Thursday, 30 June 2016

KENAPA NAK TUNGGU HINGGA RAYA? SEMUANYA NAK TUNGGU RAYA. KENAPA?

Memang sepatutnya setiap orang wajar hidup gembira tetapi andainya se seorang itu sentiasa terlebih gembira dia akan dikenali dengan sejenis penyakit yang dinamakan "happy heart syndrome," seperti tertulis di The Telegraph UK dan (klik di tulisan yang berwarna) di  European Heart Journal.

Walau bagaimana pun senyuman di pagi Shawal bukan bererti telah memiliki penyakit happy heart syndrome. Hadirnya sebuah senyuman yang terukir di wajah menandakan kebahgian jiwa. Tersenyum kerana gembira menyambut hari kemenangan.

Di akhir-akhir ini sangat teras tentang kerinduan sahabat-sahabat dan saudara mara di hati. Kesempatan memohon maaf walau pun melalui laman ini pasti memberi kesan yang positif asalkan ikhlas menyahutnya dengan tujuan untuk mendapat keredhaan.


Kad Dihulur Hulur Mengganti Diri:

Lidah yang tidak bijak berbicara.
Sebarang janji yang tidak penuhi.
Hati yang mungkin kerap bersangka.
Di sini keikhlasan kemaafan dipinta.

Di saat Ramadhan berada di tepian.
Matahari dini Syawal mula terbit.
Jauh bukannya hilang, senyap tak bererti menyepi.
Lupakan sengketa sekecil mungkin.
Menyahut seruan Minal 'Aidin wa Faizin.

Sebelum takbir disahut azan. 
Sebelum nyawa putus di badan.
Sebelum terlalai mohon keampunan.
Kedua-dua tangan sudah diluruskan.
Memohon kemaafan di atas kesilapan.

Walau tangan tidak bersentuhan.
Bahagia terasa andai kesilapan sama dilupakan. 
Tanda menyambut kesyukuran lebaran.
Titipan sebegini penyambung hubungan.
Semuga silatulrahim terus berpanjangan. 
Amin. 

Selamat menyambut Aidil Fitri, maaf zahir dan batin dan jangan lupa tunaikan fitrah.

Klik di bawah untuk berkenalan dengan teman setia penulis:

e. Klik untuk konsultasi.


This site is ours and the stories belong to us. Everyone has a story to tell and in sharing we find healing. I expect this true story will give hope a chance to grow in your heart. Your stories and wisdom are as meaningful as mine.

Akmal & Arif: Cahaya Aidil Fitri

Lelaki Australia Tak Sabar Nak Makan Ketupat


Tak perlu kaya untuk membantu, yang perlu hanya se keping hati, seperti Sofea.

Penulis tidak bertanggong jawab terhadap komen yang menyalahi undang-undang, menyentuh sentimen agama dan kaum serta sensitiviti individu.

(Semua gambar dan video dalam cerita ini tiada kaitan, semata-mata untuk hiasan.)

Tuesday, 28 June 2016

KITA SENYUM DALAM BAHASA YANG SAMA

Nak ucap selamat hari raya kepada pembaca, aku rasa masih awal lagi. Ucapan tu sesuai kalau diucap pada dua atau tiga hari sebelum raya. Tunggulah, aku akan minta maaf bila dah dekat nak raya.

Sementara tu aku nak cerita satu kesah berlaku tujuh atau lapan tahun yang lepas. Ceritanya taklah menarik tapi kalau aku tak tulis apa-apa untuk minggu ini aku dianggap seperti blogger tahi ayam.

Tahi ayam bila baru keluar panas dah lama sikit tahi tu sejuk. Itu orang tua-tua kata. Aku tak pernah pegang tahi ayam. Aku tak nak jadi penulis hangat-hangat tahi ayam.

Antik

Ceritanya begini:

Waktu tu aku driving di lebuhraya KESAS nak balik ke rumah. Aku pandu tak laju tapi injin kereta aku panas. Maklumlah aku pandu kereta tua. Tak jauh dari situ memang ada kawasan lapang seolah-olah kawasan rehat. Sekarang tempat tu dah jadi setesen minyak.

Aku pun masuk ke kawasan tu, matikan injin, turunkan penyandar kerusi ke belakang lalu aku rebahkan badan sementara menunggu injin sejuk.

"Encik," aku terdengar suara menegur aku. Aku tegakkan kerusi, turunkan cermin tingkap. "Encik ada nombor telefon mekenik tak?" dia bertanya. Aku kata aku tak ada, lagi pun bengkel kereta  dah tutup sebab dah pukul lapan lebih.

Dia kata injin kereta dia tak boleh hidup. Tadi dia berhenti situ sebab hujan lebat, tak berani nak drive. Bila hujan dah teduh kereta pulak tak boleh start. Dalam hati aku, kalau tak boleh start mesti sebab bateri atau starter. Lain dari tu aku tak tau. Aku bukannya pandai pasal injin walau dah banyak kali tukar kereta.

Bintang

Aku bukak bonet kereta dia tapi keseluruhan injin aku tak nampak jelas. Hp aku jenis lama, orang lain dah tak guna jenis tu lagi, dah lah tak cantik lampunya tak terang. Dia pun keluarkan hp, suluh bahagian injin. Baru nampak terang, jelas.

Apa yang aku syak tadi rupanya betul. Kepala baterinya dikunci tidak ketat. Aku ketatkan. Lepas tu aku onn kan lampu kereta. Lampu menyala. Aku nampak rupa wanita tu, mirip wanita berbangsa Cina tapi dia bercakap tadi seratus peratus bunyi Melayu tulen.

