Wednesday, 5 July 2017

MAMA KAMU TERPERANJAT TENGOK BURUNG AYAH


Tersebutlah kesah se orang bapa bernama Encik ABCD yang mempunyai anak lelaki tunggal bernama Zxy yang masih menuntut di tahun enam, sekolah rendah. Encik ABCD terlalu sayangkan anaknya.

Pada cuti penggal akhir sekolah tahun lepas, anaknya bercuti dan tinggal bersama neneknya di kampung. Anaknya membawa bersama burung ayahnya kerana tiada siapa yang menjaga burung itu. Ibubapanya sebok berkerja.


Seminggu kemudiannya Encik ABCD menelifon anaknya:

Encik ABCD:  Macam mana dengan burung ayah?

Anak: Bagus ayah. Burung ayah bukan sebarangan. Burung ayah burung kakak tua dari spesis gunung karakatua.

Encik ABCD: Macam mana kamu tau?

Anak: Kat sini ada ahli burung. Dia tau semua jenis burung kakak tua. Dia boleh ajar burung kakak tua bercakap macam kita. 

Encik ABCD: Suruh dia ajar. Biar mama kamu terperanjat nanti bila tengok burung ayah.

Anak: Tapi kena bayar dua ribu ayah.

Encik ABCD pun memasukkan RM2,000 ke akaun anaknya. Anaknya belanjakan duit itu dan dalam seminggu duit itu habis. Dia telefon ayahnya.

Encik ABCD: Macam mana burung ayah?

Anak: Best ayah. Burung ayah dah bercakap macam manusia. Dah boleh sembang dengan tetamu. Burung ni nak belajar mengaji pulak ayah. Nak belajar pasal agama jugak? Kat sini ada pak lebai.

Encik ABCD: Kalau pak lebai tu ori suruh dia ajar. Elok tu. Berapa bayarannya? Nanti ayah masukkan duit.

Zxy: RM 2,000.

Ayahnya masukkan RM dua ribu ke akaun anaknya. Selepas se minggu duit tu habis. Anaknya telefon ayahnya.

Encik ABCD: Macam mana burung ayah?

Anak: Best ayah. Dia mengaji setiap malam. Best suara dia. Macam suara ayah.

Encik ABCD: Tak rugi dapat anak macam kamu. Bijaknya.

Anak: Ayah, burung tu nak belajar membaca pulak ayak. Dia nak belajar bahasa Mandrin.

Encik ABCD: Berapa bayaran?

Anak: RM 2,000.

Ayahnya memasukkan Duit RM 2,000 ke akaun anaknya. Selepas seminggu ayahnya telefon.

Encik ABCD: Tak sabar nak tengok burung ayah. Jangan lupa bawak balik.

Anak: Ayah tau tak. Setiap kali tetamu datang burung tu kata ayah suka tengok video lucah. Burung tu kata, setiap kali mama tak ada kat rumah ayah bawa balik perempuan. Betul ke ayah?

Encik ABCD: Kurang hajar punya burung. Habis rahsia aku terbongkar. Beri kat orang burung tu. Jangan bawa balik.

Anak: Tapi ayah. Duit dah banyak keluar. Sayang duit tu dibazirkan.

Encik ABCD: Keputusan ayah muktamad. Beri orang burung tu.

Ayah pun termenung se tiap hari memikirkan burung kesayangannya terpaksa diberi kepada orang lain. Dia mencari jalan supaya burung itu tidak pandai bercakap. Dia hendak burungnya menjadi bisu. Lebih bisu dari dermaga bisu. Dia sedih kerana kehilangan burung. Setiap hari dia termenung.

Terlintas di hatinya untuk menelefon anakna meminta pendapat.

Encik ABCD: Kamu dah beri orang ke burung tu?

Anak: Sudah ayah. Saya tak tipu ayah.

Encik ABCD:  Tak tipu ayah? Habis tu, kamu tipu siapa?

Anak:  Saya tipu pembaca.



Blog ini memperlawa usahawan untuk beriklan di sini. Nyatakan jenis pengiklanan yang di kehendaki di emai biarlembuyangjadilembu@gmail.com

(This site is our's and all stories belong to us.  Everyone has a story to tell and in sharing we find healing. I expect this story will give hope a good chance to grow in your hearts. Your wisdom and stories are as good as mine.)©

Kamu komen apa saja yang kamu suka dan komen kamu tidak akan dipadam kerana sendiri komen sendiri pikul.

