Saturday 28 May 2016

BERTIMBANG RASALAH SIKIT

ADA KALANYA DUNIA TIDAK BERTIMBANG RASA

Photo credit: popscreen.com

Cerita ni dah pernah aku tulis kat watsap, ada juga gerup yang respons. Kat watsap hanya kawan-kawan aja yang baca tapi belum tentu yang klik page tu semuanya baca. Kalau tulis panjang-panjang lagilah tak ramai yang baca. Kalau dia tak baca tu bukan masalah aku. Dia sendiri yang kena selesaikan masalah dia, masalah tidak hendak membaca.

Aku rasa masih ramai yang suka membaca jadi aku tulis kat sini pulak. Kalau tulis kat sini benda ni bergerak macam kilat memancar ke pelusuk dunia. Kali ni aku tulis dalam bahasa Melayu. Ramai juga orang tau bahasa Melayu yang tinggal di luar Malaysia seperti di Brunei, Indonesis, Singapura, Afrika Selatan, England, Thailand, Kompuchea, Papua dan lain2 negara lagi. Di negara Arab pun ramai orang yang fasih berbahasa melayu.

Cerita aku kali ni berkaitan dengan seorang lelaki tampan yang berjawatan, berkawin dengan seorang perempuan cantik pilihan sendiri.

Dalam masa lima tahun perkahwin kedua-duanya cukup bahagia, bertanggong-jawab terhadap satu sama lain dan berkasih-kasihan seperti Laila dengan Majnun.

Selepas lima tahun perkahwinan mereka masih bahagia tapi cara pendekatan mereka telah mula ada perubahan. Pada suatu petang minggu isteri bertanya kepada suami dia, dalam kehidupan sekarang apa yang suami dia rindukan. Dia bertanya tu selepas lima tahun berkahwin.

Suami dengan nada tinggi berkata, "Saya terlepas peluang untuk jawatan lain sebab terlalu leka."

Begitulah keadaan suami sehingga lima tahun berikutnya. Ini bermakna dah sepuluh tahun berkahwin. Pada suatu petang minggu, isteri bertanya kepada suami dia apa yang dia rindukan. Begitu juga suami kali ini dengan nada keras berkata, "Saya gagal untuk dipilih berkerusus ke luar negara untuk kenaikan pangkat sebab sebok dgn kawan-kawan, dengan persatuan NGO."

Photo credit: paintingfromtheparlour.blogspot

Lima tahun seterusnya isteri berkata kepada suami dia, "Saya disahkan ada barah hati. Doktor beri tau tadi. Tapi bang, tu tak penting. Yang saya nak tau apa yang abang rindukan selama ini?"

"Apa ni, saya ni kecewa sebab tak terpilih semula ke dalam NGO. Penat aja saya bertungkus lumus bergaul dengan masyarakat, dengan NGO." Jawapan dari suami secara kasar.

Seperti biasa suami berkerja bersungguh-sungguh. Tak pernah ponteng kerja dan tak pernah cuti sakit. Oleh kerana dia rajin dan cekap banyak kerja diserah kepada dia. Semuanya diselesaikan dengan sempurna.

Selepas lima tahun lagi, pada suatu petang isteri maklumkan  pada suaminya, "Doktor kata barah saya tidak berubah, macam dulu. Doktor kata saya boleh bertahan enam tahun lagi. Sekarang apa yang abang rindukan?"

Dengan geram suami dia berkata, "Saya sangat keciwa. Tau tak, saya sangat kecewa. Saya tak berjaya naik pangkat."

Cara hidup mereka berdua masih serupa. Suami masih rajin berkerja. Masih giat libatkan diri dalam persatuan.  

Lima tahun berikutnya:
Esoknya suami akan besara. Pada hari terakhir berkerja suaminya pulang macam biasa dan apabila sampai ke rumah, jiran memberi tahu iaitu isterinya di masukkan ke hospital. Setiba di hospital dia terus ke bilik isterinya. Isterinya sedang duduk berlunjur di katil pesakit, membelek-belek album gambar lama.


Photo credit: paintingfromthepalor.blogspot

Suami duduk di sisi isteri. Isteri tersenyum tanpa bertanya apa-apa. Kali ini suami pula berkata, "Dalam hidup ini apa yang awak rindukan?"

Isteri terus menjawab, "Dulu doktor kata penyakit saya boleh bertahan tak lebih dari enam tahun. Sekarang sudah lebih lima tahun. Inilah pertama kali abang bertanya saya. Secara kebetulan pertanyaan abang serupa dengan soalan saya. Jawapan saya: saya selama ini rindukan abang."

Suaminya tunduk sayu. Dia sedar kesilapan dia. Selama ini dia tidak dapat membaca tingkah laku isterinya. Tidak ambil peduli tentang kata-kata isteri. Dia tidak tahu yang isterinya terlalu sayangkannya. Suami tidak pernah ambik kesah tentang isteri. Masanya lebih banyak di pejabat, sebok dengan kerja, serta sebok dengan kawan-kawan dan NGO.

Dipeluknya isteri dia, "Hari ini abang paling sedih. Hari terakhir abang berkerja tiada jamuan persaraan pun untuk abang. Tapi bila awak kata awak rindukan saya, saya rasa saya lebih sedih. Memang paling sedih. Sepanjang perkahwinan, saya mencipta langkah sumbang." Isterinya tidak berkata apa-apa sambil menerus membelek-belek gambar lama dengah wajah yang tidak bercahaya.

Begitulah cerita dia dan akan saya sambung dimasa akan datang.

Kerja dan kawan-kawan memang penting tapi dunia hari ini ramai yang lebih suka memilih untuk menyebok berkerja, melupakan perkara lain yang tak kurang penting daripada kepentingan kerja.