Aku onn kan injin. Dengan sekali start injin hidup. Aku pergi kat dia bertanya, "Are you Malay?"

Bersih

"I am Chinese. Do I look like Malay?" dia bertanya. Aku kata wajahnya aku nampak tak jelas. "Malam ni bintang banyak tapi tak cukup terang untuk membantu kita. I think it's time for u to get a new phone," dia sambung.

"Zaman dahulu orang menggunakan bintang untuk pandu arah pelayaran tapi sekarang manusia dah gunakan kompas. Jangan kita anggap bintang tidak berguna lagi. Allah menjadikan bintang kelihatan sekurang-kurangnya menyedarkan kita tentang keujudan DIA," aku balas balik.

Dia menganggokkan kepala, "I agree with you. HE puts the stars in the sky as a visible reminder of his presence. May I have your number?" Sebagai business man, aku hulurkan kad aku.

She posed a smile and I smiled in return. "Why were you smiling?" dia bertanya.

Aku jawab yang membuat dia tersenyum semula, "A person shows his charater by what he smiles at. I deserved your attention even it was a simple smile and I understood it because we smile in a same language."

Bila injin kereta aku dah sejuk aku pun mohon diri untuk balik.

A week had already passed when i received a letter containing a receipt attached with a short note:  many thanks for helping me that night. Please bring this receipt to the above store to collect your new hand phone.

Aku percaya tentu ada suatu perkara yang maha penting sempat dia uruskan sebaik sahaja dia berjaya meneruskan perjalanan pada malam itu. Aku tidak dimaklumkan tentang urusannya.  Jika tidak sudah tentu aku tidak dapat hadiah yang begitu bermakna bagi aku.

Soalannya, perlukah aku menerimanya?

KLIK: You Are What You Eat

This site is ours and the stories belong to us. Everyone has a story to tell and in sharing we find healing. I expect this true story will give hope a chance to grow in your heart. Your stories and wisdom are as meaningful as mine.

Kenny Rogers

Senarai sahabat penulis di bawah:






Penulis tidak bertanggong-jawab terhadap komen yang menhyalahi undang-undang. menyentuh sentimen agama dan kaum serta sensitiviti individu.

(Semua gambar dan video dalam cerita ini tiada kaitan, semata-mata hiasan)

Wednesday, 15 June 2016

SAHABAT DARI PULAU JAWA YANG BERPERWATAKAN CANTIK SEIRAS WAJAHNYA

Minggu ni aku bercadang tidak menulis. Tapi nanti macam biasa ada pembaca yang tanya kenapa tak ada posting baru. Jadi kali ini untuk tidak menghampakan mereka aku copy and paste nukilan aku dari watsapp yang lalu. Kesah aku bertemu se orang rakan baru. Tulisan ini tidak diubah, serupa yang ada dalam watsapp tu. Selamat membaca.



2 JANUARI 2016, Petang Selasa.

Petang semalam aku pergi bergunting rambut. Aku duduk di bangku panjang di luar kedai sebab ramai yg tunggu giliran bergunting. Tiba-tiba se orang perempuan duduk dekat aku. Cantikkkkk. Aku ni kan hulubalang, hulubalang berani. Hulubalang terus tanya dia.

AKU: Nak bergunting ke?

DIA: Tidak pak. Tunggu anak bergunting.

AKU: Oh, orang Indon. Kamu asli mana?

DIA:  Pulau Jawa pak. Dari  suku Banten.

AKU: Aku ada cewek Indon di sana. Aku pernah pergi ke sana, nginap di hotel Paragon.

DIA:  Pak, kami di indonesia marah di panggil indon.

AKU: Kenapa?

DIA:  Terasa terhina pak.

AKU: Kenapa begitu. Itu kan perkataan pendek untuk Indonesia. Orang Findland dipanggil Finn. Orang Vietnam dunia panggil Viet. Orang Scotland kita  panggil Scot. Orang Thailand kami panggil Thai. Orang Turkey dipanggil Turk. Orang Denmark kita panggil Den. Orang dari Bangladesh dipanggil Bangla. Mereka tidak marah sebab panggilan itu benar. Kamu libur di sini ya?

DIA:  Tidak pak. Aku TKi.

AKU: TKi itu apa?

DIA:  Tenaga Kerja indonesia. Ertinya buruh kasar.

AKU: Kamu dengar ini. Siapa yg merendahkan siapa. Kenapa orang seperti kamu menggelar itu. Kamu panggil buruh kasar? Bukankah elok dipanggil lain. Malaysia pernah ada nama Kementerian BURUH Tapi kami ubah, kami namakan Kementerian Sumber Manusia.

DIA:  Aku ngak ngerti pak.  Kamu ada cewek di Bogor, benar ya?

AKU: Benar. Dia cantik.

DIA:  Cantik seperti apa?

AKU: Seperti kamu.

DIA:  Kata-kata yang sering aku dengarin dituju kepada aku. Tapi aku percaya bapak tulus.

AKU: Aku tidak kata aku iklas sebab sukar membuktikan nya. Tapi jujur aku nyatakan yg aku ketagih berkata benar.

DIA:  Aku kagum. Oh ya, kapan bapak mau ka sana lagi ... jika ke sana maklumi aku ya. Nama aku Wulandri.

CERITA AKU BERHENTI DI SINI DAHULU. KAMU PERCAYA ATAU TIDAK, TERPULANG. In reality ada dua benda yg menyekat kebenaran: tidak ingin meneruskan atau tidak mau memulakan.



