Thursday 24 November 2016

KENAPA BARU SEKARANG BERADA DI HATI, BERKISAR DI FIKIRAN DAN BERLEGAR-LEGAR SEBAGAI KENANGAN?


Menyorot kepada ulasan-ulasan pembaca tentang entry saya yang lepas, mereka turut rasa terharu tentang pemergian ibubapa mereka yang terlalu awal. Kepiluan mereka saya rasai dan dengan ini saya terpanggil pada pukul 3.40 pagi ini berdoa untuk ibubapa kita yang telah tiada. Bacaan doa ini telah juga saya kongsi dengan kumpulan Whatsapp saya, "X-BNM Melaka" dan "SHOOT" serta beberapa kumpulan yang lain pada Disember 31, 2015.

Doa ini tidaklah sekemas doa-doa ulama kerana doa ini dibuat tanpa karangan. Doa ini terbit dari hati dan terus disisipkan ke entry ini. Marilah kita sama-sama berdoa untuk kebahagian orang tersayang yang telah berada di sana.

Bagi mereka yang masih ada ibubapa, berdoalah juga untuk kesihatan dan kesejahteran mereka dan nikmatilah kasih sayang mereka dan jangan biarkan diri kita menyesal apabila melihat katil mereka tidak dihuni.

Di akhir doa ini jngan lupa mengaminkannya. Mudah-mudahan doa kita di kabulkan.
Segala pujian bagi Allah yang memberi segala nikmat dan yang memiliki segala kelebihan.

Ya Allah, segala pujian hanya untuk Mu, setaraf dengan keagongan Mu dan kekuasaan Mu.

Ya ALLAH, sampaikanlah selawat serta salam kami kepada junjungan kami, Nabi Muhammad SAW dan keluarganya.

Ya Allah, disaat manusia terbuai indahnya mimpi, di saat mereka bergembira, aku mengetuk Rahmat Mu. Aku  seorang hamba yang fakir di sisi Mu, berhajatkan karuniaan Mu.

Ya Allah yang Pemurah dan Maha Pemberi, Engkaulah yang  mengkabulkan semua doa dan di saat in aku bersimpuh di hadapan kasih Mu.

Izinkanlah aku bermunajat kepada Mu. Anugerahilah ibubapa kami keampunan dan sediakanlah mereka tempat di syurga Mu.

Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dosa ibu dan bapa ku dan sayangilah mereka sebagaimana mereka  menyayangi aku di waktu kecil.

Ibubapa aku rela tidur kesejukan tanpa selimut demi melihat aku tidur lena. Air mata menitis dari mata mereka, ketika mereka melihat aku terdampar sakit. Mereka menebalkan muka berhutang demi untuk membawa aku berjumpa doktor sedangkan mereka tidak melakukan se suatu apabila mereka sakit.

Ya Allah, Kau  balaslah jasa mereka  dengan Firdaus Mu.

Aku begitu sibuk dengan duniawiku hingga aku terlupa mereka. Aku asik mengejar kuasa, aku lupakan mereka. Aku sibuk menambah harta, aku lupakan mereka. Aku kerap berpacaran, aku lupa mereka terpinggir. Aku lupa pengorbanan mereka lebih besar dari duniawi aku. Melancong adalah hiburanku tetapi aku lupa aku adalah hiburan mereka.

Sekarang aku kehilangan saat-saat bahagia bersama ibu dan bapaku. Aku amat merinduinya kerana aku tidak pernah berusaha memilikinya. Sekarang mereka tiada dan tidak akan ada lagi orang yang  mendokan aku disetiap hujung fardhu mereka.

Ya ALLAH, entah berapa banyaknya kesalahan aku yang telah melukai hati ibu bapa ku. Entah berapa dalam perasan terpendam mereka terhadap aku.

Ya Allah, kepada ibubapa mereka yg masih hidup, izinkanlah aku meminta maaf bagi pehak mereka. Apabila  meraka telah tiada nanti lapangkanlah alam kubur mereka dan terangilah dengan cahaya Mu.

