Wednesday 23 October 2019

DISTINASI MELANCONG DI MUSIM CUTI

Saya ingin berkongsi dengan pembaca tentang sedikit pengalaman yang saya ada. Kali ini saya ingin memberi sedikit tip untuk memudahkan pempaca membuat persedian sekiranya ingin melancong ke Europah.
*Untu makluman pembaca pada bulan November dan Disember ini saya akan berada di negara Matahari Terbit buat kali ke empat.
Teket pergi balik KLIA2 - Fukuoka - KLIA2
Panduan Melancong ke Eropah
Bercuti di eropah bukanlah satu acara tahunan yang boleh dilakukan bagi setiap orang lebih-lebih lagi bagi mereka yang tinggal di negara-negara Asia. Bagi sesetengah orang, bercuti ke negara-negara Eropah seperti London, Paris, Barcelona merupakan percutian yang hanya dilakukan sekali seumur hidup. Jadi disini saya hendak kongsikan sedikit tips bagi kamu yang bercadang untuk bercuti ke sana.
Seperti biasa, tempahan tiket perlu la dibuat awal. Ini kerana untuk mengelakkan kos tiket penerbangan yang terlalu mahal di kemudian hari. Adalah lebih baik rancang tarikh perjalanan kamu untuk memudahkan kamu membuat tempahan tiket. Tak tahu dimana untuk mencari dan survey harga tiket? Kamu boleh cuba book cathay pacific online yang disediakan oleh Traveloka ini bagi memudahkan anda membandingkan harga-harga tiket flight.
Oleh kerana penerbangan ini bukan la satu penerbangan jangka pendek, anda pasti inginkan keadaan yang sangat selesa di sepanjang perjalanan. Kamu boleh cuba melihat  emirates online promos  dan mana tahu jika kamu berpeluang, kamu bakal mendapatkan harga yang lebih rendah dengan penerbangan yang sangat selesa.
Sekarang, mari kita lihat apa panduan yang boleh dititik beratkan untuk bercuti ke negara-negara di Eropah:
1. Jangan bercuti ketika musim panas
Jika kamu ingin bercuti ke negara di Eropah pada musim panas, apa yang kamu perlu fikir ialah kos. Ini kerana pada musim panas di Eropah merupakan musim bagi mereka melancong. Keadaan akan menjadi sangat sesak dengan pelancong di sekitar Eropah dan kos untuk ke sana juga akan menjadi berlipat kali ganda mahal. Bagi kamu yang inginkan percutian bajet, musim ini bukanlah musim yang sesuai. Jadi, elakkan bercuti pada bulan Jun, Julai, Ogos dan September.
2. Jangan bercuti berseorangan
Pertama kali untuk jejak kan kaki di Eropah? Nasihat saya jangan pergi berseorangan. Jika ini kali pertama, saya cadangkan kamu pergi berdua atau di dalam kumpulan. Bukan apa, terlalu banyak perkara yang perlu dipertimbangkan. Selain itu ia juga dapat membantu mengurangkan kos dari segi penginapan, pengangkutan sepanjang berada di sana dan juga keselamatan. Banyak kemungkinan yang boleh berlaku, jadi, prevention is better than cure right? Di Malaysia banyak juga agensi yang boleh dipercayai untuk anda dapatkan pakej secara berkumpulan untuk bercuti ke Eropah. So anda boleh survey dahulu sebelum membuat keputusan untuk pergi seorang diri.
3. Pemilihan destinasi
Oleh kerana bercuti ke Eropah ini mungkin menjadi percutian sekali seumur hidup bagi sesetengah orang, rancang destinasi yang kamu ingin kunjungi sebaik-baiknya. Jika terlalu banyak lokasi yang kamu masukkan di dalam senarai, ia mungkin akan memakan masa yang lama untuk satu destinasi ke destinasi yang lain dan akan membazirkan masa sahaja. Jadi rancang destinasi yang anda ingin tujui dan adalah lebih baik jika kebanyakan daripadanya anda perlu berjalan kaki sahaja.
