Thursday, 29 December 2016

UNTUNG SUDAH NASIB RINDU DI BADAN

Jam di tangan saya sekarang menunjukkan pukul 10 pagi. Tujuh hari yang lepas di waktu tepat begini saya sedang berada di kawasan berlepas lapangan terbang Kansai, 0saka untuk pulang ke tanah air. 

Memandangkan di waktu itu masih ada 30 minit lagi sebelum Gate 13 untuk laluan ke pesawat ditutup, saya sengaja berdiri di situ untuk kali terakhir memerahati keadaan sekeliling.

Tiba-tiba rakan saya yang sentiasa membantu semasa saya di 0saka dan Koyoto hadir. Beliau juga yang menjadi pemandu pelancong kepada saya di sana.

Namanya Maiko. Itu nama panggilannya di rumah. Saya juga memanggil dia dengan panggilan itu. Saya terasa lebih mesra menyebut nama itu dari memanggil namanya yang sebenar kerana kerap terdengar ibu dan bapanya menyebut Maiko. Saya difahamkan nama Maiko adalah merupakan nama popular di Jepun. Ramai wanita di sana yang bernama Maiko berjaya di bidang masing-masing, seperti:

a) Maiko Itai, ratu cantik Jepun

b) Maiko ito, pelakun popular (ramai pelakun film Jepun menggunakan nama Maiko)

c) Maiko Kano, pemain bola tampar handalan

d) Maiko Nakamura, penyanyi popular

e) Maiko Watson (ahli kumpulan pop terkenal Kanada, Sugar Jones) 

f) dan ramai lagi yang saya tidak tahu

Maiko yang baru tiba berdiri di hadapan saya. Dia merupakan se orang wanita muda yang berkerjaya dan cantik dengan penampilan yang menarik. Tutur katanya sentiasa dijaga. Pagi itu dia berpakaian pejabatnya; blaus berwarna putih, blazer dan skirt hitam. Kualiti materialnya terserlah. Terlalu cantik dia di pagi itu.

Saya terkejut dengan kedatangannya sebab sebelumnya dia memberi tahu yang dia akan mempengerusikan satu mesyuarat penting di tempat kerjanya. Se orang yang masih muda telah di beri amanah yang berat oleh korporat besar yang ada rangkaian di setiap pelusuk dunia.

Di dada Maiko tergantung lanyard berwarna merah dan dicetak dengan tulisan warna putih, nama korporat di mana tempat dia menyumbang idea.

MAIKO: How was your night?

SAYA: I couldn't get a good sleep. I woke every hour and at six i left the hotel.  


Selamat tinggal Kasuga

Maiko menghulurkan sebuah beg kertas kepada saya sambil berkata, "This's yours. I appreciate if you are willing to accept mine."

SAYA: (beg yang merupakan cenderahati) Thank you. I'd love to open it now. I'm just too excited too wait. 

Di dalam beg itu ada kotak berisi jam tangan. Jam yang sangat cantik, kelihatan begitu klasik dengan buatan tangan yang kemas oleh Dedegumo yang terkenal di Jepun. Saya kagum dengan hasil buatannya. Seni ciptanya terlalu halus.  Saya menyukainya dan terharu. 

Tidak sedar sedikit air menitis dari mata kerana terlalu gembira. Di dalam hidup saya belum pernah dapat membeli jam demikian. Begitu juga di dalam hidup saya belum pernah menitiskan air mata kerana se buah cenderahati. Maiko mengesat air di pipi saya dengan kertas tisunya. 

SAYA: Thank you so much. This's a great gift and can't believe how well you know my taste. What a nice surprise. Do you think we can decide together on something?

Sementara menunggu jawapannya, saya mengeluarkan sebuah lagi cenderahati dari Maiko yang merupakan se buah buku bertajuk Small Talk Big Result di tulis oleh Diane Windingland. Saya suka buku begitu. Saya tidak tahu entah berapa kali perkataan thank you saya lafazkan. Maiko menundukkan kepalanya sekali.

A bag of thousand dreams

SAYA: You told me that you are the chairperson of an urgent meeting at this hour.

MAIKO: My Director excused me as he knew that I am missing a special one today. I came because I wanted to wish him sayonara.

SAYA: (saya tidak tahu siapa yang dimaksudkan him) I'm very thankful that you are considering someone special to you but why do you miss him?

MAIKO: Well, I don't know but there's something about him. He turns me on I believe. Don't you think so?

SAYA: Really? What is that something?

MAIKO: He is gentle, patient and mature. I think he is Mr Right but whose right i don't know.

SAYA: Mature is best for you but you are too young for anyone. What will your friends think?

MAIKO: I don't think what others think about me. I just know i admire him and he is too kind to me. Age shouldn't be something that comes in the way of my relationship. As long as he understands, my age is not an issue.

SAYA: Is he important to you? 

MAIKO: It's good to be important but it's more important to be good and he's good.

