Memang sepatutnya setiap orang wajar hidup gembira tetapi andainya se seorang itu sentiasa terlebih gembira dia akan dikenali dengan sejenis penyakit yang dinamakan "happy heart syndrome," seperti tertulis di The Telegraph UK dan (klik di tulisan yang berwarna) di European Heart Journal.
Walau bagaimana pun senyuman di pagi Shawal bukan bererti telah memiliki penyakit happy heart syndrome. Hadirnya sebuah senyuman yang terukir di wajah menandakan kebahgian jiwa. Tersenyum kerana gembira menyambut hari kemenangan.
Di akhir-akhir ini sangat teras tentang kerinduan sahabat-sahabat dan saudara mara di hati. Kesempatan memohon maaf walau pun melalui laman ini pasti memberi kesan yang positif asalkan ikhlas menyahutnya dengan tujuan untuk mendapat keredhaan.
Kad Dihulur Hulur Mengganti Diri:
Lidah yang tidak bijak berbicara.
Sebarang janji yang tidak penuhi.
Hati yang mungkin kerap bersangka.
Di sini keikhlasan kemaafan dipinta.
Di saat Ramadhan berada di tepian.
Matahari dini Syawal mula terbit.
Jauh bukannya hilang, senyap tak bererti menyepi.
Lupakan sengketa sekecil mungkin.
Menyahut seruan Minal 'Aidin wa Faizin.
Sebelum takbir disahut azan.
Sebelum nyawa putus di badan.
Sebelum terlalai mohon keampunan.
Kedua-dua tangan sudah diluruskan.
Memohon kemaafan di atas kesilapan.
Walau tangan tidak bersentuhan.
Bahagia terasa andai kesilapan sama dilupakan.
Tanda menyambut kesyukuran lebaran.
Titipan sebegini penyambung hubungan.
Semuga silatulrahim terus berpanjangan.
Amin.
Selamat menyambut Aidil Fitri, maaf zahir dan batin dan jangan lupa tunaikan fitrah.
Klik di bawah untuk berkenalan dengan teman setia penulis:
This site is ours and the stories belong to us. Everyone has a story to tell and in sharing we find healing. I expect this true story will give hope a chance to grow in your heart. Your stories and wisdom are as meaningful as mine.
Akmal & Arif: Cahaya Aidil Fitri
Lelaki Australia Tak Sabar Nak Makan Ketupat
Tak perlu kaya untuk membantu, yang perlu hanya se keping hati, seperti Sofea.
Penulis tidak bertanggong jawab terhadap komen yang menyalahi undang-undang, menyentuh sentimen agama dan kaum serta sensitiviti individu.
(Semua gambar dan video dalam cerita ini tiada kaitan, semata-mata untuk hiasan.)
Nak ucap selamat hari raya kepada pembaca, aku rasa masih awal lagi. Ucapan tu sesuai kalau diucap pada dua atau tiga hari sebelum raya. Tunggulah, aku akan minta maaf bila dah dekat nak raya.
Sementara tu aku nak cerita satu kesah berlaku tujuh atau lapan tahun yang lepas. Ceritanya taklah menarik tapi kalau aku tak tulis apa-apa untuk minggu ini aku dianggap seperti blogger tahi ayam.
Tahi ayam bila baru keluar panas dah lama sikit tahi tu sejuk. Itu orang tua-tua kata. Aku tak pernah pegang tahi ayam. Aku tak nak jadi penulis hangat-hangat tahi ayam.
Antik
Ceritanya begini:
Waktu tu aku driving di lebuhraya KESAS nak balik ke rumah. Aku pandu tak laju tapi injin kereta aku panas. Maklumlah aku pandu kereta tua. Tak jauh dari situ memang ada kawasan lapang seolah-olah kawasan rehat. Sekarang tempat tu dah jadi setesen minyak.