PETANG RABU, 3 JANUARI 2016

Tadi aku ke GAMUDA Walk tak jauh dari kediaman aku. Aku ke situ sebab tempat tu pusat segala2nya, ke situ aku pun nak lunch. Sahabat aku Tuan Moktar mungkin tau tempat tu. Tetiba aku terpandang perempuan dari Indonesia yg aku jumpa semalam. Di situ dia sedang  minum.  Aku terus tuju dia.

DIA:  Ada apa pak ketemuii aku di sini.

AKU: Aku tanpak satu susuk yg indah. Aku terus ke mari.

DIA:   Aduh bapak udah bijak bicara bahasa aku. Bapak sama siapa, di temani siapa?

AKU: Itu ngak penting. Aku kemari membeli sesuatu. Wulandri, saya tidak suka kamu guna perkataan "aku."

DIA:  Kenapa? Itu bahasa aku.

AKU: Saya lupa kamu indon. Maaf.

DIA: Bapak, perkataan indon itu penghinaan buat aku. Jangn sebutnya pak, sekurang2nya jangan disebut pada aku. Bapak perlu bantu aku basmi perkataan itu di bumi ini.

AKU: Itu kerja gila. Kita berdua mana mungkin. Satu cara saja yg boleh.

DIA:  Bagaimana?

AKU: Ada lebih 2.5 juta orang yang rela disebut indon, datang sebagai TKI. Kenapa? Kerana bangsanya sendiri tak mampu mencipta rejeki untuk sekadar hidup layak di sana.

DIA:  Bapak bicara dalam bahasa aku. Tidak perfect tapi aku suka. Suka bangat. Bapak belajar dari siapa.

AKU: Belajar dari rakan. Namanya Mujar. Shamsudin pun rakan jawa aku.

DIA:   Habis bagaimna cara menghapus perkataan indon.

AKU:  Begini. Jakarta kena bertindak pandai. Cipta banyak kerja. Hutan jngan dibakar. Pokok membesar berpuluh tahun bahkan ada yang beratus tahun. Pemusnahan berlaku sekelip mata. Buat ladang dengan sempurna. Indonesia kaya dengan tenaga kerja.. Ramaikan nelayan secara moderen. Indonesia ada minyak. Banyak gunung berapi. Tapak bekas gunung berapi boleh buat pusat libur atau jadikan kawasan pertanian. Tapak bekas gunung berapi subur. Pulau juga banyak di sana. Jangn harapkan Bali saja. Nanti udah banyak kerja tiada lagi TKi datang ke sini. Bila tiada TKI perktaan indon pupus dengan sendirinya. Pulau-pulau di sana banyak, jadikan pusat peranginan yang sihat. Bezakan dengan kegiatan hiburan yang disaji di Bali sekarang. Tentu ada tarikan keluarga berlibur di peranginan baru kiranya dikaji dengan rapi.

DIA:  Sukar pak. Bukan kuasa aku.

AKU: Membasmi perkataan Indon pun bukan kuasa aku. Wulandri, boleh kita selfie.

DIA:  Jangan bapak. Bapak baru aku kenali.

OK FREN, ELOK AKU BERHENTI SINI DULU. MUNGKIN BUAT SEMENTARA. KALAU AKU JUMPA DIA LAGI AKU KONGSI CERITA. (Sekurang2nya aku dah beri dia idea. Tapi siapa yg boleh membuka pintu idea aku tu di Jakarta? Atau idea itu sudah difikirankan di sana.)


KHAMIS PETANG 4 JANUARI 2016.

Tadi aku seperti biasa ke Gamuda Walk untuk coffee. Terjumpa lagi Wulandri juga sedang minum di tempat semalam.

DIA:  Assalamulaikum. Selamat sore pak.

AKU: Waalaikummussalam. Mana anak kamu?

DIA:  Aku belum dinikahii. Itu anak rakan.

AKU: Dia juga indon ya?

DIA:  Lagi2 indon. Hina kah jadi indon? TKi yg jadi pengais sampah mulia pak. Ia terlihat hina di mata kamu tetapi tak demikian perihal di mata Allah. Rejeki yang mereka dapati rejeki yang halal. Dibanding dengan koruptor. Kakek kenakan pakaian compang-camping yang mencari makan melalui mengais sampah tampak lebih terhormat.

AKU: Berapa usia kamu, mari kita selfie.

DIA:  Aku belum selesei .... Allah suka lihat hamba Nya dalam mencari yang halal.

AKU: Kamu gunakan agama untuk menundukkan aku. Kamu gunakan agama secara tidak jujur. Yang terleka atau selagi masih ada yang terlena, selama itulah agama akan jadi komoditi untuk dijual beli bagi mencari kepentingan. Kamu bukan TKi ya?

DIA:  Allah melihat apa yg aku ujar tadi. Aku kemari untuk melebarkan peluang dengan cara halal. Bapak, may i know ..... where's your wife?

AKU: Should i answer that?

DIA:  Your'e a man and any girl you approach is fortunate to be talking to you. You may ...... or may not answer me.

AKU: You are out of topic. Boleh kita selfie untuk kenangan.

DIA: Jangan bikin aku teruja. Nama bapak pun aku tak dimaklumii. Kamu yang out of topic.

AKU: Berapa usia kamu?

DIA:  Aduh, selama ini bapak disangkaii yg terbijak. Dgn pengalaman bapak mana mungkin bapak tidak tau usia aku, mana mungkin  pengelaman bapak boleh dibohongi. Berapa usia bapak?

AKU: Kalau bukan kerana kamu cantik sekarang juga aku pulang. Kamu yg perlu jawab bukan aku.

