Thursday 29 December 2016

UNTUNG SUDAH NASIB RINDU DI BADAN

Jam di tangan saya sekarang menunjukkan pukul 10 pagi. Tujuh hari yang lepas di waktu tepat begini saya sedang berada di kawasan berlepas lapangan terbang Kansai, 0saka untuk pulang ke tanah air. 

Memandangkan di waktu itu masih ada 30 minit lagi sebelum Gate 13 untuk laluan ke pesawat ditutup, saya sengaja berdiri di situ untuk kali terakhir memerahati keadaan sekeliling.

Tiba-tiba rakan saya yang sentiasa membantu semasa saya di 0saka dan Koyoto hadir. Beliau merupakan teman yg membantu saya di jepon.

Namanya Maiko. Itu nama panggilannya di rumah. Saya juga memanggil dia dengan panggilan itu. Saya terasa lebih mesra menyebut nama itu dari memanggil namanya yang sebenar kerana kerap terdengar ibu dan bapanya menyebut Maiko. Saya difahamkan nama Maiko adalah merupakan nama popular di Jepun. Ramai wanita di sana yang bernama Maiko berjaya di bidang masing-masing, seperti:

a) Maiko Itai, ratu cantik Jepun

b) Maiko ito, pelakun popular (ramai pelakun film Jepun menggunakan nama Maiko)

c) Maiko Kano, pemain bola tampar handalan

d) Maiko Nakamura, penyanyi popular

e) Maiko Watson (ahli kumpulan pop terkenal Kanada, Sugar Jones) 

f) dan ramai lagi yang saya tidak tahu

Maiko yang baru tiba berdiri di hadapan saya. Dia merupakan se orang wanita muda yang berkerjaya dan cantik dengan penampilan yang menarik. Tutur katanya sentiasa dijaga. Pagi itu dia berpakaian pejabatnya; blaus berwarna putih, blazer dan skirt hitam. Kualiti materialnya terserlah. Terlalu cantik dia di pagi itu.

Saya terkejut dengan kedatangannya sebab sebelumnya dia memberi tahu yang dia akan mempengerusikan satu mesyuarat penting di tempat kerjanya. Se orang yang masih muda telah di beri amanah yang berat oleh korporat besar yang ada rangkaian di setiap pelusuk dunia.

Di dada Maiko tergantung lanyard berwarna merah dan dicetak dengan tulisan warna putih, nama korporat di mana tempat dia menyumbang idea.

MAIKO: How was your night?

SAYA: I couldn't get a good sleep. I woke every hour and at six i left the hotel.  


Selamat tinggal Kasuga

Maiko menghulurkan sebuah beg kertas kepada saya sambil berkata, "This's yours. I appreciate if you are willing to accept mine."

SAYA: (beg yang merupakan cenderahati) Thank you. I'd love to open it now. I'm just too excited too wait. 

Di dalam beg itu ada kotak berisi jam tangan. Jam yang sangat cantik, kelihatan begitu klasik dengan buatan tangan yang kemas oleh Dedegumo yang terkenal di Jepun. Saya kagum dengan hasil buatannya. Seni ciptanya terlalu halus.  Saya menyukainya dan terharu. 

Tidak sedar sedikit air menitis dari mata kerana terlalu gembira. Di dalam hidup saya belum pernah dapat membeli jam demikian. Begitu juga di dalam hidup saya belum pernah menitiskan air mata kerana se buah cenderahati. Maiko mengesat air di pipi saya dengan kertas tisunya. 

SAYA: Thank you so much. This's a great gift and can't believe how well you know my taste. What a nice surprise. Do you think we can decide together on something?

Sementara menunggu jawapannya, saya mengeluarkan sebuah lagi cenderahati dari Maiko yang merupakan se buah buku bertajuk Small Talk Big Result di tulis oleh Diane Windingland. Saya suka buku begitu. Saya tidak tahu entah berapa kali perkataan thank you saya lafazkan. Maiko menundukkan kepalanya sekali.

