Friday, 15 July 2016

ORANG BIJAK TIDAK MENGANGGAP ORANG LAIN B0D0H SEHINGGA DIA BERHENTI BERFIKIR.



Saya ada ramai kawan. Semua kawan saya dikira ok dengan saya tapi ada se orang ni memang rapat. Dia berhati mulia, lurus dan jujur. Ini bermakna dia se orang yang budiman. Malangnya dia tidak ada kawan seramai yang saya ada. Kawan-kawannya suka mempermainkan dia kerana dia terlalu lurus.

Dia tinggal di sebuah rumah terletak di hujung kampung. Tidak mempunyai perkerjaan tetap tetapi rajin berkerja mengambil upah untuk menyara se orang isteri dan se orang anak walau pun mempunyai se bidang tanah pertanian. Makan minum keluarga tidak pernah diabaikan.

Baru-baru ni kami bersiar-siar di tepi tebing se buah sungai di penghujung kampung menikmati udara segar sambil sama-sama melapangkan fikiran. Saya mulakan perbualan:

Saya: Macam mana raya tahun ni?

PAK PANDIR: Biasalah. Adalah dua orang datang beraya. Emak mertua dengan bapak mertua.

Saya: Yang lain sebok kot. Lagi pun rumah engkau dahlah terpencil, jauh pulak. Engkau kan ramai girl friend. Ada tak yang datang?

PAK PANDIR: Dia orang memang girl friend aku tapi aku dianggap bukan boy friend dia orang.

Saya: Engkau ni senang sangat dapat girl friend, cuba ajar aku. Cuba ajar macam mana cara mudah nak dapat nombor telefon.

PAK PANDIR: Itu pun engkau nak belajar. Senang sangat tu. Kalau aku ajar dalam masa tiga minit engkau boleh mahir. Yang nak aku ajar ni bukan majik tapi hasilnya lebih hebat dari majik.

Saya: Macam mana?

PAK PANDIR: Begini. Katakan yang engkau ni di dalam satu majlis. Engkau tertarik dengan se seorang. Mula-mula engkau perhatikan dia. Bila dia pandang engkau, engkau cepat-cepat renung mata dia. Engkau jangan berkelip. Tenung dalam-dalam.



Saya: Lepas tu kalau dia pandang ke lain macam mana?

PAK PANDIR: Engkau pandanglah ke lain jugak. Bila engkau perasan dia pandang engkau, cepat-cepatlah renung dia semula. Pandang terus ke mata dia. Buat macam tadi.

Saya: Takkan renung je. Engkau ni ajar benda yang yang tak lojik.

PAK PANDIR: Maksud aku, engkau maintain eye contact, sebagai ketetapan atau keperluan. Orang putih kata "prerequisite". Di situ dia akan faham yang engkau tertarik kat dia. Jangan tunduk. Kalau tunduk bermakna engkau mengalah. Dia nanti kata engkau lemau. Lemau tu menunjukkan jantan lemah. 

Saya: Lojik jugak ni.

PAK PANDIR: Jangan lupa senyum. Senyuman tu seolah-olah menghantar mesej, "l like you." Bila engkau merenung dia, masa tu jugak engkau paksa diri kamu senyum. Pada dia senyuman itu bererti, "Saya sukakan awak. Saya ingin tau pasal awak."

Saya: Menarik jugak ni. Dah boleh ke pergi kat dia?

PAK PANDIR: Jangan. Tunggu respons.

Saya: Apa respons dia?

PAK PANDIR: Tunggu dia senyum. Bila dia senyum  bermakna dia menyahut mesej kamu. Sessi suai kenal dah boleh dimulakan.

Saya: Macam mana nak mulakan?

PAK PANDIR: Aduh. Lemaunya engkau ni. Pergilah kenalkan diri engkau. Mula-mula beri tau nama engkau. Ingat, beri tau nama kamu aja. Jangan sebut bin atau nama bapa.

Saya: Kalau dia tanya nama bapa macam mana?

PAK PANDIR: Dia tak tanyalah. Kalau dia tanya engkau beri taulah. Ada masaalah ke nak beri tau tu?

Saya: Nak cakap pasal apa kat dia?

PAK PANDIR: Cakaplah apa yang engkau nak cakap.

Saya: Yelah. Nak cakap apa?

