Friday 14 April 2017

ENTRY INI TELAH SAYA PUBLISH SETAHUN YANG LALU. DIKELUARKAN SEMULA UNTUK PEMBACA YANG BARU MENGIKUT BLOG INI.


SAHABAT YANG MEMPUNYAI WAJAH SEIRAS PERKERTI

Minggu ni saya bercadang tidak menulis. Sudah tentu ada pembaca yang akan bertanya kenapa tidak ada posting baru. Jadi saya nukilkan kesah saya bertemu se orang rakan baru dari seberang. Selamat membaca.


Nur Humira Sofea

2 JANUARI 2016, Petang Selasa.

Petang semalam saya pergi bergunting rambut. Saya duduk di bangku panjang di luar kedai sebab ramai yang menunggu giliran. Tiba-tiba se orang perempuan duduk di sebelah saya. Cantikkkkk. Saya ni kan lelaki, so saya terus bertemu ramah.

SAYA: Nak bergunting ke?

DIA: Tidak pak. Aku tunggu anak bergunting.

SAYA: Oh, orang Indon. Kamu asli mana?

DIA:  Pulau Jawa pak. Dari suku Banten.

SAYA: Aku ada cewek Indon di sana. Di sana aku nginap di hotel Paragon.

DIA:  Pak, kami di indonesia marah di panggil indon.

SAYA: Kenapa?

DIA:  Terasa terhina pak.

SAYA: Kenapa begitu. Itu kan perkataan pendek untuk Indonesia. Orang Findland dipanggil Finn. Orang Vietnam panggil Viet. Orang Scotland kita  panggil Scot. Orang Thailand kami panggil Thai. Orang Turkey dipanggil Turk. Orang Denmark kita panggil Den. Mereka tidak marah sebab panggilan itu benar. Kamu libur di sini ya?

DIA:  Tidak pak. Aku TKi.

SAYA: TKi itu apa?

DIA:  Tenaga Kerja indonesia. Ertinya buruh. 

SAYA: Kamu dengar ini. Siapa yg merendahkan siapa. Kenapa orang seperti kamu menggelar itu. Kamu panggil buruh? Bukankah elok dipanggil lain. Malaysia pernah ada nama Kementerian BURUH Tapi kami ubah, kami namakan Kementerian Sumber Manusia.

DIA:  Aku ngak ngerti pak.  Kamu ada cewek di Bogor, benar ya?

SAYA: Benar. Dia cantik.

DIA:  Cantik seperti apa?

SAYA: Seperti kamu.

DIA:  Kata-kata yang sering aku dengarin dituju kepada aku. Tapi aku percaya bapak tulus.

SAYA: Aku tidak kata aku iklas sebab sukar membuktikan nya. Tapi jujur aku nyatakan yang aku ketagih berkata benar.

DIA:  Aku kagum. Oh ya, kapan bapak mau ka sana lagi ... jika ke sana maklumi aku ya. Nama aku Wulandri.

CERITA SAYA BERHENTI DI SINI DAHULU. KAMU PERCAYA ATAU TIDAK, TERPULANG. In reality ada dua benda yg menyekat kebenaran: tidak ingin meneruskan percaya atau tidak mau percaya dari mula.

Nur Aqilah Madihah:  sepupu Nur Humaira

PETANG RABU, 3 JANUARI 2016

Tadi saya ke GAMUDA WALK tak jauh dari kediaman saya. Saya ke situ sebab di situ pusat segala2nya. Tetiba saya terpandang perempuan dari Indonesia yang saya jumpa semalam. Di situ dia sedang minum. Saya terus tuju ke meja dia.

DIA:  Ada apa pak ketemuii aku di sini.

SAYA: Aku tampak satu susuk yg indah. Aku terus ke mari.

DIA:   Aduh bapak udah bijak bicara bahasa aku. Bapak di temani siapa?

SAYA: Itu nggak penting. Aku kemari membeli sesuatu. Wulandri, saya tidak suka kamu guna perkataan "aku."