A bag of thousand dreams

SAYA: You told me that you are the chairperson of an urgent meeting at this hour.

MAIKO: My Director excused me as he knew that I am missing a special one today. I came because I wanted to wish him sayonara.

SAYA: (saya tidak tahu siapa yang dimaksudkan him) I'm very thankful that you are considering someone special to you but why do you miss him?

MAIKO: Well, I don't know but there's something about him. He turns me on I believe. Don't you think so?

SAYA: Really? What is that something?

MAIKO: He is gentle, patient and mature. I think he is Mr Right but whose right i don't know.

SAYA: Mature is best for you but you are too young for anyone. What will your friends think?

MAIKO: I don't think what others think about me. I just know i admire him and he is too kind to me. Age shouldn't be something that comes in the way of my relationship. As long as he understands, my age is not an issue.

SAYA: Is he important to you? 

MAIKO: It's good to be important but it's more important to be good and he's good.

Pada masa itu terdengar pengumuman meminta penumpang yang akan menaiki pesawat MAS 0053 supaya masuk ke kapal terbang melalui gate 13 kerana pesawat ke KLIA akan berlepas sebentar lagi. Maiko kelihatan sayu. Saya letakkan kedua-dua tangan saya ke bahunya. 

SAYA: I'm sorry. I have nothing right now to offer you and I thank you so much for everything especially for this watch and your time the most." 

MAIKO: You just offered your smile and it's the best gift I ever wanted. It's so meaningful and worth a thousand dreams." (She held my two arms).

Dengan pelahan saya berbisik, "There's a home in Malaysia welcoming you if you would like to move there. Would you?" Maiko tergamam dengan pertanyaan itu. Dia melepaskan lengan saya dan mengundur selangkah ke belakang serta memandang tepat ke mata saya.
  
Masa saya pada waktu itu teramat suntuk. Saya genggam jari tangannya. Saya kata kepadanya saya tidak boleh berada di situ walaupun satu minit lagi. Saya ucapkan selamat tinggal dan setelah melepaskan genggaman, saya terus menuju ke gate nombor 13.  Selepas bergerak kira-kira 25 langkah tiba-tiba saya terdengar Maiko menjerit, "Give me a call." 

Saya toleh ke belakang, melambai tangan dan membalas, "I will. Sayonara"

Saya meneruskan langkah menuju ke Gate 13 dengan keadaan longlai dan hati yang berkecamukan. Di pesawat saya ke se orangan di antara ratusan penumpang, tersandar bersendirian sambil melelapkan mata untuk melupakan Maiko sekurang-kurang buat sementara. 

Tanpa disedari terkeluar dari mulut saya enam patah perkataan, "Zee, adakah aku sudah melupakan kamu?"
Klik Untuk Cerita Sebelumnya)
Entry sebelumnya: Di Situ Bukan Tempat Paling Awal

(This site is our site and the stories belong to us. Everyone has a story to tell and in sharing we find healing. I expect this story will give hope a good chance to grow in your hearts. Your wisdom and stories are as good as mine.

Penulis tidak bertanggong-jawab terhadap komen yang menyalahi undang-undang, menyentuh sentimen agama dan kaum serta individu. Segala risiko akibat ulasan atau  komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengulas sendiri.


Sunday 25 December 2016

DI SITU BUKAN TEMPAT PALING AWAL TERBITNYA MATAHARI


Terima kasih di tujukan kepada beberapa pembaca yang mengesyur supaya saya menulis tentang percutian di negara Jepun. Kata mereka percutian saya begitu lama dan sudah tentu banyak perkara menarik yang patut dikongsi. Itu mereka yang kata.

Saya terharu. Terharu disebabkan saya bukan penulis dalam erti kata yang sebenarnya dan apabila ada yang menyokong penulisan saya serta ada galakan, pastinya saya terharu. 

