Tuesday 29 August 2017

HIDUP NI JANGAN SERIUS SANGAT. NANTI KEPALA MASUK ANGIN. SENDRI YANG SUSAH


Yang tak boleh kontrol kot

KESAH PERTAMA: IBU DAN ANAK

Di sebuah RUANG tamu DI SEBUAH RUMAH. Anak berusia 7 tahun dengan ibu sedang menuntun tv. Ibu tak sanggup lagi menahan kentut lalu dilepaskan kentutnya secara perlahan-lahan tanpa bunyi.

ANAK:  Mama kentut ye? Busuknya bau.

IBU:  Taklah. Mama tak kentut. Angin yang bawak tu.

ANAK:  Angin mana?

IBU:  Laut China Selatan.

Tiba-tiba ayahnya balik dari kerja.

AYAH:  Jeng jeng jeng. Minggu depan kita bercuti kat Pulau Tioman.

ANAK:  Tioman kat mana ayah?

AYAH:  Tioman kat Laut China Selatan. Tau tak kat mana Laut China Selatan?

ANAK:  Tak nak pergilah ayah. Laut China Selatan ada bau kentut mama. 

AYAH:  Ayah tau. Mesti mama kamu kentut tadi.

Lelaki sahaja

KESAH KEDUA: WANITA DAN DOKTOR

Se orang wanita berusia 76 tahun pergi berjumpa doktor.

D0KTOR:  Puan sakit apa?

WANITA:  Saya risaulah doktor. Saya kerap kentut tapi kentut saya tak berbau.

D0KTOR:  Kenapa risau?

WANITA:  Saya risau. Bimbang kalau-kalau saya tertelan penapis teh. Itu sebab dia tak berbau.

D0KTOR:  Kentut puan berbau. Puan baru kentut tadi.

WANITA:  Macam mana doktor tau saya kentut tadi? Memanglah saya kentut.

D0KTOR:  Saya terbau kentut puan. Kentut puan ni, bau dia macam ikan busuk dah tiga hari.

WANITA:  Saya tak bau pun.

D0KTOR:   Puan tak terbau sebab hidung puan deria baunya dah rosak. Itu sebab puan tak boleh bau.

WANITA:  Patutlah semasa saya ke mari tadi saya naik teksi. Saya terkentut dalam teksi. Tak semena-mena driver teksi tu berhentikan kereta secara mengejut. Dia stop emerjensi.

D0KTOR:  Lepas tu?

WANITA:   Lepas tu dia bukak pintu, kemudian dia keluar.

DOKTOR:  Dia ke mana?

WANITA:  Saya nampak dia berjalan terhoyong-hayang.

DOKTOR:  Terhoyong-hayang ke mana?

WANITA:  Saya nampak dia terhoyong-hayang terjun sungai. Mandi agaknya.

Ini Bukan lift


Jom kita nyanyi

Blog ini memperlawa usahawan untuk beriklan di sini. Nyatakan jenis iklan yang di kehendaki di email:  biarlembuyangjadilembu@gmail.com

Klasik itu menawan. Di Mana? Klik di sini

(This site is our's and all stories belong to us.  Everyone has a story to tell and in sharing we find healing. I expect this story will give hope a good chance to grow in your hearts. Your wisdom and stories are as good as mine.)©

Semua komen tidak akan dipadam kerana sendiri komen sendiri bertanggongjawab. Video dan gambar dalam tulisan ini semata-mata hiasan.

Monday 28 August 2017

ANAK KUNCI UNTUK MENDAPAT TERBAIK BUKAN SEBAB MEMILIH-MILIH TETAPI PEMILIHAN


Surat yang saya kirim mempelawa Maiko tinggal Di Shah Alam sekurang-kurangnya selama dua minggu sudah diterimanya. Maiko tidak menolak pelawaan saya tetapi dia tidak dapat memenuhinya kerana tidak diizin oleh bapanya.

Alasan itu tidak mengechiwakan saya kerana saya berpendapat Maiko melakukan perkara yang betul. Anak gadis wajib patuh kepada bapa tentang perkara yang benar.

Maiko masih menawarkan percutian ke Ehime selama dua minggu. Ehime terletak di salah satu pulau di Jepun bernama Pulau Shikoku. (KLIK: Link berkaitan untuk pembaca baru) Sekirany saya tidak bersetuju dengan tempat itu dia mencadangkan ada lagi satu tempat tetapi namanya tidak dinyatakan. Hanya gambar sahaja ditunjukkan.

Kata Maiko, "If you are not coming, I'll still proceed with my plan. Too long haven't gone for a vacation."

Saya merasa hairan kerana sebelum ini dia mengajak saya bercuti dengan alasan dia tidak berteman tetapi kali ini dia tetap bercuti tanpa saya. Baharu saya teringat tentang se orang pemuda Jepun yang menjadi kesayangan ayahnya. (Klik: yang berkaitan untuk pembaca baru.) Mungkin pemuda itu akan menjadi temannya bercuti.

Cadangan ke dua Maiko, dipetik dari Google.

Apabila saya dapat tahu yang Maiko akan tetap pergi bercuti, terfikir juga saya di hati, "Perlukah aku cemburu atau sekurang-kurangnya aku merajuk? Yang utama, perlukah aku mengalah kepada se orang gadis anggun yang kecantikannya setanding Puteri Gunung Fujiyama?"

Anak Melayu tidak tidak akan sesekali tunduk dengan orang dari negara asing. Walaupun kita pernah dijajahnya tetapi penjajahan itu bukan disebabkan rakyat kita sendiri. British yang sepatutnya mempertahankan tanah air, lari terguling-guling membiarkan anak Melayu bernama Leftenan Adnan dan platoonnya terkorban mempertahankan kedaulatan kita.

Sementara itu Maiko menasihatkan saya untuk menjaga kesihatan. Katanya dia tidak mahu saya sakit. Saya meyakinkan Maiko iaitu saya sihat kerana mengamalkan suppliment keluaran SHAKLEE.

Melalui perbualan kami di apps Whatsaap, Maiko kerap bertanya tentang jadual harian saya. Tidak banyak yang saya maklumkan kerana perkara yang saya lakukan harian adalah perkara routine. 

Dia tetap bertanya. Perkara baharu yang dapat saya ceritakan ialah menuntun sukan SEA sama ada di rumah atau di stadium. 

Sambil saya bersembang dengannya teringat saya tentang komen-komen dari beberapa orang rakan blogger saya (di bawah ini) tentang entry yang bertajuk Ma'knunah: Nama yang Indah Maknanya.

Komen-komen itu merupakan perkara positif yang menyuluh jalan baru untuk saya. Kesemuanya memberi galakan yang positif untuk saya memilih wanita yang bernama Ma'knunah. Malangnya saya tidak ada idea bagaimana hendak mengujudkan hubungan itu tambahan pula pertemuan pertama tidak menghasilkan apa-apa feel terhadapnya.