DIA:  You skipped the topic.

AKU: Aku perlu jawaban yang jujur. Apa tujuan kamu kemari.

DIA:  Bapak lupa mungkin. Tadi aku nyatakan aku ingin meluaskan cita2 keluarga aku secara halal dri segi undang-undang negara dan agama. Bapak Islam bukan?

AKU: Semestinya aku Islam.

DIA:  Aku tidak ijin benda haram di tubuhku. Bila ada benda haram dalam dagingku, do’aku bakal lebih susah untuk dikabulkan. Walau sholatku tertunai. Sholat hal pertama yang bakal dihisab.

AKU: Kamu berpidato?

DIA:  Aku berbangga dgn pengais sampah yg mengutipnya di jalan, di kantor serta di gedong-gedong untuk mendapat rejeki menampong keluarga secara halal. Profesi nya lebih mulia dari pengemis atau pengusaha yg tidak amanah.

AKU: Soalan aku tidak dijawab.

DIA:  Aku perlu pulang sekarang. Esok aku akan ke kantur direktur di salah satu enterprenur. Aku akan kemari semula esok jam 5, kurang atau lebih. Assalamualaikum.



5 JANUARI 2016, JUMAAT PETANG

Aku kongsi lagi pasal jumpa Wulandri yg datang dari Jawa. Aku suka kongsi walaupun aku tau tak ada yg membacanya. Aku tertarik dgn dia bukan saja kerana dia muda dan cantik tapi minda dia terlalu beza.

AKU: Salam sore. Apa kbar?

DiA:  Kabar baik. Bapak bagaimna?

AkU: Aku baik-baik saja mas.

DiA:  Waduh ... terharu aku. Kapan bapak sampei.

AkU: Bagaimana kamu di kantor tadi. Pergi dgn siapa?

DiA: Hancur pak. Aku tak berjaya. Persiapan aku lemah. Mungkin aku kembali lagi dengan persiapan yg lebih rapi, lebih mantap. Aku bersama paman tadi.

AkU: Jadinya kamu bukan TKi?

DiA:  Aku dosen di sana.

AkU: Dosen itu apa?

DiA: Aku ibu guru di universitas. Hampir 4 tahun aku peggang professi itu. Aku kemari ingin tapakkan bisnes papa. Di sana kompetisi perit bangat.

AkU: Kenapa breast kamu basah?

DiA: Bapak mungkin berpendidikan tapi sayang kata2 bapak tidak lebih sopan dri org yang tidak pernah sekolah, hargailah orang pak apa pun profesi atau jantinanya.

Aku: Cuba kamu lihat dada kamu. Lihat. Mungkin celana dalam juga basah. Malu dilihat publik.

DiA: Oh ya. Maaf pak. Terima kasih. Di takksi tadi es-krim jatuh aku ngak perasaan . Permisi aku mau ke toilet untuk membersihnya.

AKU: Silakan.


Photo credit: tangisanmelayu.blogspot.my

DIA:   Ahad ini aku balik Jawa karena kuliah aku ..... bapak temani aku ke Jawa boleh bincang sama papa cara untuk dia maju di sini. Aku minta papa janji sesuatu habuan nanti. Belum pernah aku tawarkan kepada sesiapa ini. 

AkU: Jgn pernah menjanjikan sesuatu yg kamu sendiri belum bisa pasti untuk menepatinya.

DiA:  Bagi aku perjanjian itu satu harapan. Untuk melengkapkan harapan  janji kena disempurnakan.

AKU: Aku ingin penjelasan. Mungkin terlalu personal soalan ini. Kamu cantik. Kenapa belum berpasangan?

DiA: Aku pilih-pilih orang pak. Nggak mau sembarangan. Kalau gak suka, ya gak mau. Aku kek gitu orangnya. Terutama tentang minta ditolongi. Begitu jugak dgn jodoh.

AKU: Kamu pilih yang macam mana.

Dia:  Bapak ngak sudi bicara pasal bapak. Isteri di mana? Kalau masih single mengapa? Aku percaya bapak orangnya hebat. Ngak mungkin tiada pasangan.

AkU: Aku  manusia rendahan yg dilimpahii dgn kekurangan. Kamu silap memuji aku. Mungkin pujian kamu bertujuan. Aku tidak minta kmu menilai menurut apa yang kamu lihat. Tapi kamu bebas menilai, yang sepatut dinilai menurut kamu.

DIA:  Jangan menghina diri. Kamu laki-laki.

AkU: Tawaran untuk jumpa papa kamu aku tolak. Menolak bukan tanpa alasan. Kerana aku hanya ingin menjalani hdup seperti yang aku mau, bukan menjadi yang org lain inginkan.

DiA:  Kenapa aku tidak diyakini pak, Lihat paspot aku ni. Nah ..... alamat aku. Di situ papa ku miliki sebuah toko bisnes.

AkU: Aku terlalu amat kuat tidak yakin boleh membantu. Konfiden aku di level paling bawah. Almost zero.

DiA:  Bapak kepingin kecewa sendirian. Put some hopes in life bapak. Hope lies in dreams, in imaginations and in courage. Mereka yg berjaya adalah mereka yg berani menjadikan mimpinya reality. Usia bukan penghalang.

AKU: Kamu tak pernah cerita pasal diri kamu. Selfie pun kamu ngak sudi. Bagaimna mungkin kamu dipercayaii.

DiA:  Aku akan pulang ke Jawa, Ahad. Aku akan tunggu bapak di sini hari Sabtu. Jam lima. Paman aku ada sekali. Kita bincang pasal trip ke Jawa. Tunggu kami pak.