Aku pun masuk ke kawasan tu, matikan injin, turunkan penyandar kerusi ke belakang lalu aku rebahkan badan sementara menunggu injin sejuk.
"Encik," aku terdengar suara menegur aku. Aku tegakkan kerusi, turunkan cermin tingkap. "Encik ada nombor telefon mekenik tak?" dia bertanya. Aku kata aku tak ada, lagi pun bengkel kereta dah tutup sebab dah pukul lapan lebih.
Dia kata injin kereta dia tak boleh hidup. Tadi dia berhenti situ sebab hujan lebat, tak berani nak drive. Bila hujan dah teduh kereta pulak tak boleh start. Dalam hati aku, kalau tak boleh start mesti sebab bateri atau starter. Lain dari tu aku tak tau. Aku bukannya pandai pasal injin walau dah banyak kali tukar kereta.
Bintang
Aku bukak bonet kereta dia tapi keseluruhan injin aku tak nampak jelas. Hp aku jenis lama, orang lain dah tak guna jenis tu lagi, dah lah tak cantik lampunya tak terang. Dia pun keluarkan hp, suluh bahagian injin. Baru nampak terang, jelas.
Apa yang aku syak tadi rupanya betul. Kepala baterinya dikunci tidak ketat. Aku ketatkan. Lepas tu aku onn kan lampu kereta. Lampu menyala. Aku nampak rupa wanita tu, mirip wanita berbangsa Cina tapi dia bercakap tadi seratus peratus bunyi Melayu tulen.
Aku onn kan injin. Dengan sekali start injin hidup. Aku pergi kat dia bertanya, "Are you Malay?"
Bersih
"I am Chinese. Do I look like Malay?" dia bertanya. Aku kata wajahnya aku nampak tak jelas. "Malam ni bintang banyak tapi tak cukup terang untuk membantu kita. I think it's time for u to get a new phone," dia sambung.
"Zaman dahulu orang menggunakan bintang untuk pandu arah pelayaran tapi sekarang manusia dah gunakan kompas. Jangan kita anggap bintang tidak berguna lagi. Allah menjadikan bintang kelihatan sekurang-kurangnya menyedarkan kita tentang keujudan DIA," aku balas balik.
Dia menganggokkan kepala, "I agree with you. HE puts the stars in the sky as a visible reminder of his presence. May I have your number?" Sebagai business man, aku hulurkan kad aku.
She posed a smile and I smiled in return. "Why were you smiling?" dia bertanya.
Aku jawab yang membuat dia tersenyum semula, "A person shows his charater by what he smiles at. I deserved your attention even it was a simple smile and I understood it because we smile in a same language."
Bila injin kereta aku dah sejuk aku pun mohon diri untuk balik.
A week had already passed when i received a letter containing a receipt attached with a short note: many thanks for helping me that night. Please bring this receipt to the above store to collect your new hand phone.
Aku percaya tentu ada suatu perkara yang maha penting sempat dia uruskan sebaik sahaja dia berjaya meneruskan perjalanan pada malam itu. Aku tidak dimaklumkan tentang urusannya. Jika tidak sudah tentu aku tidak dapat hadiah yang begitu bermakna bagi aku.
This site is ours and the stories belong to us. Everyone has a story to tell and in sharing we find healing. I expect this true story will give hope a chance to grow in your heart. Your stories and wisdom are as meaningful as mine.
Minggu ni aku bercadang tidak menulis. Tapi nanti macam biasa ada pembaca yang tanya kenapa tak ada posting baru. Jadi kali ini untuk tidak menghampakan mereka aku copy and paste nukilan aku dari watsapp yang lalu. Kesah aku bertemu se orang rakan baru. Tulisan ini tidak diubah, serupa yang ada dalam watsapp tu. Selamat membaca.