Pada masa itu terdengar pengumuman meminta penumpang yang akan menaiki pesawat MAS 0053 supaya masuk ke kapal terbang melalui gate 13 kerana pesawat ke KLIA akan berlepas sebentar lagi. Maiko kelihatan sayu. Saya letakkan kedua-dua tangan saya ke bahunya. 

SAYA: I'm sorry. I have nothing right now to offer you and I thank you so much for everything especially for this watch and your time the most." 

MAIKO: You just offered your smile and it's the best gift I ever wanted. It's so meaningful and worth a thousand dreams." (She held my two arms).

Dengan pelahan saya berbisik, "There's a home in Malaysia welcoming you if you would like to move there. Would you?" Maiko tergamam dengan pertanyaan itu. Dia melepaskan lengan saya dan mengundur selangkah ke belakang serta memandang tepat ke mata saya.
  
Masa saya pada waktu itu teramat suntuk. Saya genggam jari tangannya. Saya kata kepadanya saya tidak boleh berada di situ walaupun satu minit lagi. Saya ucapkan selamat tinggal dan setelah melepaskan genggaman, saya terus menuju ke gate nombor 13.  Selepas bergerak kira-kira 25 langkah tiba-tiba saya terdengar Maiko menjerit, "Give me a call." 

Saya toleh ke belakang, melambai tangan dan membalas, "I will. Sayonara"

Saya meneruskan langkah menuju ke Gate 13 dengan keadaan longlai dan hati yang berkecamukan. Di pesawat saya ke se orangan di antara ratusan penumpang, tersandar bersendirian sambil melelapkan mata untuk melupakan Maiko sekurang-kurang buat sementara. 

Tanpa disedari terkeluar dari mulut saya enam patah perkataan, "Zee, adakah aku sudah melupakan kamu?"
Klik Untuk Cerita Sebelumnya)
Entry sebelumnya: Di Situ Bukan Tempat Paling Awal

(This site is our site and the stories belong to us. Everyone has a story to tell and in sharing we find healing. I expect this story will give hope a good chance to grow in your hearts. Your wisdom and stories are as good as mine.

Penulis tidak bertanggong-jawab terhadap komen yang menyalahi undang-undang, menyentuh sentimen agama dan kaum serta individu. Segala risiko akibat ulasan atau  komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengulas sendiri.


38 comments:

  1. Baby girl tak ada sekali..? Buku bertajuk Small Talk Big Result. Baca tajuknya pun dah membuatkan hati tertarik untuk membeli dan memiliki serta baca buku tersebut.

    Banyak yang kita boleh belajar dari membaca.. Dari ilmu yang diluahkan didalam buku..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju 100%. Buku memberi ilmu. Masalahnya kita malas nak ke kedai buku atau ke perpustakaan.

      Delete
    2. Reen, feadeah membaca.

      1) membaca memberi otok kepada otak (menguatkan otak)

      2) membacs membuat otak menjadi muda

      4) membaca menambah vokeb (perkataan)

      5) membaca mengurang stress

      6) membaca mengujudkan perasaan positif

      7) membaca menceriakan mood

      8) menyihatkan hubungan

      9) and many more

      Delete
  2. small talk big result..i think is the best word i hear for tonite..menghayato setiap baris cerita..sy rasa tuan adam sangat lembut melayan seorang wanita...dan hati yg berkecamuk dalam flight maybe atas sebab ada kata2 tak trucap sepenuhnya...:)..

    ReplyDelete
    Replies

    1. Saya percaya semua manusia setaraf. Samada lelaki atau wanita tanpa batas usia.Saya seberapa boleh tidak mau menilai, menghakim se seorang mengikut persepsi saya terutama betkaitan berhubung kait dgn jantina. Persepsi biasanya bukan 100% tepat. Ada juga silap kadang2, jadi, jalan yg paling selesa dan selamat ialah dengan melayan setiap orang serupa

      Delete
  3. Antara realiti dan fantasi.. Apapun menjadikan saya lebih muda dari sekarang, ingin bercinta lagi..

    Tiba tiba mati apabila menatap "zee, adakah aku sudah melupakan kamu? "..
    Kebetulan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dengan tiga potong ayat, tuan boleh mengegarkan otak untuk menjawabnya. Tiga ayat yg menyerlahkan kehebatan se orang blogger. Siapa yg tidak kenal kluangdiamond?

      1) Dalam dunia yg serba maju fantasi masih ujud bukan setakat di alam percintaan bahkan di bidang penulisan serta politik. Kenapa dia ujud? Sebab manusia suka berfantasi. Kapen kapal yg bocor, berfantasi supaya anak2 kapalnya tidak terjun ke laut. Kalau ada yg terjun, mereka digelar pengkhianat. Tuan tidak terkejut sebab ini realiti.

      Jw Rowling menjual fantasinya. Dia berjaya sebab manusia masih suka kpda fantasi. Dia ibu tunggal yg pernah merempat, kerap menggunakan coffee bar untuk jadikan tempat dia berfantasi. Fantasi menjadikan dia kayaraya hingga menderma bermillion dollar kepada pertubuhan wanita terinaya. Film studio dan pelakun menebalkan poket hasil fantasi jw rowling. Dari orang yg tidak dikenali hingga dia di panggil memberi ucapan di konvo universiti havard. Saya ulang, di universiti havard.