Kita bukan hidup selama-lamanya. Ucapkan terima kasih terhadap pengorbanan orang yang sayangkan kita dan tunjukkanlah keperhatinan kita kepada mereka. Ibaratkanlah setiap hari sebagai epsiod terakhir dalam hidup kita. Dengan cara ini, apabila kita sudah tidak ada di dunia walau pun kita tidak dapat mewariskan apa-apa sekurang-kurangnya kehadiran kita sebelum ini akan segar di memori mereka.

(Semua gambar dan video tiada kaitan dengan tulisan, semata-mata hisan.)

This site belongs to us and the stories are ours. Everyone has a story to tell and in sharing we find healing. Your stories and wisdom are just as meaningful as mine.

Klik tulisan kuning untuk video: Let It Be

Klik gambar untuk besarkan image

Kata-kata rambang pengguna

Di mana untuk dapatkan Shaklee

Klik teks berwarna hijau di sebelah:  Cerdique


Klik gambar untuk besarkan image
Bersih, selesa dan berbaloi

Penulis tidak bertanggong-jawab terhadap komen yang menyalahi undang-undang, menyentuh sentimen agama, kaum dan sensitiviti individu.

Tuesday 24 May 2016

HAYATI MEMERLUKAN PERTOLONGAN TETAPI KENAPA BILA KITA MENGHULUR BANTUAN MESTI BERSEBAB?

credit to: girlsmagpk.com

Suatu petang aku terpaksa keluar lewat dari pejabat kerana menyiapkan kerja. Kerja tu taklah susah sangat hanya tinggal mengemaskini tapi memandangkan benda tu boss nak bentang ke mesyuarat management terpaksa aku buat selengkap yang boleh.

Macam biasa ada tiga orang cleaner masuk ke jabatan pada waktu tu untuk  membersihkan pejabat. Kadang-kadang dua orang. Kesemuanya perempuan. Kesemuanya dah lama kerja tapi aku tak tau nama mereka disebabkan hampir beratus cleaner yang ada dan mereka bergilir-gilir mencuci jabatan aku. Yang aku tau bila jumpa mereka aku senyum, tidak lebih dari itu.

Aku beri tau kat cleaner tu bilik aku tak perlu dibersihkan sebab aku tak mau hilang tumpuan kerja. Aku tutup pintu bilik, terus dengan kerja aku hingga tak sedar bila cleaner tu balik.

Tak lama lepas tu masuk semula se orang cleaner terus ke bilik aku. 0h my goodness! How beautiful she was. "Apa kabar tuan," dia bertanya. Aku tak jawab pun pertanyaan dia sebaliknya aku tanya apa nama dia, kenapa masuk ke bilik aku.

HARYATI: Nama saya Haryati tuan. Saya mau tanya sikit sama tuan. Boleh ke tuan?

AKU: Ada apa hal ni?

HARYATI: Begini tuan. Esok saya ada wawancara untuk jadi rakyat Malaysia. Apa harus saya jawab bila dia tanya.

AKU: Laaaa... mana saya tau apa yang dia mau tanya.

HARYATI: Tuan agak dia akan tanya Rukun Negara tak?

AKU: Saya tidak tau tapi kalau kamu hafal lagi bagus. Kamu sudah duduk di sini sepatutnya kamu menghayati rukun tu.

HARYATI: Sudah lama saya mohon jadi orang Malaysia. Sejak itu saya hafal tuan.

AKU: Hafal sahaja tidak guna. Kamu mesti tau ertinya sekali. Baru kamu boleh hayatinya. Lama atau cepat kamu memohon itu bukan masalah. Mesti ada tempoh permastautin baru kamu boleh dipanggil untuk interview. Lagi pun bukan kamu se orang sahaja yang memohon. Kamu tau lagu Negaraku?

HARYATI: Tau tuan. Di sebelah pagi saya kerja kantin sekolah. Petang hari kerja di sini. Hari-hari saya dengar lagu tu pak.

AKU:  Kamu boleh nyanyi lagu tu?

HARYATI: Kenapa pak, saya disuruh nyanyi nanti ya?

AKU: Kalau saya jadi pegawai yang interview, sudah tentu kamu gagal. Yang saya tanya kamu tak jawab, sebaliknya kamu yang soal saya.

HARYATI: Maaf tuan.

Hampir satu jam dia duduk depan aku bercerita. Sebenarnya aku tidak mengajar dia apa-apa sebab aku tak tau apa perkara yang nak aku ajar. Aku lebih banyak bertanya. Setiap pertanyaan aku dia ambik berat kerana dia percaya pertanyaan aku ada kaitan dengan temuduga dia.



Our conversation was not mainly about her interview; it's about her life; it's about honesty and as much truth as she could tell without coming too close to her privacy.

I learned from Haryati that we must never get tired of doing little things for others. Sometimes those little things occupy the biggest part of their lives.

AKU: Saya simpati dengan kehidupan kamu. Saya percaya kamu seorang yang jujur. Kalau kamu rasa kehidupan kamu begitu perit di sini, kenapa kamu tidak pulang ke negara kamu dan tinggal bersama suami?

HARYATI: Saya se orang yang berjiwa kental. Saya mampu hidup indipenden. Saya jujur tuan. Saya tidak takut untuk menjadi diri saya sendiri kerana saya benar.

Selama ini aku memang tidak ambik kesah tentang dia walau pun kerap bersua. Di situ aku mula tertarik dengan peribadinya. Seorang yang berperkerti, tau tentang nilai-nilai kesopanan dan petah berkata-kata. Anggapan aku sebelum ni jauh tersasar kerana sebelum itu aku menganggap dia orang bawahan yang serba kekurangan.