2 JANUARI 2016, Petang Selasa.
Petang semalam aku pergi bergunting rambut. Aku duduk di bangku panjang di luar kedai sebab ramai yg tunggu giliran bergunting. Tiba-tiba se orang perempuan duduk dekat aku. Cantikkkkk. Aku ni kan hulubalang, hulubalang berani. Hulubalang terus tanya dia.
AKU: Nak bergunting ke?
DIA: Tidak pak. Tunggu anak bergunting.
AKU: Oh, orang Indon. Kamu asli mana?
DIA: Pulau Jawa pak. Dari suku Banten.
AKU: Aku ada cewek Indon di sana. Aku pernah pergi ke sana, nginap di hotel Paragon.
DIA: Pak, kami di indonesia marah di panggil indon.
AKU: Kenapa?
DIA: Terasa terhina pak.
AKU: Kenapa begitu. Itu kan perkataan pendek untuk Indonesia. Orang Findland dipanggil Finn. Orang Vietnam dunia panggil Viet. Orang Scotland kita panggil Scot. Orang Thailand kami panggil Thai. Orang Turkey dipanggil Turk. Orang Denmark kita panggil Den. Orang dari Bangladesh dipanggil Bangla. Mereka tidak marah sebab panggilan itu benar. Kamu libur di sini ya?
DIA: Tidak pak. Aku TKi.
AKU: TKi itu apa?
DIA: Tenaga Kerja indonesia. Ertinya buruh kasar.
AKU: Kamu dengar ini. Siapa yg merendahkan siapa. Kenapa orang seperti kamu menggelar itu. Kamu panggil buruh kasar? Bukankah elok dipanggil lain. Malaysia pernah ada nama Kementerian BURUH Tapi kami ubah, kami namakan Kementerian Sumber Manusia.
DIA: Aku ngak ngerti pak. Kamu ada cewek di Bogor, benar ya?
AKU: Benar. Dia cantik.
DIA: Cantik seperti apa?
AKU: Seperti kamu.
DIA: Kata-kata yang sering aku dengarin dituju kepada aku. Tapi aku percaya bapak tulus.
AKU: Aku tidak kata aku iklas sebab sukar membuktikan nya. Tapi jujur aku nyatakan yg aku ketagih berkata benar.
DIA: Aku kagum. Oh ya, kapan bapak mau ka sana lagi ... jika ke sana maklumi aku ya. Nama aku Wulandri.
CERITA AKU BERHENTI DI SINI DAHULU. KAMU PERCAYA ATAU TIDAK, TERPULANG. In reality ada dua benda yg menyekat kebenaran: tidak ingin meneruskan atau tidak mau memulakan.
PETANG RABU, 3 JANUARI 2016
Tadi aku ke GAMUDA Walk tak jauh dari kediaman aku. Aku ke situ sebab tempat tu pusat segala2nya, ke situ aku pun nak lunch. Sahabat aku Tuan Moktar mungkin tau tempat tu. Tetiba aku terpandang perempuan dari Indonesia yg aku jumpa semalam. Di situ dia sedang minum. Aku terus tuju dia.
DIA: Ada apa pak ketemuii aku di sini.
AKU: Aku tanpak satu susuk yg indah. Aku terus ke mari.
DIA: Aduh bapak udah bijak bicara bahasa aku. Bapak sama siapa, di temani siapa?
AKU: Itu ngak penting. Aku kemari membeli sesuatu. Wulandri, saya tidak suka kamu guna perkataan "aku."
DIA: Kenapa? Itu bahasa aku.
AKU: Saya lupa kamu indon. Maaf.
DIA: Bapak, perkataan indon itu penghinaan buat aku. Jangn sebutnya pak, sekurang2nya jangan disebut pada aku. Bapak perlu bantu aku basmi perkataan itu di bumi ini.
AKU: Itu kerja gila. Kita berdua mana mungkin. Satu cara saja yg boleh.
DIA: Bagaimana?
AKU: Ada lebih 2.5 juta orang yang rela disebut indon, datang sebagai TKI. Kenapa? Kerana bangsanya sendiri tak mampu mencipta rejeki untuk sekadar hidup layak di sana.