Terima kasih semua sahabat dan kerana pembaca semua saya masih lagi ber-blogging dan kerana sokongan anda juga saya tidak menjadi blogger yang syok sendiri. Saya dapati ramai blogger yang tersohor dengan menyandang nama besar yang saya kagum telah sudi menerima masuk blog Biar Lembu Yang Jadi Lembu ke dalam bloglist mereka berganding dengan bloger-blogger hebat yang lain. Love you.

Berbalik kepada entry kali ini, saya akan menulis kesah saya berada di negera Jepun mengikut masa saya yang terluang secara berperingkat-peringkat tetapi bukan dalam bentuk "Travelogue", sebaliknya ianya merupakan tentang perkongsian moment, benda atau perkara yang sesuai sahaja. Ada perkara-perkara tertentu tidak saya kongsikan walaupun ianya terlalu happening.

Memandangkan sudah terlalu ramai yang menulis ala travelogue, saya rasa kalau saya lakukan cara yang serupa tulisan saya mungkin menjadi hambar, sehambar tulisan mereka yang tanpa matlamat. 

Tulisan yang dibuat tanpa matlamat ianya sama hambar dengan semangat mereka yang masuk pertandingan tetapi bukan bertujuan untuk menang, serupa juga dengan ketua yang pergi berperang tetapi bukan berniat untuk mengalahkan musuh. Begitu juga dengan kumpulan yang berpoliktik tetapi tidak mempunyai cita-cita untuk mendapat kuasa. I'm sorry to say that but that's reality.

Saya menulis untuk berkongsi apa yang saya alami. We write to sell our ideas. When we share we lose nothing especially our senses. Berkongsi tidak merugikan walau pun dalam kehidupan kita tidak sentiasa beruntung but in life when every time we lose we tend to be better. 

Prior to completing this entry, let me tell you that a few of the items I seriously look forward to most when enduring my journey are,  a quality timepiece, a desired companionship and the best coffee.

1)                                       2)
1) Hanya kopi jenis ini sahaja dijumpai oleh penulis di Jepun yang sesuai untuknya.
2) Writer's timepiece. Japanese handmade watch by the famed dedegumo.


Life is influenced by people whom we mingle with.

Let me lay off my lappy for the time being and I'll continue and promise to continue completing this entry soon. Till we meet again, sayonara.

(This site is our site and the stories belong to us. Everyone has a story to tell and in sharing we find healing. I expect this story will give hope a good chance to grow in your heart. Your wisdom and judgement are as good as mine.)©

Penulis tidak bertanggong-jawab terhadap komen yang menyalahi undang-undang, menyentuh sentimen agama dan kaum serta individu. Segala risiko akibat ulasan atau komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengulas sendiri.


Friday 23 December 2016

RINDU UNTUK MENULIS


Hari ini, Disember 22, 2016 saya sedang berkemas untuk balik ke Malaysia. Sepanjang saya berada di Jepun kesempatan serta ruang untuk menulis terlalu sempit.

Untuk entry kali ini dengan waktu yang terhad, saya kongsikan kata-kata yang saya buat dalam bentuk gambar untuk perhatian siapa-siapa yang sudi membacanya:



Sekian untuk renungan kita.

(This site is ours and the stories belong to us. Everyone has a story to tell and in sharing we find healing. I expect this story will give hope a chance to grow in your heart. Your wisdom and stories are as good as mine.)

Penulis tidak bertanggong jawab terhadap komen yang menyalahi undang-undang, menyentuh sentimen agama dan kaum serta individu. Segala risiko akibat ulasan atau komen yang disiarkan menjadi tanggongjawab pengulas sendiri.

Gambar-gambar dan videdo dalam tulisan ini tiada kaitan dengan cerita di atas.

Monday 5 December 2016

MERANTAULAH SEJAUH-JAUH YANG MUNGKIN UNTUK MENCARI KETENANGAN DAN AKHIRNYA KETENANGAN YANG DICARI DIJUMPAI TERSEMBUNYI DI DALAM HATI.


My journey is to see other places, to meet other humans and to seek other souls.



