Saturday 26 November 2016

KERANA BINI YANG KUAT BERLETER


Cerita di bawah ini tidaklah seseram sangat walau bagaimana pun bergantung juga dengan kekentalan semangat pembaca. Ceritanya berlaku pada petang Jumaat yang lepas, begini ceritanya:

Sepasang suami isteri terpaksa memberhentikan kereta untuk berehat sementara di tepi sebuah jalan kampung yang sunyi kerana injin kereta terlalu panas. Waktu itu hampir ke waktu magrib dan kawasannya amat sepi.

Nama pasangan itu tidak perlu dinyatakan untuk tidak memalukan mereka.

Isterinya membebel dari tadi. Hampir dua puluh minit membel memarahkan suami kerana tidak pandai menyelenggara kereta dengan sempurna. 

Si suami kaki rokok tetapi sudah berhenti bukan disebabkan kerana kesihatan tetapi kerana bebelan isterinya sebelum ini (klik di sini), hanya berdiam diri sambil memerhatikan se ekor ular lidi berlengkar di rumput. Ular itu berwarna hijau hanya se besar jari telunjuknya. 

Ular itu sedang makan se kumpulan lipas. Selepas memakan ke semua lipas itu ular yang sebesar jari telunjuk tiba-tiba badannya mengembang dan membesar, sebesar ibu jari kaki lelaki dewasa.

Kemudian ular tu mematuk se ekor tikus yang berhampiran, lalu menelannya dengan sekali telanan. Ular tiba-tiba  menjadi besar dan kali ini menjadi sebesar lengan bayi. 

Angin di kawasan sekitar itu semakin kuat. Pohon-pohon bagai hendak tumbang kelihatan. Bunyi angin sangat menakutkan.

Tiba-tiba se ekor arnab selamba berjalan di depan ular. Ular ngap arnab itu dengan sekali telanan. Ular itu makin membesar, menjadi sebesar betis kanak-kanak berusia 10 tahun.

Suami semakin takut. Dia melihat jam di handphone-nya dan menjadi panik kerana pada masa itu sudah pun masuk waktu Magrib. Di hatinya berkata, "Adakah itu jadian senja-kala?" Dahinya berpeluh dan jantungnya bergerak pantas.

Tidak semena-mena lalu pula se ekor musang tua berjalan terhegeh-hegeh. Ular tidak mengambil masa yang lama dan dengan sepantas kilat membelit musang dan apabila musang tidak bermaya, ular terus menelannya perlahan-lahan dengan berselera. Ular semakin bertambah besar, menjadi sebesar betis lelaki dewasa.

Entah macam mana lalu pula se ekor biri-biri, ular menganga seluas-luas mulutnya sambil menerjah biri-biri itu. Dibelitnya terus biri-biri itu, dimakannya walaupun biri-biri itu masih bernyawa. Ular makin aktif dan makin mengembang dan makin membesar, menjadi sebesar paha lelaki dewasa.

Angin semakin kencang dan hari bertambah gelap kerana waktu sudah pun hampir melepasi senja. Hujan mulai turun berserta dengan guruh, kilat dan petir, cuma kilat tidak memancar sambung menyambung seperti dalam filem.

Pohon-pohon seolah-olah menyembah bumi. Bunyi deruan angin yang laju di celah-celah daun sangat mengerunkan. Bunyinya sungguh menyeramkan seolah-olah dimainkan oleh ahli orkestra yang hebat hingga menyebabkab bulu tengkoknya tegak berdiri.

"Adakah ini ular jadian," hatinya berbisik.

Ular yang telah membesar tadi tidak berganjak dari situ kerana dia tahu di situ tempat laluan binatang hutan balik ke penempatan masing-masing.

Ular seolah-olah belum kenyang lagi. Pergerakannya agresif kerana melawan angin kencang. Kali ini ular berpaling menghadap si suami. Didongakkan kepalanya ke atas lebih kurang setinggi tiga kaki dari paras bumi. Lidahnya dijelirkan keluar. Suami ketakutan. Kedua-dua tangannya terketar-ketar. Lengannya berpeluh dan jantungnya bergerak semakin laju.

Ular membelitkan ekornya ke sebatang pokok tembesu supaya dia tidak diterbangkan oleh angin yang kencang sambil mengangakan mulut selebar-lebarnya. Kelihatan giginya yang tajam serta berair dan bergigi-gigi seperti mata gergaji. Pokok tembesu yang teguh tadi menjadi semakin condong.