Komen mereka berbunyi begini:

a. Umi alya,
"Siapa bilang gadis Melayu tak menawan.
Yang ini tiada duri."

b. Mamapp,
"Cukup pekej Maknunah.
Mama approve."

c. Aryan azra,
"Maiko punya pilihan di sana. Maknunah orangnya cantik. Santunnya cantik. masakannya sedap. boleh jadikan suri di hati".

d. Rosdi Perunding Hartatanah,
Se orang lagi gadis ala2 puteri gunung fujiyama bejaya ditemui. Betul kata orang, kalau ada yang dekat kenapa perlu yg jauh2. Yang dekat ni mungkin tak memeningkan kepala nak ajar dan belajar ragam budaya.

Husna Johari di kaki bukit Osaka Palace

Pada masa saya berbual dengan Maiko, terpanggil saya untuk memberi tahunya berkaitan pertemuan saya dengan Maknunah. Saya beri tahu juga iaitu Maknunah se orang gadis yang menawan. Andainya maiko boleh tertarik dengan pemuda di Osaka, kenapa tidak saya di sini?

Maiko menunjukkan minat tentang cerita saya dan dia menyambung pertanyaan, "What's she doing?"

Saya menjawabnya, "She's a village girl but I don't know much about her. I like the village.  A village is a place I can find peace, unity, inspiration and the one I like most is the beautiful life.

Maiko betul-betul tertarik dengan cerita saya. Cerita tentang pertemuan saya dengan Maknunah. Maiko bertanya lagi, "What's next?"

Saya tak faham maksud pertanyaannya tapi saya jawab begini, "It's about time. You know God gave us ground and we created society. He also created time and that time we need to create our future."

Lama juga saya menanti balasan dari Maiko. Rupa-rupanya Maiko sudah offline.

Pertanyaan saya ialah, kenapa Maiko offline dengan tidak memberi tahu saya seperti biasa yang dilakukannya?


She's my best. 

Blog ini memperlawa usahawan untuk beriklan di sini. Nyatakan jenis iklan yang di kehendaki di email:  biarlembuyangjadilembu@gmail.com


It is about time. (Click) For beautifu life.

(This site is our's and all stories belong to us.  Everyone has a story to tell and in sharing we find healing. I expect this story will give hope a good chance to grow in your hearts. Your wisdom and stories are as good as mine.)©

Semua komen tidak akan dipadam kerana sendiri komen sendiri bertanggongjawab. Video dan gambar dalam tulisan ini semata-mata hiasan.



Saturday 26 August 2017

TANDAS BUKANNYA SEMATA-MATA TEMPAT UNTUK BUANG AIR


Entah beberapa tahun yang lepas, Lebai Malang bersama kawan se kampungnya, Si Luncai pergi ke Kuala Lumpur untuk menuntun bola sepak Piala Merdeka. Di pagi hari itu mereka berdua bertolak awal dari rumah masing-masing ke stesen keretapi. Apabila tiba di stesen, Lebai Malang membeli dua tiket untuk ke Kuala Lumpur dan kemudiannya beredar ke platform untuk menunggu keretapi.

Pada waktu itu Pak Pandir, Mat Jenin dan Pak Kadok berada di situ. Mereka memerhatikan sahaja Lebai Malang dan Si Luncai.

Pak Pandir, Mat Jenin dan Pak Kadok pun pergi mendapatkan Lebai Malang. Pak Pandir menyapa Lebai Malang dahulu.

PAK PANDIR:  Assalamulaikum Pak Lebai. Nak ke mana dengan Si Luncai ni?

LEBAI MALANG:  Ke Kuala Lumpur bersama Si Luncai. Nak tengok Pesta Bola Merdeka.

PAK PANDIR:   Kami pun nak ke sana. Nak tengok bola jugak.

LEBAI MALANG:  Dah beli teket ke?

PAK PANDIR:  Sudah. Saya beli satu teket je. Tiga orang kongsi satu teket.

LEBAI MALANG:  Macam mana tu. Boleh lepas ke dengan satu teket?

PAK PANDIR:  Boleh, Pak Lebai tengoklah nanti.

Tidak beberapa lama mereka bersembang keretapi pun tiba. Mereka sama-sama naik dan duduk berhampiran satu sama lain. Pada zaman itu untuk masuk ke stesen keretapi tidak memerlukan tiket. Teket hanya dipereksa oleh pemereksa tiket semasa kereta api bergerak. 

Apabila kamu fikir kamu betul tetapi mereka semua kata kamu salah, bermakna mereka tidak silap

Sebaik sahaja keretapi bergerak, Pak Pandir, Mat Jenin dan Pak Kadok masuk ke tandas keretapi itu. Lebai Malang memehati gelagat mereka bertiga. Pada waktu itu pemereksa teket memereksa teket se tiap penumpang. Sebaik sahaja semua penumpang sudah diperksa teket mereka, pemereksa teket pergi ke tandas dan mengetuk pintunya.

Pintu tandas dibuka terlalu kecil dan hanya muat untuk satu tangan. Pak Pandir menghulurkan teket. Pemereksa Teket mengambil teket itu dan beredar ke coach yang lain.  Selepas itu Pak Pandir bertiga keluar dari tandas dan duduk semula di tempat mereka. Lebai Malang Ketawa bila dia melihat muka Pak Pandir. Lebai Malang Bertanya tandas tu berbau tidak.

PAK PANDIR: Ada pulak tak busuk.

Lebai Malang tergelak lagi. Pak Pandir bertanya kenapa Lebai Malang ketawa. Lebai Malang kata dia ketawa sebab Pak Pandir berbau busuk. 

Sebaik sahaja dia mendengar jawapan Lebai Malang, Pak Pandir juga merasa geli hati, dia ketawa. Si Luncai dan Mat Jenin turut ketawa terbahak-bahak. Penumpang yang lain juga ada yang ketawa melihat gelagat mereka ketawa.

Kerana ketagih ber-selfie

Di sebelah malamnya pula mereka pulang ke kampung dengan menaiki keretapi yang sama. Mereka duduk se baris.

PAK PANDIR:  Dah beli teket ke Pak Lebai? 

LEBAI MALANG: Dah. Kami beli satu teket je untuk kami berdua. Pak Pandir pulak, dah beli teket ke?

PAK PANDIR:  Kami bertiga malas nak beli. Pak Lebai tengoklah nanti.

Apabila keretapi bergerak Lebai Malang dan Si Luncai yang hanya ada satu teket pergi bersembunyi ke dalam tandas. 

Melihatkan Lebai Malang berdua sudah berada di tandas, Pak Pandir bangun dan menuju ke tandas lalu diketuk pintunya. Lebai Malang ingatkan yang mengetuk pintu itu ialah si pemereksa teket, dia pun membuka pintu sedikit dan menghulur teketnya.

Pak Pandir mengambil teket dari tangan Lebai Malang dan kemudian duduk semula di tempatnya. 