Credit to: billyinfo.blogspot.my

6 JANUARI 2016, SABTU PETANG

Semalam Wulandri kata nak jumpa aku. Memandangkan dia nak balik ke tanah Jawa pada esok hari, jadi aku pergi jumpa dia buat kali terakhir. Lagi pun aku memang nak minum petang macam selaulunya.

AKU: Selamat sore ibu guru.

Dia: Bapak. Silakan.

AkU: Mana paman kamu?

DiA: Paman tidak kesempatan. Dia masih shopping dgn antie di K Lumpur.

AkU: Kamu mau aku prcaya alasan itu.

DiA: Kami udah bincang, papa aku setuju. Bantuan dari bapak kami perlu tapi kami mau bapak sendiri memberi jawaban. Kami tidak mau ajukan perkara itu lagi. Kami tunggu kamu maklumi kami.

AkU: Adakah itu suatu cara terbaik bagi kamu?

DiA:  Sebutan bapak jelas indonesianya, tapi ada grammer-nya yg  kurang cocok.

AKU: Bahasa apa yang kita tutur tidak penting. Keperluan bertutur tidak kira dalam bahasa apa. Pertuturan dilakukan untuk memahami maksud.

DIA:  Bapak, aku bukan nggak mau selfie sama bapak. Kalau foto kita di-snap pasti kita menyimpannya. Kalau bapak bukan milik aku udah tentu foto itu jadi punca robek-nya hubungan dengan pasangan masing2.

AkU: Alasan kamu terlalu cetek.

Dia:  Aku ada sekeping foto. Belum pernah aku agihkan foto ini. Cuba bapak onn kan bluetooth bapak. Aku hantar sekarang, id aku: Neng.


AKU: Foto apa ini? Aku ngak ngerti.

DIA: Bapak simpan dulu. Ada ceritanya.

AKU: Kamu bikin aku pusing.

DIA: Bapak se orang yg beda sekali. Jauh beda dengan laki-laki lain. Hujah bapak rasional bahkan aura kamu mepersona. Aku merasai amat dihargai berada di sini walau seketika.

AkU: Tidak mudah kamu mempengaruhi aku.

DiA: Kamu seorang yang luar biasa. Aku pasti beruntung dapat mengenali kamu. Aku menghargaii kraktor bapak serta attitude kamu yg positif.

AKU: Berani aku nyatakan kamu terburu-buru mengatakan sesuatu mengikut pandangan mata. Kamu terlalu baru mengenali aku. 

DiA: Apa pun yg akan terjadi kepada bapak, kamu tetap sentiasa mempunyai admirer kerna "dia" tau sebab dia bisa kenali siapa kamu.

AkU: Kamu bijak membuat andaian. Ya, semata-mata andaian.

DiA: Give your trust pak dan tunjukkan kepada dia bahawa kamu memang ngerti tingkah lakunya dan bapak tahu perasaan dia terhadap kamu.

AkU: Aku memang kalah berbicara dgn kamu. Hujah kamu padat. Aku orang biasa yang dibesar dengan segala kekurangan dan kelemahan. Aku bukanlah seorang bapak-guru dan pastinya tidak bisa untuk membidas hujah kamu secara ilmiah. Walau pun aku percaya kamu silap.

DIA: Tidak mungkin aku silap. Kesilapan hanya pada bapak sebab bapa tidak ambil peduli.

AkU: Cuma aku ngerti ungkapan kamu dan bersyukur atas kurunia dan anugerah-Nya sebab dapat memahami diri kamu.

DiA:  Andainya kita tidak pernah berbicara begini, pasti kamu aku anggap seperti   se ekor beluncas.  Persenaliti bapak mempelawa aku untuk mengenali bapak sehampirnya. You confidently approached me pak.

AKU: I believe men think that attractive women are interested in guys who have looks and money or in a certain age group. Yes, there are some, but not many women far more interested in a man's personality than his wallet or his looks.    

DiA:  Bapak arif di situ. Flight aku jam 6.50 esok pagi. Onn kan bluetooh bapak. Ada gmbar untuk bapak.



AKU: Terima kasih. Aku suka. Aku pasti kamu berpotensi mewarisi bisnes papa kamu.

DiA:  Ieya pasti. Doa'kan kejayaan aku pak.

AkU: Bisnes ni umpama kita duduk di belantara. Persaingnya hebat2. Di situ ada giraff, ada singa. Giraff has to run faster than the lion for its  survival. Begitu juga singa. Kalau singa tidak pantas belari untuk mengejar giraff singa mati kelaparan. Kita pun demikian.

DiA:  Harap kamu dpt bantu aku.

AkU: Neng, dengar sini aku nyatakan yg benar. Aku kepingin membantu siapa2 saja secara jujur. Terutama sekali kamu tapi kesihatan aku merumitkan niat aku untuk berbakti pada yg memerlukan. Akhir2 ini aku sering di hantar ke rumah sakit. Paling kurang dua minggu per admission .......... Jantung aku lemah. Paru2 aku dalam keadaan kritikal menyebabkan pergerakan terbatas.

DIA:  Kenapa begitu?

AkU: Oxygen tidak pernah cukup untuk di- konsium oleh tubuh. Aku diawasi oleh dua doktor pakar. Aku sebenarnya menunggu detik yg ngeri buat anak2 .........  bagi ku detik itu terlalu mungkin.

DiA:  BAPAK !

(Semua gambar dan video dalam cerita ini tiada kaitan, semata-mata hiasan.)