HARYATI: Ada kalanya saya ingin saja pulang ke negara saya tapi di sana segala-galanya sempit tuan. Juga ada kalanya saya ingin saja berterusan begini sebagai tenaga kerja di negara orang secara kontrak. Cukup tempoh saya pulang dan kemudian kembali semula.

AKU: Kedua-dua fikiran itu sempurna. Pertama kamu ingin pulang, kedua kamu ingin terus menjadi buruh di sini. Sejujurnya saya katakan kamu akan menyesal memilih salah satu dari fikiran itu.

Dia seorang ibu tunggal yang ditinggalkan kerana suaminya pulang ke negera asalnya. Haryati menetap di sini dengan seorang anak yang ditumpangkan di pusat asuhan di waktu siang. Dari perbualan itu sedikit sebanyak dia meluahkan kekecewaan hidup terutama tentang rumah tangga dan masyarakatnya.

AKU: Mengapa tidak kamu minta jiran menjaga anak kamu?

HARYATI: Saya mau dia terima pendidikan se awal yang mungkin.

Sebelum berbual dengan dia tadi aku menyombong di hati sebab aku menganggap diri aku terlalu tinggi berbanding dengannya seorang cleaner yang kurang pelajaran bahkan kurang pergaulan serta wang ringgit.

Peribadi Haryati sekarang aku contohi kerana sikap dia yang berterus terang, jujur serta berperkerti tinggi. Dia tidak menyembunyikan kedaifan, tidak menyembunyikan kemiskinan dan dia juga tidak menyembunyikan isi hatinya. Unlike most of the people around us who like to hide everything but highlight the things that are fake because of having too high an opinion of themself.


From that evening I didn't see her any more and i was told by her supervisor that she just quitted her job.

I am proud of her now and I am proud of myself too as I was able to give her some helps when she most needed. Since then I learnt the meaning of mankind. When a human has to help another, why should I care about nationality, race, colour or gender. At the end, even though she thanked me sincerely, I guess it was me who should have thanked her more."

She was a person with full of goodness. I always treat those who are good with goodness, and also treat those who are not good with goodness. Thus goodness is attained.

Melalui Haryati aku memahami sesuatu iaitu kita semua datang dari pelbagai latar belakang. Status, kekayaan, kemasyhuran dan lain-lain itu hanyalah untuk dunia. 0leh kerana mereka tidak mempunyai apa yang kita ada, ia tidak menjadikan mereka kurang mulia di sisi Allah.

I remember her words before we ended our conversation, "I am sorry sir, I do not have anything right now to offer you. I thank you so much." She said in Malay and smiled.

I placed my hand on her shoulder, smiled and looked into her eyes and replied, "You just offered me your smile. It was beautiful."

Haryati was slightly taken aback by my response.

Haryati Berjumpa Ibu Di Desa (KLIK)

Gambar-gambar dan video dalam page ini tiada kaitan dengan cerita, semata-mata untuk hiasan.



Sila klik teks di sebelah: Rakan FB anda

Klik teks di sebelah: HOMESTAY

Sila  klik teks di sebelah: C r e d i q u e

Klik teks di sebelah:  Mencari Haryatie

Klik teks di sebelah:  RAKIAN fb anda


Bersih, selesa dan berbaloi.


Klik gambar untuk besarkan imaj

This site belongs to us and the stories are ours. Everyone has a story to tell and in sharing we find healing. Your stories and wisdom are just as meaningful as mine.

Penulis tidak bertanggong-jawab terhadap komen yang menyalahi undang-undang, menyentuh sentimen agama dan kaum serta sensiviti individu.




Saturday 21 May 2016

KAMU MENANGIS MENONGGENG TAPI TAK TAHU APA PUNCANYA


Minggu lepas aku tulis pasal orang tertonggeng-tongeng gagal bercinta tapi masa tu aku tak nyatakan punca-punca gagal bercinta. Terlalu banyak sebab kenapa hubungan tu boleh gagal. Itu pasallah aku tak tulis. Kali ni aku pun tak tulis sebab-sebab gagal dalam hubungan tapi aku nak cerita pasal tanggong-jawab utama semasa bercinta.

Perkara ini aku rasa lebih penting sebab kamu hanya pandai nak becinta tapi tanggong-jawabnya menjaganya kamu tak pandai. Bila gagal kemu sedih, kamu menangis hingga ada yang menonggeng-nonggeng, tertonggeng-tonggeng, berguling-guling, ke depan heboh ke belakang bising sebab dah kena kencing. Baru-baru ni pun ada yang terjun bangunan sebab cinta. Salah siapa?

Kita semua hendak orang dengar kata-kata kita. Bukan setakat dengar tapi sebenarnya kita nak orang mendengar. Kita nak orang dengar luahan hati kita, fikiran kita, idea kita, perasaan kita. Kita kerap bercakap tapi bila kita bercakap siapakah yang betul-betul mendengar kata-kata kita?

Begitu juga dengan orang lain. Siapa pulak yang mendengar kata-kata mereka.

Saya sedang mendengar

Kamu tidak akan mendengar kalau fikiran kamu sebok memikirkan jawapan apabila se seorang sedang bercakap. Walaupun kamu senyap tapi kamu tak mendengar sepenuhnya sebaliknya memikirkan bagaimana hendak menjawab hujah-hujah dia. Kamu pun tentu tidak mendengar kalau kamu asyik mendiamkan diri kerana fikiran kamu melayang-layang entah ke mana.

Kalau kamu betul-betul ingin mendengar, kamu kena hentikan putaran minda kamu tapi tentukan telinga kamu dengar apa yang dia cakap. Juga kena dengar apa jua yang dia akan cakap. Kalau niat kamu betul-betul nak mendengar, kamu bukan sahaja dengar kata-kata dia tapi kamu juga kena dengar apa yang dia gagal nak beri tau. Kamu jangan dengar melalui telinga sahaja bahkan gunakan hati kamu untuk mendengar.