Ampunkanlah mereka. Hanya ini yang terdaya aku lakukan sebagai tanda terima kasih kami kepada mereka yang telah menjaga dan mengatur kami sehingga kami menjadi seperti ini.

Mereka, ibu-ibu yang susah payah berjuang. Berjuang antara hidup dan mati, hanya untuk menzahirkan kami ke dunia yang terhasil dari produk kasih sayang mereka berdua.

Ya Allah, bapa-bapa kami yang lelah membanting tulang siang dan malam untuk mencari se pinggan nasi hanya untuk diagih-agihkan kepada kami, ampunkanlah mereka. Mereka tidak pernah kenal gelap atau terang, hujan atau panas, yang mereka tau hanya ingin melihat perut-perut kami tidak kosong.

Janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau memberi petunjuk kepada kami.

Ampunilah kami termasuk keluarga kami, sanak-saudara kami dan rakan-rakan kami.

Ampunilah kami Ya Allah, kerana jika Engkau tidak mengampuni kami nescaya kami ini termasuk  dalam kalangan orang yang rugi.

Bimbinglah melalui hati kami ke jalan Mu. Jangan jauhkan kami dri Mu  setelah hati ini sudah mulai dekat kepada Mu.

Tetapkanlah hati kami pada Islam Mu. Anugerahkanlah kepada keturunan kami pasangan dan keturunan yang baik-baik yang menjadi penyenang dan penenteram hati kami.

Makbulkanlah Doa aku ini kerana hanya Engkau sahaja yang boleh menunaikannya. Amin Ya Rabbal Alamin
Amin.

*Penulis merasa berbesar hati sekiranya ada yang sudi menambah baikkan doa ini atau menegur tentang sebarang kesilapan yang terdapat di sini.

(This site is our site and the stories belong to us. Everyone has a story to tell and in sharing we find healing. I expect this story will give hope a good chance to grow in your hearts. Your wisdom and stories are as good as mine.

Penulis tidak bertanggong-jawab terhadap komen yang menyalahi undang-undang, menyentuh sentimen agama dan kaum serta individu. Segala risiko akibat ulasan atau  komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengulas sendiri.

Gambar dalam tulisan ini tiada kaitan dengan cerita, semata-mata hiasan.

65 comments:

  1. Sayu hati mengaminkan setiap bait doa ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang sayu noor,
      Tapi pernah ke kita tau betapa sayunya mereka dulu kerana kita.

      Salam Jumaat Noor.

      Delete
    2. Bila baca apa yang Adam kata di atas ni.. Teringat akan kesilapan diri yang lalu.

      Dulu.. Sebelum Reen menjadi isteri, perasaan untuk berkahwin berkobar. Tak sabar rasanya untuk bebas dari jagaan ibu dan ayah..

      Tak sabar rasanya untuk keluar dari rumah ibu dan ayah.. Dulu, pemikiran Reen memang kurang matang dan kurang bijak.

      Tetapi.. Lepas berumahtangga, rindu dengan ibu dan ayah.. Rindu dengan rumah ibu ayah.. Rindu dengan masakan ibu ayah.. Rindu nak tengok wajah ibu ayah..

      Bila ada masalah, rumah ibuayah la tempat paling best untuk lepak.. Tenangkan fikiran..

      Lepas tu sikit-sikit.. Ibu.. Sikit-sikit ayah.. :)

      Dan alhamdulillah. Rezeki Reen sebab tinggal berdekatan dengan rumah ibu ayah.. Kalau naik moto, dalam 10 - 15 minit.

      Bila ada masa terluang, wajib balik.. Kadang bila teringat akan kejahilan diri ni, rasa sedih, menyesal.

      Bila teringat adik cerita.. Ayah sampai demam waktu Reen baru jadi isteri. Rindu kat anak perempuan sulung dia ni.. Ibu pernah cerita yang ayah tanya mana Reen? Ayah lupa anak sulung dia ni dah berumahtangga.

      Lepas dah kahwin.. Baru sedar yang Ayah sebenarnya sayang kami.. Cuma ayah tak pandai tunjuk yang dia sayang anak2 dia..

      Teruk kan.. Dah kahwin baru sedar ayah sayang anak2 die. Ish ish.

