Tidak berapa hari lagi kita menyambut hari kebangsaan yang menandakan negara kita sudah merdeka. Jangan kita ingat hidup selepas merdeka begitu mudah.
Hidup kita tidak semudah berkata-kata. Perjuangan kita bukan hanya dari zaman Portugis. Perjuangan kita berterusan mulai semalam, hari ini, esok, dan selamanya. Perjuangan kita belum berakhir.
Rakyat masih ada yang hidup dalam kemiskinan. Gelagangan masih merempat. Ekonomi kita masih belum mampu bersaing dengan negara maju dan pengangguran belum berkurangan.
Penduduk bertambah. Juga ditambah oleh bangsa dari negara lain samada melalui dokumen yang sah atau secara gelap.
Percakaran sesama pemimpin masih seperti dulu. Bangsa dan agama dijaja untuk kepentingan politik.
Wahai ahali-ahali politik, jadikan perbezaan pendapat sebagai satu keunikan dalam berbangsa dan bernegara agar Malaysia dilihat indah dengan berbagai warna. Jangan jadikan perbezaan sebagai pendapat sombong seolah-olah kamu rasa paling benar dalam berfikir. Raikanlah perbezaan pendapat.
Perbedaan pendapat kamu yang berterusan boleh mengakibatkan perpecahan yang membuat bangsa dan negara rugi.
Wahai sahabat ku, jangan kamu megah mengaku sebagai bangsa Malaysia jika kamu tidak mahu turut sama mulai sekarang berdoa untuk mewujudkan negara kita lebih aman dan makmur.
(This site is our's and all stories belong to us. Everyone has a story to tell and in sharing we find healing. I expect this story will give hope a good chance to grow in your hearts. Your wisdom and stories are as good as mine.)©
Semua komen tidak akan dipadam. Sendiri komen harap bertanggongjawab. Video dan gambar dalam tulisan ini jika ada semata-mata hiasan.
Selamat ulangtahun kemerdekaan
ReplyDeleteSalam maal hijrah
Salam merdeka WP
DeleteHarap keamanan di Malaysia tetap terpelihara.
ReplyDeleteHarap2 begitulah. Amiin
Delete