Video dan gambar dalam tulisan ini semata-mata hiasan.


54 comments:

  1. Kata orang jawa, moral of the story..

    Siakap senohong gelama ikan duri..

    Seorang ayah tentu tidak sangka anaknya yang baik, bertukar jadi pengkelepek dan berbohong untuk menyelamatkan dirinya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia bukan setakat pandai menipu tapi pandai merancang menipu. Pengkelepek duit ni memang ada di mana2.

      Delete
  2. kat mana burung tu sekarang

    ReplyDelete
  3. gagah dok membaca...tapi kena tipu pulak huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha.
      Sesekali ditipu kira ok lah.

      Delete
    2. Mrs fuzy, ada pembaca yg tak dapat tangkap joke no.

      Delete
  4. Kesimpulan:- melayang duit 6 ribu haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Moralnya, kita jangan mudah percaya

      Delete
    2. Hahaha.
      Semua pembaca lena tipu.
      Kita pun.

      Delete
  5. pening baca...saya dok imagine burung kakak tua tgh bercakap. hahaha

    ReplyDelete
  6. Hahaha. Semua pembaca kena tipu.

    ReplyDelete
  7. KITA NI MMG MUDAH DITIPU KAN...SETELAH DITIPU TERASA GERAM SGT HEH..HEH..

    ReplyDelete
  8. Adoi laaa kena tipu mama. Gigih mama membaca

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sorrri mama ye. Tapi ada pembaca tak perasan tu mama.

      Delete
  9. Replies
    1. Itulah tuan.
      Sebab banyak sangat jenis burung.

      Delete
  10. Hihi....mmg tgh tunggu anak kat depan sekolah ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tunggu anak ke atau tunggu en husband.
      Hihihi

      Delete
  11. Replies
    1. Ini bukan joke. Ini bully pempaca dalam bulan raya.

      Thank u mala.

      Delete
  12. Replies
    1. Hahaha.
      Bukan saya yg tipu tapi anak dia yg tipu. Saya pun tertipu.

      Delete
  13. Kat sape die bg burung tuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak taulah.
      Dia tak beri tau.
      Tunggulah sambungan cerita tu kalau ada.

      Delete
  14. Kaki songlap memang pandai menipu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tepat sekali
      Kalau tak pandai menipu, kaki songlap tak dapat kebas duit.

      Delete
  15. Ada ke ayah gitu? mudah sgt kena tipu anak kesayangan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Moral of the story: jngan mudah percaya.

      Delete
  16. Replies
    1. Bukan iq je kena tipu. Semua pembaca kena tipu, termasuk saya.
      Hahaha nasib nasib

      Delete
  17. Hahaha. Sabor jer ler dah tertipu. Ayanya pun bendul habis. Main belanja jer ribu riban. Anak dia bijak. Tapi bijak yang tak bagus la. Haha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siapa2 yg kena tipu tu sebenarnya dia membenarkan ditipu. Siapa yg kerap kena tipu. Mestilah isteri. Kenapa suami menipu isteri? Sebab isteri jarang percaya bila suami berkata benar.

      Kalau saya silap jngn marah sebab saya baru nak belajar menipu. Senang, bila dah ada isteri nanti.

      Delete
    2. Suami menipu supaya tidak bergaduh....mungkin

      Delete
    3. Nini,
      Mungkin tak nak bergaduh, yes. And mungkin takut kena tarik telinga. Hihihihi

      Delete
  18. Hahaha.
    Saya terperanjat ni.

    ReplyDelete
  19. X phm😅 tp pngjrn dia dpt.bnyk org mcm tu.Senang betul dpt duit.hahaa

    ReplyDelete
  20. Untung bagi yang menipu tu ya..tapi sebenarnya tak bagus menipu..kadang kala terbongkar akhirnya segala hasil penipuan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Izzeyda.
      Yg kena tipu zaman sekarang memang ramai. Sebab mereka rela ditipu.

      Delete
  21. Butang baju melayu aku mana pah...tipah tertipu😂😂😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ramai Tipah rupanya yg membaca entry ni.

      Delete
  22. cerita begini untuk hiburan menang best..

    kadang-kadang perlu membaca untuk ringankan kepala

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank u tuan. Tulisan saya semua saya tulis dlm masa santai. Ringan2 je.

      Delete
  23. Replies
    1. Penis saya sudah cukip besar, panjang dan kuat. Tak perlu ubat lagi. Harap saudara berhenti mengirim mesej ini kevsini lagi.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...