      Fantasi dia membuat orang beratur dari seawal pagi untuk membeli buku Harry Portter.

      Begitu juga jepun menjual fantasinya melalui ultraman. Kita tidak boleh mengatasi jepun dari segi teknoloji, kebersihan, budaya, terutama sikap dll. Sebab bagi jepun itu perkara reality untuk rakyat.

      2) Zee juga nama panggilan keluarga, memang Zee pernah ujud. Zee yg pernah ujud dlm kehidupan penulis sudah tiada. Yg tinggal sekarang hanya kenangan sebuah institusi yg sah mengikut hukum Nya.

      Thank you tuan.

      Delete
  4. wah...seronok akak baca pengalaman Adam. Ucapan selamat tinggal dengan situasi yg sungguh mengharukan. Berkaca mata akak namun tak tumpah...hihi... Enjoy your life and keep others happy too...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih dudi membaca. Sudi2lah lagi baca yg sebelumnya.
      Thanks.

      Delete
  5. first time baca blog ni ... terasa macam baca novel tau. memang ada bakat jadi pengarang. thumbs up :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau first time baca bermakna banyak yg belum dibaca entry sebelum ni. Selak2lah entry yg belum dibaca.

      Delete
  6. Replies
    1. Don't forget to bring your camera tomorrow to the 13-kilometer jogging track.

      Delete
  7. Sebuah blog yg penuh dgn falsafah tersembunyi. Kipitdup.

    ReplyDelete
  8. Tidak salah saya rasa untuk saudara mencari pengganti dan sungguh manis andainya Maiko menganut agama Islam. Usahakan lah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. STJ,
      Awak menyuruh saya berangan-angan.
      Ok jugak brrangan2 sebab dia percuma.

      Delete
    2. Agak x setuju dengan kalimah 'berangan-angan'..apa kata diubah kpd impian & harapan.

      Delete
  9. Sudah ada ke nama Islam untuk dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Laaaaa, kenapa pulak nak panggil dia dgn nama Islam.

      Delete
  10. Replies
    1. Semasa saya pegang Maiko, kami pakai glove. Di 0saka sejuk. Suhu 7darjah selsius. Di Koyoto saya tinggal sebelum tu rendah hingga 3darjah di sebelah malam.

      Delete
    2. Saya tertungu tunggu entry irda yg baru. Harap azam untuk menulis tidak pudar.

      Delete
  11. Menarik buku tu, rasa ingin memiliki..

    kenangan lama jangan dilupakan, simpan ia dalam ingatan..apapun hidup harus diteruskan, cuba cari seseorang persis maiko untuk menemani hidup en.Adam..

    ReplyDelete
  12. Eyda, pandangan yg baik. Thanjs. nak carik tu yg tak tau macam mana. Mencari teman hidup ni atau sebab saya masih kesiangan, ada saya tulis kat entry saya bertajuk YOUR SMILE ADDS BEAUTY....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika ada yang berkenan di hati yang boleh bahagiakan en.adam dan anak, apa salahnya..

      Ok nanti saya baca entry YOUR SMILE ADDS BEAUTY

      Delete
    2. Aduh,
      Macam mana saya nak jawab ni.
      Eyda, biarkan lah ulasan u tak dijawab.
      Tak elok tak fijawab.
      So, jawapannya besar kemungkin tidak menjadi kenyataan.

      Delete
    3. Maksud saya dgn that japanese girl.

      Delete
    4. Sebab perbezaan budaya dan agama ke? Jika ianya akan menjadi permasalahan, rasanya mungkin kalian patut kekalkan ia sebagai persahabatan saja..

      In shaa Allah mana tahu 1 hari nanti en.adam dapat menemui seseorang yang dapat menjadi pasangan hidup persis maiko..tapi jangan membandingkan keduanya, kerana manusia tidak akan sama atau sempurna seperti yang diharapkan..

      Delete
  13. sportingnya Director Maiko...siap bg pelepasan..Maiko tu yg dlm entry En Adam sebelum ni kan...

    syahdunya saat perpisahan itu, mcm lagu 'Bukan Aku Tak Cinta' by Iklim..

    Saat kita berpisah
    Kau pegang erat tanganku
    Sepertinya tak merelakan
    Kepergianku untuk meninggalkanmu

    Dialog perpisahan yg menguji perasaan perempuan..siapakah 'him to her'...yang lama sentiasa dlm kenangan..Rasulullah SAW jg sentiasa terkenang-kenang Siti Khadijah, sehingga isteri2 yg lain jd cemburu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya terharu dgn ulasan nohas.
      Thanks,

      Delete
  14. Hidup masih panjang mungkin... Simpan 'Zee' dalam hati; di satu tempat yang sangat istimewa, tiada siapa/apa mampu mengalihkannya. Tapi, apa salahnya buka hati pada peluang yang datang? Tak gitu?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...