Pagi-pagi lagi saya sudah bertolak dari kampung untuk balik ke Shah Alam. Tujuan balik semata-mata untuk menuntun perlawan bolasepak di antara Laos dengan Malaysia di stadium.
Hari masih awal, saya menysur ikut jalan lama tidak seperti biasa selalunya ikut lebuhraya.
Memandu sungguh tenang kerana kereta belum banyak lagi. Saya memandu dengan kelajuan tidak melebihi 80 kilometer se jam.
Kelajuan yang terlalu perlahan jika dibandingkan cara biasa saya.
Awan perlahan-lahan mula menampakkan mendung.
Tiba-tiba hari jadi gelap. Tidak lama selepas itu turun hujan. Makin lama sesemakin lebat. Hujan mencurah-curah menyebabkan pemanduan tidak jelas.
Saya berani memandu tidak melebihi 45 kilometer se jam disebabkan jarak pemandangan terhad.
Lebih kurang 150 meter di dapan saya nampak se buah motor berhenti.
Saya memperlahankan kereta dan dapati ada dua orang wanita bersebelahannya. Sebaik berhenti mempelawa kedua-duanya naik.
Mereka tidak menjawab.
SAYA: Naiklah, kita cari tempat teduh yang selamat. Kat sini bahaya, jalan gelap. Dengan kilat dan petir.
Selepas diulang beberapa kali baru kedua-dua naik dan duduk di baghagian belakang. Saya dapati mereka kuyup dan tidak ada bahagian yang tidak basah.
SAYA: Kat tempat duduk tu ada tuala. Tuala tu bersih. Laplah dengannya.
Wanita yang kelihatan berusia mungkin ibu kepada gadis muda itu bersuara.
WANITA: Tak apalah encik. Saya dah basah ni.
SAYA: Laplah badan tu. Sejuk ni, nanti selsema. (Mereka masih enggan menggunakan tuala saya).
Saya memandu semula dan memberhentikan kereta di hadapan sebuah kedai minuman yang juga merupakan se buah kedai runcit di situ.
Saya mengajak mereka minum tetapi mereka menolak dengan alasan mereka kenal dengan pekedai itu.
SAYA: Kita minum sekejap untuk panaskan badan. Dah terlanjur berhenti ni. Elok tunjukkan muka kalau tak mereka syak yang bukan-bukan. Gunakan tuala tu untuk menutup badan kerana baju tu dah basah.
Kami memesan teh tarik panas. Sewaktu tuan kedai menghantar minuman dia bersuara bertanyakan siapa saya.
SAYA: Saya dari kampung tadi tiba-tiba ternampak dia berdua berdiri di dalam hujan. Tepi jalan. Hujan lebat berserta petir. Saya bawa dia ke sini. Sekurang-kurangnya di sini selamat.
PEKEDAI: Oh, saya ingat encik sedara dia. Encik asal mana. Nak ke mana? Baik hati encik.
SAYA: Asal dari mana saya rasa tak payahlah saya beri tau. Yang penting hati kita mesti seperti hati kita yang asal. Hati kita yang asal dulu belum tau nak buat jahat. Asal yang tulah yang penting. Kampung saya kat Johor.
Pekedai itu senyum sambil menunjukkan isyarat 'good' dan meninggalkan kami untuk pergi ke meja lain. Saya difahamkan kedai itu merupakan tempat untuk perempuan ini membeli barang dapur.
Ada masanya kedai ini menjual ikan sungai tetapi tidak kerap.
Apabila saya tau kedai ini menjual ikan sungai saya terus ke bahagian barang basah. Memang betul di situ saya dapati ada ikan baung, ikan lais, ikan tebakang dan ikan puyu. Saya memang lama mengidam untuk makan ikan sungai.
Saya ambil dua ekor ikan baung yang beratnya dua kilogrem. Saya bawa ke meja dan tunjukkan kepada perempuan tadi.
SAYA: Ini ikan baung. Masaklah cara apa pun. Bila dah masak beri saya sikit untuk saya bawak balik.
Dia terkejut lalu bertanya macam mana saya boleh kenal semua jenis ikan. Saya kata saya tau sebab saya membesar bersama sungai.
Lama juga dia membuat keputusan untuk bersetuju memasaknya.
Hujan mula berhenti. Selepas membayar harga minuman dan harga ikan, saya menghantar mereka pulang.
Saya dapati rumahnya baru tapi bentuknya masih kekal bentuk rumah Melayu lama; ada serambi, anjung dan ada pelantar.
Rumah papan bertiangkan batu kelihatan kemas. Gelegarnya tidak dipaku sebaliknya menggunakan pasak dibuat dari kayu.
