Tuesday, 3 November 2020

PAK PANDIR PUN TAU

Sebuah bas penuh dgn ahli politik ke tempat untuk berkempen. Tetiba bas terjunam ke gaung. Gaung dalam. Tak ada satu yg lepas naik. 

Pak Pandir nampak kejadian. Dia ke gaung. Ahli politik mintak tolong:

Ahli politik: Wahai saudara ku yg budiman. Tolong beri bantuan. 

Pak Pandir: 0h kalian ghupanya. Apa kabor kat bawah tu. Masih hidup ker?

Ahli politik: Yes saudaraku. Kami masih hidup. Tolong kami ekk.

Pak pandir: Tuan hamba beri tau dulu. Berapa orang yg mati?

Ahli politik:  Saudaraku. Tak ada yg mati.

Pak Pandir: Tuan hamba tak berkata benar. Tak kan tak ada yg tak mati. Hamba nmpak bas laju. Gaung sikit punya dalam. Dentuman kuat gila.

Ahli politik: Tolonglah saudara. Kami semua hidup. Kami cakap benar.

Pak pandir: Betul ke tuan hamba berkata benar? Macm tak caya aja.

Ahli politik: Betul. Ni petama kali kami cakap benar. TAMAT

(This site is our's and all stories belong to us. Everyone has a story to tell and in sharing we find healing. I expect this story will give hope a good chance to grow in your hearts. Your wisdom and stories are as good as mine.)©

Kamu komen apa saja yang kamu suka dan komen kamu tidak akan dipadam. Ingat, sendiri komen sendiri pikul. Video dan gambar dalam tulisan ini tiada kaitan dengan

Thursday, 30 July 2020

SELAMAT HARI RAYA KORBAN

Esok Julai 31, 2020 hari raya korban. Aku tak dpt balik kampong. Terasa sayu.

Kampong berubah. Saiznya kekal tpi penghuni ada yg dah pergi. Walaupun berubah tpi hti ini tetap sama seperti sewaktu aku tinggalkan kmpong dulu.

Rindu bukan kepalang kerana adik2 dan si dia  menetap di sana. 

Di mna hati aku sekarang? Hati tetap di kmpong - kaki yg tinggalkannya tpi hati tetap berat meninggal pergi.

Thursday, 23 April 2020

SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA

Dulu atok2 kita berperang melawan Jepun. Ramai yg terkorban. Atok2 kita tentang Jepun kerana Jepun nak jajah kita. Kita tak suka dijajah.

Pada masa itu kita diperintah British. British lari bila Jepon serang kita. Bila Jepon terima bom atom (Disember lepas aku ke Hiroshima saksikan sendiri bekas bom atom), Jepun serah diri. 

British yg lari sebelum ni datang semula jajah kita. Kita tak tentang british bila dia datang jajah semula. British menawan kita guna minda, Jepun guna senapang. Apa-apa cara pun yang mereka guna, tujuan mereka ialah untuk menjajah.

Jika kita tak dijajah oleh British then mengapa bangsa kita pergi ke England tuntut nak merdeka. Hasilnya Tunku Abdul Rahman laungkan "Merdeka" pada 31 0gos 1957.

Sebenarnya kita hari2 berperang. Kita berperang dngn hawa nafsu. Kita sedar atau tidak, hawa nafsu serakah memang musuh kita hinggakan di setiap kali menjelang ramdan kita dengar rakan2 kata, "Harap2 puasa aku thun ni penuh. "Kawan yg dengar pun mengaamiinkan.

Kenapa mesti harap puasa kita penuh. Bukankah berpuasa di Ramadan perkara wajib. Itu rukun ke 3 dlm agama? Yg wajib tetap wajib. Bila berharap, harapan tak semestinya tertunai.

Yg kita tau esok ialah harapan. Mungkin tinggal harapan. Hari ini tempuh pengalaman. Semalam dah jdi kenangan. 

