Sunday, 17 February 2019

SAUDARA SUHAIMI SAAD


Saudara Suhiami Saad,
Assalamulaikum Saudara se agama ku,

Saya tak berniat menulis tentang pandangan saudara berkaitan rupa bentuk bumi, ubat vaksin, persekolahan atau penggunaan mesin basuh.

Di sini saya bukannya ambil kesempatan memberi nasihat jauh sekali mengutuk seperti mereka yg lain lakukan.

Saya cuma minta saudara bertindak tenang. Sementara itu cuba cari waktu paling hening saudara.

Gunakan masa itu sepenuhnya untuk fikirkan tentang impak keluarga terutama tentang pelajaran dan pergaulan sosial mereka andainya saudara berterusan begini.

Masa depan mereka bergantung di atas tindak-tanduk saudara sekarang. Jangan beri mereka ruang walau pun sedikit untuk menyalahkan saudara kemudian. Pada masa itu penyesalan sudah tidah bererti.

Permintaan saya hanya satu: Cuba pertimbangkan permintaan saya untuk saudara fikirkan tentang impak keluarga andainya saudara berterusan dgn sikap begini.

Maafkan saya jika memberi pandangan begini menjadi kesalahan besar bagi saudara.

Saturday, 16 February 2019

Friday, 19 October 2018

SALAM JUMAAT

Salam Jumaat,

Alhamdulillah, Allah terbitkan lgi hari Jumaat untuk kita. Mari kita pula terbitkan hati agar bersyukur atas segala nikmat dari Nya termaksuk nikmat persahabatan ini. Mari kita terbitkan hati kita dlm apa pun keadaan Dia yg tetap kita ingat.

Di hari yg mulia ini, mari kita tempatkan Allah di tempat paling tinggi. Jngan sesekali kita pentingkan dunia lebih dari hukum Nya.

Di Jumaat ini mari kita berdoa agar DIA jauhkan kita  dari kesedihan yang tidak perlu. Agar Dia melapangkan kita dari sebarang kesempitan. Disihatkan otak kita dan dipenuhkan hati dengan kerinduan bertemu NYA.

Mari kita berdoa agar Allah memberi kita minda yg waras agar kita sentiasa bijak menahan marah, bersantun walau sedang dilecehkan dan tetap menjadi manusia beradab walau pun mereka mulai tidak waras.

Aku berdoa agar Allah melindung kita dari fitnah akhir zaman, dari mesege rekaan karut, dari surat berantai kurafat dan dari apa-apa yang dapat menjauhkan kita dari kejujuran dan tabayyun.

Di hari yang berkah ini, berdoalah kita agar Malaysia negara kita dijauhkan dari masalah-masalah perpecahan.

Jngan lupa untuk berdoa agar kita dan keluarga dalam keadaan sihat sejahtera.

(This site is our's and all stories belong to us.  Everyone has a story to tell and in sharing we find healing. I expect this story will give hope a good chance to grow in your hearts. Your wisdom and stories are as good as mine.)©

Semua komen tidak akan dipadam. Sendiri komen harap bertanggongjawab. Video dan gambar dalam tulisan ini semata-mata hiasan.

Sunday, 23 September 2018

SEJAK DARI ZAMAN KANAK-KANAK LAGI

Aku amat beruntung dilahir dlm keluarga kecil, harmony, bertolak ansur dan berkerja sama. Hasil dari suasana di atas serta didikan, kami adik beradik membesar dan semua berjaya dlm kehidupan.

Asohan serta teladan menjadikan kami manusia  bertanggungjawab.

Kami adik beradik umpama dahan se buah pohon yg rendang. Walau pun dahan tumbuh ke arah yg berlainan namun dahan tetap bersatu di pohon.

Tidak ada keluarga yang sempurna. Ada masa kami berdebat bahkan ada ketika masing2 membatu sepi namun pada malamnya, keluarga tetap keluarga, di mana kasih sayang silatulrahim setia mengikat.

(This is our's and all stories belong to us. Everyone has a story to tell and in sharing we find healing. I expect this story will give hope a good chance to grow in your hearts. Your wisdom and stories are as good as mine.)©

Penulis tidak bertanggong-jawab terhadap komen yang menyalahi undang-undang, menyentuh sentimen agama dan kaum serta individu. Segala risiko akibat ulasan atau  komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengulas sendiri.

Video dan gambar jika ada dalam tulisan ini tiada kaitan dengan enyri ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...