Dari luar saya dapati rumah itu tidak bersiling. Kasau untuk menempatkan atap genting nampak nyata tersusun kemas. Rumah tersebut hampir 90 peratus menyerupai rumah Melayu lama cuma ianya tidak mempunyai bendul dan kisi-kisinya tidak berukir.
Kisi-kisi dikekalkannya bertujuan untuk peredaran udara.
Saya tertarik dengan jenang pintu dan jenang tingkapnya. Jenangnya dicat dengan warna coklet kemudian dilapiskan dengan bernish. Indah buatannya.
Setelah keluar dari kereta, anaknya terus masuk ke rumah. Ibunya mempelawa saya masuk tapi saya enggan dengan alasan tiada lelaki lain di situ.
Katanya, "Tak apa. Bukannya kita berdua. Anak kakak pun ada." Dia membahasakan dirinya kakak.
SAYA: Saya panggil kakaklah. Tadi nak panggil apa tak tau. Nama pun saya tak tau. Nama saya Adam.
KAKAK: Panggil kakak pun boleh. Nama kakak Sumiy'ah. Suami kakak dah lama tak ada. (Nama anaknya tidak diberi tahu).
SAYA: Beginilah kak. Elok saya ke kedai tadi semula. Saya tunggu kat sana. Bila dah masak kakak telefon saya. Nanti saya datang.
KAKAK: Adam tunggu kat rumah ni pun tak jadi hal. Kalau segan nak masuk, duduk kat serambi pun boleh. Kat situ berangin.
SAYA: Bukan saya tak sudi kak. Cuma saya rasa tak selesa tercangok sorang-sorang. Akak telepon saya bila dah masak. Jangan banyak sangat untuk saya, se kelar pun dah lebih dari cukup. Akak yang masak ke?
KAKAK: Kalau gitu, satu jam lagi Adam datanglah. Anak akak tu dah biasa buat kerja dapur. Dialah yang masak.
Kakak itu masih tidak memberi tahu nama anaknya. Saya memang ingin nak tau.
Saya pergi ke kedai tadi. Saya duduk sementara menunggu kakak tadi menyediakan gulai ikan sungai untuk saya bawa balik..
Semasa di situ saya terbayangkan wajah kedua-dua anak beranak itu. Ibunya berusia tetapi wajahnya nampak berseri dan kelihatan muda.
Hati saya berkata tentu dia ada amalan untuk nampak menarik, sekurang-kurangnya tekaan saya dia mengamal petua orang lama atau mungkin dia makan ubat tradisional.
Maklumlah dia orang kampung dan caranya hidupnya pun menampakkan dia berpegang kepada cara hidup orang Melayu lama.
Anaknya kelihatan jauh lebih muda darinya. Parasnya menawan.
Kulitnya bersih, wajah berseri serta susuk badannya yang begitu menarik; bentuk yang sangat diidamkan oleh gadis-gadis sekarang. Sayangnya dia tidak bersolek dan andainya dia disentuh sedikit oleh pakar solekan, berani saya katakan dia akan kelihatan setanding Puteri Gunung Fujiyama.
Setelah genap satu jam menunggu, saya pergi semula ke rumah kakak Sumi'yah. Setibanya saya di rumahnya saya menunggu di kereta. Kakak Sumiy'ah menjemput saya naik.
Saya kata tidak menjadi halangan bagi saya menunggu di situ. Dia meminta saya naik ke di serambi sementara menunggu anaknya menyediakan makanan.
Apabila saya berada di serambi, saya dapati makanan telah sedia terhidang. kakak Sumiy'ah menyuruh saya makan. Saya menolaknya dengan alasan saya datang semata-mata hendak mengambil gulai ikan baung.
KAKAK: Di serambi ni tak ada meja. Kita duduk bersila di lantailah. Lagi pun Adam takkan sudi masuk ke ruang ibu rumah ............ Adam kena makan jugak. Sekurang-kurangnya untuk menghilangkan rasa penat orang yang menyediakannya.
SAYA: Saya boleh makan kak, dengan syarat kita semua makan sekali. Kalau kakak berdua tak makan, saya malu nak makan.
Kakak Sumiy'ah pergi memanggil anaknya. Kakak Sumiy'ah duduk di kanan saya dan anaknya bertimpuh di sebelah kiri saya.
Manis sungguh kelihatan cara dia duduk begitu tambahan pula dia memang manis orangnya. Sudah bertahun saya tidak nampak gadis kita duduk bertimpuh.
Sambil makan kami bersembang. Banyak juga pertanyaan dari kakak Sumiy'ah yang saya jawab.