(This site is our's and all stories belong to us. Everyone has a story to tell and in sharing we find healing. I expect this story will give hope a good chance to grow in your hearts. Your wisdom and stories are as good as mine.)©

Kamu komen apa saja yang kamu suka dan komen kamu tidak akan dipadam. Ingat, sendiri komen sendiri pikul. Video dan gambar dalam tulisan ini tiada kaitan dengan



Friday, 27 March 2020

YA ALLAH YA TUHAN KU. KAU JAUHKAN WABAK VIRUS CORONA DARI TIMUR HINGGA KE BARAT - DARI UTARA HINGGA KE SELATAN. KAU SEMBUHKAN MEREKA YG TERKENA PENYAKIT COVID-19.



Ya Allah, aku mohon agar engkau jadikan aku seorang yg kuat, tegar dan berani kerana benar.

Benci diri sendiri yang suka mengalah. Ya Allah bantu kuatkan hti ini untuk menghadapi sesuatu.

Ya Allah. Manusia makin maju, makin kedepan. Terima kasih kerana Engkau sisipkan otak pda setiap manusia. Mereka bertambah bijak: 

- bijak mengutuk, bijak mencaci, bijak mengumpat, memuji berlebihan, sayang berlebih-lebih.

Aku senyum dan berdoa ketika hinaan, cacian, cemuhan dituju sesama mereka. Aku tau Kamu melihat mereka. 

Ya Tuhanku, ampunkan mereka kerana yg mereka nmpak hanya dunia. Naikanlah darjat dan gantilah dengan yang lebih baik di hati mereka.

Kau sedarkan mereka untuk belajar menghargai dari siapa benda yang mereka milik. 

Aku berdoa semoga setiap hari aku rasa bahagia, kekal ceria. Ya Allah. aku bersyukur atas apa yang dah Engkau berikan. 

Ya Allah. Engkau yang maha mengetahui sedangkan hamba Kamu tidak tahu. Engkau yang maha mengatur sedangkan hamba kamu tidak mengatur. 

Engkau tahu ada yang baik untuk hamba Mu. Dekatkan, permudahkan mereka.

Engkau tahu jika ada yg tak baik untuk hamba Mu, Engkau palingkan kami dari prkra itu dan engkau palingkan perkara itu dari kami. 

Tunjukkan kepada aku jln yg baik sekali pun seberat mna untuk aku laluinya.

Ya Tuhan ku. Maafkan aku atas kesalahan aku terhadap kedua arwah orang tua aku. Izinkn mereka dgn mudah menuju ke syurga Mu. Aamiin.

Ya Tuhanku. Kau ubahlah kesedihan siapa2 pun untk jadi bahagia. Tukarkan setiap air mata yang mengalir menjadi semangat mereka.

Ya Tuhan, bersihkan hatik aku dri segala bentuk munafik, riyak, angkuh. Penuhkan hati aku dgn keikhlasan, kejujuran dan kerendahan hati.

Ya Tuhan, berikanlah aku pasangan yg baik dari sisi agama Mu. Pasangan yg jadi sahabat dalam urusan dunia untuk mengejar akhirat. Aku hanya ingin seorang yg jdi peggalak ke jalan KAMU, tak lebih dari itu.

Jika takdirnya dia untuk aku, luruskan jalan kami. Jika bukan, sedarkan dia iaitu kuasa menjodoh milik kamu. 

Ya Tuhan ku, jadikan aku lebih baik dari sangkaan mereka. Jangan lemahkan aku sebab pujian. Ampunkan mereka yg mencela aku jika ada. 

Ya Allah, panjangkan umur orang yg aku sayang dan sahabar2 aku. Limpahkan rezki pada mereka.

Bantulah aku untuk patuh setiap rencana Mu. Rencana yg indah akan tiba pada waktunya

Aku yakin bahwa takdir dari Kamu lebih baik dari semua yang aku inginkan. Berilah aku kekuatan untuk menunggunya sebagai anugerah Kamu.

Aamiin aamiin aamiin.

(This is our's and all stories belong to us. Everyone has a story to tell and in sharing we find healing. I expect this story will give hope a good chance to grow in your hearts. Your wisdom and stories are as good as mine.)©

Penulis tidak bertanggong-jawab terhadap komen yang menyalahi undang-undang, menyentuh sentimen agama dan kaum serta individu. Segala risiko akibat ulasan atau  komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengulas sendiri.

Video dan gambar dalam tulisan ini jika ada, tiada kaitan dengan cerita. Ianya semata-mata selingan.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...