Se ekor tapir atau tenuk berlari laju hadapan ular itu untuk pulang ke sarang. Bagaimana pantasnya kilat begitu juga dengan ular. Tanpa membelitnya tapir itu terus ditelan. Badan ular semakin mengembang.

Dia teringatkan isterinya kerana dalam apa keadaan pun dia tetap mencari isterinya. Kesukaan isterinya ialah memberi bantuan.

Suami tak tau apa yang hendak dilakukannya. Dia perlu bantuan segera. Dia tidak mampu berlengah-lengah lagi. Perutnya terlalu kecut. Suami tanpa membuang masa menjerit-jerit minta pertolongan dari isterinya.

Isterinya menoleh ke suaminya, seperti biasa memandangnya dengan muka yang bengis perisis drakula kelaparan dan dengan garang serta rakus terus bertindak merampas handphone dari tangan suaminya lalu "di-off-kan-nya" handphone itu. Suami tidak berjaya menghabiskan game ular itu. TAMAT.

Wahai pembaca yang sedang tersenyum, adakah kamu se orang isteri atau se orang suami atau adakah salah se orang dari mereka itu ialah kamu?


(This site is our site and the stories belong to us. Everyone has a story to tell and in sharing we find healing. I expect this story will give hope a good chance to grow in your hearts. Your wisdom and stories are as good as mine.

If you believe him

Penulis tidak bertanggong-jawab terhadap komen yang menyalahi undang-undang, menyentuh sentimen agama dan kaum serta individu. Segala risiko akibat ulasan atau  komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengulas sendiri.

Semua gambar dan video dalam tulisan ini tiada kaitan dengan cerita, semata-mata hiasan.

Thursday 24 November 2016

KENAPA BARU SEKARANG BERADA DI HATI, BERKISAR DI FIKIRAN DAN BERLEGAR-LEGAR SEBAGAI KENANGAN?


Menyorot kepada ulasan-ulasan pembaca tentang entry saya yang lepas, mereka turut rasa terharu tentang pemergian ibubapa mereka yang terlalu awal. Kepiluan mereka saya rasai dan dengan ini saya terpanggil pada pukul 3.40 pagi ini berdoa untuk ibubapa kita yang telah tiada. Bacaan doa ini telah juga saya kongsi dengan kumpulan Whatsapp saya, "X-BNM Melaka" dan "SHOOT" serta beberapa kumpulan yang lain pada Disember 31, 2015.

Doa ini tidaklah sekemas doa-doa ulama kerana doa ini dibuat tanpa karangan. Doa ini terbit dari hati dan terus disisipkan ke entry ini. Marilah kita sama-sama berdoa untuk kebahagian orang tersayang yang telah berada di sana.

Bagi mereka yang masih ada ibubapa, berdoalah juga untuk kesihatan dan kesejahteran mereka dan nikmatilah kasih sayang mereka dan jangan biarkan diri kita menyesal apabila melihat katil mereka tidak dihuni.

Di akhir doa ini jngan lupa mengaminkannya. Mudah-mudahan doa kita di kabulkan.
Segala pujian bagi Allah yang memberi segala nikmat dan yang memiliki segala kelebihan.

Ya Allah, segala pujian hanya untuk Mu, setaraf dengan keagongan Mu dan kekuasaan Mu.

Ya ALLAH, sampaikanlah selawat serta salam kami kepada junjungan kami, Nabi Muhammad SAW dan keluarganya.

Ya Allah, disaat manusia terbuai indahnya mimpi, di saat mereka bergembira, aku mengetuk Rahmat Mu. Aku  seorang hamba yang fakir di sisi Mu, berhajatkan karuniaan Mu.

Ya Allah yang Pemurah dan Maha Pemberi, Engkaulah yang  mengkabulkan semua doa dan di saat in aku bersimpuh di hadapan kasih Mu.

Izinkanlah aku bermunajat kepada Mu. Anugerahilah ibubapa kami keampunan dan sediakanlah mereka tempat di syurga Mu.

Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dosa ibu dan bapa ku dan sayangilah mereka sebagaimana mereka  menyayangi aku di waktu kecil.

