Farzana (Jan 13, 2017) at Ceremonial Opening of The Legal Year (MALAYSIA) 2017
Terdapat beberapa blogger menulis begini, "Mohon maaf kerana lama tidak menulis." Perlukah kita memohon maaf bila lama tidak menulis? Adakah pembaca sekelian yang menyuruh kita menulis atau kita sendiri yang suka menulis? Kalau kita yang sendiri ingin menulis kenapa pula kita hendak memohon maaf kepada pembaca?
Kita ini terlalu sangat berbudi bahasa hingga kita memohon maaf terhadap kesalahan yang tidak kita lakukan. Adakah kita hendak menunjukkan yang kita ini orang yang berperkerti tinggi atau disebabkan kita kurang keupayaan untuk membuka permulaan suatu perbicaraan yang mudah?
Orang kita memang berperkerti tinggi. Cuba kita perhatikan situasi begini. Apabila kita terima satu gambar melalui applikasi Whatsapp dari se orang kawan, kita pun kongsi gambar tersebut dengan rakan yang lain dan di bawah gambar itu kita catatkan satu nota bertulis, "Terima kasih."
Perlukah kita berterima kasih kepada orang yang menerima sesuatu pemberian yang dia tidak minta dan kita belum tahu samada dia suka atau tidak dengan pemberian kita itu? Di sini kita berperwatakan baik tetapi tidak kena pada tempatnya. Tidak kena tempat pun tidak mengapalah asalkan ianya bukan menjadi satu kesalahan, tambahan pula budi bahasa itu amalan kita.
Internet sebenarnya merupakan satu tempat pencarian kerana hampir segala-galanya yang kita cari ada di situ. Kita boleh mendapat rakan, mencari maklumat, mengejar imbuhan, mencari pengaruh, mendapat ilmu dan macam-macam lagi samada perkara positif atau negatif yang kita cari. Harap-harap digunalah dengan tujuan baik.
Adakah perkara berikut ini merupakan suatu perkara yang baik: andainya kita menceritakan perselisihan faham antara suami dan isteri melalui Facebook, Whatsap, Twiter hinggakan kita sanggup buat printscreen pertengkaran kita untuk tuntunan umum. Adakah ini merupakan suatu perkara yang baik. Memang ada yang lakukan begitu. Apakah yang kita dapat dengan melakukan demikian? Dapat kepuasan mungkin, berserta dengan satu kemegahan diri, konon.
Se elok-eloknya kegiatan harian kita terutama berkaitan hal rumah tangga janganlah dikongsi di sini kerana banyak perkara negatif akan timbul dari akibatnya dan ibu bapa dengan tidak secara langsung turut merasa malu.
Telah ada isteri yang menulis di Facebook menyatakan suami sudah tidak suka makan makanan masakan di rumah. Aduh, itu pun nak dijadikan tuntunan umum. Malulah sikit dengan anak-anak kamu.
Tidak kurang juga ada yang menceritakan tentang kegiatan se harian mereka. Perlukah pembaca diberi tahu perkara-perkara begitu termasuk pergi membeli sayur di pasar? Lainlah kalau dia bercerita di pasar tadi, dia bertemu dengan harimau sedang menonggeng di tangga pasar sebab sakit gigi. Kalau setakat cerita biasa saya rasa tak perlulah dikongsi di alam maya.
Menulis untuk entri sendiri adalah hak penulis dan tulislah apa-apa asalkan bahagia.
Sekian, di akhir entry ini saya ingin bertanya, perlukah saya mengucap terima kasih kepada pembaca?
(This is our site and the stories belong to us. Everyone has a story to tell and in sharing we find healing. I expext this story will give hope a good chance to grow in your hearts. Your wisdom and judgment are as good as mine.)
I love you mama
Penulis tidak bertanggong-jawab terhadap komen yang menyalahi undang-undang, menyentuh sentimen kaum dan agama serta individu. Segala risiko akibat ulasan yang disiarkan menjadi tanggong-jawab pengulas sendiri.
Semua gambar dan video dalam entri ini tiada kaitan dengan cerita dan ianya semata-mata hiasan.