Lima minit kemudia Lebai Malang berdua keluar dari tandas dan duduk di tempat mereka. Pak Pandir ketawa bila melihat muka Lebai Malang. 

LEBAI MALANG:   Kenapa ketawa?

PAK PANDIR:  Mestilah ketawa sebab pemereksa teket belum datang pereksa teket tapi Pak Lebai dah keluar. Mat Jenin dan Pak Kadok terasa geli hati lalu mereka ketawa terbahak-bahak. Pak Pandir tidak terdaya untuk menahan ketawa menyebabkan dia ketawa berguling-guling di situ.

Penumpang yang berhampiran dengan mereka ada yang senyum, ada yang tergelak dan tidak kurang ada yang ketawa berguling-guling bersama-sama dengan Pak Pandir.

Entry sebelumnya:  Ma'knunah Nama Yang Indah Maknanya. (KLiK)


Blog ini memperlawa usahawan untuk beriklan di sini. Nyatakan jenis iklan yang di kehendaki di email:  biarlembuyangjadilembu@gmail.com

Kita perlukan segala-galanya bersih termasuk air. Klik - ini salah satuu dari ikhtiar kita.

(This site is our's and all stories belong to us.  Everyone has a story to tell and in sharing we find healing. I expect this story will give hope a good chance to grow in your hearts. Your wisdom and stories are as good as mine.)©

Semua komen tidak akan dipadam kerana sendiri komen sendiri bertanggongjawab. Video dan gambar dalam tulisan ini semata-mata hiasan.



Wednesday 23 August 2017

MA'KNUNAH, NAMA YANG INDAH MAKNANYA


Pagi-pagi lagi saya sudah bertolak dari kampung untuk balik ke Shah Alam. Tujuan balik semata-mata untuk menuntun perlawan bolasepak di antara Laos dengan Malaysia di stadium. 

Hari masih awal, saya menysur ikut jalan lama tidak seperti biasa selalunya ikut lebuhraya.

Memandu sungguh tenang kerana kereta belum banyak lagi. Saya memandu dengan kelajuan tidak melebihi 80 kilometer se jam. 

Kelajuan yang terlalu perlahan jika dibandingkan cara biasa saya.

Awan perlahan-lahan mula menampakkan mendung.

Tiba-tiba hari jadi gelap. Tidak lama selepas itu turun hujan. Makin lama sesemakin lebat. Hujan mencurah-curah menyebabkan pemanduan tidak jelas. 

Saya berani memandu tidak melebihi 45 kilometer se jam disebabkan jarak pemandangan terhad.

Lebih kurang 150 meter di dapan saya nampak se buah motor berhenti. 

Saya memperlahankan kereta dan dapati ada dua orang wanita bersebelahannya. Sebaik berhenti mempelawa kedua-duanya naik. 

Mereka tidak menjawab.

SAYA:  Naiklah, kita cari tempat teduh yang selamat. Kat sini bahaya, jalan gelap. Dengan kilat dan petir. 

Selepas diulang beberapa kali baru kedua-dua naik dan duduk di baghagian belakang. Saya dapati mereka kuyup dan tidak ada bahagian yang tidak basah.

SAYA:  Kat tempat duduk tu ada tuala. Tuala tu bersih. Laplah  dengannya.

Wanita yang kelihatan berusia mungkin ibu kepada gadis muda itu bersuara.

WANITA:  Tak apalah encik. Saya dah basah ni.

SAYA:  Laplah badan tu. Sejuk ni, nanti selsema. (Mereka masih enggan menggunakan tuala saya).

Saya memandu semula dan memberhentikan kereta di hadapan sebuah kedai minuman yang juga merupakan se buah kedai runcit di situ. 

Saya mengajak mereka minum tetapi mereka menolak dengan alasan mereka kenal dengan pekedai itu.

SAYA:  Kita minum sekejap untuk panaskan badan. Dah terlanjur berhenti ni. Elok tunjukkan muka kalau tak mereka syak yang bukan-bukan. Gunakan tuala tu untuk menutup badan kerana baju tu dah basah.

Kami memesan teh tarik panas. Sewaktu tuan kedai menghantar minuman dia bersuara bertanyakan siapa saya. 

SAYA:  Saya dari kampung tadi tiba-tiba ternampak dia berdua berdiri di dalam hujan. Tepi jalan. Hujan lebat berserta petir. Saya bawa dia ke sini. Sekurang-kurangnya di sini selamat.

PEKEDAI:  Oh, saya ingat encik sedara dia. Encik asal mana. Nak ke mana? Baik hati encik.

SAYA:  Asal dari mana saya rasa tak payahlah saya beri tau. Yang penting hati kita mesti seperti hati kita yang asal. Hati kita yang asal dulu belum tau nak buat jahat. Asal yang tulah yang penting. Kampung saya kat Johor.

Pekedai itu senyum sambil menunjukkan isyarat 'good' dan meninggalkan kami untuk pergi ke meja lain. Saya difahamkan kedai itu merupakan tempat untuk perempuan ini membeli barang dapur. 

Ada masanya kedai ini menjual ikan sungai tetapi tidak kerap.

Apabila saya tau kedai ini menjual ikan sungai saya terus ke bahagian barang basah. Memang betul di situ saya dapati ada ikan baung, ikan lais, ikan tebakang dan ikan puyu. Saya memang lama mengidam untuk makan ikan sungai.

Saya ambil dua ekor ikan baung yang beratnya dua kilogrem.  Saya bawa ke meja dan tunjukkan kepada perempuan tadi.

SAYA:  Ini ikan baung. Masaklah cara apa pun. Bila dah masak beri saya sikit untuk saya bawak balik. 

Dia terkejut lalu bertanya macam mana saya boleh kenal semua jenis ikan. Saya kata saya tau sebab saya membesar bersama sungai.

Lama juga dia membuat keputusan untuk bersetuju memasaknya.


Hujan mula berhenti. Selepas membayar harga minuman dan harga ikan, saya menghantar mereka pulang.

Saya dapati rumahnya baru tapi bentuknya masih kekal bentuk rumah Melayu lama; ada serambi, anjung dan ada pelantar. 

Rumah papan bertiangkan batu kelihatan kemas. Gelegarnya tidak dipaku sebaliknya menggunakan pasak dibuat dari kayu. 

Dari luar saya dapati rumah itu tidak bersiling. Kasau untuk menempatkan atap genting nampak nyata tersusun kemas. Rumah tersebut hampir 90 peratus menyerupai rumah Melayu lama cuma ianya tidak mempunyai bendul dan kisi-kisinya tidak berukir. 

Kisi-kisi dikekalkannya bertujuan untuk peredaran udara.

Saya tertarik dengan jenang pintu dan jenang tingkapnya. Jenangnya dicat dengan warna coklet kemudian dilapiskan dengan bernish. Indah buatannya.

Setelah keluar dari kereta, anaknya terus masuk ke rumah. Ibunya mempelawa saya masuk tapi saya enggan dengan alasan tiada lelaki lain di situ. 