Biasanya kamu rasa kamu sudah beri dia peluang bercakap tapi kamu tak sedar yang kamu gagal mendengar apa yang dia cakap. Kalau kamu betul-betul mendengar dah tentu kamu dapat tau lebih dari apa yang kamu fikirkan tentang dia sebelumnya dan mungkin kamu dapat membongkar lebih banyak perkara  yang nak disampaikannya.

Jangan pulak kamu terus senyap bila kamu tak bersetuju dengan dia. Kamu kena dengar untuk tunjukkan yang kamu hormat pada dia. Kamu kena beri tumpuan sebab mungkin dia akan mencerita sesuatu yang berharga untuk pengetahuan kamu. Dengarlah dia, kalau tidak dengan perkataan mungkin kamu boleh faham melalui gerak tubuh dia sebab ada masanya perkataan gagal menerangkan sesuatu.  Ada kalanya makna tersirat di mata.

Aku suruh dengar bukan mengintip

Kamu mesti ada keberanian untuk berkata-kata tapi kamu juga mesti ada keberanian untuk mendengar. Jadi kamu kena sentiasa sudi mendengar, jangan  berkata-kata apabila sedang mendengar dan jaga emosi bila terdapat kata-kata yang tidak menyedapkan telinga kamu. Jangan asyik nak dengar perkara baik tentang kamu saja.

Kamu kena tahu kepentingan mendengar dalam hubungan kerana manusia ingin faham dan difahami. Cara yang sebenarnya untuk memahami ialah mendengar dengan cara yang betul.

Secara mudah aku akhirkan: kepentingan mendengar ialah perkara utama dalam hubungan.

(Semua gambar dan video tiada kaitan dengan tulisan, semata-mata hiasan)

This site belongs to us and the stories are ours. Everyone has a story to tell and in sharing we find healing. Your stories and wisdom are just as meaningful as mine.

Sila klik teks di sebelah:   Menjana Kehidupan Sihat



Penulis tidak bertanggong-jawab terhadap: komen yang menyalahi undang-undang, menyentuh sentimen agama, kaum dan sensitiviti individu.



Tuesday 17 May 2016

BERHENTILAH DARI TERTONGGENG-TONGGENG

Photo credit: gigitankerengga.blogspot.com

Ada orang bila putus cinta terus gila menonggeng. Tertonggeng-tonggeng menangis. Kononnya "cinta-suci" dah putus. Karutnya orang ni. Mana ada cinta suci. Sikit-sikit cinta suci, sikit-sikit cinta suci. Kalau istilah cinta sejati bolehlah diterima. Suci tu hanya diabadikan antara manusia dengan Pencipta.

Cinta antara kekasih tak sepatutnya hari-hari datang dan hari-hari pergi, maksud aku bertukar ganti. Cinta sejati sebenarnya berakhir hingga ke kubur. Itu namanya cinta sejati.

Putus cinta ni memang terjadi. Kadang-kadang disebabkan orang ketiga, ke empat atau orang kelima. Ramai yang tak tau, cinta ni sebenarnya ada nyawa sendiri. Bila dia sihat dia segar. Itu yang tak berhenti cakap "I love you." Sikit-sikit kata "I love you."  Meluat aku.

Sebenarnya ada tenaga yang mengerakkan nyawa cinta. Tenaga itulah yang menghidupkan hubungan. Tenaga tu mesti sentiasa padu, sentiasa kental. Kalau nak tau apa dia tenaga tu, di ruangan lain aku huraikan. Bila kurang tenaga, hubungan jadi pudar. Bila habis tenaga cinta tu pun mati. Kadang-kadang kita marah tetiba hubungan jadi pudar. Kita dah lupa ke yang jodoh ni sama ada panjang atau pendek  ketentuan Nya.

Photo credit: internet

Ada yang kena tinggal dengan kekasih merasa kecewa. Menangis ke hulu, menangis ke hilir. Kalau dia tu lelaki memang sesuai dipanggil "jantan tak tau malu." Lepas tu dia kata "Cinta aku putus sebab dikecewakan." 

Mana ada putus cinta. Cinta tu bukannya tali, bukannya rantai. Kalau hubungan yang putus tu menasabahlah. Kalau tak boleh teruskan bercinta walau dengan apa alasan pun, bermakna cinta tu dah mati. Cinta ni kan bernyawa, habis nyawa matilah cinta. Susah sangat ke nak sebut mati.  Sebut macam ni "Cinta saya sudah mati." Kalau rasa kasar sangat nak sebut dalam bahasa Melayu, sebut dalam bahasa Inggeris, "My love is dead." Jangan sebut "My lover is dead." Itu tak betul.

Jangan takut nak sebut perkataan mati. Dalam bidang kedoktoran pun ada perkataan mati. Kalau orang tu dah tak bernyawa, doktor akan tulis "He is dead." Dia tak tulis, "Dia dah putusa nyawa." The truth must be told.

Mana yang sedang menangis menonggeng sebab kena tinggal dengan kekasih, berhentilah dari menangis. Stop it. Bukan dia aja yang ada dalam dunia ni. Ramai lagi yang ada. Sepatutnya kamu bangga bila kekasih dirampas sebab dari awal kamu dapat melepaskan orang yang tak setia. Jadikan kesah cinta yang dah mati tu tersimpan di dalam memori.

Photo credit: rarehistoricalphotos.com

Yang sedang frust sebab cinta dah mati tu, dengar sini. Lupakan dia. Tunggu yang lain. Ingat nasihat aku ni: lepas ni kalau kamu bercinta lagi kamu ibaratkan kekasih baru kamu tu sebagai bantal busuk. Bantal busuk kalau kena curi pun kamu tak rasa rugi. Tapi jangan beri tau dia yang kamu ibaratkan tu. Kamu boleh panggil dia BB, bererti Bantal Busuk. Kalau dia tanya apa makna BB, kamu jangan beri tau yang sebenar, kamu kata makna BB tu: Beautiful Baby.