PAK PANDIR: Engkau katalah, "Hello, my name is Labu," Labu tu kononnya nama engkau, "I am pleased to meet you.” Guna perkataan hello. Jangan guna hi, hye, hai, hey, woi atau hoi. Jangan tunjuk isyarat peace dua jari seperti orang lain buat semasa menyapa dia kali pertama. Kemudian kamu sembanglah. Tunggu hingga dia beri tau nama. Kalau dia tak beri tau, kamu tanyalah apa nama dia.


Saya: Perlu ke tau nama?

PAK PANDIR: Aku lesing karang baru tau. Tentu perlu. Bila dah tau nama dia, sentiasa sebut nama dia bila bercakap. Itulah majik yang sebenar kerana perkara yang paling dia suka bila  nama dia disebut. Jangan guna you atau awak. Semasa berborak jangan se sekali pandang dada dia. Pandang muka dia.

Saya: Nak cakap pasal apa?

PAK PANDIR: Cakaplah apa-apa. Yang penting puji dia. Jangan lupa puji. Pujian mesti menasabah. Jangan puji melampau. Engkau boleh puji pakaian dia. Katakan warnanya menarik. Nampak kool, sesuai dengan majlis atau tak menjolok mata. Macam-macam lagi. Jangan tanya alamat penuh. Perbualan tu semata-mata untuk mengujudkan se buah hubungan. Jangan lebih-lebih dari tu. Jangan memandai-mandai.

Saya: Takkan asik nak puji hingga tamat majlis.

PAK PANDIR: Engkau tengoklah apa yang dia minat. Kalau dia minat sukan, engkau cerita pasal sukan. Kalau dia suka politik, agama atau hiburan, engkau ceritalah tu. Pengetahuan am engkau mesti tinggi. Hujah mesti rasional. Bukan setakat pasal Malaysia, pasal luar negara pun engkau mesti tau. Sekurang-kurangnya engkau tau pasal Rumah Putih atau White House atau pasal Alhambra di Granada, Andalusia?

Saya: Apa tu Rumah Putih?

PAK PANDIR: White House tu kediaman rasmi presiden Amerika.  Mula-mula nama rumah tu President's Palace. Lepas tu dipanggil Executive Mansion. Pada tahun 1901, Teddy Roosevelt namakan rumah tu White House. Engkau tau tak masjid Hargia Sophia di Istambul? Kalau tau ceritalah kat dia.

Saya: Susah jugak ye.

PAK PANDIR: Personality kena jaga. Cakap jangan menjerit. Itu penampilan. Perempuan berbeza dari lelaki. Lelaki boleh jadi gila melalui mata tapi perempuan terpikat melalui telinga.

Saya: Ada apa pantang larang?

PAK PANDIR: Pantang larang tak ada cuma jangan tak bersetuju dengan pendapat dia. Kalau engkau tak setuju, diam je. Jangan bantah. Never disagree when you first meet her sebab kamu ingin mengujudkan hubungan and that’s done by agreeing with her. Sentiasa jaga penampilan.

Saya: Habis bila pulak boleh dapat nombor telefon dia?

PAK PANDIR: Kalau dia tak beri jangan mintak.

SAYA: Tadi engkau kata mudah je nak dapat. Kalau tak mintak tentu tak dapat.

PAK PANDIR: Ini last yang aku ajar.  Semasa nak balik engkau cakap macam ni. Aku ajar dalam bahasa Inggeris. Aku bukan kagum dengan bahasa Inggeris cuma untuk engkau berlagak sikit. Engkau kata, “I have to make a move now but I’d love to see you again.”

Saya: Macam mana nak call, nombor tak ada?


PAK PANDIR: Tanpa nombor memang tak boleh call. Kalau tak dapat no telefon bermakna dating kamu melepas. So, berlagaklah sebagai gentleman. Hulurkan handphone engkau kat dia sambil senyum. Senyuman tu penting sambil kata, "Kindly dial your number because I’m going to call you to make a date later.” Pastikan telefon kamu bukan yang dah boleh buat baling ayam.

Saya: Ok, aku akan beli telepon baru. Terima kasih sebab ajar perkara tu.

PAK PANDIR: Aku bukan ajar engkau sorang. Aku pun ajar pembaca. Mungkin masih ada pembaca keliru macam mana nak approach lady.

