Sunday 15 July 2018

KALAU MACAM INILAH JANGAN HARAP MALAYSIA AKAN MAJU?

Jika kita ingin Malaysia menjadi negara maju, setiap dari kita mesti bersatu. Musuh kita sebenarnya kita. Kita yang menyebabkan Malaysia tidak maju.

Kita yg mainkan isu perkauman, kita yg guna agama untuk kepentingan sempit. Sebenarnya dalam Islam, tiada Islam yg lebih Islam. Tindakan demikian yg menghindar kita untuk berfikir tentang kemajuan.

Jangan kita pandai-pandai mengaku Malaysia negara no1 di Asia. Kemiskinan masih dimiliki oleh sebahgian rakyat kita. Dari segi teknologi kita masih duduk di belakang. Bagaimana mungkin kita boleh bersaing dgn Jepun atau Korea.

Malaysia, Jepun dan Korea hampir serupa. Duduknya masing2 di benua Asia. Mereka ada petani begitu juga kita. Mereka membuat kereta, kita juga membuat kereta.

Kenapa pertanian mereka maju? Kenapa kenderaan mereka jadi pilihan dunia?

Bezanya ialah sikap. Mereka bersikap terbuka dan berlumba mengujudkan persaingan. Mereka mengejar kemajuan dan dgn itu mereka berani bersaing walaupun dengan negara lain yg lebih maju.

Kita juga berani tapi bukan berani bersaing. Kita berani mengutuk. Kemahiran kita mengutuk dalan hampir semua bidang.

Kita ketinggalan dari segi teknologi. Sebagai contoh, penapis air mereka jenama Cuckoo laris kerana teknologi. Kita di sini beli penapis mereka disebabkan ia menyenangkan. Penapis ini boleh juga didapati melalui Faiz Kasim wasap.my/60122669391

Rakyat kena bersatu demi semua bangsa dan agama, demi tanah air dan masa depan negara. Jangan kita berpisah kerana perbezaan pendapat.

(This site is our's and all stories belong to us.  Everyone has a story to tell and in sharing we find healing. I expect this story will give hope a good chance to grow in your hearts. Your wisdom and stories are as good as mine.)©

Semua komen tidak akan dipadam. Sendiri komen harap bertanggungjawab. Video dan gambar dalam entry ini semata-mata hiasan.

Thursday 5 July 2018

ALLAH PEMILIK KEBENARAN MUTLAK

Bila dalam keperitan kita dgn mudah berkata, "Allah menguji aku."

Kita tidak terfikir untuk berkata, "Inlah balasan dari Nya kerana dosa-dosa aku."

Aku mengingatkan diri sendiri, iaitu Allah memberi dan Dia mengambil semula dengan kehendak Nya termasuk meminjamkan nyawa kita.

Jangaan kita bermegah dengan pangkat. Kita jangan sombong dgn kuasa. Kita tidak boleh riak dengan ringgit yg berguni-guni kerana semuanya Allah boleh hilangkan semula.

Apabila kesemuanya ditarik balik disebabkan dosa kita kepada manusia ianya bukan semata-mata dinamakan ujian sebaliknya Allah melakukan mengikut perancangan Nya.

Kuasa Allah tidak dapat dihalang walaupun oleh berjuta-juta pendekar yang membenteng kita wakima kita sendiri mengaku panglima.

Benteng2 yang mempunyai muslihat akan beransur rapuh sebaik sahaja mereka sedar kita mula hilang kekuatan. Benteng di atas terus lenyap apabila mereka nampak kita kecundang.

Akhir kata, berbaik-baiklah kita sesama insan disebabkan Allah pada bila2 masa sahaja boleh menunaikan doa dari mereka yg teranyaya kerana Dia mendengar. Wallahu a’lam.

(This site is our's and all stories belong to us.  Everyone has a story to tell and in sharing we find healing. I expect this story will give hope a good chance to grow in your hearts. Your wisdom and stories are as good as mine.)©

Semua komen tidak akan dipadam. Sendiri komen harap bertanggongjawab. Video dan gambar dalam tulisan ini semata-mata hiasan.

Tuesday 3 July 2018

SIAPAKAH SEKARANG YANG KITA DAPATI TERBANGSAT?

Jangan senang-senang kata bangsa Melayu akan ter-bangsat jika tidak bersama UMNO. Dibimbangi ter-bangsat itu akan menular ke diri sendiri.

Adakah kawan-kawan yang akan datang menolong sekiranya diri sendiri terjadi terbangsat?

Pastinya mereka menjauhkan diri.

(This site is our's and all stories belong to us.  Everyone has a story to tell and in sharing we find healing. I expect this story will give hope a good chance to grow in your hearts. Your wisdom and stories are as good as mine.)©

Semua komen tidak akan dipadam. Sendiri komen harap bertanggongjawab. Video dan gambar dalam tulisan ini semata-mata hiasan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...