DIA:  Kenapa? Itu bahasa aku.

SAYA: Saya lupa kamu indon. Maaf.

DIA: Bapak, perkataan indon itu penghinaan buat aku. Jangn sebutnya pak, sekurang2nya jangan disebut pada aku. Bapak perlu bantu aku basmi perkataan itu di bumi ini.

SAYA: Itu kerja gila. Kita berdua mana mungkin. Satu cara saja yg boleh.

DIA:  Bagaimana?

SAYA: Ada lebih 2.5 juta orang yang rela disebut indon, datang sebagai TKI. Kenapa? Kerana bangsanya sendiri tak mampu mencipta rejeki untuk sekadar hidup layak di sana.

DIA:  Bapak bicara dalam bahasa aku. Tidak perfect tapi aku ngerti. Suka bangat. Bapak belajar dari siapa.

SAYA: Belajar dari rakan. Namanya Mujar. Shamsudin pun rakan jawa aku.

DIA:   Habis bagaimna cara menghapus perkataan indon?

SAYA: Begini. Jakarta kena bertindak pandai. Cipta banyak kerja. Hutan jngan dibakar. Pokok membesar berpuluh tahun bahkan ada yang beratus tahun. Pemusnahan berlaku sekelip mata. Buat ladang dengan sempurna. Indonesia kaya dengan tenaga kerja.

Dia tidak berkelip mendengarnya.

SAYA: Ramaikan nelayan secara moderen. Indonesia ada minyak. Tapak bekas gunung berapi boleh buat pusat libur atau jadikan kawasan pertanian. Tapak bekas gunung berapi subur. Pulau juga banyak di sana. Jangn harapkan Bali saja. Nanti udah banyak kerja tiada lagi TKi datang ke sini. Tanpa TKI perktaan indon pupus dengan sendirinya. 

DIA:  Sukar pak.

SAYA:  Pulau-pulau di sana jadikan pusat peranginan yang sihat. Bezakan dengan kegiatan hiburan yang disaji di Bali sekarang. Tentu ada tarikan keluargberlibur kiranya dikaji dengan rapi.

DIA:  Itu bukan kuasa aku.

SAYA:  Membasmi perkataan Indon pun bukan kuasa aku. Wulandri, boleh kita selfie.

DIA:  Jangan bapak. Bapak baru aku kenali.

OK FREN, ELOK SAYA BERHENTI SINI DULU. MUNGKIN BUAT SEMENTARA. KALAU SAYA JUMPA DIA LAGI SAYA KONGSI CERITA. (Sekurang2nya saya dah beri dia idea. Tapi siapa yang boleh membuka pintu untuk idea saya masuk ke pentabiran di Jakarta? Atau idea itu sudah difikirankan oleh Jokowi di sana.)


KHAMIS PETANG 4 JANUARI 2016.

Seperti biasa saya ke Gamuda Walk untuk coffee. Terjumpa lagi Wulandri juga sedang minum di tempat semalam.

DIA:  Assalamulaikum. Selamat sore pak.

SAYA: Waalaikummussalam. Mana anak kamu?

DIA:  Aku belum dinikahii. Itu hari anak rakan.

SAYA: Dia juga indon ya?

DIA:  Lagi2 indon. Hina kah jadi indon? TKi yg jadi pengais sampah mulia pak. Ia terlihat hina di mata kamu tetapi tak demikian perihal di mata Allah. Rejeki yang mereka dapati rejeki yang halal. Dibanding dengan koruptor. Kakek pengais sampah kenakan pakaian compang-camping yang mencari makan melalui mengais sampah tampak lebih terhormat.

SAYA: Berapa usia kamu, mari kita selfie.

DIA:  Aku belum selesei .... Allah suka lihat hamba Nya dalam mencari yang halal.

SAYA: Kamu gunakan agama untuk menundukkan aku. Kamu gunakan agama secara tidak jujur. Yang terleka atau selagi masih ada yang terlena, selama itulah agama akan jadi komoditi untuk dijual beli bagi mencari kepentingan. Kamu bukan TKi ya?