Ibubapa aku rela tidur kesejukan tanpa selimut demi melihat aku tidur lena. Air mata menitis dari mata mereka, ketika mereka melihat aku terdampar sakit. Mereka menebalkan muka berhutang demi untuk membawa aku berjumpa doktor sedangkan mereka tidak melakukan se suatu apabila mereka sakit.

Ya Allah, Kau  balaslah jasa mereka  dengan Firdaus Mu.

Aku begitu sibuk dengan duniawiku hingga aku terlupa mereka. Aku asik mengejar kuasa, aku lupakan mereka. Aku sibuk menambah harta, aku lupakan mereka. Aku kerap berpacaran, aku lupa mereka terpinggir. Aku lupa pengorbanan mereka lebih besar dari duniawi aku. Melancong adalah hiburanku tetapi aku lupa aku adalah hiburan mereka.

Sekarang aku kehilangan saat-saat bahagia bersama ibu dan bapaku. Aku amat merinduinya kerana aku tidak pernah berusaha memilikinya. Sekarang mereka tiada dan tidak akan ada lagi orang yang  mendokan aku disetiap hujung fardhu mereka.

Ya ALLAH, entah berapa banyaknya kesalahan aku yang telah melukai hati ibu bapa ku. Entah berapa dalam perasan terpendam mereka terhadap aku.

Ya Allah, kepada ibubapa mereka yg masih hidup, izinkanlah aku meminta maaf bagi pehak mereka. Apabila  meraka telah tiada nanti lapangkanlah alam kubur mereka dan terangilah dengan cahaya Mu.

Ampunkanlah mereka. Hanya ini yang terdaya aku lakukan sebagai tanda terima kasih kami kepada mereka yang telah menjaga dan mengatur kami sehingga kami menjadi seperti ini.

Mereka, ibu-ibu yang susah payah berjuang. Berjuang antara hidup dan mati, hanya untuk menzahirkan kami ke dunia yang terhasil dari produk kasih sayang mereka berdua.

Ya Allah, bapa-bapa kami yang lelah membanting tulang siang dan malam untuk mencari se pinggan nasi hanya untuk diagih-agihkan kepada kami, ampunkanlah mereka. Mereka tidak pernah kenal gelap atau terang, hujan atau panas, yang mereka tau hanya ingin melihat perut-perut kami tidak kosong.

Janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau memberi petunjuk kepada kami.

Ampunilah kami termasuk keluarga kami, sanak-saudara kami dan rakan-rakan kami.

Ampunilah kami Ya Allah, kerana jika Engkau tidak mengampuni kami nescaya kami ini termasuk  dalam kalangan orang yang rugi.

Bimbinglah melalui hati kami ke jalan Mu. Jangan jauhkan kami dri Mu  setelah hati ini sudah mulai dekat kepada Mu.

Tetapkanlah hati kami pada Islam Mu. Anugerahkanlah kepada keturunan kami pasangan dan keturunan yang baik-baik yang menjadi penyenang dan penenteram hati kami.

Makbulkanlah Doa aku ini kerana hanya Engkau sahaja yang boleh menunaikannya. Amin Ya Rabbal Alamin
Amin.

*Penulis merasa berbesar hati sekiranya ada yang sudi menambah baikkan doa ini atau menegur tentang sebarang kesilapan yang terdapat di sini.

(This site is our site and the stories belong to us. Everyone has a story to tell and in sharing we find healing. I expect this story will give hope a good chance to grow in your hearts. Your wisdom and stories are as good as mine.

Penulis tidak bertanggong-jawab terhadap komen yang menyalahi undang-undang, menyentuh sentimen agama dan kaum serta individu. Segala risiko akibat ulasan atau  komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengulas sendiri.

Gambar dalam tulisan ini tiada kaitan dengan cerita, semata-mata hiasan.

Saturday 19 November 2016

HIRUK-PIKUK BELUM TENTU PASTI DAPAT MELUNASKAN YANG TERKONTENG-KONTENG


Minggu ini penulis bercadang untuk menulis seberapa pendek yang boleh. Walau bagaimana pun ianya tidak bererti penulis akan melakar setakat untuk menambah entry di blog. Penulis faham sangat dengan selera pembaca jadi penulis usaha seberapa baik yang mungkin di entry yang rengkas ini. 