BEGITULAH KISAH KAWAN SAYA. Hatinya baik. Dia tadi mengajar kita perkara sulit yang selama ini kita anggap mudah. Aku pun pelik mengapa kawan-kawan dia suka membodoh-bodohkan dia. Begitulah dunia kita, kebodohan sendiri tak pernah kita nampak.

Selamat mencuba.

(This site is ours and the stories belong to us. Everyone has a story to tell and in sharing we find healing. I expect this story will give hope a chance to grow in your heart. Your stories and wisdom are as meaningful as mine.)

Tak tengok tak tau.

 Senarai maklumat penting:







Penulis tidak bertanggong-jawab terhadap komen yang menyalahi undang-undang, menyentuh sentimen agama dan kaum serta sensitiviti individu.

Semua gambar dan video dalam tulisan ini tiada kaitan, semata-mata hiasan.

Tuesday, 5 July 2016

YANG PAHIT ITU UBAT BEGITU JUGA DENGAN PESANAN. BUKAN PESANAN RENGKAS (SMS)

Terima kasih kepada  pembaca yang meminta saya menulis sesuatu perkara tentang hari raya. Pembaca semua adalah inspirasi saya untuk bergerak secara sihat di alam maya.

Selalunya coretan saya sekadar memenuhi erti kehidupan tanpa madah yang puitis. Tidak guna kata-kata manis andainya pesanan tak kesampaian.

Meseg saya biasanya berkisar tentang kehidupan dan ada kalanya mungkin pembaca terasa kepedasannya kerana saya peka dan insaf tentang realiti alam nyata.

Cahaya Idilfitri

Mari kita bersama-sama ikut peraturan dunia dan yang penting aturan Allah. Kita tidak akan menyesal mengikut aturanNya kerana semuanya mempunyi rahamat yang terembunyi dan hikmahnya tetap ada.

Jadikanlah satu Syawal ini untuk kita berihat dan mengambil kesempatan untuk merenung hala tuju kita di sini dan di sana.

Di bulan Ramadhan ini elok kita lakukan perkara baik seperti  amalan bersedekah kerana imbuhannya berganda. Memberi ampau di pagi raya bukannya sedekah dalam erti kata yang sebenarnya sekarang kerana memberi secara demikian semata-mata dilakukan sebagai ikut-ikutan dan berkemungkinan tiada niat sedekah tertanam di hati. Hulurkanlah dengan seikhlas hati dengan niat bersedekah terutama kepada mereka yang kurang berkemampuan.

Sekiranya kita mampu untuk bersedekah berilah paling kurang benda yang setaraf kita: apa yg kita makan, apa yang kita guna dan apa yang kita pakai. Jangan hulur barangan mengikut taraf penerima. Berilah mereka sedikit rasa apa yg kita nikmati.

Dia tidak minta jadi begini

Jangan jadikan sedekah kita ibarat satu penghinaan kepada penerima. Mungkin kita sudah banyak memberi tetapi kita tidak sedar bahawa pahala sedekah kita mungkin tergantung. 

Jangan bersedekah "semata-mata" menjadikan ianya satu agenda membuang barang. 

Di musim perayaan ramai juga yang membuat rumah terbuka. Itu juga sedekah. Tak perlu menjemput undangan ternama. Tak perlu menyediakan makanan melampau, sebaliknya utamakan keselesan tetamu tanpa membeza kedudukan. Itulah yang terhebat. 

Beramanahlah. Jaga hak kita dan jangan sentuh hak mereka. Jangan sampai nanti ada diantara cucu cicit yang merenung batu nisan kita bertanyakan hak mereka yang telah kita nafikan.

Hormatilah mereka yang berhak dihormati tanpa mengira usia dan status. Darjat kita tidak gugur apabila kita hormat mereka, itu pun kalau kita anggap diri kita  berdarjat. Jangan menyombong tidak bertempat kerana putaran kehidupan Allah yang tentukan. Tunggu saja masa ketentuannya. Di hadapan Allah tiada siapa yang hina.

 Berilah mereka sedikit cahaya

Apakah yang kita dapat di dunia ini jika kita menyombong? Mungkin setakat mendapat pujian. Mungkin kita dihormati tapi adakah kedua-dua yang kita terima itu dihulur dengan iklas?

Sebenarnya saya bercadang untuk tidak menulis pada saat ini bagi menghormati satu Syawal tapi seperti dinyatakan, permintaan pembaca saya tunaikan.