DIA: Bapak bicara dalam bahasa aku. Tidak perfect tapi aku suka. Suka bangat. Bapak belajar dari siapa.
AKU: Belajar dari rakan. Namanya Mujar. Shamsudin pun rakan jawa aku.
DIA: Habis bagaimna cara menghapus perkataan indon.
AKU: Begini. Jakarta kena bertindak pandai. Cipta banyak kerja. Hutan jngan dibakar. Pokok membesar berpuluh tahun bahkan ada yang beratus tahun. Pemusnahan berlaku sekelip mata. Buat ladang dengan sempurna. Indonesia kaya dengan tenaga kerja.. Ramaikan nelayan secara moderen. Indonesia ada minyak. Banyak gunung berapi. Tapak bekas gunung berapi boleh buat pusat libur atau jadikan kawasan pertanian. Tapak bekas gunung berapi subur. Pulau juga banyak di sana. Jangn harapkan Bali saja. Nanti udah banyak kerja tiada lagi TKi datang ke sini. Bila tiada TKI perktaan indon pupus dengan sendirinya. Pulau-pulau di sana banyak, jadikan pusat peranginan yang sihat. Bezakan dengan kegiatan hiburan yang disaji di Bali sekarang. Tentu ada tarikan keluarga berlibur di peranginan baru kiranya dikaji dengan rapi.
DIA: Sukar pak. Bukan kuasa aku.
AKU: Membasmi perkataan Indon pun bukan kuasa aku.Wulandri, boleh kita selfie.
DIA: Jangan bapak. Bapak baru aku kenali.
OK FREN, ELOK AKU BERHENTI SINI DULU. MUNGKIN BUAT SEMENTARA. KALAU AKU JUMPA DIA LAGI AKU KONGSI CERITA. (Sekurang2nya aku dah beri dia idea. Tapi siapa yg boleh membuka pintu idea aku tu di Jakarta? Atau idea itu sudah difikirankan di sana.)
KHAMIS PETANG 4 JANUARI 2016.
Tadi aku seperti biasa ke Gamuda Walk untuk coffee. Terjumpa lagi Wulandri juga sedang minum di tempat semalam.
DIA: Assalamulaikum. Selamat sore pak.
AKU: Waalaikummussalam. Mana anak kamu?
DIA: Aku belum dinikahii. Itu anak rakan.
AKU: Dia juga indon ya?
DIA: Lagi2 indon. Hina kah jadi indon? TKi yg jadi pengais sampah mulia pak. Ia terlihat hina di mata kamu tetapi tak demikian perihal di mata Allah. Rejeki yang mereka dapati rejeki yang halal. Dibanding dengan koruptor. Kakek kenakan pakaian compang-camping yang mencari makan melalui mengais sampah tampak lebih terhormat.
AKU: Berapa usia kamu, mari kita selfie.
DIA: Aku belum selesei .... Allah suka lihat hamba Nya dalam mencari yang halal.
AKU: Kamu gunakan agama untuk menundukkan aku. Kamu gunakan agama secara tidak jujur. Yang terleka atau selagi masih ada yang terlena, selama itulah agama akan jadi komoditi untuk dijual beli bagi mencari kepentingan. Kamu bukan TKi ya?
DIA: Allah melihat apa yg aku ujar tadi. Aku kemari untuk melebarkan peluang dengan cara halal. Bapak, may i know ..... where's your wife?
AKU: Should i answer that?
DIA: Your'e a man and any girl you approach is fortunate to be talking to you. You may ...... or may not answer me.
AKU: You are out of topic. Boleh kita selfie untuk kenangan.
DIA: Jangan bikin aku teruja. Nama bapak pun aku tak dimaklumii. Kamu yang out of topic.
AKU: Berapa usia kamu?