DIA:  Allah melihat apa yg aku ujar tadi. Aku kemari untuk melebarkan peluang papa dengan cara halal. Bapak, may i know ..... where's your wife?

SAYA: Should I answer that?

DIA:  Your'e a man and any girl you approach is fortunate to be talking to you. You may ...... or may not answer me.

SAYA: You are out of topic. Boleh kita selfie untuk kenangan.

DIA: Jangan bikin aku teruja. Aku kian cemas di sisi bapak. Nama bapak pun aku tak dimaklumi. Kamu yang out of topic.

SAYA: Berapa usia kamu?

DIA:  Aduh, selama ini bapak disangkai yg terbijak. Dgn pengalaman bapak mana mungkin bapak tidak tau usia aku, mana mungkin pengelaman bapak boleh dibohongi. Berapa usia bapak?

SAYA: Kalau bukan kerana kamu cantik sekarang juga aku pulang. Kamu yg perlu jawab bukan aku.

DIA:  You skipped the topic.

SAYA: Aku perlu jawaban yang jujur. Wulandri, apa tujuan kamu kemari.

DIA:  Bapak lupa mungkin. Tadi aku nyatakan aku ingin meluaskan cita2 keluarga secara halal Bapak Islam bukan?

SAYA: Semestinya aku Islam.

DIA:  Aku tidak ijin benda haram di tubuhku. Bila ada benda haram dalam dagingku, do’a aku bakal lebih susah untuk dikabulkan. Walau sholatku tertunai. Sholat hal pertama yang bakal dihisab.

SAYA: Kamu berpidato?

DIA:  Aku berbangga dgn pengais sampah yg mengutipnya di jalan, di kantor serta di gedong-gedong untuk mendapat rejeki menampong keluarga secara halal. Professi mereka lebih mulia dari pengemis atau pengusaha yg tidak amanah.

SAYA: Soalan aku tidak dijawab.

DIA:  Aku perlu pulang sekarang. Esok aku akan ke kantur direktur di salah satu enterprenur. Aku akan kemari semula esok jam 5, kurang atau lebih. Assalamualaikum.



5 JANUARI 2016, JUMAAT PETANG

Saya kongsi lagi pasal jumpa Wulandri yg datang dari Jawa. Saya suka kongsi walaupun saya tahu tidak ramai yang membacanya. Saya tertarik dgn dia bukan saja kerana dia muda dan cantik tapi minda dia terlalu beza.

SAYA: Salam sore. Apa khabar?

DiA:  Kabar baik. Bapak bagaimna?

SAYA: Aku baik-baik saja mas.

DiA:  Waduh ... terharu aku. Kapan bapak sampei.

SAYA: Bagaimana kamu di kantor tadi. Pergi dgn siapa?

DiA: Hancur pak. Aku tak berjaya. Persiapan aku lemah. Mungkin aku kembali lagi dengan persiapan yg lebih rapi, lebih mantap. Aku bersama paman tadi.

SAY: Jadinya kamu bukan TKi?

DiA:  Aku dosen di sana.

SAYA: Dosen itu apa?

DiA: Aku ibu guru di universitas. Hampir 4 tahun aku peggang professi itu. Aku kemari ingin tapakkan bisnes papa. Di sana kompetisi perit bangat.

SAYA: Kenapa breast kamu basah?

DiA: Bapak mungkin berpendidikan tapi sayang kata2 bapak tidak lebih sopan dari orang yang tidak pernah sekolah, hargailah orang pak apa pun profesi atau jantinanya.

SAYA: Cuba kamu lihat dada kamu. Lihat. Mungkin celana dalam juga basah. Malu dilihat publik.

DiA: Oh ya. Maaf pak. Terima kasih. Di takksi tadi es-krim jatuh aku nggak perasaan. Permisi, aku mau ke toilet untuk membersihnya.

SAYA: Silakan.


