceritakan di enry-entry yang lepas tentang perbualan kami. Biasanya perbualan Maiko serious tetapi dia bijak menggolah perkataan. Diajukan setiap subject-nya secara santai. Teringat saya pada suatu ketika semasa kami sama-sama menunggu train. Dia bertanya:

My little "Maiko".  Humaira Sofea inspecting her dry kitchen yang belum siap

MAIKO:  Adam. Something is keeping on spinning in my mind. Let me clear it with you since you are the right person to explain and appreciate your best answer possible. Is it easy to become a Malaysian citizen?

Saya tidak tahu tujuan dia bertanya tetapi tidak mungkin dia saja-saja bertanya. Dengan dia seperti yang saya nyatakan di atas, kita tidak perlu menjawab secara tepat. Oleh kerana saya sudah mengenali siapa itu Maiko saya pantas menjawab:

SAYA:  I'll answer yours but before that I need you to construct a short sentence by using the word way.

MAIKO:  When there is a WILL there is a WAY. 

Saya senyum dan diragutnya mufler saya kerana dia tertetawa.  

MAIKO: I love that.

Entry sebelum ini Mereka Bukan Budak-Budak Lagi (Klik)

Mimpi saya tetap tinggal mimpi. Gagal menuntun Yanni live 

(This site is our's and all stories belong to us. Everyone has a story to tell and in sharing we find healing. I expect this story will give hope a good chance to grow in your hearts. Your wisdom and stories are as good as mine.)©

Kamu komen apa saja yang kamu suka dan komen kamu tidak akan dipadam. Ingat, sendiri komen sendiri pikul.

Video dan gambar dalam tulisan ini tiada kaitan dengan cerita, ianya semata-mata hiasan,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...