Pembaca yang bijaksana, pada hujung minggu ini besar kemungkinan saya tidak dapat menulis seperti biasa kerana saya pada 5 Dis, 2016 berada di negeri Matahari Terbit dan akan pulang ke tanah air yang dicintai pada Disember 23, 2016. Inn-sya-allah.

Di sebelah Petang 5 Dis. 2016      (My Location 5 December, 2016)         Sekarang                            


Untuk tidak mengosongkan blog pada setiap minggu, kali ini saya kongsikan dengan pembaca sedikit gambar berisi kata-kata dari saya yang mungkin boleh dijadikan renungan kita bersama. Renung-renungkanlah.


Semasa di sini nanti, saya cuba untuk buat satu entry kalau berkesempatan. Kepada pembaca yang saya hormati di mana-mana jua berada, harap jaga diri dan ingatlah Allah. Bukan semua orang tau tentang kamu dan percayalah, kamu bukannya seperti yang difikir oleh orang lain tetapi Allah tau siapa yang sebenarnya kamu. Amin.

Dear readers, this journey will not turn me into a story teller. (Dicatat pada Disember 5, 2016)

KLIK: CINTA BERMULA DI SINI.

(This site is our site and the stories belong to us. Everyone has a story to tell and in sharing we find healing. I expect this story will give hope a good chance to grow in your hearts. Your wisdom and stories are as good as mine.

Ajaklah anak-anak kamu menuntun video ini.

Penulis tidak bertanggong-jawab terhadap komen yang menyalahi undang-undang, menyentuh sentimen agama dan kaum serta individu. Segala risiko akibat ulasan atau  komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengulas sendiri.

Thursday 1 December 2016

ISTERI YANG TIDAK PERNAH MEMBEBEL WALAU PUN SUAMIINYA TERLALU LURUS


Cerita kali ini saya tidak buat pengenalan, tidak ada mukadimah. Terus ke cerita sebab jika ada pembukaan cerita, nanti tulisan jadi panjang. Pembaca seriau tengok entry panjang.

Mengikut jalan cerita ini, ianya mengambarkan seolah-olah sebuah cerita benar tapi terpulanglah pada pembaca samada hendak percayanya atau tidak. Pembaca memang mudah percaya dengan cerita-cerita yang tak tentu hala disebabkan ramai di antara kita yang mudah ditipu. Kalau tak percaya tanya diri sendiri.

Bukan semua orang suka menipu tetapi ramai yang suka tidak bercakap benar; suami, isteri, sahabat, jurujual, broker dan lain-lain termasuk mereka yang kelihatan alim turut berdusta (bukan semua). Bolehkah mereka yang berdusta itu kita katakan tidak jujur?

Berbalik kepada cerita tadi, ianya mengesahkan se orang suami bernama ABCDE (bukan nama sebenar) yang lurus dan jujur hanya berkelulusan tingkatan tiga. Si ABCDE ini sangat lemah dalam bahasa sama ada bahasa Melayu atau bahasa Inggeris. Sebutan perkataannya kerap tidak betul.

Dia ingin berkerja makan gaji setelah dia tidak berjaya membantu isterinya di warung menjual nasik lemak untuk menambah pendapatan keluarga. 

Dia memohon jawatan di sebuah syarikat antarabangsa di ibu negara dan berpeluang menghadiri satu temuduga yang diadakan dalam dua sessi.

Temuduga Sessi Pertama:

PEGAWAI PENEMUDUGA: Selamat pagi Encik ABCDE. Sebelum saya menjalankan sessi temuduga ini saya ingin maklumkan iaitu syarikat ini mengmalkan budaya barat sepenuhnya. Sekiranya Encik ABCDE berjaya dalam temu duga, Encik ABCDE di minta bergaul cara orang barat. Encik ABCDE faham?

ABCDE: Saya faham tuan.