Readers please do not worry about this short writing. The writer's aim is to put down on this entry what he sees and what he feels in the best and the simplest way.

Sebenarnya sambil penulis meletakkan apa yang ada di minda ke komputer ini, penulis sambil-sambil membuat persiapan untuk ke negera matahari terbit. Pasport dan kad pengenalan telah berganti baru. Hanya pakaian sahaja yang belum cukup.

Pakaian terpaksa di bawa lebih kerana di sana nanti penulis tinggal agak lama. Tambahan cuaca di sana menghampiri musim sejuk berserta pula negara Jepun terletak di 36.2048 darjah latitude utara dibanding dengan Malaysia yang terletak hanya 4.2105 latitude. Khatulistiwa hanya beberapa langkah sahaja dari kita.

Pakaian ada jual di sana tetapi penulis berpendapat membeli di sana agak keterlaluan kerana perbezaan nilai matawang. 

Isteri tidak ikut bersama kerana dia telah tiada. What could be more beautiful than the dear lady growing wise with age travel together for another long and could be the last memorable journey.

Berbalik kepada mengemas tadi, penulis tidak perlu membeli kasut baru kerana semasa penulis selongkar almari, banyak kasut penulis boleh disesuaikan di sana dan masih kelihatan cantik.

Semasa menyelongkar tadi penulis terpegun hampir setengah jam dan tercangkong di lantai tanpa berkata. Penulis terpandang sepasang kasut berwarna hitam milik arwah isteri, terletak bersebelahan dengan kasut penulis. Kasut yang dia paling sayang, kerap dipakainya semasa berjalan mengambil angin. Kasut yang cukup selesa bertapakkan getah dan kasut itu juga yang merupakan kasut terakhir dipakainya sebelum rebah di hadapan se buah rumah peranginan dan tiga puluh hari berikutnya, di katil pusat rawatan terkemuka pada waktu subuh, dia dipanggil Ilahi.

Friends Are Like Old Shoes

Penulis Membersihkan kasut dia. Kasutnya penuh habok tetapi hati penulis tidak begitu. Semasa itu penulis sedikit sebanyak terbayangkan satu peristiwa bersamanya. Penulis teringat bila pada suatu hari selepas keluarga selesai menikmati makan malam, penulis nampak sinki penuh dengan pinggan kotor, meja makan berselerakan, dapur yang berkecah dan lantai berteraburan dengan remah. 

Penulis jeling ke wajahnya. She looked tired. She was standing still for more than two minutes near the sink staring at those plates and glasses. I walked up behind her slowly, moved her hair to bare her neck. Firmly I hugged her from behind then put my two hands on her tummy and whispered softly to her left ears, "I know you are exhausted. Why not you go and have your shower, clean yourself then straight to bed. Let me take care of this mess."

Dia ke menuju ke bilik air, membersihkan diri dan dua puluh minit kemudian penulis dapati dia tertidur di kamar nyenyak kepenatan.

Pada esoknya sebelum penulis pergi kerja, sarapan pagi seperti biasa terhidang di meja. That morning she didn't say a word until she saw me leaving the house for the office. She waited at the front door, held my both hands, put on her shoulders, looked into my eyes and softly said, "I wouldn't be here if it wasn't for a friend. I owe my life to the friend and he is extraordinary to me.

Penulis faham maksud perkataan "friend". Penulis lantas menjawab, "There are no extraordinary men. Just extraordinary circumstances that simple men are willing to deal with." Penulis tidak berkata apa-apa selepas itu dan sebaik sahaja penulis membuka pintu kereta tiba-tiba terdengar dia berkata, "You have right on me."


(This site is ours and the stories belong to us. Everyone has a story to to tell and in sharing we find healing. I expect this story will give hope a good chance to grow in your hearts. Your wisdom and stories are as good as mine.)

She isn't  writer's

Penulis tidak bertanggong-jawab terhadap komen yang menyalahi undang-undang, menyentuh sentimen agama dan kaum serta individu. Segala risiko akibat ulasan atau komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengulas sendiri.

Semua gambar dan video dalam tulisan ini tiada kaitan dengan cerita, semata-mata hiasan.