Katanya, "Tak apa. Bukannya kita berdua. Anak kakak pun ada."   Dia membahasakan dirinya kakak.

SAYA:  Saya panggil kakaklah. Tadi nak panggil apa tak tau. Nama pun saya tak tau. Nama saya Adam.

KAKAK:  Panggil kakak pun boleh. Nama kakak Sumiy'ah. Suami kakak dah lama tak ada. (Nama anaknya tidak diberi tahu).

SAYA:  Beginilah kak. Elok saya ke kedai tadi semula. Saya tunggu kat sana. Bila dah masak kakak telefon saya. Nanti saya datang.

KAKAK:  Adam tunggu kat rumah ni pun tak jadi hal. Kalau segan nak masuk, duduk kat serambi pun boleh. Kat situ berangin.

SAYA:  Bukan saya tak sudi kak. Cuma saya rasa tak selesa tercangok sorang-sorang. Akak telepon saya bila dah masak. Jangan banyak sangat untuk saya, se kelar pun dah lebih dari cukup. Akak yang masak ke?

KAKAK: Kalau gitu, satu jam lagi Adam datanglah. Anak akak tu dah biasa buat kerja dapur. Dialah yang masak.

Kakak itu masih tidak memberi tahu nama anaknya. Saya memang ingin nak tau.


Saya pergi ke kedai tadi. Saya duduk sementara menunggu kakak tadi menyediakan gulai ikan sungai untuk saya bawa balik..

Semasa di situ saya terbayangkan wajah kedua-dua anak beranak itu. Ibunya berusia tetapi wajahnya nampak berseri dan kelihatan muda. 

Hati saya berkata tentu dia ada amalan untuk nampak menarik, sekurang-kurangnya tekaan saya dia mengamal petua orang lama atau mungkin dia makan ubat tradisional. 

Maklumlah dia orang kampung dan caranya hidupnya pun menampakkan dia berpegang kepada cara hidup orang Melayu lama.

Anaknya kelihatan jauh lebih muda darinya. Parasnya menawan. 

Kulitnya bersih, wajah berseri serta susuk badannya yang begitu menarik; bentuk yang sangat diidamkan oleh gadis-gadis sekarang. Sayangnya dia tidak bersolek dan andainya dia disentuh sedikit oleh pakar solekan, berani saya katakan dia akan kelihatan setanding Puteri Gunung Fujiyama.

Setelah genap satu jam menunggu, saya pergi semula ke rumah kakak Sumi'yah. Setibanya saya di rumahnya saya menunggu di kereta. Kakak Sumiy'ah menjemput saya naik. 

Saya kata tidak menjadi halangan bagi saya menunggu di situ. Dia meminta saya naik ke di serambi sementara menunggu anaknya menyediakan makanan.

Apabila saya berada di serambi, saya dapati makanan telah sedia terhidang. kakak Sumiy'ah menyuruh saya makan. Saya menolaknya dengan alasan saya datang semata-mata hendak mengambil gulai ikan baung.

KAKAK: Di serambi ni tak ada meja. Kita duduk bersila di lantailah. Lagi pun Adam takkan sudi masuk ke ruang ibu rumah ............ Adam kena makan jugak. Sekurang-kurangnya untuk menghilangkan rasa penat orang yang menyediakannya.

SAYA:  Saya boleh makan kak, dengan syarat kita semua makan sekali. Kalau kakak berdua tak makan, saya malu nak makan.

Kakak Sumiy'ah pergi memanggil anaknya. Kakak Sumiy'ah duduk di kanan saya dan anaknya bertimpuh di sebelah kiri saya. 

Manis sungguh kelihatan cara dia duduk begitu tambahan pula dia memang manis orangnya. Sudah bertahun saya tidak nampak gadis kita duduk bertimpuh.


Sambil makan kami bersembang. Banyak juga pertanyaan dari kakak Sumiy'ah yang saya jawab.

KAKAK:  Adam balik kampung kenapa tak bawak bini?

SAYA:  Bini saya dah tak ada kak.

KAKAK:  (Dia terdiam sekejap) Kenapa tak cari pengganti?

SAYA:  Saya dah carik kak. Dari sejak musim durian hingga musim rambutan, pun lom jumpa.

Kakak Sumiy'ah ketawa, sebaliknya anaknya yang diam dari tadi tunduk tersenyum yang menyebabkan pipinya yang tersedia merah bertambah merah.

SAYA:  Saya berselera makan ni kak. Lama tak rasa masakan begini. Sejak bini saya dah tak ada, tak merasa masakan macam ni. Memang terasa sedapnya. Kunyit hidup dengan asam cepu, memang lawannya, sedap.

KAKAK:  Itulah, cepat-cepat cari pengganti, nanti hari-hari boleh makan masakan ni. Asam cepu banyak di rumah kakak. Bukan asam cepu je, yang lain pun ada.

Kakak Semiy'ah menyuruh anaknya menambah nasi ke pinggan saya. Dia masih tak menyebut nama anaknya. Ingin saya bertanya tetapi terasa malu.

Sewaktu anaknya hendak menambah nasi ke pinggan, tanpa sedar saya memegang tangannya untuk menghalang. 

SAYA:  Kak, dalam rumah ni tak ada tetamu. Saya bukan tetamu. Saya seperti kakak berdua, jadi tak perlu raiikan saya. Yang patut kita raiikan sekarang ialah kesyukuran kerana kita menikmati rezeki Allah. Syukur alhamdulillah. 

Baru saya sedar tangan anaknya masih di gengaman saya. Saya lepaskannya sambil meminta maaf dengan berkata yang saya lakukan tadi tanpa sedar. Kakak Sumiy'ah berkata, "Allaaaa, pegang sikit je. Bukannya luak."

Sepuluh minit selepas makan saya mohon diri. Kakak Sumi'yah menghantar saya ke kereta. Anaknya berkemas di dapur dan saya masih belum tahu lagi namanya.

SAYA:  Kak, saya ucap terima kasih kat kakak menyediakan masakan tadi. Memang sedap. Terima kasih kak.

KAKAK:  Akak tak masak? Akak berkemas. Rumah beselerak, malu kat Adam nanti.

SAYA:  Tak patut kalau saya tak ucap terima kasih kat anak kakak. Dia yang menyediakan makanan. Tolong panggil dia kak, tak manis kalau saya tinggalkan begitu saja. Nak ucap terima kasih kat dia.

Apabila kakak Sumiy'ah hendak naik ke rumah untuk memanggil anaknya, saya menahannya. Saya minta dia memanggilnya dari tempat kami berdiri. Kakak Sumiy'ah memanggilnya.  

KAKAK:  Ma'knunah ...... Ma'knunah. Datang sini sekejap.

Anaknya datang dan berdiri de sebelah kiri ibunya. Mereka mengadap saya dalam jarak lebih kurang enam kaki. 