Bantal busuk sebenarnya tentu dah pernah kena hinggus, tahi mata, air liur basi. Kadang-kadang tahi hidung pun ada. Bau bantal tu mesti busuk. Tak rugikan kalau ada orang lain rampas bantal busuk kamu.

You there listen to me. Don't waste your time on your ex,  move on. When you lose a lover it's like getting a bad haircut. It grows back. I don't want to be blunt here but you need to know it. There is someone out there for you. Cuma Allah belum membuka hati masing-masing. In syaa allah.

(Semua gambar dan video dalam page ini tiada kaitan dengan cerita, semata-mata hiasan)

This site belongs to us and the stories are ours. Everyone has a story to tell and in sharing we find healing. Your stories and wisdom are just as meaningful as mine. 


Penulis tidak bertanggong-jawab terhadap komen yang menyalahi undang-undang, menyentuh sentimen agama dan kaum dan sensitiviti individu.


Klik gambar untuk besar
Menjana Kesihatan Sempurna

Saturday 14 May 2016

KALAULAH AYAH SAKIT?

Klik gambar untuk besar

Di sebuah rumah terdapat sebuah keluarga terdiri dari se orang bapa dan se orang anak lelaki berusia 12 tahun. Pada satu hari di sebelah petang mereka berbincang kosong seperti biasa.

AYAH:  Ayah ngantok sesangat ni. Ayah nak tidur. sekejap.

ANAK:  Ayah ni asik tidur je. Cuba ayah tengok perut ayah tu, dah macam ibu mengandung. Ulam ayah tak nak makan. Ulam ni bagus. Makan ulam taik cepat keluar. Jom kita jogging ayah.

AYAH:  Lepas ayah tidur kita jogging.

ANAK: Ayah jangan lupa esok birthday saya. Ayah jangan beri saya hadiah yang mahal-mahal. Jangan membazir. Setakat henfon siri terbaru dah ok. Baru seribu lebih. Saya tak demand ayah.

AYAH:  Pandainya bercakap.

ANAK:   Budak sekarang memang pandai ayah. Tak macam orang dulu-dulu. Sekarang semua canggih. Kapal terbang terbesar di dunia, Mirya An-25 pun boleh singgah Sepang.

AYAH:  Orang dululah yang pandai. Kalau orang dulu tak ajar, orang sekarang tak tau apa-apa. Kalau Wright Brothers tak cipta kapal terbang, orang sekarang masih naik kapal laut pergi Mekah. Kamu ke sekolah pun jalan kaki sebab tak ada kereta.

ANAK: Saya kasik ayah menang. Kali ni saya kasik chance sebab esok hari jadi saya. Tak baik lawan ayah petang hari jadi.

Klik gambar untuk besar. Menjana hidup sihat

AYAH:  Ayah laparlah.

ANAK:  Memanglah lapar, nasik pun ayah tak masak.

AYAH: Tengok tu, tadi kata pandai. Nasik bukan kita masak. Orang dulu kata tanak nasik. Orang tanak nasi. Bukan masak nasik. Apa yang orang masak untuk dapat nasik? Orang masak beras, bila beras dah masak baru jadi nasik.

ANAK: Samalah tu ayah. Eh ayah, tadi ayah ada masak airkan? Dah masak ke? Dah lama tu.

AYAH:  Itulah, air bukan kita masak, air kita jerang. Soalan kamu pun salah. Sepatutnya soalan kamu; Air tu dah mengelegak ke atau dah mendidih ke?

ANAK:  Sebenarnya orang tua kat Malaysia ni yang pandai hanya ayah sorang je. Sebab petang esok ayah nak pergi shopping henpon. Kan ayah.

AYAH:  Ayah petang esok penat. Rasa nak releks je esok.

ANAK:  Eh, peliknya. Macam mana ayah tau esok ayah akan penat. Bijak-bijak. Kalau ayah penat, ayah kena jaga kesihatan. Ayah jangan kedekut dengan duit. Macam-macam ubat ada kat pasaran. Untuk, sihat, cantik, kuat, semua ada.

AYAH: Ayah tau tu. Dah lama ayah tau cuma malas nak keluar pergi beli. Jalan jem, parking susah.

ANAK:  Itulah ayah, asik baca buku masakan je. Mana tau tentang lain. Masak tak jugak. Hanya baru sekali ayah  masak tapi dah 10 kali muatnaik gambar kat Fb. Nanti orang ingat ayah lelaki lemau. Orang tak tengok masakan ayah tu. Beserabut.

AYAH:  Orang lain suka upload, ayah ikut je, tak salahkan ........ Yang dia orang kongsi dalam Fb pun ayah tak tengok. Padan muka dia orang ......... Risalah apa yang kamu baca tu?

ANAK:  Saya tak boleh bacalah ayah. Cermin mata saya dalam bilik. Cuba ayah baca kuat-kuat. Boleh saya dengar (menghulur risalah kat ayahnya).

AYAH:  Dengar sini ayah baca. ALFAFA COMPLEX, OMEGA GUARD, keluaran Shaklee. Kenapa Performance Terbaik? Bebas gas atau tidak berkarbonat. Kurang kandungan gula (less sugar).

ANAK: Ayah. Kuat lagilah baca tu. Lemau je suara ayah.

AYAH: Dengar betul-betul. Dengar ni, dengar; Performance Drink mempunyai kadar natrium yang rendah dan mempercepat kadar penyerapan cecair (elektrolit) dalam tubuh sekaligus anda akan mengatasi masalah dahaga – KURANG HAUS! ........ Kuat sangat ke ayah baca ni?