KAKAK: Adam balik kampung kenapa tak bawak bini?
SAYA: Bini saya dah tak ada kak.
KAKAK: (Dia terdiam sekejap) Kenapa tak cari pengganti?
SAYA: Saya dah carik kak. Dari sejak musim durian hingga musim rambutan, pun lom jumpa.
Kakak Sumiy'ah ketawa, sebaliknya anaknya yang diam dari tadi tunduk tersenyum yang menyebabkan pipinya yang tersedia merah bertambah merah.
SAYA: Saya berselera makan ni kak. Lama tak rasa masakan begini. Sejak bini saya dah tak ada, tak merasa masakan macam ni. Memang terasa sedapnya. Kunyit hidup dengan asam cepu, memang lawannya, sedap.
KAKAK: Itulah, cepat-cepat cari pengganti, nanti hari-hari boleh makan masakan ni. Asam cepu banyak di rumah kakak. Bukan asam cepu je, yang lain pun ada.
Kakak Semiy'ah menyuruh anaknya menambah nasi ke pinggan saya. Dia masih tak menyebut nama anaknya. Ingin saya bertanya tetapi terasa malu.
Sewaktu anaknya hendak menambah nasi ke pinggan, tanpa sedar saya memegang tangannya untuk menghalang.
SAYA: Kak, dalam rumah ni tak ada tetamu. Saya bukan tetamu. Saya seperti kakak berdua, jadi tak perlu raiikan saya. Yang patut kita raiikan sekarang ialah kesyukuran kerana kita menikmati rezeki Allah. Syukur alhamdulillah.
Baru saya sedar tangan anaknya masih di gengaman saya. Saya lepaskannya sambil meminta maaf dengan berkata yang saya lakukan tadi tanpa sedar. Kakak Sumiy'ah berkata, "Allaaaa, pegang sikit je. Bukannya luak."
Sepuluh minit selepas makan saya mohon diri. Kakak Sumi'yah menghantar saya ke kereta. Anaknya berkemas di dapur dan saya masih belum tahu lagi namanya.
SAYA: Kak, saya ucap terima kasih kat kakak menyediakan masakan tadi. Memang sedap. Terima kasih kak.
KAKAK: Akak tak masak? Akak berkemas. Rumah beselerak, malu kat Adam nanti.
SAYA: Tak patut kalau saya tak ucap terima kasih kat anak kakak. Dia yang menyediakan makanan. Tolong panggil dia kak, tak manis kalau saya tinggalkan begitu saja. Nak ucap terima kasih kat dia.
Apabila kakak Sumiy'ah hendak naik ke rumah untuk memanggil anaknya, saya menahannya. Saya minta dia memanggilnya dari tempat kami berdiri. Kakak Sumiy'ah memanggilnya.
KAKAK: Ma'knunah ...... Ma'knunah. Datang sini sekejap.
Anaknya datang dan berdiri de sebelah kiri ibunya. Mereka mengadap saya dalam jarak lebih kurang enam kaki.
Anaknya kelihatan malu-malu. mungkin dia penyegan orangnya. Bibirnya mengukir satu senyuman yang amat bermakna. Saya pandang tepat ke matanya lalu berkata.
SAYA: Terima kasih sebab sediakan makanan. Makanan memang sedap. Semestinya dipuji.
Anaknya tidak berkata apa-apa. Dia memandang jauh ke depan. Saya tak tau apa di mindanya.
Saya pandang kakak Sumiy'ah sambil bersuara.
SAYA: Kak, selain dari cantik dia memang pandai masak. Untung siapa yang dapat dia.
Sebaik sahaja selesai berkata, anaknya menundukkan kepalanya.
Kaki kanannya digerakkan perlahan-lahan di tanah seolah-olah kakinya melukis sesuatu. Saya faham erti kelakuannya.
Pengalaman saya mengatakan itu menandakan dia rasa gembira disanjung, redha dengan kepujian sambil menyisipkan perkataan terima kasih di hatinya.
Tidak ada pembaziran masa di situ kerana pengalaman digunakan di tempat yang betul.
Blog ini memperlawa usahawan untuk beriklan di sini. Nyatakan jenis iklan yang di kehendaki di email: biarlembuyangjadilembu@gmail.com
(This site is our's and all stories belong to us. Everyone has a story to tell and in sharing we find healing. I expect this story will give hope a good chance to grow in your hearts. Your wisdom and stories are as good as mine.)©
Semua komen tidak akan dipadam kerana sendiri komen sendiri bertanggongjawab. Video dan gambar dalam tulisan ini semata-mata hiasan.