This site belongs to us and the stories are ours. Everyone has a story to tell and in sharing we find healing. I expect that my true story will give hope a chance to grow in your heart. Your stories and wisdom are as meaningful as mine.



Senarai sahabat penulis di bawah:

Penulis tidak bertanggongjawab terhadap komen yang menyalahi undang-undang, menyentuh sentimen agama dan kaum serta sensiviti individu.

Thursday, 9 June 2016

MEMOHON MAAF TAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN DIA BETUL TAPI MEMOHON SEBAB MENGHARGAI SE BUAH PERSAHABATAN


0btained good As in 2015 SPM

Assalamulaikum dan selamat bersahur,

Berfikirlah dengan ilmu, berucaplah dengan ilmu dan menulislah dengan ilmu. Kata-kata ni bukan menunjuk aku lebih berilmu, ini ingatan untuk diri aku. Aku pun mengutip ilmu melalui orang lain, melalui sahabat-sahabat termasuk kamu yang membaca ni.

Sahabat bagi aku penting bukan semata-mata kerana menagih sokongan. Aku banyak belajar melalui sahabat terutama tentang erti persahabatan. Aku suka bersahabat dengan mereka yg waras yang sentiasa mengatakan salah kalau perkara itu tidak benar dan mengatakan benar apabila perkara itu betul. Maksud aku mereka yang berfikiran kritikel (critical thinking).

Ada orang yang tersilap tentang memahami makna Critical thinking. Berfikiran kritikal sebenarnya bermakna se seorang yang berupaya berfikir dengan jelas secara rasional tentang perkara yang benar dengan berfikir secara ilmiah. Critikal thinking bukan bermakna suka-suka mengkeritik.

Aku pun banyak belajar melalui rakan-rakan yang tidak berfikiran kritikel. Sebenarnya aku lebih banyak dapat pengalaman melalui mereka ni. Aku dapat banyak pengajaran yang berguna; by learnning examples of what they have done.

Law student sebelum ke klass.

Mereka yang kerap berfikiran tak lojik sebenarnya bukan manusia bodoh. Kita salah kalau menuduh mereka begitu. Bukan setakat salah, bahkan kita juga menanggong dosa. Adakah kita lebih bijak dalam semua hal dari mereka? Apakah alat yang kita guna untuk menyukat kepandaian kita?

Mereka yang kita anggap bodoh sebenarnya bukan orang bodoh cuma mereka kurang "smart". Manusia yang cerdik pandai pun bukan tak ada yang bodoh. Kita susah nak nampak kebodohan mereka sebab mereka berselindung di belakang kedudukan dan kelulusan pointer degree yang tinggi atau berselindung di sebalik Phd mereka. Kadang-kadang terserlah juga kebodohan mereka cuma mereka tak tau yang kita dah tau mereka juga bodoh. Mereka tak tau yang kita dah tau sebab kita sengaja diamkan diri buat-buat bodoh.

Manusia yang kita anggap pandai tetapi kalau dia tidak boleh bangun semula selepas jatuh, dia bukannya bijak. Sebaliknya manusia yang kita anggap bodoh tapi bangkit semula berdiri, dia sebenarnya se orang manusia "smart" yang berani.

Apa-apa pun ia bergantung kepada kita menkelasifikasikan se seorang itu bodoh atau pun kurang cerdik. Bagi aku tak perlu kita menilai sesorang itu bodoh atau tidak, sebab mengabeh-kan boreh jo. Yang penting kita pandai memilih someone who is doing something right.

Tak lama lagi kita semua nak sambut raya. Bolehlah kita mula bersiap-siap untuk menyambutnya sebab kita dah tau bila harinya. Tapi kita tak tau bila hari akhir kita. Apabila kita tak tau hari akhir kita, itu yang menyebabkan kita tak buat persediaan. Aku tak bermaksud semua orang tak buat persediaan tapi kalau dah ada yang buat pun, buat setakat ala kadar. Sebenarnya persediaan tu bukannya susah. Apa yang kita lakukan seharian dengan mengikut semua tuntutan NYA termasuk melakukan perkara-perkara sunat, itulah persediaan kita.

Akhirnya aku ucapkan selamat hari raya, mohon maaf zahir batin dengan ucapan jangan main mercun.

Senyumlah selepas baca ni sebab senyuman itu sedekah.

Geng ASASI Law

(Gambar-gambar dan video dalam artikel ini tiada kaitan dengan cerita, sekadar hiasan sahaja)

This site belongs to us and the stories are ours. Everyone has a story to tell and in sharing we find healing. Your stories and wisdom are just as meaningful as mine.


A part-timer model (klik Bahtera Merdeka)  Klik Untuk Bahtera Merdeka

Maklumat di bawah ini mungkin berguna untuk anda:

Penulis tidak bertanggong-jawab terhadap komen yang menyalahi undang-undang, menyentuh sentimen agama dan bangsa serta sensiviti individu.


Sunday, 5 June 2016

BERPUASA MENGENALKAN SIAPA KITA YANG SEBENAR

Photo credit: orphandonation.blogspot

BERPUASA MENGENALKAN SIAPA KITA YANG SEBENAR

Assalamulaikum,

Aku tulis kali ni pendek aja. Terpendek dari sebelumnya. Ini tak bermakna selama ni aku tulis panjang berjela. Biasanya jumlah perkataan yang aku tulis memadai untu pembaca memahami apa yang aku tulis. Kali ni aku tulis hanya untuk memohon maaf kepada mereka di bawah ni:

a. Mohon maaf kepada blogger-blogger yang mintak aku sambungkan blog mereka ke blog aku. Aku tak dapat tunaikan, bukan kerana aku sombong. Agama kita melarang kita menyombong tapi kebanyakan tulisan di blog mereka yang aku baca tidak sealiran dgn selera pembaca-pembaca page aku. Merekalah sumber inspirasi aku berblogging.

b. Aku juga mohon maaf daripada mereka yang mintak aku perkenalkan barangan mereka atau kegiatan kumpulan  mereka di page aku. Menolong tu satu perbuatan yang mulia tapi kalau perkara tu tak sahih pada aku, maaflah, tak dapek den nak tolong.