Anaknya kelihatan malu-malu. mungkin dia penyegan orangnya. Bibirnya mengukir satu senyuman yang amat bermakna. Saya pandang tepat ke matanya lalu berkata. 

SAYA:  Terima kasih sebab sediakan makanan. Makanan memang sedap. Semestinya dipuji.

Anaknya tidak berkata apa-apa. Dia memandang jauh ke depan. Saya tak tau apa di mindanya.

Saya pandang kakak Sumiy'ah sambil bersuara.

SAYA:  Kak, selain dari cantik dia memang pandai masak. Untung siapa yang dapat dia.

Sebaik sahaja selesai berkata, anaknya menundukkan kepalanya. 

Kaki kanannya digerakkan perlahan-lahan di tanah seolah-olah kakinya melukis sesuatu. Saya faham erti kelakuannya. 

Pengalaman saya mengatakan itu menandakan dia rasa gembira disanjung, redha dengan kepujian sambil menyisipkan perkataan terima kasih di hatinya.

Tidak ada pembaziran masa di situ kerana pengalaman digunakan di tempat yang betul.



Blog ini memperlawa usahawan untuk beriklan di sini. Nyatakan jenis iklan yang di kehendaki di email:  biarlembuyangjadilembu@gmail.com

Ada orang tak nak sebab sudah berpuas hati tapi (Klik) masih ada yang mencarinya kerana perkara itu benar..

(This site is our's and all stories belong to us.  Everyone has a story to tell and in sharing we find healing. I expect this story will give hope a good chance to grow in your hearts. Your wisdom and stories are as good as mine.)©

Semua komen tidak akan dipadam kerana sendiri komen sendiri bertanggongjawab. Video dan gambar dalam tulisan ini semata-mata hiasan.

Monday 21 August 2017

LUPAKAN LAH USIANYA TAPI NGATLAH AKAN JASANYA

Di sebuah negara yang terletak berhampiran dengan sebuah negeri yang mataharinya tidak pernah terbit terdapat se buah bangunan yang begitu berjasa, terbengkalai untuk dibaik pulih. Pegawai bangunan telah memanggil tiga kontrektor untuk membuat tafsiran kos membaik pulih bangunan tersebut.

PEGAWAI BANGUNAN: Terima kasih kepada dua-dua kontrektor yang bertungkus lumus memeriksa kerosakan bangunan bersama-sama dengan pegawai penyenggara kami tadi. Sila nyatakan kos sepenuhnya untuk membaik pulih bangunan ini. Saya difahamkan kontrektor pertama namanya Si Luncai dan kontrektor ke dua namanya Lebai Malang. Betul ke?

Gambar hiasan dipetik dari Google

SI LUNCAI:  Saya sudah melawat keseluruhan bangunan ini. Harga yang kami tawarkan ialah RM 2 juta.

PEGAWAI BANGUNAN: Bangunan ini sudah tua tapi sangat berjasa. Jangan kita buat-buat tak ingat akan jasanya. Bagaimana pulak dengan kontrektor ke dua? Lebai Malang, berapa kos tuan?

LEBAI MALANG:  Saya juga sudah melawat keseluruhan bangunan ini. Kami memang arif tentang kerosakan yang kami hendak betulkan. Harga patut yang kami tawarkan ialah RM 2 juta.

PEGAWAI KERAJAAN:  Laaaaaa ........ kenapa harga serupa. Susahlah saya nak pilih.

Pak Pandir tiba-tiba mencelah percakapan pegawai bangunan.

PAK PANDIR:   Tuan, izinkan saya berkerjasama memberi tawaran untuk membaik pulih bangunan ini.

PEGAWAI BANGUNAN:  Wahai Pak Pandir. Kamu kontrektor yang ke tiga. Dengar sini. Macam mana Pak Pandir nak beri sebut harga sedangkan tuan tidak pun memeriksa bangunan ni? Tak masuk akal langsung.

Pak Pandir bangun dari duduk, menuju ke pegawai bangunan lalu berbisik, "Saya tawarkan RM 4 juta. Kita suruh Lebai Malang buat kerja ni. Bayaran kepada dia hanya RM 2 juta. Bakinya dua juta. Imbuhan kerja keras tuan mesti ada. Se juta untuk tuan dan bakinya untuk saya. Masuk akal tak?


Hebatnya dia

Blog ini memperlawa usahawan untuk beriklan di sini. Nyatakan jenis iklan yang di kehendaki di email:  biarlembuyangjadilembu@gmail.com

(This site is our's and all stories belong to us. Everyone has a story to tell and in sharing we find healing. I expect this story will give hope a good chance to grow in your hearts. Your wisdom and stories are as good as mine.)©

Sebarang komen tidak akan dipadam. Sendiri komen tanggonglah sendiri. Cerita, video dan gambar dalam tulisan ini semata-mata hiburan tiada kena mengena dengan sesiapa pun.

Saturday 19 August 2017

TERSENTUH KERANA SE BUAH VIDEO


Gambar hiasan dipetik dari Google dan tiada kaitan dengan entry atau pembaca. 

Kita semua mewah dengan makanan. Ada yang hingga tidak ada keberanian untuk makan dan yang berlebihan pula disumbatnya ke Facebook. Tahukah kamu masih ada orang yang berlapar sekarang? Dapatkah makanan yang kita saji di Facebook membantu mereka yang kelaparan?

Mereka yang berlapar ini biasanya tidak berharta tetapi harta bukanlah merupakan kekayaan yang sebenar. Kawan ramai juga bukannya menggambarkan kesetian dan kuasa juga bukannya merupakan satu kekalan. 

Miskin sebenar ialah mereka yang kedekut untuk berkongsi walaupun terdapat yang berlebihan padanya. Mereka miskin jiwa. Kehebatan manusia bukanya terletak pada harta atau kuasa tetapi melalui sikap murni yang tersemat di hati. 

Kaya ialah mereka yang memiliki hati yang ada niat untuk membantu. We are not rich by what we possess but by what we give.

It is not an uncommon issue when most of us don't have food for a day but what about the lady in the video below who has no food at all to eat. She is 84 years old. Watch it if you have not seen this video before.


This's what we called blogger

Menjadi kaya bukannya satu perkara yang tidak bererti. Harta merupakan nikmat yang diberi oleh Allah dan alangkah baiknya jika harta kurniaan NYA diguna untuk kebaikan manusia. Dari itu jangan kita terasa segan dan silu untuk menambah lagi sedikit harta sebaiknya bukan dengan cara yang tidak bermoral.

Kekayaan merupakan satu alat yang menguji pemiliknya dengan cara yang tidak disedari. Harta boleh mengubah sikap pemiliknya jika dibiarkan hartanya menjadi MASTER. Jangan kita kayakan diri tetapi kita membiarkan kemisikinan jiwa. Matangkanlah serta waraskan diri kerana kematangan dan kewarasan kedua-duanya mempunyai nilai emas.