DIA: Aduh, selama ini bapak disangkaii yg terbijak. Dgn pengalaman bapak mana mungkin bapak tidak tau usia aku, mana mungkin pengelaman bapak boleh dibohongi. Berapa usia bapak?
AKU: Kalau bukan kerana kamu cantik sekarang juga aku pulang. Kamu yg perlu jawab bukan aku.
DIA: You skipped the topic.
AKU: Aku perlu jawaban yang jujur. Apa tujuan kamu kemari.
DIA: Bapak lupa mungkin. Tadi aku nyatakan aku ingin meluaskan cita2 keluarga aku secara halal dri segi undang-undang negara dan agama. Bapak Islam bukan?
AKU: Semestinya aku Islam.
DIA: Aku tidak ijin benda haram di tubuhku. Bila ada benda haram dalam dagingku, do’aku bakal lebih susah untuk dikabulkan. Walau sholatku tertunai. Sholat hal pertama yang bakal dihisab.
AKU: Kamu berpidato?
DIA: Aku berbangga dgn pengais sampah yg mengutipnya di jalan, di kantor serta di gedong-gedong untuk mendapat rejeki menampong keluarga secara halal. Profesi nya lebih mulia dari pengemis atau pengusaha yg tidak amanah.
AKU: Soalan aku tidak dijawab.
DIA: Aku perlu pulang sekarang. Esok aku akan ke kantur direktur di salah satu enterprenur. Aku akan kemari semula esok jam 5, kurang atau lebih. Assalamualaikum.
5 JANUARI 2016, JUMAAT PETANG
Aku kongsi lagi pasal jumpa Wulandri yg datang dari Jawa. Aku suka kongsi walaupun aku tau tak ada yg membacanya. Aku tertarik dgn dia bukan saja kerana dia muda dan cantik tapi minda dia terlalu beza.
AKU: Salam sore. Apa kbar?
DiA: Kabar baik. Bapak bagaimna?
AkU: Aku baik-baik saja mas.
DiA: Waduh ... terharu aku. Kapan bapak sampei.
AkU: Bagaimana kamu di kantor tadi. Pergi dgn siapa?
DiA: Hancur pak. Aku tak berjaya. Persiapan aku lemah. Mungkin aku kembali lagi dengan persiapan yg lebih rapi, lebih mantap. Aku bersama paman tadi.
AkU: Jadinya kamu bukan TKi?
DiA: Aku dosen di sana.
AkU: Dosen itu apa?
DiA: Aku ibu guru di universitas. Hampir 4 tahun aku peggang professi itu. Aku kemari ingin tapakkan bisnes papa. Di sana kompetisi perit bangat.
AkU: Kenapa breast kamu basah?
DiA: Bapak mungkin berpendidikan tapi sayang kata2 bapak tidak lebih sopan dri org yang tidak pernah sekolah, hargailah orang pak apa pun profesi atau jantinanya.
Aku: Cuba kamu lihat dada kamu. Lihat. Mungkin celana dalam juga basah. Malu dilihat publik.
DiA: Oh ya. Maaf pak. Terima kasih. Di takksi tadi es-krim jatuh aku ngak perasaan . Permisi aku mau ke toilet untuk membersihnya. AKU: Silakan.
Photo credit: tangisanmelayu.blogspot.my
DIA: Ahad ini aku balik Jawa karena kuliah aku ..... bapak temani aku ke Jawa boleh bincang sama papa cara untuk dia maju di sini. Aku minta papa janji sesuatu habuan nanti. Belum pernah aku tawarkan kepada sesiapa ini.
AkU: Jgn pernah menjanjikan sesuatu yg kamu sendiri belum bisa pasti untuk menepatinya.
DiA: Bagi aku perjanjian itu satu harapan. Untuk melengkapkan harapan janji kena disempurnakan.
AKU: Aku ingin penjelasan. Mungkin terlalu personal soalan ini. Kamu cantik. Kenapa belum berpasangan?