Nur Humaira Sofea: sepupu Nur Atikah Husna

DIA:   Ahad ini aku pulang ka Jawa karena kuliah aku ..... bapak temani aku ke Jawa boleh bincang sama papa cara untuk dia maju di sini. Aku minta papa janji sesuatu habuan nanti. Belum pernah aku tawarkan kepada sesiapa ini. 

SAYA: Jangan pernah menjanjikan sesuatu yg kamu sendiri belum bisa pasti untuk menepatinya.

DiA: Bagi aku perjanjian itu satu harapan. Untuk melengkapkan harapan janji kena disempurnakan.

sAYA: Aku ingin penjelasan. Mungkin terlalu personal soalan ini. Kamu cantik. Kenapa belum berpasangan?

DiA: Aku pilih-pilih orang pak. Nggak mau sembarangan. Kalau gak suka, ya gak mau. Aku kek gitu orangnya. Terutama tentang minta ditolongi. Begitu jugak hal jodoh.

SAYA: Kamu pilih yang macam mana.

Dia:  Bapak ngak sudi bicara pasal bapak. Isteri di mana? Kalau masih single mengapa? Aku percaya bapak orangnya hebat. Ngak mungkin tiada pasangan.

SAYA: Aku manusia rendahan yg dilimpahii dgn kekurangan. Kamu silap memuji aku. Mungkin pujian kamu bertujuan. Aku tidak minta kmu menilai menurut apa yang kamu lihat. Tapi kamu bebas menilai, yang sepatut dinilai menurut firasat kamu.

DIA:  Jangan menghina diri. Kamu laki-laki.

SAYA: Tawaran untuk jumpa papa kamu aku tolak. Menolak bukan tanpa alasan. Karena aku hanya ingin menjalani hdup seperti yang aku mau, bukan menjadi yang orang lain inginkan.

DiA:  Kenapa aku tidak diyakini pak, Lihat paspot aku ni. Nah ..... alamat aku. Di situ papa ku miliki sebuah toko bisnes.

SAYA: Aku terlalu amat kuat tidak yakin boleh membantu. Konfiden aku di level paling bawah. Almost zero.

DiA:  Bapak kepingin kecewa sendirian. Put some hopes in life bapak. Hope lies in dreams, in imaginations and in courage. Mereka yg berjaya adalah mereka yg berani menjadikan mimpinya reality. Aku bukan penghalang.

SAYA: Kamu tak pernah cerita pasal kamu. Selfie pun kamu ngak sudi. Mana mungkin kamu dipercayaii.

DiA:  Aku akan pulang ke Jawa, Ahad. Aku akan tunggu bapak di sini hari Sabtu. Jam lima. Paman aku ada sekali. Kita bincang pasal trip ke Jawa. Tunggu kami pak.

Nur Atikah Husna: kakak Nur Aqilah Madihah

6 JANUARI 2016, SABTU PETANG

Semalam Wulandri kata nak jumpa saya. Memandangkan dia nak balik ke tanah Jawa pada esok hari, jadi saya pergi jumpa dia buat kali terakhir. Lagi pun saya memang hendak minum petang macam selaulunya.

SAYA: Selamat sore ibu guru.

DIA: Bapak. Silakan.

SAYA: Mana paman kamu?

DiA: Paman tidak kesempatan. Dia masih shopping dengan antie di K Lumpur.

SAYA: Kamu mau aku prcaya alasan itu.

DiA: Kami udah bincang, papa aku setuju. Bantuan dari bapak kami perlu tapi kami mau bapak sendiri memberi jawaban. Kami tidak mau ajukan perkara itu lagi. Kami tunggu kamu maklumi kami.

SAYA: Adakah itu suatu cara terbaik bagi kamu?

DiA:  Sebutan bapak jelas indonesianya, tapi ada grammer-nya yg  kurang cocok.

SAYA: Bahasa apa yang kita tutur tidak penting. Keperluan bertutur tidak kira dalam bahasa apa. Pertuturan dilakukan untuk memahami maksud.