Akhir sekali di bawah ini saya selitkan dua buah video dan kesemua video itu dimuat secara rambang dengan tiada tujuan apa-apa maksud.

Pada malam yang penuh keberkatan ini saya menyusun kesemua jari memohon keampunan dari semua.

SELAMAT HARI RAYA.

Kenali rakan penulis di bawah ini:







(This site is ours and the stories belong to us. Everyone has a story to share and in sharing we find healing. I expect this true story will give hope a chance to grow in your heart. Your stories and wisdom are as meaningful as mine.)

Sheryl Shazwanie 
Khai Bahar


Smule
Penulis tidak bertanggongjawab terhadap komen yang menyalahi undang-undang, menyentuh sentimen agama dan kaum serta sensitiviti individu.

Semua gambar dan video tiada kaitan dengan tulisan ini, semata-mata hiasan.

Thursday, 30 June 2016

KENAPA NAK TUNGGU HINGGA RAYA? SEMUANYA NAK TUNGGU RAYA. KENAPA?

Memang sepatutnya setiap orang wajar hidup gembira tetapi andainya se seorang itu sentiasa terlebih gembira dia akan dikenali dengan sejenis penyakit yang dinamakan "happy heart syndrome," seperti tertulis di The Telegraph UK dan (klik di tulisan yang berwarna) di  European Heart Journal.

Walau bagaimana pun senyuman di pagi Shawal bukan bererti telah memiliki penyakit happy heart syndrome. Hadirnya sebuah senyuman yang terukir di wajah menandakan kebahgian jiwa. Tersenyum kerana gembira menyambut hari kemenangan.

Di akhir-akhir ini sangat teras tentang kerinduan sahabat-sahabat dan saudara mara di hati. Kesempatan memohon maaf walau pun melalui laman ini pasti memberi kesan yang positif asalkan ikhlas menyahutnya dengan tujuan untuk mendapat keredhaan.


Kad Dihulur Hulur Mengganti Diri:

Lidah yang tidak bijak berbicara.
Sebarang janji yang tidak penuhi.
Hati yang mungkin kerap bersangka.
Di sini keikhlasan kemaafan dipinta.

Di saat Ramadhan berada di tepian.
Matahari dini Syawal mula terbit.
Jauh bukannya hilang, senyap tak bererti menyepi.
Lupakan sengketa sekecil mungkin.
Menyahut seruan Minal 'Aidin wa Faizin.

Sebelum takbir disahut azan. 
Sebelum nyawa putus di badan.
Sebelum terlalai mohon keampunan.
Kedua-dua tangan sudah diluruskan.
Memohon kemaafan di atas kesilapan.

Walau tangan tidak bersentuhan.
Bahagia terasa andai kesilapan sama dilupakan. 
Tanda menyambut kesyukuran lebaran.
Titipan sebegini penyambung hubungan.
Semuga silatulrahim terus berpanjangan. 
Amin. 

Selamat menyambut Aidil Fitri, maaf zahir dan batin dan jangan lupa tunaikan fitrah.

Klik di bawah untuk berkenalan dengan teman setia penulis:

e. Klik untuk konsultasi.


This site is ours and the stories belong to us. Everyone has a story to tell and in sharing we find healing. I expect this true story will give hope a chance to grow in your heart. Your stories and wisdom are as meaningful as mine.

Akmal & Arif: Cahaya Aidil Fitri

Lelaki Australia Tak Sabar Nak Makan Ketupat


Tak perlu kaya untuk membantu, yang perlu hanya se keping hati, seperti Sofea.

Penulis tidak bertanggong jawab terhadap komen yang menyalahi undang-undang, menyentuh sentimen agama dan kaum serta sensitiviti individu.

(Semua gambar dan video dalam cerita ini tiada kaitan, semata-mata untuk hiasan.)

Tuesday, 28 June 2016

KITA SENYUM DALAM BAHASA YANG SAMA

Nak ucap selamat hari raya kepada pembaca, aku rasa masih awal lagi. Ucapan tu sesuai kalau diucap pada dua atau tiga hari sebelum raya. Tunggulah, aku akan minta maaf bila dah dekat nak raya.

Sementara tu aku nak cerita satu kesah berlaku tujuh atau lapan tahun yang lepas. Ceritanya taklah menarik tapi kalau aku tak tulis apa-apa untuk minggu ini aku dianggap seperti blogger tahi ayam.