DiA: Aku pilih-pilih orang pak. Nggak mau sembarangan. Kalau gak suka, ya gak mau. Aku kek gitu orangnya. Terutama tentang minta ditolongi. Begitu jugak dgn jodoh.
AKU: Kamu pilih yang macam mana.
Dia: Bapak ngak sudi bicara pasal bapak. Isteri di mana? Kalau masih single mengapa? Aku percaya bapak orangnya hebat. Ngak mungkin tiada pasangan.
AkU: Aku manusia rendahan yg dilimpahii dgn kekurangan. Kamu silap memuji aku. Mungkin pujian kamu bertujuan. Aku tidak minta kmu menilai menurut apa yang kamu lihat. Tapi kamu bebas menilai, yang sepatut dinilai menurut kamu.
DIA: Jangan menghina diri. Kamu laki-laki.
AkU: Tawaran untuk jumpa papa kamu aku tolak. Menolak bukan tanpa alasan. Kerana aku hanya ingin menjalani hdup seperti yang aku mau, bukan menjadi yang org lain inginkan.
DiA: Kenapa aku tidak diyakini pak, Lihat paspot aku ni. Nah ..... alamat aku. Di situ papa ku miliki sebuah toko bisnes.
AkU: Aku terlalu amat kuat tidak yakin boleh membantu. Konfiden aku di level paling bawah. Almost zero.
DiA: Bapak kepingin kecewa sendirian. Put some hopes in life bapak. Hope lies in dreams, in imaginations and in courage. Mereka yg berjaya adalah mereka yg berani menjadikan mimpinya reality. Usia bukan penghalang.
AKU: Kamu tak pernah cerita pasal diri kamu. Selfie pun kamu ngak sudi. Bagaimna mungkin kamu dipercayaii.
DiA: Aku akan pulang ke Jawa, Ahad. Aku akan tunggu bapak di sini hari Sabtu. Jam lima. Paman aku ada sekali. Kita bincang pasal trip ke Jawa. Tunggu kami pak.
Credit to: billyinfo.blogspot.my
6 JANUARI 2016, SABTU PETANG
Semalam Wulandri kata nak jumpa aku. Memandangkan dia nak balik ke tanah Jawa pada esok hari, jadi aku pergi jumpa dia buat kali terakhir. Lagi pun aku memang nak minum petang macam selaulunya.
AKU: Selamat sore ibu guru.
Dia: Bapak. Silakan.
AkU: Mana paman kamu?
DiA: Paman tidak kesempatan. Dia masih shopping dgn antie di K Lumpur.
AkU: Kamu mau aku prcaya alasan itu.
DiA: Kami udah bincang, papa aku setuju. Bantuan dari bapak kami perlu tapi kami mau bapak sendiri memberi jawaban. Kami tidak mau ajukan perkara itu lagi. Kami tunggu kamu maklumi kami.
AkU: Adakah itu suatu cara terbaik bagi kamu?
DiA: Sebutan bapak jelas indonesianya, tapi ada grammer-nya yg kurang cocok.
AKU: Bahasa apa yang kita tutur tidak penting. Keperluan bertutur tidak kira dalam bahasa apa. Pertuturan dilakukan untuk memahami maksud.
DIA: Bapak, aku bukan nggak mau selfie sama bapak. Kalau foto kita di-snap pasti kita menyimpannya. Kalau bapak bukan milik aku udah tentu foto itu jadi punca robek-nya hubungan dengan pasangan masing2.
AkU: Alasan kamu terlalu cetek.
Dia: Aku ada sekeping foto. Belum pernah aku agihkan foto ini. Cuba bapak onn kan bluetooth bapak. Aku hantar sekarang, id aku: Neng.
AKU: Foto apa ini? Aku ngak ngerti. DIA: Bapak simpan dulu. Ada ceritanya.
AKU: Kamu bikin aku pusing.