ANAK: Baca je ayah. Jiran dengar lagi bagus, kita kongsi pengetahuan.

Klik gambar untuk besar

AYAH: Ayah sambung ni; Bersifat isotonik iaitu minuman ini mempunyai jumlah kepekatan karbohidrat yang sama dengan darah kita. Kesannya ia akan mudah diserap dan sekaligus meningkatkan kadar gula di dalam darah dan impaknya- tubuh anda LEBIH CERGAS dan KURANG PENAT! 

ANAK: Dah habis ke ayah? Kan panjang tu.

AYAH: Ayah memang dah tau ni. Memang dah lama dalam pasaran dunia. Yang penting ayah nak telefon pengedar dia. Macam mana cara beli. Kamu masukkan no telefon dia kat henfon kamu dengan henfon ayah sekali. Nama pengedar, Puan Fazian. No. hp 012 652 6491. 

ANAK:  Dia hantar dengan poslah ayah. Ayah tak nak beli ke? 

AYAH:  Ayah memang nak beli. Jaga kesihatan ni memang tanggong jawab sendiri.  Puasa tak lama lagi, boleh tambah tenaga. Ini makanan kesihatan. Nanti ayah nak beri tau kat jemaah masjid pasal Shaklee ni. Ramai yang nak buat umrah. Makan ni boleh tambah tenaga kat sana. Dapat buat umrah dengan sempurna.

ANAK:  Bila ayah nak beli? Belilahlah cepat. Kalau ayah sakit nanti saya yang susah. Saya jugak yang kena jaga ayah. Kalau ayah tumbang, saya tak terangkat.

AYAH:  Esok petang ayah beli. 

ANAK: Bagusnya supplement ni, belum makan lagi ayah dah tau esok tak penat. Sambil tu esok kita jenguk-jenguklah kedai henfon, ya ayah.

(This site belongs to us and the stories are ours. Everyone has a story to tell and in sharing we find healing. Your stories and wisdom are just as meaningful as mine)


Penulis tidak bertanggong-jawab terhadap komen yang menyalahi undang-undang, menyentuh sentimen kaum, agama dan sensitiviti individu.

Wednesday 11 May 2016

WE WILL MEET IF IT IS MEANT TO BE.


Click here before reading the story. Once I reached the Kuala Lumpur International Airport parking bay I jumped out of my car and rushed to the airplane ticket counter to get my seat numbered. A young lady in her elegant airline dress took my boarding pass that I have printed earlier, smiled and asked:

AIRLINE COUNTER GIRL:  Do you have any specific seat preference, sir?

ME:  A seat beside a charming girl, would you mind?

AIRLINE COUNTER GIRL:  Sure, you can, take a chair and sit near me.

ME:  Not now, next time maybe. Give me your number then.

AIRLINE COUNTER GIRL:  That’s confidential sir.

ME:   Nothing is private lately.  Don't waste time unless shyness is holding you back. 

AIRLINE COUNTER GIRL:  Here’s your ticket, sir. If it’s meant to be, we’ll meet. Till then have a nice journey.

ME:  Thank you.


Later in the flight while I was reading a magazine, an eye-catching lady sitting next to me said:

THE LADY:  I am sorry to make you feel uncomfortable sir. I have to apply this ointment around my neck. I know it doesn't smell good to others. I have a slight cough, hopefully it helps.

ME: No worries.  Where are you going?

THE LADY:  I am meeting my friends in Kuching at a wedding.

From there our conversation started. I've been around with a lot of people so having conversations with others no longer scares me as much as it used to, but those all usually have a set path that we talk, discussing basics like work, nature, kindness and family.

I love meeting people. I also used to get nervous but once I get comfortable, I chill out a ton.

This lady seemed willing to talk and I was just comfortable discussing about things with her. I was  thinking if I can try my best to relax and maybe continue a conversation with her later. 

THE LADY:  Are you Malaysian?

ME:  I'm not but I am Malay from Semenanjong.

THE LADY:  (laughed)

Me:  May i have your mobile number.

THE LADY:  Let me have yours. I will do the first call. (smiled).

I wrote my number at the bottom of my printed boarding pass, tore the portion that i wrote and gave it to her.

When the aircraft landed I left the plane leaving her with a smile. As i was walking to the exit route something dropped from my upper pocket. I picked it up and it was my boarding pass and at the back of it i saw a girl's name and a half written mobile number. That number was probably from the airline girl at KLIA check-in terminal and I must have torn that ticket and given the portion to the lady I met in the plane.

I re-winded my conversation that i had with the girl earlier at the counter and cursed myself for not paying attention. Since then every time when I travel through KLIA, I glanced that airways counter and she wasn't there always.

CLICK: Not Having What We Strive Is Sometimes A Strike Of Luck

(Semua gambar dan video tiada kaitan dengan cerita. Semata-mata hiasan)

This site belongs to us and the stories are ours. Everyone has a story to tell and in sharing we find healing. Your stories and wisdom are just as meaningful as mine.


Penulis tidak bertanggong jawab terhadap: komen yang menyalahi undang-undang, menyentuh sentimen agama, kaum dan sensitiviti individu.

Sunday 8 May 2016

AKU TIDAK AKAN BERHENTI DARI MENCARI PUTERI

Adakah ini Puterinya

Aku masuk ke hutan tu. Terpegun aku. Terlalu cantik di situ. Tidak banyak semak, pokok-pokok renek banyak tak berdaya hidup sebab kekurangan bekalan cahaya matahari. Bau hutan tu sungguh segar, nyaman kerana bau bunga-bungaan. Aku teruskan perjalanan.