PEGAWAI PENEMUDUGA:  Di sini cara berpakaian, cara makan, cara sosial semua cara barat. Begitu juga nama. Encik ABCDE di minta memilih satu nama Inggeris sebagai panggilan di organisasi ternama ini.

ABCDE: Saya tak ada nama Inggeris. Tak tau nak guna nama apa.

PEGAWAI PENEMUDUGA: Encik ABCDE pilih sahaja perkataan Inggeris, itu saja. Seperti George Bush. Mereka panggil Encik Bush. Robert Taylor, mereka panggil Encik Taylor. James Cook, mereka panggil Encik Cook. Pilih sebarang nama asalkan berbunyi Inggeris.

ABCDE: Saya pilih perkataan Inggeris "play."  Nama saya Play.

PEGAWAI PENEMUDUGA: Baiklah Play. Soalan pertama. Yang mana lebih dahulu. Ayam atau telur?

ABCDE: Ayam dahulu. Sebab tuan sebut telur kemudian.

PEGAWAI PENEMUDUGA: Gunung apakah yang tertinggi sebelum Gunung Himalaya dijumpai? Encik Play diminta menjawab dengan ringkas sahaja.

ABCDE: Gunung Himalaya. Sebab gunung yang tertinggi itu belum ada nama sebelum dijumpai. 

PEGAWAI PENEMUDUGA: Ada orang takutkan bulan Ramadhan kerana mereka sentiasa makan di siang hari. Mereka takut ditangkap. Namakan lain-lain bulan yang ditakuti?

ABCDE: Hujung bulan dan datang bulan.

PEGAWAI PENEMUDUGA: Ok Encik Play, saudara Play telah lulus temuduga pertama dan Encik Play diminta masuk ke bilik CEO, untuk temuduga seterusnya dan untuk ketahui jawatan yang sesuai untuk Encik Play. CEO kami orang Inggeris dan dia kurang mahir berbahasa kita.

Temuduga Sessi Kedua Bersama CEO.

CEO: Good morning, Duduuq.

ABCDE: Theng kieu tuan.

CEO: Why are you here?

ABCDEFG: Yes, I can hear.

CEO: I mean what do you expect from us.

ABCDE: I one kerja.

CEO: What's kerja?

ABCDE: Kerja is work.

CEO: Oh, You want to be with us. Good. We have a vacant post. Our operator just left our organisation. You may take her place here. Would you accept the post if we offer it to you?

ABCDE: Post and operator? I one only one kerja.

CEO:  Mr Play, it's a job. You become our office operator.

ABCDEFG: Tuan, can you talk Bahasa?

CEO: Begini Encik Play. Nama kerja itu operator. Easy job. When people call,  you connect. Faham Mr Play? Kamu kerja sini jadi operator. Bila orang call you kasik connect. Very easy.

ABCDE: Bila orang call, saya kasik konek. Susah . How sir?

CEO: Yes, when ada call kamu kasik connect. Bila kawan saya call kasik connect. Bila pelanggan call, kasik connect. Ingatkan perkataan connect sahaja. Mudah begitu.

ABCDE: Kasik konek aja ke?

CEO: Yes, only that, kasi connect. Bila pelanggan call, you connect. Terutama bila bini saya call kamu terus kasik connect. Jangan tunggu lama-lama. She will get angry kalau lama-lama tunggu. Kamu Mr Play terus kasik connect. Bolehkah?

ABCDEFG: Boleh sir but no tell my bini i kerja sini kasik konek.

CEO: No problem.


(This site is our site and the stories belong to us. Everyone has a story to tell and in sharing we find healing. I expect this story will give hope a good chance to grow in your hearts. Your wisdom and stories are as good as mine.)©

Jangan Lepaskan Peluang Menuntun

Penulis tidak bertanggong-jawab terhadap komen yang menyalahi undang-undang, menyentuh sentimen agama dan kaum serta individu. Segala risiko akibat ulasan atau  komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengulas sendiri.

Semua gambar dan video dalam tulisan ini tiada kaitan dengan cerita, semata-mata hiasan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...