Se orang pemberita sedang menemuramah se orang wanita.
PEMBERITA: Berapa orang anak puan?
WANITA: Kesemuanya tujuh orang.
PEMBERITA: Berapa orang lelaki dan berapa orang wanita?
WANITA: Kesemuanya lelaki.
PEMBERITA: Yang sulung apa nama dia?
WANITA: Muhammid.
PEMBERITA: Yang nombor dua pulak nama apa?
WANITA: Yang nomor dua nama dia Muhammid.
PEMBERITA: Yang no tiga pulak?
WANITA: Yang ke tiga pun Muhammid.
PEMBERITA: Tak kan nomor empat pun nama dia Muhammid?
WANITA: Nombor empat saya panggil dia .....
Gambar hiasan (atas dan bawah): Lukisan tangan oleh Emily Copeland dari Canada
PEMBERITA: Puan panggil dia apa? Tak kan Muhammid jugak.
WANITA: No empat saya panggil Muhammid.
PEMBERITA: Puan, yang lain pun Muhammid jugak ke?
WANITA: Ye, semua anak saya nama Muhammid
PEMBERITA: Kenapa puan panggil mereka dengan nama yang serupa?
WANITA: Senang begitu. Kalau mereka dipanggil untuk makan, saya jerit je Muhammid. Semua datang makan. Tak perlu sebut satu persatu. Kalau nama mereka lain-lain teruk saya hingga tujuh kali panggil.
PEMBERITA: Oh begitu.
WANITA: Kalau kejutkan pagi untuk mereka ke sekolah, saya sekali jerit Muhammid. Mereka semua bangun. Tak perlu panggil sorang demi sorang.
PEMBERITA: Kalau suruh mereka tidur?
WANITA: Saya jerit Muhammiiiiiiiiid. Masuk tidur. Semua masuk bilik untuk tidur. Kan senang begitu.
PEMBERITA: Itu kalau puan panggil untuk semua. Kalau puan memerlukan satu orang je, macam mana pulak puan panggil?
WANITA: Senang je. Saya jerit "Lebai". Saya jerit kuat-kuat. Tang Lebai ni memang kena jerit lebih kuat.
PEMBERITA: Siapa dia Lebai?
WANITA: Lebai tu suami saya.
Pemberita ketawa berguling. Sebaik sahaja dia berhenti ketawa dia terus bertanya.
PEMBERITA: Kenapa tak panggil Pak Lebai?
Wanita: Saya tak suka Pak Lebai.
Pemberita ketawa lagi juga bergulling-guling.
WANITA: Saya pulak nak tanya boleh ke?
PEMBERITA: Boleh, silakan.
WANITA: Kenapa awak ketawa?
PEMBERITA: Saya tak suka Pak Lebai.
Wanita itu terus ketawa dan dia berguling-guling lebih dahsyat dari gulingan pemberita.
PEMBERITA: Kenapa tak panggil Pak Lebai?
Wanita: Saya tak suka Pak Lebai.
Pemberita ketawa lagi juga bergulling-guling.
WANITA: Saya pulak nak tanya boleh ke?
PEMBERITA: Boleh, silakan.
WANITA: Kenapa awak ketawa?
PEMBERITA: Saya tak suka Pak Lebai.
Wanita itu terus ketawa dan dia berguling-guling lebih dahsyat dari gulingan pemberita.
Entry sebelumnya: Susahnya Bercakap Dengan Bill Gates (Klik)
Video ni pendek sangat.
Blog ini memperlawa usahawan untuk beriklan di sini. Nyatakan jenis iklan yang di kehendaki di email: biarlembuyangjadilembu@gmail.com
(This site is our's and all stories belong to us. Everyone has a story to tell and in sharing we find healing. I expect this story will give hope a good chance to grow in your hearts. Your wisdom and stories are as good as mine.)©
Kamu komen apa saja yang kamu suka dan komen kamu tidak akan dipadam kerana sendiri komen sendiri junjung. Video dan gambar dalam tulisan ini semata-mata hiasan.