DIA:  Bapak, aku bukan nggak mau selfie sama bapak. Kalau foto kita di-snap pasti kita menyimpannya. Kalau bapak bukan milik aku udah tentu foto itu jadi punca robek-nya hubungan dengan pasangan masing2.

AkU: Alasan kamu terlalu cetek. Kamu bikin aku pusing.

 Nur Aqilah Madinah: adik Nur Atikah Husna

DIA: Bapak se orang yg beda sekali. Jauh beda dengan laki-laki lain. Hujah bapak rasional bahkan aura kamu mepersona. Aku merasai amat dihargai berada di sisi walau seketika.

SAYA: Tidak mudah kamu mempengaruhi aku.

DiA: Kamu luar biasa. Aku pasti beruntung dapat mengenali kamu. Aku menghargaii kraktor bapak serta attitude kamu yg positif.

SAYA: Berani aku nyatakan kamu terburu-buru mengatakan sesuatu mengikut pandangan mata. Kamu terlalu baru mengenali aku. 

DiA: Apa pun yang akan terjadi kepada bapak, kamu tetap sentiasa mempunyai admirer kerna dia tau, sebab dia bisa kenali siapa kamu.

SAYA: Kamu bijak membuat andaian. Ya, semata-mata andaian.

DiA: Give your trust pak dan tunjukkan kepada dia bahawa kamu memang ngerti tingkah lakunya dan bapak tahu perasaan dia terhadap kamu.

SAYA: Aku memang kalah berbicara dgn kamu. Hujah kamu padat. Aku orang biasa yang dibesar dengan segala kekurangan dan kelemahan. Aku bukanlah seorang bapak-guru dan pastinya tidak bisa untuk membidas hujah kamu secara ilmiah. Walau pun aku percaya kamu silap.

DIA: Tidak mungkin aku silap. Kesilapan hanya pada bapak sebab bapa tidak ambil pusing.

SAYA: Aku ngerti ungkapan kamu dan bersyukur atas kurunia dan anugerah-Nya sebab dapat memahami diri kamu.

DiA:  Andainya kita tidak pernah berbicara begini, pasti kamu aku anggap seperti se ekor beluncas.  Persenaliti bapak mempelawa aku untuk mengenali bapak sehampirnya. You confidently approached me pak. You are a man.

SAYA: I believe men think that attractive women are interested in guys who have looks and money or in a certain age group. Yes, there are some, but not many women far more interested in a man's personality than his wallet or his looks.  
  
DiA:  Bapak arif di situ. Flight aku jam 6.50 esok pagi. 

SAYA: Aku pasti kamu berpotensi mewarisi bisnes papa kamu.

DiA:  Ieya pasti. Doa'kan kejayaan aku pak. Juga kejayaan kita.

SAYA: Bisnes ni umpama kita duduk di belantara. Persaingnya hebat2. Di situ ada giraff, ada singa. Giraff has to run faster than the lion for its survival. Begitu juga singa. Kalau singa tidak pantas belari untuk mengejar giraff singa mati kelaparan. Kita pun demikian.

DiA:  Harap kamu dapat bantu aku.

SAYA: Neng, dengar sini aku nyatakan yg benar. Aku kepingin membantu siapa2 saja secara jujur. Terutama sekali kamu tapi kesihatan aku merumitkan niat aku untuk berbakti pada yg memerlukan. Setelah isteri meninggal beban aku melampaui had. Aku sering di hantar ke rumah sakit. Paling kurang dua minggu per admissi .......... Jantung aku lemah. Paru2 aku dalam keadaan kritikal karena berkerja hingga lupa isterihat, menyebabkan pergerakan terbatas.

DIA:  Kenapa begitu?

SAYA: Oxygen tidak pernah cukup untuk di- konsium oleh tubuh. Aku diawasi oleh dua doktor pakar. Aku sebenarnya menunggu detik yg ngeri .........  bagi ku detik itu terlalu mungkin.

