Friday 30 August 2019

SEJAUH MANA KITA SUDAH MERDEKA?

Hari in Ogos 31 kita menyambut ulang tahun negara merdeka. Negara kita tidak lagi dijajah. Kita megah kerana dapat merintah sendiri.

Kita sudah bebas dari cengkaman penjajah tapi sedarkah kita yg kita belum sepenuhnya bebas dari cengkaman kemiskinan.

Memang ramai yg sudah kaya, sudah senang di negara sendiri tapi kita tidak nampak atau tak pernah bertanya anak2 di felda adakah mereka memiliki wang saku secukupnya untuk ke sekolah.

Pernahkah kita bertanya anak2 kampung, cukupkah buku sekolah mereka.

Pernahkah mereka bertanya anak2 nelayan. Berapa ramai yang mampu belajar di luar (tution).

Pernahkah kita bertanya penghuni rumah flet murah. Pernahkah mereka ditanya berapa pasang kasut sekolah milik anak mereka.

Pernahkah kita bertanya anak2 gelagangan dlm se tahun berapa hari mereka berada di sekolah.

Pernahkah kita bertanya anak2 di estate. Berapa kali seminggu mereka bersarapan pgi sebelum ke sekolah.

Setiap tahun kita disajikan dengan laungan meredeka. Kita dihibur dgn konsert2. Kita disajikan sebab kita memang suka slogan dan konsert. Kita lupa tentang kemiskinan.

Di manakah mereka yg setiap lima tahun merayu undi rakyat? Jangan jadikan kemiskinan mereka sebagai sebuah dongengan.

(This site is our's and all stories belong to us.  Everyone has a story to tell and in sharing we find healing. I expect this story will give hope a good chance to grow in your hearts. Your wisdom and stories are as good as mine.)©


Kamu komen apa saja yang kamu suka dan komen kamu tidak akan dipadam kerana sendiri komen sendiri pikul. Video dan gambar dalam tulisan ini semata-mata hiasan.

Wednesday 28 August 2019

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN

Tidak berapa hari lagi kita menyambut hari kebangsaan yang menandakan negara kita sudah merdeka. Jangan kita ingat hidup selepas merdeka begitu mudah.

Hidup kita tidak semudah berkata-kata. Perjuangan kita bukan hanya dari zaman Portugis. Perjuangan kita berterusan mulai semalam, hari ini, esok, dan selamanya. Perjuangan kita belum berakhir.

Rakyat masih ada yang hidup dalam kemiskinan. Gelagangan masih merempat. Ekonomi kita masih belum mampu bersaing dengan negara maju dan pengangguran belum berkurangan.

Penduduk bertambah. Juga ditambah oleh bangsa dari negara lain samada melalui dokumen yang sah atau secara gelap.

Percakaran sesama pemimpin masih seperti dulu. Bangsa dan agama dijaja untuk kepentingan politik.

Wahai ahali-ahali politik, jadikan perbezaan pendapat sebagai satu keunikan dalam berbangsa dan bernegara agar Malaysia dilihat indah dengan berbagai warna. Jangan jadikan perbezaan sebagai pendapat sombong seolah-olah kamu rasa paling benar dalam berfikir. Raikanlah perbezaan pendapat.

Perbedaan pendapat kamu yang berterusan boleh mengakibatkan perpecahan yang membuat bangsa dan negara rugi.

Wahai sahabat ku, jangan kamu megah mengaku sebagai bangsa Malaysia jika kamu tidak mahu turut sama mulai sekarang berdoa untuk mewujudkan negara kita lebih aman dan makmur.

(This site is our's and all stories belong to us.  Everyone has a story to tell and in sharing we find healing. I expect this story will give hope a good chance to grow in your hearts. Your wisdom and stories are as good as mine.)©

Semua komen tidak akan dipadam. Sendiri komen harap bertanggongjawab. Video dan gambar dalam tulisan ini jika ada semata-mata hiasan.

Saturday 24 August 2019

DAHULU DAN SEKARANG

Zaman Dahulu:

ANAK: Ayah. Jom tengok wayang.
AYAH: Wayang tu cerita tak sedap.
ANAK: (anak diam walau pun tahu yang ayahnya tidak berkata benar)

Zaman Sekarang:

ANAK:  Ayah. Jom tengok wayang.
AYAH:  Cerita tu tak sedap.
ANAK  Kenapa ayah nak tipu. Bila masa pulak yang ayah tengok wayang tu?

(This site is our's and all stories belong to us.  Everyone has a story to tell and in sharing we find healing. I expect this story will give hope a good chance to grow in your hearts. Your wisdom and stories are as good as mine.)©

Semua komen tidak akan dipadam. Sendiri komen harap bertanggongjawab. Video dan gambar dalam tulisan ini jika ada semata-mata hiasan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...