DIA: Bapak se orang yg beda sekali. Jauh beda dengan laki-laki lain. Hujah bapak rasional bahkan aura kamu mepersona. Aku merasai amat dihargai berada di sini walau seketika.
AkU: Tidak mudah kamu mempengaruhi aku.
DiA: Kamu seorang yang luar biasa. Aku pasti beruntung dapat mengenali kamu. Aku menghargaii kraktor bapak serta attitude kamu yg positif.
AKU: Berani aku nyatakan kamu terburu-buru mengatakan sesuatu mengikut pandangan mata. Kamu terlalu baru mengenali aku.
DiA: Apa pun yg akan terjadi kepada bapak, kamu tetap sentiasa mempunyai admirer kerna "dia" tau sebab dia bisa kenali siapa kamu.
AkU: Kamu bijak membuat andaian. Ya, semata-mata andaian.
DiA: Give your trust pak dan tunjukkan kepada dia bahawa kamu memang ngerti tingkah lakunya dan bapak tahu perasaan dia terhadap kamu.
AkU: Aku memang kalah berbicara dgn kamu. Hujah kamu padat. Aku orang biasa yang dibesar dengan segala kekurangan dan kelemahan. Aku bukanlah seorang bapak-guru dan pastinya tidak bisa untuk membidas hujah kamu secara ilmiah. Walau pun aku percaya kamu silap.
DIA: Tidak mungkin aku silap. Kesilapan hanya pada bapak sebab bapa tidak ambil peduli.
AkU: Cuma aku ngerti ungkapan kamu dan bersyukur atas kurunia dan anugerah-Nya sebab dapat memahami diri kamu.
DiA: Andainya kita tidak pernah berbicara begini, pasti kamu aku anggap seperti se ekor beluncas. Persenaliti bapak mempelawa aku untuk mengenali bapak sehampirnya. You confidently approached me pak.
AKU: I believe men think that attractive women are interested in guys who have looks and money or in a certain age group. Yes, there are some, but not many women far more interested in a man's personality than his wallet or his looks.
DiA: Bapak arif di situ. Flight aku jam 6.50 esok pagi. Onn kan bluetooh bapak. Ada gmbar untuk bapak.
AKU: Terima kasih. Aku suka. Aku pasti kamu berpotensi mewarisi bisnes papa kamu.
DiA: Ieya pasti. Doa'kan kejayaan aku pak.
AkU: Bisnes ni umpama kita duduk di belantara. Persaingnya hebat2. Di situ ada giraff, ada singa. Giraff has to run faster than the lion for its survival. Begitu juga singa. Kalau singa tidak pantas belari untuk mengejar giraff singa mati kelaparan. Kita pun demikian.
DiA: Harap kamu dpt bantu aku.
AkU: Neng, dengar sini aku nyatakan yg benar. Aku kepingin membantu siapa2 saja secara jujur. Terutama sekali kamu tapi kesihatan aku merumitkan niat aku untuk berbakti pada yg memerlukan. Akhir2 ini aku sering di hantar ke rumah sakit. Paling kurang dua minggu per admission .......... Jantung aku lemah. Paru2 aku dalam keadaan kritikal menyebabkan pergerakan terbatas.
DIA: Kenapa begitu?
AkU: Oxygen tidak pernah cukup untuk di- konsium oleh tubuh. Aku diawasi oleh dua doktor pakar. Aku sebenarnya menunggu detik yg ngeri buat anak2 ......... bagi ku detik itu terlalu mungkin.
DiA: BAPAK ! (Semua gambar dan video dalam cerita ini tiada kaitan, semata-mata hiasan.)
This site belongs to us and the stories are ours. Everyone has a story to tell and in sharing we find healing. I expect that my true story will give hope a chance to grow in your heart. Your stories and wisdom are as meaningful as mine.