Tahi ayam bila baru keluar panas dah lama sikit tahi tu sejuk. Itu orang tua-tua kata. Aku tak pernah pegang tahi ayam. Aku tak nak jadi penulis hangat-hangat tahi ayam.

Antik

Ceritanya begini:

Waktu tu aku driving di lebuhraya KESAS nak balik ke rumah. Aku pandu tak laju tapi injin kereta aku panas. Maklumlah aku pandu kereta tua. Tak jauh dari situ memang ada kawasan lapang seolah-olah kawasan rehat. Sekarang tempat tu dah jadi setesen minyak.

Aku pun masuk ke kawasan tu, matikan injin, turunkan penyandar kerusi ke belakang lalu aku rebahkan badan sementara menunggu injin sejuk.

"Encik," aku terdengar suara menegur aku. Aku tegakkan kerusi, turunkan cermin tingkap. "Encik ada nombor telefon mekenik tak?" dia bertanya. Aku kata aku tak ada, lagi pun bengkel kereta  dah tutup sebab dah pukul lapan lebih.

Dia kata injin kereta dia tak boleh hidup. Tadi dia berhenti situ sebab hujan lebat, tak berani nak drive. Bila hujan dah teduh kereta pulak tak boleh start. Dalam hati aku, kalau tak boleh start mesti sebab bateri atau starter. Lain dari tu aku tak tau. Aku bukannya pandai pasal injin walau dah banyak kali tukar kereta.

Bintang

Aku bukak bonet kereta dia tapi keseluruhan injin aku tak nampak jelas. Hp aku jenis lama, orang lain dah tak guna jenis tu lagi, dah lah tak cantik lampunya tak terang. Dia pun keluarkan hp, suluh bahagian injin. Baru nampak terang, jelas.

Apa yang aku syak tadi rupanya betul. Kepala baterinya dikunci tidak ketat. Aku ketatkan. Lepas tu aku onn kan lampu kereta. Lampu menyala. Aku nampak rupa wanita tu, mirip wanita berbangsa Cina tapi dia bercakap tadi seratus peratus bunyi Melayu tulen.

Aku onn kan injin. Dengan sekali start injin hidup. Aku pergi kat dia bertanya, "Are you Malay?"

Bersih

"I am Chinese. Do I look like Malay?" dia bertanya. Aku kata wajahnya aku nampak tak jelas. "Malam ni bintang banyak tapi tak cukup terang untuk membantu kita. I think it's time for u to get a new phone," dia sambung.

"Zaman dahulu orang menggunakan bintang untuk pandu arah pelayaran tapi sekarang manusia dah gunakan kompas. Jangan kita anggap bintang tidak berguna lagi. Allah menjadikan bintang kelihatan sekurang-kurangnya menyedarkan kita tentang keujudan DIA," aku balas balik.

Dia menganggokkan kepala, "I agree with you. HE puts the stars in the sky as a visible reminder of his presence. May I have your number?" Sebagai business man, aku hulurkan kad aku.

She posed a smile and I smiled in return. "Why were you smiling?" dia bertanya.

Aku jawab yang membuat dia tersenyum semula, "A person shows his charater by what he smiles at. I deserved your attention even it was a simple smile and I understood it because we smile in a same language."

Bila injin kereta aku dah sejuk aku pun mohon diri untuk balik.

A week had already passed when i received a letter containing a receipt attached with a short note:  many thanks for helping me that night. Please bring this receipt to the above store to collect your new hand phone.

Aku percaya tentu ada suatu perkara yang maha penting sempat dia uruskan sebaik sahaja dia berjaya meneruskan perjalanan pada malam itu. Aku tidak dimaklumkan tentang urusannya.  Jika tidak sudah tentu aku tidak dapat hadiah yang begitu bermakna bagi aku.

Soalannya, perlukah aku menerimanya?

KLIK: You Are What You Eat

This site is ours and the stories belong to us. Everyone has a story to tell and in sharing we find healing. I expect this true story will give hope a chance to grow in your heart. Your stories and wisdom are as meaningful as mine.

Kenny Rogers

Senarai sahabat penulis di bawah:






Penulis tidak bertanggong-jawab terhadap komen yang menhyalahi undang-undang. menyentuh sentimen agama dan kaum serta sensitiviti individu.

(Semua gambar dan video dalam cerita ini tiada kaitan, semata-mata hiasan)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...