Monday, 29 April 2019

BLOG NI MASIH BELUM PULIH SEPENUHNYA

Sabtu lepas aku ngeteh kat warong kopi. Masa tu datang sorang ibu tua menjaja keropok. Aku tak beli. Dia terus beredar.

Aku perhatikan dia dri belakang. Timbul hiba kat hati.

Aku pergi kat dia. Keropok dia dah tinggal lima peket. Aku beli semua keropok. Lepas aku bayar aku pulangkan semua kropok tu kat dia.

Aku kata, "Saya masih ada kropok kat umah. Makcik ambik kropok semua ni. Makcik jual semula. Duit yg orang bayar klak, makcik ambiklah. Duit tu duit makcik sebab makcik yg berjaja."

Terus aku tinggalkan dia. Sambil hati aku berkata, "Elok tu Adam. Usah tunggu kaya baru nak bersedekah. Sepatutnya dari dulu kmu dah buat macm ni kerana bersedekah meluaskan pintu rezeki."

Alhamdulillah, aku sedar sekarang. Sedekah merupakan harta aku yang sesungguhnya. TAMAT

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...