Carilah harta semampu yang terdaya tetapi perlu diingat, kekayaan yang sebenarnya berada di jiwa kerana kekayaan jiwa merupakan kekayaan sejagat

Entry sebelum ini: Duri Semalu Pertama Sudah Muncul

Blog ini memperlawa usahawan untuk beriklan di sini. Nyatakan jenis iklan yang di kehendaki di email:  biarlembuyangjadilembu@gmail.com


(This site is our's and all stories belong to us.  Everyone has a story to tell and in sharing we find healing. I expect this story will give hope a good chance to grow in your hearts. Your wisdom and stories are as good as mine.)©

Sebarang komen tidak akan dipadam. Sendiri komen sendiri tanggung. Video dan gambar dalam tulisan ini semata-mata hiasan.

Wednesday 16 August 2017

DURI SEMALU PERTAMA SUDAH MULA MUNCUL


Sebentar tadi saya terima email dari Maiko. Ini merupakan email terpanjang yang pernah saya terima darinya. Saya membacanya dua kali kerana kata-kata Maiko selalunya memang banyak benda yang tersirat.

Saya akan kongsi mana-mana bahagian yang tidak sulit dan mana yang saya anggap terlalu peribadi saya akan pendamkan.

Kebanyakan isinya berkaitan dia di Osaka. Salah satu darinya dia berkata bapanya tertarik dengan se orang pemuda se pejabat dengan ayahnya dan secara kebeutulan pemuda tersebut menjadi orang kepercayaan bapanya. Kerap bapanya bercerita tentang pemuda yang disukai itu. 

Maiko juga pernah terserempak dengan pemuda itu semasa ke pejabat ayahnya dan pada pandangan Maiko lelaki itu se orang yang segak dan bergaya. "Not bad," katanya.

Selera Maiko memang tinggi kerana dia se orang gadis hebat.

Seperti biasa Maiko kerap bertanya tentang jodoh pilihan saya. Selalunya saya mendiamkan diri. Pernah saya menjawab dengan berkata, "Saya pilih sesiapa sahaja asalkan dia mampu membesarkan anak2 menjadi manusia."

Maiko memang tidak ambil masa lama untuk menjawab. Katanya, "The beauty of partnership between spouses is that they combine strength with wisdom. A way to accomplish more for the glory of home. That's what I have in mind."

Jawapan yang tidak termampu diberi oleh gadis-gadis yang se usianya.

Banyak lagi cerita yang ditulis di emailnya. Saya copy and paste beberapa bahagian untuk dikongsi di sini. Untuk menjimatkan masa.

Dia masih bertanya tentang saya yang belum membuat keputusan untuk berumah tangga. Dinasihatnya saya, "Don’t wait, Adam. The time will never be just right. Sometimes it's the smallest decisions that change your life. Maybe that simple decision can change us forever."

"You need to make decisions at the right time - not too early and never be too late. It doesn't matter if your choice is not perfect a bit but most importantly you need to decide." Sambungnya lagi, "Don't ignore what your feeling is."

Ditulisnya lagi, "Adam, take for wife the girl that you love and be sure that she also loves you in return and never to forget to marry the one that no matter what but will always respect you."

Nasihat dia merupakan perkara benar tetapi sebaliknya saya perlu berfikir semasak-masaknya terutama tentang memilih gadis. Dia ternyata kelihatan hebat untuk diambil sebagai pasangan. Mampukah saya di alam rumah tangga?

Terfikir di hati saya, "Apa kata kalau aku jadikan Maiko suri di hati? Mana mungkin kerana Maiko sudah membayangkan lelaki kesukaan dan mungkin menjadi pilihan bapanya. Maiko juga mengaku tentang ketampanan lelaki itu."

Sanggupkah saya merempuh duri yang mula timbul sekiranya saya ingin menjadikan Maiko ibu kepada anak saya? Duri yang bila-bila masa sahaja boleh bertukar menjadi onak rimba.

Sanggupkah Maiko meredah duri yang akan sentiasa ujud berterusan? Well Maiko, please don't settle for a man who opens half of his heart for you.

Sudah tentu dia menurut pilihan bapanya kerana Maiko yang bersopan santun sangat sayang dan hormat bapanya. Dia sudah dididik demikian.

Jika Maiko menolak pilihan bapanya dia tau bapanya akan terasa malu. Bagi keluarga Maiko dan mungkin rakyat Jepun yang lain, malu itu satu perkara yang ditakuti dan mereka sanggup lakukan apa sahaja untuk mengelak dari malu.

Budaya Jepun (sekarang tak tau masih menjadi amalan atau tidak) ibu bapa sanggup tidak mengaku anak jika anak itu memalukan mereka. Begitu juga ramai tentera Jepun yang gagah perkasa membunuh diri di dalam peperangan bukan kerana lain tetapi mereka malu dengan kekalahan.

Entry sebelumnya: Aku Jerit Je

Mengasyikkan

Blog ini memperlawa usahawan untuk beriklan. Nyatakan jenis iklan yang di kehendaki di email:  biarlembuyangjadilembu@gmail.com


(This site is our's and all stories belong to us.  Everyone has a story to tell and in sharing we find healing. I expect this story will give hope a good chance to grow in your hearts. Your wisdom and stories are as good as mine.)©

Kamu komen apa saja yang kamu suka dan komen kamu tidak akan dipadam. Sendiri komen sendiri junjung. Video dan gambar dalam tulisan ini semata-mata hiasan.



Saturday 12 August 2017

SAYA JERIT JE


Se orang pemberita sedang menemuramah se orang wanita.

PEMBERITA:  Berapa orang anak puan?

WANITA: Kesemuanya tujuh orang.

PEMBERITA:  Berapa orang lelaki dan berapa orang wanita?

WANITA:  Kesemuanya lelaki.

PEMBERITA:  Yang sulung apa nama dia?

WANITA:  Muhammid.

PEMBERITA: Yang nombor dua pulak nama apa?

WANITA:  Yang nomor dua nama dia Muhammid.

PEMBERITA:  Yang no tiga pulak?

WANITA:  Yang ke tiga pun Muhammid.

PEMBERITA:  Tak kan nomor empat pun nama dia Muhammid?

WANITA:  Nombor empat saya panggil dia .....


Gambar hiasan (atas dan bawah): Lukisan tangan oleh Emily Copeland dari Canada


PEMBERITA:  Puan panggil dia apa? Tak kan Muhammid jugak.

WANITA:  No empat saya panggil Muhammid.

PEMBERITA:  Puan, yang lain pun Muhammid jugak ke?

WANITA:  Ye, semua anak saya nama Muhammid

PEMBERITA:  Kenapa puan panggil mereka dengan nama yang serupa?

WANITA:  Senang begitu. Kalau mereka dipanggil untuk makan, saya jerit je Muhammid. Semua datang makan. Tak perlu sebut satu persatu. Kalau nama mereka lain-lain teruk saya hingga tujuh kali panggil.

PEMBERITA: Oh begitu.