Berfikirlah dengan ilmu, berucaplah dengan ilmu dan menulislah dengan ilmu. Kata-kata ni bukan menunjuk aku lebih berilmu, ini ingatan untuk diri aku. Aku pun mengutip ilmu melalui orang lain, melalui sahabat-sahabat termasuk kamu yang membaca ni.
Sahabat bagi aku penting bukan semata-mata kerana menagih sokongan. Aku banyak belajar melalui sahabat terutama tentang erti persahabatan. Aku suka bersahabat dengan mereka yg waras yang sentiasa mengatakan salah kalau perkara itu tidak benar dan mengatakan benar apabila perkara itu betul. Maksud aku mereka yang berfikiran kritikel (critical thinking).
Ada orang yang tersilap tentang memahami makna Critical thinking. Berfikiran kritikal sebenarnya bermakna se seorang yang berupaya berfikir dengan jelas secara rasional tentang perkara yang benar dengan berfikir secara ilmiah. Critikal thinking bukan bermakna suka-suka mengkeritik.
Aku pun banyak belajar melalui rakan-rakan yang tidak berfikiran kritikel. Sebenarnya aku lebih banyak dapat pengalaman melalui mereka ni. Aku dapat banyak pengajaran yang berguna; by learnning examples of what they have done.
Law student sebelum ke klass.
Mereka yang kerap berfikiran tak lojik sebenarnya bukan manusia bodoh. Kita salah kalau menuduh mereka begitu. Bukan setakat salah, bahkan kita juga menanggong dosa. Adakah kita lebih bijak dalam semua hal dari mereka? Apakah alat yang kita guna untuk menyukat kepandaian kita?
Mereka yang kita anggap bodoh sebenarnya bukan orang bodoh cuma mereka kurang "smart". Manusia yang cerdik pandai pun bukan tak ada yang bodoh. Kita susah nak nampak kebodohan mereka sebab mereka berselindung di belakang kedudukan dan kelulusan pointer degree yang tinggi atau berselindung di sebalik Phd mereka. Kadang-kadang terserlah juga kebodohan mereka cuma mereka tak tau yang kita dah tau mereka juga bodoh. Mereka tak tau yang kita dah tau sebab kita sengaja diamkan diri buat-buat bodoh.
Manusia yang kita anggap pandai tetapi kalau dia tidak boleh bangun semula selepas jatuh, dia bukannya bijak. Sebaliknya manusia yang kita anggap bodoh tapi bangkit semula berdiri, dia sebenarnya se orang manusia "smart" yang berani.
Apa-apa pun ia bergantung kepada kita menkelasifikasikan se seorang itu bodoh atau pun kurang cerdik. Bagi aku tak perlu kita menilai sesorang itu bodoh atau tidak, sebab mengabeh-kan boreh jo. Yang penting kita pandai memilih someone who is doing something right.
Tak lama lagi kita semua nak sambut raya. Bolehlah kita mula bersiap-siap untuk menyambutnya sebab kita dah tau bila harinya. Tapi kita tak tau bila hari akhir kita. Apabila kita tak tau hari akhir kita, itu yang menyebabkan kita tak buat persediaan. Aku tak bermaksud semua orang tak buat persediaan tapi kalau dah ada yang buat pun, buat setakat ala kadar. Sebenarnya persediaan tu bukannya susah. Apa yang kita lakukan seharian dengan mengikut semua tuntutan NYA termasuk melakukan perkara-perkara sunat, itulah persediaan kita.
Akhirnya aku ucapkan selamat hari raya, mohon maaf zahir batin dengan ucapan jangan main mercun.
Senyumlah selepas baca ni sebab senyuman itu sedekah.
Geng ASASI Law
(Gambar-gambar dan video dalam artikel ini tiada kaitan dengan cerita, sekadar hiasan sahaja)
This site belongs to us and the stories are ours. Everyone has a story to tell and in sharing we find healing. Your stories and wisdom are just as meaningful as mine.