Saturday 24 September 2016

KERANA SE BIJI BETIK SEMUA TERIKUT-IKUT PERATURAN YANG TIDAK DITETAPKAN

Di bawah ini sambungan cerita yang bertajuk SAHABAT KARIB DI SEBUAH DANAU yang ditulis pada minggu lepas. Untuk tidak membuang masa mari kita terus ke danau itu, lihat apa yang ada di situ.

SIPUT Bangun. Hari dah siang.

KATAK Awalnya kamu kemari.

SIPUT Aku lapar. Mari kita pergi sarapan ke belukar semalam. Cepat, lompat ke belakang aku.

Katak naik ke belakang siput. Siput membawanya ke belukar berhampiran.

KATAK Kenapa kamu berhenti?

SIPUT Aku nak tengok betik tu ada lagi tak.

KATAK Betik?

SIPUT Engkau tengok dahan tu. Semalam ada pemburu gantung buah betik. Dia malas nak bawak masuk hutan dia tinggalkan kat situ.

KATAK Bodohnya dia. Nanti monyet makan, padan muka dia.

SIPUT Dia gantung betik tu dengan dawai. Monyet tak boleh turun ikut dawai.

KATAK Monyet datang ke?

SIPUT:  Ada tiga ekor kera datang; bapak kera, emak kera dengan anak kera. Semua duduk di dahan mencuba ambik betik. Dari dahan, kera tak dapat ambik sebab betik digantung jaraknya jauh juga dari dahan. Kera tu pun semua turun ke tanah, duduk bawah buah betik yang tergantung. Mereka harap betik tu jatuh.

KATAK Kesiannya.

SIPUT Tiba-tiba bapak kera tu ada ilham. Dia nampak se batang pokok rotan tak berapa jauh dari buah betik tu. Dia  panjat pokok rotan. Rotan tu tak besar. Pokok rotan tu bila dipanjat dia melendut menghala ke betik. Tiba-tiba bapak kera tu jatuh, menghempap bini dengan anaknya. Bini dia ketuk-ketuk kepala laki dia.

KATAK Kenapa dia jatuh?

SIPUT Rotan tu licin sebab penuh dengan lumut. Lumutkan licin.

KATAK:  Kesian.

SIPUT: Lepas tu bini kera pulak panjat pokok rotan. Begitu juga rotan tu melendut. Emak kera pun jatuh menghempap bapak kera. Bapak kera pun ketuk-ketuk kepala emak kera tu. Dia ketuk banyak kali.

KATAK Keluarga ganas tu.

SIPUT Tiba-tiba datang se ekor bapak lotong. Lotong sejenis monyet. Bapak lotong menuju ke pokok rotan nak panjat. Bapak kera dengan emak kera tarik ekor lotong tak kasi dia panjat. Lotong tak jadi panjat. Sekarang kesemuanya duduk bawah buah betik. Pada masa itu pulak datang emak lotong. Apa lagi dia terus nak panjat pokok rotan tu. Bapak kera, emak kera dengan bapak lotong tarik ekor emak lotong, tak kasik dia panjat. Emak lotong takut nak panjat. Emak lotong pun join kera tu duduk bawah buah betik.

KATAK: Dah habis ke cerita tu?

SIPUT: Belum. Keluarga kera tu malas nak tunggu, mereka pun pergi ke kawasan lain. Masa itulah ibu lotong tanya kat bapak lotong. Kenapa ditarik semasa dia nak panjat tadi. Bapak lotong kata dia tak tau. Dia tengok kera tarik dia pun ikut tarik. Dalam pada itu datang se ekor bapak ungka (sejenis monyet).  Dia pun terus menuju ke pokok rotan. Belum sempat dia panjat pokok rotan tu, lotong laki bini tadi tarik ekor bapak ungka sekuat hati. Bapak ungka tercengang.

KATAK Hi, hi, hi.

SIPUT:  Masa tu jugak ibu ungka datang entah dari mana menuju ke pokok rotan. Belum sempat ibu ungka ke pokok rotan tu, lotong dengan bini dia berserta dgn bapak ungka tarik ekor ibu ungka. Ibu ungka menjerit-jerit sebab sakit.

KATAK Lepas ni siapa pulak datang?

SIPUT Tiba-tiba muncul keluarga kera yang mula-mula mencuba mengambil betik tadi. Rupa-rupanya bapak kera tadi memerhatikan semua perbuatan lotong dgn ungka. Bapak kera tanya kenapa main tarik-tarik ekor. Semua kata mereka tak tau. Mereka buat sebab  nampak yang lain tarik, mereka pun ikut tarik.

KATAK Jom kita pergi sarapan. Belukar dah tak jauh. (Katak masih duduk di atas belakang siput. Siput pun bergerak.)

SIPUT Cerita tu nampak macam cerita bodoh tapi ada moral.

KATAK Apa moralnya?

SIPUTMoralnya, sekarangkan semua main ikut-ikut. Nampak yang lain buat, dia ikut tapi tak tahu apa yang diikutnya. Asik main ikut. Itu sebab sekarang ramai yang jadi pak turut bukan penyokong setia. 

KATAK:  Sekarang memang ramai yang jadi pak turut. Kamu pun pak turut, masuk bertanding bukan tujuan nak menang. Aku pun tak faham. Wala tak tentu pasal. Bukan wala pasal agama, pasal dunia. Kalau dikatakan bodoh nanti marah. Kamulah yang se waktu dengannya.

(This site is our site and the stories belong to us. Everyone has a story to tell and in sharing we find healing. I expect this story will give hope a good chance to grow in your hearts. Your wisdom and stories are as good as mine)

Penulis tidak bertanggong-jawab terhadap komen yang menyalahi undang-undang, menyentuh sentimen agama dan kaum serta individu. Segala risiko akibat ulasan atau  komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengulas sendiri.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...