      Kadang boleh nampak yang ibu ayah happy bila semua anak2 berkumpul.. Berborak.. Bergelak ketawa.. Gurau senda..

      Delete
    3. Reen,

      Saya faham segala2 yg you tulis. Tidak ada manusia yg lebih sempurna di hati ibu ayah melainkan anak mereka. Perkara ini kita tidak perlu mencari bukti kerana kita sendiri dhaif tentang perasan ibu ayah.

      Dalam antara kata2 doa saya tu tertulis begini,"Melancong adalah hiburanku tetapi aku lupa aku adalah hiburan mereka."

      Kita akan mengerti kata2 tu apabila kita meningkat tua nanti.

      Reen, doa yg saya kongsi tu saya tidak petik dari mana2 pun.

      Delete
    4. Doa Adam itu dari pengalaman Adam sendiri sebagai seorang anak.. :)

      Delete
    5. Reen,
      Doa ni tak susah sebenarnya. Kita lafaz apa yg kita niatkan. Dalam semua bahasa pun boleh sebab Allah tahu semua bahasa. Doa ni di mana2 tempat kita boleh buat tak semstinya di sejadah sebab setiap kata2 itu doa.

      Reen, ada entry baru ke? Kalau ada saya nak jengok.

      Delete
    6. Saya kerap juga berdoa untuk kawan2. Brdoa tak kira tempat. Kadang2 kita lupa bila kita senang. Kita tak tau mungkin ada orang yg berdoa untuk kita.

      Ada orang bila susah baru nak berdoa. Sama macam bila tyre kereta takde angin baru guna tyre spare untuk menuju se suatu tempat. Sebenar nya doa ni lebih dari streeing, bukan tyre spare.

      Delete
    7. Betul2.. Setuju sangat. Cuma.. Reen tak nafikan Reen pun kadang lupa untuk berdoa. Kalau waktu solat, doa tu adalah perkara yang wajib.

      Tiada doa sepas solat, rasa macam tak complate..

      Tapi.. Kalau tak termasuk dengan solat, ada masa ingat berdoa.. Ada masa tidak..

      Terima kasih doakan untuk kawan2.. Saya kawan awak, maknanya saya ada dalam doa awak juga kan? Hehee

      Oh ya tak ya Adam.. Reen ada tanya awak tentang "Expect Nothing" dalam entry awak yang bertajuk "Kepercayaan ibarat minyak pelincir...."

      Mungkin awak tak perasan komen terakhir saya..

      Delete
    8. Xde entry terbaru.. Kepala Reen dah mai blur. Ada banyak nak cerita, tapi.. Bila nak menaip, zushhhhhhh terus hilang ayat karangan Reen.

      Delete
    9. Reen,

      Saya dah baca pertanyaan reen tentang expect nothing tu, tapi oleh sebab tak buka entry tu lepas baca, jadi tak berjawablah.

      Expect nothing maksud saya "tak mengharap kan apa2." Maksud saya di blog saya tak mengharap kan apa2.

      Saya ada add blog iklan, dlm blog saya 5 oranng. Semua tu kawan. Dia nak bayar. Saya tak nak, sebab niat iklas dengan tak mengharap apa2. Ini contoh:

      Entry saya terakhir pun ada iklan tersembunyi.

      Entry bertajuk "kalau ayah sakit," pun ada iklan tersembunyi. Pembaca suka cara iklan begitu, not so direct. Semua saya buat secara percuma.

      Ada juga beberapa orang nak saya add blog dia tapi saya tak add.

      Jadi, melalui blog saya tak harap apa2 melainkan dapat kawan sejati. Tak kira bangsa, agama, jantina. Itu yg saya kata appreciate everything. Maksudnya, saya menghargai setiiap perkara termasuk persahabatan tulin.

      (Dah jadi essay pulak ni untuk orang baca. Tak apa janji perkara benar.)

      Delete
    10. Hahaha walaupun macam essay, yang penting.. Faham akan maksud yang awak cuba sampaikan. Ingatkan more to personal life. Heh :D

      Delete
  2. nice sharing. salam jumaat dan selamat menunaikan solat jumaat

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam Jumaat juga.
      Jangan lupa kewajipan kita.