4. Penginapan
Kamu boleh mendapatkan kos penginapan yang rendah dengan mendapatkan tempat tinggal di luar Bandar. Tetapi kamu perlu ingat, berbaloi atau tidak jika kamu mengambil risiko itu? Ini kerana kebanyakkan tempat menarik dan tarikan pelancong adalah bertempat di pusat Bandar. Jadi jarak antara tempat tinggal dan destinasi yang kamu ingin kunjungi akan bertambah jauh. Jadi saranan saya, dapatkan lah penginapan di sekitar bandar. Ini salah satu sebab mengapa perlu berjalan dalam kumpulan. Kos penginapan akan dikongsi bersama ahli kumpulan yang lain.
5. Pakaian yang sesuai ketika melancong
Jika kamu menitik beratkan point saya yang pertama tadi, mungkin musim yang menjadi pilihan kamu ialah musim sejuk. Jadi, sediakan pakaian sejuk yang sesuai. Kerana musim sejuk di Eropah boleh mencapai suhu di bawah paras beku. Jadi amat penting untuk kamu menyediakan set lengkap pakaian musim sejuk anda seperti jaket tebal, baju thermal, penutup kepala, penutup telinga, sarung tangan dan kasut bertutup yang sesuai. Saya yakin kamu tidak mahu membazirkan masa duduk di dalam rumah peranginan dan berselubung di bawah selimut sahaja.
6. Keselamatan
Sememangnya kita ketahui yang negara di Eropah merupakan antara negara yang maju. Tetapi perlu diingatkan negara maju, jenayah juga tidak sama hebat majunya. Penyeluk saku boleh berada di mana-mana sahaja. Sistem operandi nya kebanyakkan menyasarkan pelancong dari luar negara. Jadi hati-hati ketika berjalan. Sentiasa berwaspada.
Selain daripada itu, saya nasihatkan kamu belajar serba sedikit bahasa masyarakat di sana. Saya pasti mereka akan lebih menghormati jika kamu menunjukkan kesungguhan untuk memahami budaya mereka di sana. Ini merupakan tips untuk kamu bergaul dengan masyarakat di sana. Ingat, local resident is the best guide untuk kamu menanyakan tempat-tempat menarik. Tetapi jangan terlalu lalai. Jaga barang berharga anda, okay.
Jadi, setakat ini sahaja panduan yang saya ingin kongsikan. Saya harap sedikit sebanyak ia akan dapat membantu kamu dan memberi gambaran dalam merancang percutian kamu di Eropah nanti. Akhir kata dari saya, selamat melancong! Semoga kamu selamat pergi dan selamat pulang. Jumpa lagi! Bye
(This site is our's and all stories belong to us.  Everyone has a story to tell and in sharing we find healing. I expect this story will give hope a good chance to grow in your hearts. Your wisdom and stories are as good as mine.)©

Semua komen tidak akan dipadam. Sendiri komen harap bertanggungjawab. Video dan gambar dalam entry ini semata-mata hiasan.

9 comments:

  1. terima kasih di atas semua tips yang sangat berguna itu, memang bukan benda yang boleh di ambil mudah untuk melancong ke negara eropah

    ReplyDelete
  2. Terima kasih Norhidana. Tips ni setakat bantu buat persedian merancang aja. Harap2 dapat bantu pembaca.

    ReplyDelete
  3. Asyik ke Jepun je...ada apa yang menarik di sana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Keadaan negara tu yg menatik dri segi kebersihan, teknologi, budaya serta displin. Dah kerap pergi, itu yg terasa suka.

      Delete
  4. Tips yang sangat bermanafaat.
    Entah bila la Mrs. A lepas pi Eropah ni huhuhuuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rezki masing2 kita tak tau mrs A. InsyAllah ada tu. Amiin

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...