DIA: Bapak!


 Kita layan lagu hindi dulu.

(This site is our's and all stories belong to us. Everyone has a story to tell and in sharing we find healing. I expect this story will give hope a good chance to grow in your hearts. Your wisdom and stories are as good as mine.)©

Kamu komen apa saja yang kamu suka dan komen kamu tidak akan dipadam. Ingat, sendiri komen sendiri pikul.

Video dan gambar dalam tulisan ini tiada kaitan dengan cerita, ianya semata-mata hiburan.

54 comments:

  1. This is panjang..but I baca juga. NENG tu nama I juga. Oh selalu kena panggil Neng Yatimah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hello Neng,
      Thank you for reading. Yes, this is panjang.

      Delete
  2. Replies
    1. Panjang sikit tuan. Gambar tu menambah panjang.

      Delete
  3. Saya baca habis. Ada humour. Ada suspense. Rupa rupa nya gambar gambar si comel ha ha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Suspense tu tak merbahaya. Suspense nya sikit je, Yg lemah jantung masih boleh baca.

      Delete
  4. Selamat berhujung minggu en. Adam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat berhujung minggu jugak for you.
      Saya sedang bersiap2 ni nak pegi rumah kenduri.

      Delete
  5. Terror en Adam cakap Indon..
    Baru tau orang indonesia x suka kita panggil indon.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Benar makchaq. Tapi orang indonesia kat sini diam je kalau kita panggil indon. Kita fahamkan. Tapi sebenarnya mereka tak suka dgn panggilan tu.

      Delete
    2. Makchaq,
      Ce baca komen Zie Has kat bawah ni. Dia mengesahkan orang indonesia memang tak suka perkataan indon.

      Delete
  6. Panjangnya..apapun comel Nur Humaira Sofea tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia baru tumbuh dua batang gigi, atas.

      Delete
    2. mesti tambah comel.. budak umur macam Sofea tu seronok nak main, usik bagai..

      Delete
  7. hairan kan ... my brother punya bibik pun marah kena panggil indon ... dah terangkan indon tu singkatan indonesia pun marah... pelik :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak tau apa sebab perkataan indon mereka tak suka.
      Mesti ada sebabnya. Saya lepas hari tu, tidak sebut perkataan indon lagi.

      Delete
  8. mmm makin baca makin tak faham hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak faham tak apa tuan.
      Saya pun tak faham.

      Delete
  9. Ternganga. Habis jugak baca!
    Banyaknya nak kena hadam. Kok ngapain sihh, rumit banget ya! 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ibu Fairuz
      Aduh aduh. Ibu, entry aku gak panjeng. Foto semua bikin dia panjang.
      Terima kasih mas.

      Delete
    2. Kalau ada masa selaklah entry yg sebelum ni.

      Delete
  10. Walaupun serumpun...ada banyak juga perkataan mereka yang saya tidak faham.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang betul tu fidah. Banyak jugak yg kita tak faham tapi kalau mereka guna 100% bahasa indonesia banyak jugak yg kita faham. Kalau dia campur dgn loghat daerah seprti bahasa sulu, bahasa solo, bahasa bata!, bahasa jawa dll lagi susah nak faham.

      Thnks singgah

      Delete
  11. bagus sekali cadangan En Adam utk tingkatkan peluang pekerjaan di Indonesia..byk resources tp tk digunakan sebaiknya..sekrg byk jg kilang2 dah dibuka di sana, sbb cheap labour cost..takut M'sia will lose out to them and also Thailand & Vietnam..

    semoga En Adam diberi kesihatan yg baik..btw panggilan mas tu utk suami kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nohas,
      Saya. Dah sihat. Itu dah kebih setahun.

      Sebab sihat saya dapat duduk lama di jepun.

      Losing out tu maybe.

      Mas dgn mbak dah diguna untuk memanggil se siapa pun yg kita belum kita kenali tak kira usia atau pangkat atau jantina.