      Delete
  3. Aminn Ya Robbal A'laminnn.
    Salam Yaumul Jumaah..:)

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. Begitulah Raihanah.

      Salam Jumaat. Semuga sihat selalu.

      Delete
  5. Salam jumaat anakanda Adam...kalu sudi silalah ke fb bunda..nora dee

    ReplyDelete
  6. Saya takde akaun fb.
    Sejak dulu.

    ReplyDelete
  7. Replies
    1. The four reasons i dropped by yesterday were: great article. Smart truths & good insights. Thank u for kunjung balas.

      Delete
  8. Setiap anak yg baik ada doanya tersendiri..in shaa Allah.

    ReplyDelete
  9. Setiap anak yg baik ada doanya tersendiri..in shaa Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Noor Azimah,
      Kita memang tak ada cara lain untuk membantu mereka, hanya doa. Terima kasih singgah.

      Delete
  10. Saya aminkan juga doa Adam ni. Semoga kita tergolong dalam golongan orang-orang yang tidak lupa berdoa, merayu dan merintih kepada ALLAH SWT. Sungguh kan? jasa pengorbanan kedua ibu bapa kita terlalu banyak. Semoga ALLAH SWT membalas setiap kebaikan dan keikhlasan mereka membesar kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nany,Memang betul tu. Dengan cara lain kita nak membantu tak ada, doa kita aja yg mudah2an dapat membantu. Thanks Nany..

      Delete
  11. Amiin Amiin Ya Robbal 'alamin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Suka suka, terima kasih singgah.Amiin Amiin Ya Robbal 'alamin.

      Delete
  12. Amiin...Semoga Allah kurniakan syurga buat kedua orang tua kita :')

    ReplyDelete
    Replies
    1. Begitulah hendaknya. Amin.
      saya baru saja published entri baru, sebelum membaca komen Nurul. saja inform.

      Delete
    2. Begitulah hendaknya. Amin.
      saya baru saja published entri baru, sebelum membaca komen Nurul. saja inform.

      Delete
  13. Replies
    1. Thanks irda. I read yours too.
      I just published another new entry.

      Delete
  14. .Allahumma aamiin..ibubapa tiada ganti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tiada ibu kita di mana. Doa untuk ibu. Amin.

      Delete
    2. Tiada ibu kita di mana. Doa untuk ibu. Amin.

      Delete
  15. busuk mcm mn pun buruk mcm mn pun itulah satu2 ibu bapa yg kita ada kat dunia ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ibu tak boleh diganti.
      Tapi ada orang yg buang ibu.

      Delete
    2. Ibu tak boleh diganti.
      Tapi ada orang yg buang ibu.

      Delete
  16. Memang besar pengorbanan mereka terhadap kita anaknya, moga Allah meletakkan mereka di tempat yg mulia disisiNya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jasa ibu tak boleh nak di bilang.
      Tak tercakap jasa dia,

      Delete
  17. Aminn Ya Robbal A'laminnn.

    Abah Mrs. A dah meninggal.

    Alhamdulillah masih ada Emak.

    ReplyDelete
  18. memandang muka ibu & ayah, teringat susah payah mereka masa kami kecik2 dulu..
    thanks..berkongsi doa ini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun teringat.
      Sama2 kah kita berdoa untuk mereka.

      Delete
    2. Saya pun teringat.
      Sama2 kah kita berdoa untuk mereka.

      Delete
  19. Replies
    1. Mari kita sam2 berdoa untuk mereka. Amin.

      Delete
  20. tak boleh bayang kalau lela kehilangan ibu bapa buat masa sekarang sebab memang dah tak ada sapa2 dah kat sini. Ada pun saudara mara, bukan boleh bergantung hidup, tetap kena teruskan hidup sendirian.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita akan tau apa itu kasih sayang ibu bapa bila kita jadi ibubapa.

      Sekarang kita sebok hal dunia hingga lupa ibubapa semakin tua.

      Thanks sudi singgah.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...