WANITA:  Kalau kejutkan pagi untuk mereka ke sekolah, saya sekali jerit Muhammid. Mereka semua bangun. Tak perlu panggil sorang demi sorang.

PEMBERITA:  Kalau suruh mereka tidur?

WANITA:  Saya jerit Muhammiiiiiiiiid. Masuk tidur. Semua masuk bilik untuk tidur. Kan senang begitu.

PEMBERITA:  Itu kalau puan panggil untuk semua. Kalau puan memerlukan satu orang je, macam mana pulak puan panggil?

WANITA:  Senang je. Saya jerit "Lebai". Saya jerit kuat-kuat. Tang Lebai ni memang kena jerit lebih kuat.

PEMBERITA:  Siapa dia Lebai?

WANITA:  Lebai tu suami saya.

Pemberita ketawa berguling. Sebaik sahaja dia berhenti ketawa dia terus bertanya.

PEMBERITA:  Kenapa tak panggil Pak Lebai?

Wanita: Saya tak suka Pak Lebai.

Pemberita ketawa lagi juga bergulling-guling.

WANITA:  Saya pulak nak tanya boleh ke?

PEMBERITA:  Boleh, silakan.

WANITA:  Kenapa awak ketawa?

PEMBERITA:  Saya tak suka Pak Lebai.

Wanita itu terus ketawa dan dia berguling-guling lebih dahsyat dari gulingan pemberita.


Video ni pendek sangat.

Blog ini memperlawa usahawan untuk beriklan di sini. Nyatakan jenis iklan yang di kehendaki di email:  biarlembuyangjadilembu@gmail.com


(This site is our's and all stories belong to us.  Everyone has a story to tell and in sharing we find healing. I expect this story will give hope a good chance to grow in your hearts. Your wisdom and stories are as good as mine.)©

Kamu komen apa saja yang kamu suka dan komen kamu tidak akan dipadam kerana sendiri komen sendiri junjung. Video dan gambar dalam tulisan ini semata-mata hiasan.

Tuesday 8 August 2017

SUSAHNYA BERCAKAP DENGAN BILL GATES


Dalam se buah daerah ada satu pusat yang mengajar orang dewasa belajar komputer.

CIKGU:  Assalamulaikum pakcik dan makcik semua. Hari ni hari pertama kelas komputer kita. Saya tak nak buang masa jadi saya terus mengajar. Sebelum itu elok saya onn-kan laptop ni. Laptop saya ni ada password jadi orang lain tak boleh curi-curi guna. Baiklah,  saya onn-kan sekarang.

Hampir 10 minit cikgu muda tu tak berjaya meng-onn-kan laptopnya.

CIKGU:  Saya dah lupa password saya. Siapa kat sin boleh bantu saya. Ada tak pakcik dan makcik boleh tolong saya. 

Tidak ada siapa-siapa pun yang menyahut permintaan cikgu tu. Tiba-tiba se orang lelaki dewasa bersuara.

LELAKI DEWASA:  Cikgu, tanyalah orang yang arif tentang komputer.

CIKGU:  Yang cerdik tentang komputer tak ada kat sini.

LELAKI DEWASA:  Kalau tak ada kat sini cikgu telefonlah dia. Apa nama orang tu?

CIKGU:  Nama dia Bill Gates. Dia jauh. Apa nama pakcik?

LELAKI DEWASA:  Nama saya Pak Pandir. Cikgu telefonlah dia. Kalau tak cuba sampai malamlah kita termenung kat sini. Ce-telepon, ce-telepon.

CIKGU:  Aduh, Pak Pandir lagi. Baiklah, kalau Pak Pandir dapat jawab soalan ni, saya telepon Bill Gate.

PAK PANDIR:   Kenapa pulak macam tu. Begini cikgu. Kalau cikgu tak dapat jawab soalan saya, cikgu kena telepon Bill Gates.

CIKGU:  Baiklah. Apa soalannya.

PAK PANDIR:   Kalau orang bisu, dia bertanya kita pukul berapa sekarang, dia tunjuk tangan dia tapi kalau dia nak kencing, dia tunjuk apa?

CIKGU:  Baiklah, baiklah, saya telepon sekarang. (dalam hatinya berkata. Pak Pandir nak tunjuk pandai.)


Cikgu itu pun telefon Bill Gates. Kring, kring, krrrrring, krinnngggg.

BILL GATES:  Hello, Bill di sini.

CIKGU:  Hello Bill. Laptop saya tak boleh onn. Saya lupa passwordnya. Jenama laptop saya HAKIRO. Nombor siri dia AE 4567 E 8910 D. Saya lupa password saya?

BILL GATES:  Password awak: entah. (Bill Gates terus mematikan telefonnya)

CIKGU:  Kan saya dah kata. Bill Gates pun tak tau. Pakcik dan makcik kat sini siapa tau.

PAK PANDIR:   Tadi cikgu tanya apa kat Bill Gates?

CIKGU:  Saya tanya password saya apa. Kemudian dia kata entah. Bermakna dia tak taulah tu.

PAK PANDIR:  Cikgu tanya apa?

CIKGU: Susah betul bercakap dengan Pak Pandir. Yg tu pun dah berapa banyak kali nak tanya. Benda senang pun tak paham. Saya tanya apa password saya.

PAK PANDIR:  Dia jawab apa?

CIKGU:   Dia jawab entah.

PAK PANDIR:  Cikgu tanya apa?

CIKGU:  Saya tanya apa password laptop saya. Dia jawab entah.

PAK PANDIR:  Cuba cikgu ulang lagi.

CIKGU:  Saya tanya password saya apa. Katanya entah.

PAK PANDIR:  Cuba cikgu ulang untuk kali terakhir.

Tiba-tiba semua pakcik dengan makcik dalam kelas tu ketawa. Tak ada se orang pun yang tak ketawa. Ada yang ketawa buka mulut telalu besar. Ada yang tenganga. Ada yang ketawa hingga keluar hingus. Ada yang ketawa sambil menutup mulut dengan henfon seperti Maiko lakukan. Tak kurang juga bilangan pakcik yang ketawa sambil berguling-guling.

CIKGU:  Kenapa semua pakcik dengan makcik ketawa? Kelakar ke saya ni?

Semua pakcik dengan makcik kat situ berkata serentak, "Cikgu, apa Bill Gates jawab?"

CIKGU:  Bill Gates jawab entah.

Semua pakcik dan makcik kat situ termasuk Pak Pandir berkata serentak, "Password cikgu ENTAH. Ce-taip perkataan ENTAH kat laptop cikgu. Ce-taip, ce-taip."

Cikgu pun taip perkataan entah dan laptop itu terus boleh onn. Pakcik dan makcik semua melompat gembira sambil berkata, "entah entah entah entah." Baru cikgu teringat password dia entah.