Saturday 12 November 2016

THIS ARTICLE WAS ORIGINALLY PUBLISHED IN NOVEMBER 2016 AND REWRITTEN ON NOVEMBER 12, 2016 AS IT WAS ACCIDENTALLY DELETED

BIAR LEMBU YANG JADI LEMBU
Rakan-rakan di talian sangat mudah berselisih faham. Kadang-kadang perkara yang sebegitu kecil boleh jadi penyebab pergesiran minda hingga berlarutan. Kenapa terjadi begitu?

Perselisihan ada kalanya disebabkan masing-masing tidak arif tentang perhubungan. Penyampai (penulis) menulis terlalu pendek dan yang membaca pula tidak sudi bertanya.

Adakah apa-apa istilah yang sesuai kita gunakan untuk perselisihan begini untuk menambah perbendaharan kata kita yang keciput? Adakah ianya sesuai seperti dicadangkan di bawah ini:

a. Penulis bodoh dan pembaca bangang
b. Se pasang manusia ego
c. Rakan tak bertemadun
d. Biar lembu yang jadi lembu

Kita tidak boleh mengistilahkan mereka begitu kerana besar berkemungkinan kita terselit di salah satu dari empat item di atas.  Sebenarnya pertelingkahan kecil begitu kebanyakannya berlaku disebabkan oleh persepsi dan ada kalanya disebabkan cara kita mengintai se suatu perkara. Ertinya,  satu tanggapan yang salah.

Dua orang akan mempunyai pandangan yang berbeza terhadap suatu benda yang serupa. Di dalam hal-hal tertentu pembaca juga besar kemungkinan kerap memberi tanggapan yang berbeza.

Suami isteri yang telah tinggal bersama beberapa tahun juga mempunyai persepsi yang berlainan di antara satu sama lain. Jadi, awas wahai kamu suami-suami sekelian ....... jangan kerap mengatakan isteri kamu mempunyai persepi yang salah kerana bagi dia untuk memilih kamu dahulu juga berdasar persepsi dia yang tidak betul.


Yang mana lebih panjang?

Perhatikan gambar dua garisan di atas. Garisan yang di sebelah atas kelihatan lebih panjang dari yang di bawah dan ada pembaca yang lain pula mengatakan garisan di bawah lebih pendek dari yang di atas. Sebenarnya kedua-dua garisan itu sama panjang.

Gambar apa yang pembaca nampak?

Apakah yang pembaca nampak tentang gambar di atas. Terlalu sikit pembaca yang berkata itu kertas pembalut bungkusan nasi lemak. Betulkah itu kertas pembalut nasi lemak? Ada yang nampaknya sebagai layang-layang dan ada yang lain pula mengatakan itu bukan kertas pembukus nasi lemak dan juga bukan layang-layang sebaliknya satu objek yang tidak ingin disebutnya. Bagaimana seperti yang dikatakan tadi, tanggapan masing-masing tidak serupa. Janganlah pula hendaknya apabila ada pembaca makan nasi lemak berbungkus nanti teringatkan gambar ini.

Mari lihat persepsi kita.


Gambar A. Gambar apakah yang kamu nampak?

1. Apakah yang pembaca nampak tentang gambar di atas. Cuba perhatikan betul2. Penulis melihatnya sebagai sekeping gambar orang lidi yang sedang bersilat atau menari dan tidak lain dari orang lidi. Bagaimana pula dengan pandangan pembaca? Tentu pandangan kita tidak senada. Sudah tentu ada pembanca yang nampak ianya sebagai objek lain. Kalau bukan orang lidi sedang menari, gambar apa yang pebaca nampak?

Gambar B. Gambar apakah yang kamu nampak?

2. Apakah yang pembaca nampak tentang gambar ini pula. Cuba perhatikan betul2. Penulis masih nampak gambar orang lidi yang sedang bersilat atau sedang menari zapin. Penulis tahu pembaca nampak bukannya orang lidi dan kalau bukan apakah yang kamu nampak?

3. Andainya kita cantumkan kedua-dua gambar di atas (gambar A di bahagian KIRI bertemu dengan gambar B di bahagian KANAN). Gambar apakah yang pembaca nampak? Penulis masih nampak dua orang sedang bersilat dalam sekeping gambar. Berani penulis katakan ada pembaca nampak objek ini bukan seperti yang penulis nampak. Biasalah, kerana itu mainan persepsi. Kalau begitu apakah di minda pembaca.