Selama ini dari luar kita nampak hutan tidak menarik. Ada kalanya hutan kelihatan mengerunkan. Rupanya sangkaan kita salah. Kalau tentang hutan kita boleh bersangka salah, apatah lagi kalau tentang manusia, kita tentu kerap bersalah sangka.

Aku terasa udaranya sejuk sekali. Tambahan pula terdapat sebatang sungai yang mengalirkan air yang begitu jernih. Itu yang menambah menariknya hutan. Aku tahu bukan semua benda yang menarik itu bijak. 

Hutan menarik tapi hutan tidak bijak. Begitu juga manusia. Bukan semua manusia yang tak menarik itu tak bijak. Aku tak kata manusia yang cantik itu sentiasa tidak bijak.


Aku terdengar orang memberi salam. Aku jawab salamnya. Rupa-rupanya ada se orang gadis yang berpakaian menutup aurat berjalan menyusuri lorong yang aku lalui. Dia mengkagumkan aku.

Dia senyum lalu berkata, "Uncle nak ke mana?" Hati aku berkata kalau dia tahu perkataan uncle, bahasa orang putih, dah tentu dia ni manusia.

"Saya tak tau nak ke mana. Nak cari tempat untuk bertenang. Awak tau tak kat mana?" saya tanya. Dia kata dia tak tau tapi kalau masuk jauh ke dalam tentu ada ketenangan di sana. Aku setuju lalu teruskan perjalanan. Kami jalan beriringan.

"Jangan jalan terlalu laju," aku kata. Dia pun perlahankan langkah. "Mari kita berehat dulu," saya kata. Kebetulan di situ ada dua buah batu, dapatlah kami berehat. "Nama kamu apa?" aku bertanya.

"Keluarga panggil saya Puteri," dia kata. Aku tanya kalau bukan keluarga panggilan dia apa pulak.

Dia senyum sambil berkata, "Kediaman saya jauh ke dalam, sana tidak ada jiran. Ibu sahaja yang ada. Pondok kami di tepi se buah gua." Dia senyum lagi.

"Senyuman puteri cantik. Ada apa-apa petua?" aku tanya.

Dia gelengkan kepala, "Kita kena jaga kata-kata kita.  Jangan sesekali berdusta, jangan berkata yang buruk-buruk. Itu yang memberi seri pada senyuman kita."

Aku tanya dia, takkan dia tidak pernah berkata buruk walau pun sekali dalam hidup dia. Dia senyum, "Tidak pernah uncle. Sebab di sini tiada siapa-siapa. Jadi kata-kata buruk tidak pernah keluar dari mulut saya."



Dia berhenti untuk bertanya sesuatu, "Apa nama uncle?"

Aku jawab yang membuat dia terpegun, "Apa pentingnya nama. Cuba puteri lihat itu. Itu pokok tembesu yang gagah berdiri. Di sebelahnya pokok leban. Kalau puteri panggil dia kemuning dia tetap tidak berbungakan kemuning." Dia pandang tepat ke muka aku. Aku berkata, "Mata kamu begitu cantik."

"Saya percaya pujian uncle iklas sebabnya saya tau itu benar. Saya tak izinkan mata saya melihat perbuatan yang kotor. Mata saya hanya melihat benda-benda yang baik, seperti melihat orang bersedekah, menderma. Kalau kita amalkan demikian pasti mata kelihatan cantik. Sentiasa melihat kehijauan daun dapat mengekalkan kesihatan mata." dia berkata.

"Bukankah puteri tinggal di hutan. Bila masa pulak dapat melihat orang melakukan perbuatan yang baik," aku cuba menafikan alasan dia.

Lantas dia menjawab, "Memang benar tapi mata ini belum pernah melihat perbuatan yang keji-keji uncle. Mata Puteri belum tercemar. Puteri tak benarkan."

Kami sambung perjalanan sambil aku bertanya, "Badan puteri memang menarik. Saya tertarik. Tidak gempal. Begitu langsing sekali. Tidak terlalu kurus. Apa yang puteri lakukan sehingga badan puteri setanding dengan model?"

Langkah dia terhenti. "Uncle, kita jangan bakhil. Kita adalah apa yang kita makan. Makan jangan tamak. Allah beri rezeki untuk hidup dan untuk dapat sedikit tenaga. Kita makan untuk itu sahaja. Jangan membazir rezeki. Yang lebih kita zakat. Setiap hari kita berzakat lagi bagus."

Aku teringat kata-kata dia tadi lalu aku bertanya, "Di sini kamu kata tidak ada orang lain. Bila pulak kamu berzakat?"

Kali ini dia ketawa. "Kita berzakat kepada mahluk Allah. Nasi yang tak habis saya taburkan untuk burung. Kesian burung-burung. Tempat tinggalnya banyak yang musnah, punca makanan dibinasakan. Di sini banyak burung. Ada burung terkukur, punai, merbuk, tiung, ayam hutan, murai, macam-macam lagi. Burung nuri, merbah pun ada. Begitu juga dengan buah-buahan, roti, ubi, keledek. Daun ubi saya campakkan ke danau. Di situ ada kura-kura. Mana yang tak habis saya sedekah kat monyet. Saya tak tunggu makanan itu menjadi busuk baru bersedekah. Di sini banyak monyet, banyak tupai. Bukankah monyet juga mahluk Allah?"

Kami menyambung perjalanan yang aku sendiri belum tahu di mana aku akan berhenti. Langkah aku makin laju mungkin kata-kata puteri menyuntik semangat aku. Puteri tertinggal beberapa jauh kebelakang.

"Abang, I'm at the back," aku dengar suara puteri memanggil. Aku bertanya kenapa dia panggil aku abang. 