Pakcik ni nak mengajar atau nak marah orang?  Ce-tengok, ce-tengok

Blog ini memperlawa usahawan untuk beriklan di sini. Nyatakan jenis iklan yang di kehendaki di email:  biarlembuyangjadilembu@gmail.com

(This site is our's and all stories belong to us.  Everyone has a story to tell and in sharing we find healing. I expect this story will give hope a good chance to grow in your hearts. Your wisdom and stories are as good as mine.)©

Kamu komen apa saja yang kamu suka dan komen kamu tidak akan dipadam kerana sendiri komen sendiri junjung. Video dan gambar dalam tulisan ini semata-mata hiasan.




Sunday 6 August 2017

MALAYSIA BELUM ADA MAHKAMAH MACAM NI - TAK AKAN ADA PUNYA


Di dalam sebuah mahkamah penglipur lara pada zaman dahulu kala, seramai empat orang telah di tuduh mencuri se biji handphone milik kawan mereka.

HAKIM:  Kamu berempat telah dituduh mencuri se biji handphone pada 30 Februari tahun ini di sebuah kolej di Kampung Bujang Sempurna di antara pukul 4 hingga pukul 5 petang. Kamu mengaku salah atau tidak?

Kesemua tertuduh tidak mengaku salah dan minta dibicarakan.

HAKIM:  Kamu tertuduh pertama, Borang bin Kertas. Pada waktu kejadian kamu berada di mana?

BORANG:  Pada waktu tu saya ada di asrama. Saya tidur.

HAKIM:  Ada siapa-siapa nampak kamu tidur waktu itu.

BORANG:  Saya tak nampak sebab saya tidur. Kalau saya nampak tentu saya tak tidur.

HAKIM:  Panggil tertuduh ke dua pula.

Setelah tertuduh ke dua mengambil tempat.

HAKIM:  Kamu tertuduh kedua, Surat bin Kertas. Sewaktu kejadian kamu di mana?

SURAT:  Waktu tu saya mandi. Tidak ada saksi yang nampak saya mandi sebab bilik air saya kumci.

HAKIM: Baiklah. Panggil tertuduh ke tiga.

Setelah tertuduh ke tiga mengambil tempat.

HAKIM:  Siku bin Lutut. Kamu berada di mana waktu itu?

SIKU:  Pada masa tu saya main watsap.

Hakim:  Handphone siapa yang kamu guna?

SIKU:  Tuan hakim ni macam tak ada soalan lain.

HAKIM:  Kamu jangan menghina saya. Nanti kamu yang terima akibatnya. Jawab pertanyaan saya tadi.

SIKU:  Saya guna hp saya. Tak kan saya nak guna hp tuan hakim. Entah-entah hp tuan hakim bini yang pegang.

HAKIM:  Kamu ni banyak songel. Kenapa kamu guna hp kamu sedangkan di bilik tu ada hp yang terletak di meja? Hp yang hilang tu.

SIKU:  Kan saya kata saya guna hp saya. Tuan hakim soal saya macam mana pun jawapan saya itu jugak. Saya guna hp saya.

HAKIM: Panggil tertuduh yang ke empat.

Tertuduh ke empat mengambil tempat.

HAKIM:  Kipas bin Angin, kamu tertuduh ke empat. Saya dah penat tanya soalan yang sama. Baiklah, untuk memendekkan perbicaraan saya nak tanya. Kamu ke yang curi hp tu? Ce-jawab, ce-jawab.

KIPAS:  Ni soalan ke pendapat?

HAKIM:  Jangan bergurau dalam mahkamah saya. Jawab. Kamu ke yang curi?

KIPAS:  Saya tidak mencuri dan belum pernah saya mencuri.

HAKIM:  Semasa hp tu hilang kamu pergi ke mana?

SIKU:  Masa tu saya pergi betulkan bendera Jepun di tempat perhimpunan. Ada orang pasang bendera tu terbalik.

HAKIM:  Siapa yang pasang terbalik bendera tu?

SIKU:  Saya tak tau. Nasib pencuri tu baik sebab saya keluar betulkan bendera. Kalau bendera tu dipasang betul dah tentu saya tak keluar. Dah tentu saya tau pencuri tu.

HAKIM:  Kes ni paling susah saya nak menghukum. Paling susah dan rumit.  Tidak ada hint langsung untuk saya menjatuhkan hukuman. Baiklah, hadirin sekelian. Siapa-siapa yang boleh bantu saya dalam kes ini.

Hampir 20 minit berlalu tidak ada siapa pun yang sanggup membantu.

HAKIM:  Saya nampak ada se orang tu yang pakai baju petak biru kuning. Sila ke hadapan. Bantu saya.

Si pemakai baju petak biru kuning pun pergi ke hadapan.

HAKIM:  Apa nama kamu?

BAJU PETAK:  Nama saya Pak Pandir.

HAKIM:  Aduh, Jahnam jahnam. Ramai yang lain dalam ni aku terpanggil dia. Baiklah, boleh bantu saya? Siapa yang mencuri?

PAK PANDIR:  Boleh tuan.

HAKIM: Kamu cakap je boleh. Kalau boleh siapa yang mencuri?

PAK PANDIR: Tuan hakim, bendera Jepun tu tuan dah pernah tengok ke belum?

HAKIM:  Sudah.

PAK PANDIR:  Ce-cerita sikit tentang bendera Jepun.


HAKIM:  Bendera tu dalam dia warna merah. Bulat. Luar dia warna putih.

PAK PANDIR:  Bendera tu yang mana atas yang mana bawah?

HAKIM:  Dia tak ada atas atau bawah. Sebab bulat.

PAK PANDIR:  Kalau begitu siapa yang membohong di sini?

HAKIM:  Janganlah suruh saya main teka-teka. Ini mahkamah.

PAK PANDIR:  Yang membohong tu ialah orang yang pergi membetulkan kedudukan bendera Jepun. Sebab bendera tu dipasang macam mana pun tetap betul.

HAKIM:  Cerdik jugak kamu ni. Tapi kenapa orang kata Pak Pandir bodoh?

PAK PANDIR:  Dunia memang begitu. Kalau ada yang pandai, yang boleh menonjol. Mereka difitnah. Diberi gelaran yang buruk. Walau pun tuan hakim kurang cerdik tapi saya tak akan cerita kat orang lain sebab maruah se seorang perlu saya jaga.

Entry ini hiburan semata-mata dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa pun sama ada di dalam dan luar negara.

Entry sebelumnya: Kerana Abang Bercakap Benar

Blog ini memperlawa usahawan untuk beriklan di sini. Nyatakan jenis iklan yang di kehendaki di email:  biarlembuyangjadilembu@gmail.com


(This site is our's and all stories belong to us.  Everyone has a story to tell and in sharing we find healing. I expect this story will give hope a good chance to grow in your hearts. Your wisdom and stories are as good as mine.)©

Kamu komen apa saja yang kamu suka dan komen kamu tidak akan dipadam kerana sendiri komen sendiri junjung. Video dan gambar dalam tulisan ini semata-mata hiasan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...