Aku bersedia menolong sesiapa sahaja dengan rela hati andainya aku benar-benar pasti kesahihannya walau pun tanpa mereka minta. Sebagai contoh ada beberapa link  kat bawah ni, yang aku tau mereka ini, jujur, benar dan mengotakan apa yang dikata. Jaminan aku; tiada siapa yang akan kecewa jika berurusan dengan mereka ini:

1. Klik untuk mengetahui HOMESTAY


2. Klik untuk mengetahui PEDOMAN SUTERA


3. untuk penjana KESIHATAN ANDA


4. Klik untuk mengetahui CENDERAHATI

Tuan punya link kat atas kalau terbaca ni, tak perlulah ucap terima kasih sebab aku dah berpuas hati dengan memberi tau pembaca-pembaca perkara yang benar. Itu setaraf dengan ucapan terima kasih untuk aku.

Sekian, selamat bersyahur.

(Gambar dan video tiada kaitan dengan tulisan di page ini.)

This site belongs to us and the stories are ours. Everyone has a story to tell and in sharing we find healing. Your stories and wisdom are as meaningful as mine.


Siapa yang rindu, tontonlah vido ni

Penulis tidak bertanggong-jawab terhadap komen yang menyalahi undang-undang, menyentuh sentimen agama, kaum dan sentimen individu.

Thursday, 2 June 2016

KENAPA PERLU DISIMPAN LAGI? SOALAN YANG JUGA PERLU DITANYA PADA DIRI SENDIRI. BILA NAK TANYA?

Adakah ini cara senaman untuk membuang toksin di otak?

Bulan suci penuh berkah cuma berada beberapa langkah sahaja dihadapan.  Saatnya untuk kita lebih mendekatkan diri kepada Allah dengan menjauhi keburukan dan memperbanyakkan ibadah. Dengan  menjelangnya Ramadhan aku dengan serendah diri menghulur permohonan maaf, zahir & batin atas segala kesilapan sebelum ini. Di samping itu diharap sahabat-sahabat dan para pembaca sekelian dapat memantapkan lagi semangat silaturahim kita yang telah sedia kental dengan ikatan persaudaraan yang intim secara berterusan. Amin.

Tak beberapa hari lagi mulalah umat Islam mematuhi Rukun Islam yang ke tiga dengan se bulan berpuasa. Selamat datang bulan suci Ramadhan. Maka bermulalah bulan mengutip (lebih) paha tapi jangan terkejut kerana ada yang menjadikan bulan Ramadhan sebagai bulan pembaziran. Kamu tentu faham apa yang dimaksudkan.

Kita sekarang berada dalam masyarakat yang membiarkan kita memiliki secara berlebihan. Kita mengambil lebih dari yang diperlukan. Perbuatan itu bukanlah suatu kegiatan pelik kerana kita dikelilingi dengan ahli masyarakat yang mengamalkan perbuatan yang serupa, mengambil lebih dari yang sepatutnya.

Kamu membeli barang dengan banyak kerana kononnya diberi tawaran istimewa sedangkan yang banyak tu bukan keperluan. Kamu mengumpul ramai kawan sedangkan ramai di antara kawan yang kamu kumpul tidak tau menghargai persahabatan. Kamu mengutip banyak maklumat sedangkan bukan semua maklumat ada kaitan dengan hidup kamu. Mungkin ada maklumat yang tidak sahih yang kamu kumpul tapi kamu percayakannya dan mulalah kamu menyebar kepada orang lain dengan anggapan orang itu nanti akan percaya seperti kamu. Di dewan jamuan secara buffet pula, kamu penuhkan pinggan dengan semua jenis makanan tapi yang dimakan tidak seberapa.


Kamu membanyakkan aktiviti harian dengan mengongkong diri kamu secara ketat. Kamu sendiri mengujudkan jadual supaya kamu senang menguruskan aktiviti tetapi kamu tidak membuat pertimbangan untuk menguruskan keutamaan. Keutamaan tidak lagi jadi keutamaan kamu. Akhirnya tanggong-jawab yang sepatutnya menjadi keutamaan kamu terabai.

Sudah tiba masanya kamu berhenti untuk mengambil sebarang benda secara banyak. Mencukupi adalah perkara yang kamu perlukan. Kamu tidak perlu benda yang lebih banyak. Merasa cukup sebenarnya merupakan suatu kuasa yang dapat menghalang kamu dari mengambil apa-apa secara berlebihan.