Lantas dia menjawab, "Itu amalan perkerti yang baik. Kita kelihatan cantik kalau perkerti baik. Ada beberapa perkara yang saya amalkan. Pertama hormat. Ke dua berterima kasih. Ketiga mohon kemaafan dan yang akhir selalu minta restu. Tidak rugi lakukan itu semua."

Panggilan abang pun tanda hormat. Itu juga perkerti yang baik. Pada awal tadi abang begitu lemah. Tadi panggilan uncle sangat tidak sesuai. Sekarang abang sudah tangkas seperti se orang hulubalang belantara. Panggilan abang pun tidak menghalalkan saya disentuhi. Tidak salahkan dengan panggilan itu?"

Aku tersenyum. Dia bertanya mengapa aku tersenyum. Aku jawab, "Saya tersenyum bukan kerana dipanggil abang tapi kerana minda kamu yang celik." Dia kepenatan lantas mengajak aku berehat. Kebetulan di situ juga ada dua buah batu besar.


Aku buka tudungnya dan suruh dia mengeringkan peluhnya. "Kulit kamu cantik, begitu bersih," aku beri tau dia.

"Saya tau tapi saya tidak pernah makan jamu. Kenapa dia jadi bersih saya tak tahu?" dia kata.

Aku terangkan dengan rengkas, "Yang saya lihat kulit kamu. Memang bersih. Kamu tidak tau yang menarik pada diri kamu itu berpunca dari dalaman kamu. Kalau batin kamu bersih segala-gala yang di luar turut bersih."

Kami menyambung perjalanan, sambil aku berkata, "Puteri, hari semakin gelap. Saya perlu pulang. Sebaik-baiknya elok kita tamatkan perkenalan kita di sini."

Dia senyum. Aku tahu erti senyumannya. Dia berkata, "Abang, kamu se orang lelaki. Kenapa takut dengan gelap. Kenapa takut bermalam di hutan? Abang tidak layak jadi hulubalang di hati Puteri."

Kejantanan aku tercabar, terus aku menafikan kata-kata dia, "Puteri, andainya kamu lelaki pasti saya cabar kamu bertarung tapi kamu bukan saingan saya. Di mana perkerti kamu yang tinggi sebelum ini. Kamu berkata belum pernah melihat perkara yang keji dan kamu tak akan melakukan perkara yang keji. Cuba bayangkan hanya kita berdua sahaja bermalam di sini. Bukankah itu perbuatan jijik."

Aku menyambung, "Syaitan berjanji akan sentiasa berusaha merosakkan anak-anak Adam. Rupanya perkerti kamu yang baik sebelum ini hanya disebabkan kamu belum diduga. Belum didedahkan dengan pancaroba. Syaitan tidak akan berhenti merosakkan kita."

Dia tergamam. Lantas berkata, "Saya percaya pada diri saya, begitu juga saya percaya dengan iman abang. Walau sebesar mana pun ancaman dari syatan saya tidak gentar sedikit pun. Saya hanya gerun dengan masyarakat abang. Fitnah adalah mainan kelompok komuniti abang. Elok juga abang beransur pulang untuk mengelakkan nama abang tercemar pada pandangan masyarakat abang. Masyarakat abang selalu menilai melalui sudut sempit. Datanglah lagi bila sudi. Puteri tunggu."

Sebelum aku berpatah pulang aku berkata, "Puteri, jaga diri kamu baik-baik. Jangan ada sifat sombong walau pun kepada monyet. Jangan sombong dengan kecantikan kerana ia akan pudar. Ingatlah, kecantikan perilaku tidak akan pudar jika kita kekal tidak menyombong."

Puteri kelihatan ceria. "Bersabarlah kepada ibubapa  kamu kerana itu sahaja harta berharga yang kamu ada. Kamu tidak sedar ibubapa semakin uzur. Dahulu mereka berjalan tegak memimpin kamu ke telaga, sekarang giliran kamu pula memimpin. Kamu tidak ada pilihan. Pimpinlah sehingga kamu kehilangan mereka."


Dia kelihatan tenang. "Dugaan dunia yang paling kuat yang kita terima ialah semasa hidup mereka telah melampauii usia matang. Mereka lebih banyak berdiam. Bila mereka diam kita kata mereka merajuk. Kita suka tengok dia merajuk. Kita ketawa sesama kita. Sebenarnya mereka bukan merajuk. Mereka diam kerana menahan marah juga menjaga hati kamu. Jangan buatkan mereka marah."

"Menjaga mereka di saat penghujung hayatnya merupakan saat yang paling indah yang akan menjadi satu kenangan yang paling manis. Kamu hanya akan mengerti satu kehilangan apabila kamu melihat tilamnya yang dulunya berlapuk kini sudah dikemas rapi."

Puteri memandang tepat ke arah mataku lalu berkata, "Pulanglah abang. Tempat abang bukan di sini. Tidak ada instrumen yang boleh menyatukan kita, sebab dunia kita berbeza."

"Menyatukan kita, apa maksud kamu?" aku bertanya.

Puteri terus meninggalkan aku. Sebelum hilang dari pandangan, Puteri melambaikan tangan sambil berkata, "Selamat jalan Hulubalang."

Dahi aku berpeluh. Badan semakin lemah lalu aku tersungkur. Aku tidak sedarkan diri juga tidak tahu berapa lama aku terbaring. Tiba-tiba handphone berbunyi. Di mana Puteri?
KLIK: WE WILL MEET IF IT IS MEANT TO BE

(Gambar-gambar tiada kaitan dengan cerita. Semata-mata hiasan)

This site belongs to us and the stories are ours. Everyone has a story to tell and by sharing we find healing. Your stories and wisdom are just as meaningful as mine.


Video Credit: Shaifolhizam

Penulis tidak bertanggong jawab terhadap komen yang menyalahi undang-undang, sentimen agama, kaum dan sensiviti individu.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...