Do not expect everyone to see any issue the same way as you do.  Please do remember that images of two things of the same shape and size are often not as they first seen and there is always a different perspective later. It is the same principle with the above photos. Everyone has his own reality and I  too do not see things as you are because I see things as I am.

Wahai pembaca ku yang berwawasan, persepsi mudah dimainkan oleh fikiran kamu dari itu, awas bila bertemu dengan permainan begini. Ini dinamakan permainan persepsi. Dari itu berhati-hati, jangan kita keliru dan bersikap tidak adil dalam menilai.  (Cerita manusia berhati bersih, KLIK)

Apakah Pesepsi Kamu terhadap papan tanda ini?

(This site is our site and the stories belong to us. Everyone has a story to tell and in sharing we find healing. I expect this story will give hope a good chance to grow in your hearts. Your wisdom and stories are as good as mine.)

Whitney Houston (My Endless Love) And Brother. 
Click the broken square for better viewing

Penulis tidak bertanggong-jawab terhadap komen yang menyalahi undang-undang, menyentuh sentimen agama dan kaum serta individu. Segala risiko akibat ulasan atau  komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengulas sendiri.

Video dalam tulisan ini tiada kaitan dengan cerita, ianya semata-mata hiasan.





Tuesday 8 November 2016

KEPERCAYAAN IBARAT MINYAK PELINCIR YANG MELICINKAN HUBUNGAN (SILATURAHIM)

Penulis ada satu cerita yang hendak dikongsikan bersama pembaca tetapi terpulang pada pembaca samada hendak percayanya atau tidak. Sekarang kepercayaan sudah jadi satu perkara yang mahal begitu juga dengan senyuman. Pengarang tesohor yang penulis kagum, di lahirkan pada Julai 21, 1899 Ernest Hemingway pernah berkata, "Cara terbaik untuk kita dapat tahu untuk mempercayai se seorang ialah dengan mempercayainya." 

Penulis bersetuju dengan kata-kata Hemingway tetapi mungkin sekarang semua orang sudah tidak lagi begitu. Saya ulangi mungkin tidak lagi semua orang begitu, sekarang. Zaman berlalu menyebabkan manusia berubah. Pada hari ini tidak mudah untuk kita hendak percaya pada setiap orang walau pun mereka yang berserban.

Serban tidak menunjukkan keluhuran kata-kata. Maksud penulis bukan semua tapi sudah pasti ada
 segelintir yang begitu; ada ketikanya bercakap sudah tidak berapa betul. Hari ini bercakap lain, esok berkata lain pula. Percakapannya pergi-balik dan balik-pergi. Kalau memandu dibaratkan seperti membuat U-turn; tujuan  awalnya hendak pergi ke hadapan tetapi bila nampak sahaja simpang, dia selekoh ke belakang.

Penulis percaya masih ramai lagi yang berserban yang boleh dipercayai. Jangan pula disebabkan ada dua tiga orang yang begitu kita anggap yang lain serupa. Kita perlu buktikan kata-kata seseorang dahulu baru kita buat penilaian supaya kita tidak terperangkap dengan dosa percuma.

Sebenarnya kepercayaan bukanlah satu perkara yang didapati melalui teknik, muslihat, penampilan, kursus tetapi melalui  perkerti. Ini termasuk hubungan suami isteri. Kerumitan hubungan dalam rumah tangga bukan disebabkan kurangnya kasih sayang tetapi disebabkan hubungan  persahabatan yang dinafikan ujud di antara mereka.

Berbalik kepada cerita yang penulis sebutkan awal tadi, ceritanya mengesahkan tentang tiga ekor monyet yang terlepas dari zoo. Untuk meringkaskan penceritaan lihat sahaja gambar di bawah. Itulah ceritanya.


Inilah ceritanya. 

Di akhir kata penulis memohon maaf dari pembaca.


Playing for change

(This site is ours and the stories belong to us. Everyone has a story to tell and in sharing we find healing. I expect this story will give hope a good chance to grow in your hearts. Your wisdom and stories are as good as mine.)

Penulis tidak bertanggong-jawab terhadap komen yang menyalahi undang-undang, menyentuh sentimen agama dan kaum serta individu. Segala risiko akibat ulasan atau  komen yang dibuat menjadi tanggungjawab pengulas sendiri. 

Video dan gambar dalam tulisan ini tiada kaitan dengan cerita, ianya semata-mata hiasan.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...