Jika sebelum ini kamu sentiasa mengambil secara berlebihan eloklah kamu mengubahnya sekarang. Dicadangkan kamu lakukan perkara di bawah ini dahulu sebagai permulaan:

a. Kaji jadual harian kamu. Nilaikan "masa" yang kamu gunakan dan ambil tahu tujuan apa masa itu digunakan. Keluarkan dari jadual kamu aktiviti yang tidak mendatangkan hasil. Andai kata ada aktiviti yang kamu lakukan tidak memberi kamu kebahgiaan atau tidak dapat membaiki diri kamu, itu menunjukkan kamu telah mengabadikan masa untuk perkara yang salah.

b. Buangkan benda-benda yang kamu tidak dapat gunakan lagi. Jujurlah pada diri sendiri dengan bertanya, "Apakah perlunya aku menyimpan barang yang tidak berguna ini?" Melainkan kamu seorang pengumpul barangan antik dan tersangat tau nilainya serta berkemampuan menyenggara. Menyimpan barang yang tidak boleh digunakan lagi hanya menyempitkan ruang. Sebaik-baiknya buangkan, jual atau sedekah benda-benda itu. Persekitaran kamu akan menjadi lapang, selamat dan menarik. Minda kamu turut menjadi lapang bagaimana luasnya persekitaran kamu selepas itu.

Apa lagi yang kamu perlu buang?

c. Kemaskini minda kamu dengan membuang fikiran yang negatif. Sudah tiba masanya kamu bersihkan otak kamu. Perkara negatif tidak perlu diberi ruang dalam kepala kamu melainkan kamu rasa akan mati serta merta jika perkara negatif dibuang. Jika kamu berpendapat kamu akan mati jika dibuang kesemuanya sekali gos, kamu boleh membuangnya secara ansuran. Sama seperti kamu berhutang membeli kereta secara bayaran bulanan. Lama kelamaan hutang selesai. Untuk membuang perkara negatif kamu mesti tau perbezaan antara negatif dan positif.

Perkara negatif memang mudah hinggap di otak kita sebab kita percayakannya bukan kerana kita memerlu atau memilihnya.

Ada orang tidak tau yang dia mempunyai fikiran negatif. Bertindak secara negatif ni sebenarnya merupakan satu sikap. Bukan senang untuk mengetahuinya yang kita berfikiran negatif lebih-lebih lagi untuk membuangnya disebabkan kekeliruan. Dia keliru sama seperti kita yang keliru melihat air di dalam gelas seperti di bawah. Ianya mengelirukan.

Separuh penuh atau separuh kosong?

Cuba kamu nyatakan glas di atas, samada ianya separuh penuh atau separuh kosong? Jawapannya samada separuh penuh atau separuh kosong, kedua-duanya mengelirukan kerana berlainan persepsi. Orang yang ketiga jika ditanya dengan soalan yang serupa dia akan menjawab, "Air itu separuh glass bukannya separuh kosong." Tiga orang yang ditanya dengan soalan yang sama mereka memberi tiga jawapan yang bertentangan walaupun maksudnya sama.

Kalau kamu tanya aku, pasti aku akan jawab yang membuat kamu rasa lebih  keliru. Jawapan aku semestinya begini, "Gelas tu ibrat kepala kita. Air tu sebagai benda baik sebab tanpa air tiada kehidupan. 'Jug' tu sebagai diri kita. Bermakna terpulang pada kita samada untuk mengisi kepala kita penuh dengan perkara-perkara positif atau membiarkan otak kita separuh kosong."

Sekarang mari kita berbalik semula kepada acara membuang benda negatif dari minda. Apabila perkara negatif sudah tiada dalam kepala kamu, kamu bolehlah membuat satu hadangan untuk mengelak dari perkara negatif menyusup semula ke minda kamu kerana negatif itu subversif.

d. Susun atur diri kamu melalui displin. Contoh yang mudah; selepas pembersihan dilakukan letak semula barangan di tempat asalnya selepas digunakan seperti parang. Ini menjadikan persekitaran kelihatan teratur dan tidak mudah hilang dalam simpanan serta tidak merbahayakan orang yang berada di situ. Jadikan tabiat itu sebagai permulaan pengurusan diri.

e. Berani untuk berkata TIDAK. Berkata tidak kepada diri sendiri apabila ada keinginan untuk mengambil lebih. Contohnya kamu kena berani berkata tidak kepada mata kamu terutama semasa kamu mengziarah pasar Ramadhan tidak lama lagi.

Berkata tidak kepada rakan-rakan yang mengajak lakukan perkara negatif walau pun tidak salah dari segi undang-undang. Berkatalah TIDAK kepada cadangan sesiapa pun yang tidak memberi pulangan kepada kamu.

Katakan TIDAK  untuk memulakan projek baru selagi projek yang terdahulu belum bergerak. Uruskan setiap projek kamu satu persatu kerana diri kamu bukannya institusi.

Jika kamu lakukan kesemua perkara di atas secara berperingkat, sudah pasti prestasi diri kamu akan meningkat dan ianya bukannya satu perkara mustahil untuk dicuba. Jika berjaya membuang kesemuanya kamu akan dapat satu nikmat hidup yang lebih tenteram dari sebelum ini. Jika ada apa-apa yang kamu hendak buang, lakukan sekarang.

Hati-hati apabila membuang, jangan sampai terrbuang sekali isteri pertama.

(Semua gambar dan video tiada kaitan dengan tulisan, semata-mata hiasan)

This site belongs to us and the stories are ours. Everyone has a story to tell and in sharing we find healing. Your stories and wisdom are just as meaningful as mine.


Klik gambar di atas untuk besarkan imej


Miley Cyrus
(Jolene, 1st recorded by Dolly Parton in May 22, 1973. Genre couK
Klik teks berwarna kuning untuk mengenali rakan FB anda 

Klik teks berwarna hijau untuk mengenalali rakan FB anda

Klik teks berwarna  unggu untuk mengenali rakan FB anda 

Klik gambar  untuk besar kan image
 Bersih, selesa dan berbaloi




Penulis tidak bertanggong-jawab terhadap komen yang menyalahi undang-undang, menyentuh sentimen agama, kaum dan sansiviti individu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...