Wednesday, 23 October 2019
DISTINASI MELANCONG DI MUSIM CUTI
Saturday, 14 September 2019
LAKUKAN PERKARA YANG MENASABAH
Kita suka membesarkan sesuatu. Yg kecik kita besarkan. Yg besar kita besarkan hingga timbul pembaziran.
Kita besarkan banyak perkara termasuk semasa berdoa. Kita perhatikan bagaimana kita berdoa:
"Ya Allah, kamu berilah aku rezeki yg melimpah-limpah tanpa henti. Yg mencurah-curah".
Pernah tak kita jumpa doa seperti di atas di fb? Maksud aku perkataan 'melimpah-limpah'.
Baiklah. Jika kita tuang air sirap ke dalam cawan tanpa henti, pasti bila cawan itu penuh airnya akan melimpah keluar. Bukankah air yg melimpah keluar itu rezeki dah kita bazirkan.
Jika doa kita untuk dapat rezeki yg 'melimpah-limpah' dimakbulkan Allah, apakah yg kita lakukan dgn rezeki yg melimpah-limpah tu? Adakah kita kongsikan dgn jiran atau adakah kita agih2kan ke seluruh kampung?
Derma kematian pun kita cuba2 elak dari menghulur walaupun nilainya tidak ditetapkan. Sedangkan kita jarang teringat nak hulurkan RM kepada ibu kita yg uzur di kampung.
Islam melarang kita melakukan pembaziran. Allah menyifatkan kita yang suka membazir sebagai saudara syaitan. Allah sudah gariskan dalam soal rezeki supaya tidak berlaku pembaziran.
Berpada-padalah bila berdoa kerana kekayaan yang sebenar bukan dengan banyaknya harta. Kayakanlah hati supaya kita selalu merasa cukup. Amiin.
(This site is our's and all stories belong to us. Everyone has a story to tell and in sharing we find healing. I expect this story will give hope a good chance to grow in your hearts. Your wisdom and stories are as good as mine.)©
Kamu komen apa saja yang kamu suka dan komen kamu tidak akan dipadam. Ingat, sendiri komen sendiri pikul. Video dan gambar dalam tulisan ini tiada kaitan dengan
Thursday, 5 September 2019
KENAPA PERLU DISIMPAN LAGI
Dulu berat betul hati aku nak keluarkan sahabat2 dari list facebook. Aku tak tau kenapa. Hingga terkumpul beribu-ribu. Masa itu terasa sayang nak keluarkan. Aku tak tau dasar apa menyebabkan aku sayang.
Sejak berduyun-duyun aku keluarkan mereka, terasa bahagia pulak aku. Mungkin ada yg anggap ini kata2 sombong. Aku tak kesah sebab ini kenyataan. Aku bahagia berkata benar.
Kenyataan tetap kenyataan. Sepahit mana pun kenyataan, jika ia benar, kebenaran elok dikongsi.
Ada perkara perlu bersama kita. Ada juga yg tak perlu bersama.
Apa patut kita lakukan jika yg tak patut ada bersama kita tpi masih ada dngn kita? Hidup ni kena bersuara. Bukan semua orang tau isi hati kita. Jika senyap, tak ada sapa yg tau. END
(This site is our's and all stories belong to us. Everyone has a story to tell and in sharing we find healing. I expect this story will give hope a good chance to grow in your hearts. Your wisdom and stories are as good as mine.)©
Kamu komen apa saja yang kamu suka dan komen kamu tidak akan dipadam. Ingat, sendiri komen sendiri pikul. Video dan gambar dalam tulisan ini tiada kaitan dengan cerita, ianya semata-mata hiasan.
KENAPA KITA TAK MUDAH SENANG?
Hidup ini sebenarnya mudah. Jika hidup kamu terasa sulit, kesulitan itu kamu sendiri yg cari. Mungkin ada di antara kamu yg susah disebabkan tiada beban batu kamu galas.
Untuk hidup rezeki perlu dicari. Cari sehingga dapat. Sayangnya jika direzkikan lebih, kita lupa berkongsi.
Memang dah jadi perangai kita yg tak suka memberi. Sebaliknya kita suka jadi penerima. Kita lupa rezeki yg mudah hinggap ialah ke atas mereka yg tak lokek memberi.