Aku tau Ramadan akan singgah sini. Aku pasti ia tetap ke mari. Dia hanya tunggu pengumuman untuk muncul semula.
Teringat aku pada tahun sudah. Setelah umat Islam berpuasa selama 28 hari, aku ternmpak Ramadan berkemas-kemas. Aku tanya dia, "Apa tujuan kamu berkemas Ramadan?"
"Aku nak sambung ngembara. Aku akan berada jauh. Lepas tu lebih jauh. Kemudian terlalu jauh dan akhirnya jauh, jauh, jauh, " jawab Ramadan.
"Tidakkah kamu sudi terus berkampung di sini?" aku tanya lagi.
"Aku pergi tak lama. Hanya sebelas bulan. Harap sampaikan pesan aku pada rakan2 kamu. Jangan ponteng puasa. Si lelaki jangan beralasankan gastrik. Perempuan pula berlakun kononnya mereka dalam period, semata-mata untuk ponteng puasa," jawabnya.
Aku terus bertanya, "Bila kamu berangkat?"
"Aku tunggu pengumuman. Aku tak tau baju warna apa akan dipakainya semasa mengumumkan aku pergi," jawabnya.
Sambungnya, "Terima kasih kerana menyambut aku ke sini. Terima kasih kerana kamu sabar dan istiqamah selama aku berada di sini. Perbanyakkanlah ibadah walau pun semasa aku tak ada."
Akhirnya Ramadan berpesan, " Ingat, ibadah perlu ditunaikan bukan tujuan menunjuk-nunjuk. Jangan se sekali perniagakan agama untuk sebarang kepentingan diri."