      Tapi di indonesia banyak suku kaum jadi lain suku kaum kadang2 memaksudkan lain. Jawa tengah panggil mas berti abang.

      Delete
    2. Nohas,
      Terima kasih perhatin nohas tentang kesihatan saya.

      Delete
  12. You're good in speaking javanese.. But serius cerita kali ni panjang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Foto yg banyak yg jadikan tulisan tu panjang kot.

      Delete
  13. cerita maiko belum habis IQ baca lagi, tapi untuk kali ni, even panjang sekalipun habis sudah cerita wulandri nya..

    tengah fikirkan apa kesudahannya juga...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kayuh pelan pelan, lama2 habis lah baca cerita maiko tu.

      Delete
    2. kayuh pelan pelan, lama2 habis lah baca cerita maiko tu.

      Delete
    3. akan habiskan jika berkelapangan...

      Delete
  14. kenapa mereka tak suke di panggil indon ya?
    abis mau dia panggil indonesia lah yek?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dana,
      tak tau lah kenapa mereka tak suka dipanggil indon.
      nak panggil apa pun saya tak tau.

      Delete
    2. Dana,
      tak tau lah kenapa mereka tak suka dipanggil indon.
      nak panggil apa pun saya tak tau.

      Delete
  15. Replies
    1. Maaf Pak,
      maaf.
      kamu ngomong Indonesia ya?

      Delete
  16. saya sudah baca dulu.
    tapi baca juga lagi.

    ReplyDelete
  17. tak pernah tahu yg mereka tak disuka Indon...menarik ni..nanti boleh sy tanya pada sahabat di seberang sana
    Penuh debaran baca..ada semacam nak pikat Wulandri dan kebetulan yg kerap terserempak tu mcm drama pun ada..hehe. Apa-apa pun memang menarik kami2 utk membaca

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kebetulan kadang kala ujud.

      Pada dua hari pertama jumpa dia memang kebetulan. Dua hari terakhir memang sengaja pergi jumpa.

      Zie Has yg komen kat atas tu pun kata, bibik brother dia pun tak suka dipanggil indon.

      Saya tak ada bibik walaupun tak ada bini.

      Thank u baca entry ni.

      Delete
    2. Tempat yg kebetulan saya jumpa tu memang tempat saya lepak. Bukannya melepak macam budak2 sekarang tapi duduk2 minum kopi petang. Habis kopi saya balik. Tak jauh dari rumah. Boleh dikatakan kawasan perumahan yg sama.

      Delete
  18. Panjang betul entri ni tapi sampai ke titik noktah terakhir saya membacanya tau. Oh, I know... you will thank me for that ^_^ Hehehe!

    Okey, sekarang saya tak pasti sama ada ini memang kisah benar atau pun sekadar imaginasi penulis. Memangnya banyak kebetulan dalam hidup ya tapi sempat juga saya melilas tengok komen-komen yang di atas - dua hari pertama kebetulan, lepas tu memang nak dijadikan kebetulanlah ya ^_^

    Saya tahu Indon tak suka dipanggil Indon. Mungkin jugakah Bangla tak suka dipanggil Bangla. Sama juga seperti kita panggil kaum yang satu lagi tu 'keling'? Mungkinkah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mummy,
      Cerita bukan imaginasi. Cerita ini pernah saya kongsi dalam beberapa gerup watsap saya dulu. Cerita nn setakat perjumpaan sutu sahaja. Kakalu imiganasi saya boleh tambah, tambah buat seronok. Kesahnya tamat pada hari terakhir jumpa dia.

      Mungkin jugak orang bangladesh tak suka dipanggil bangla. Kita suka dipanggil Melayu. mungkin kita rela dilayukan.

      "you will thank me for that ^_^ Hehehe!" You write. ....... betul mummy, i thank you for that. Hahaha.

      Delete
    2. Mummy,
      Cerita bukan imaginasi. Cerita ini pernah saya kongsi dalam beberapa gerup watsap saya dulu. Cerita nn setakat perjumpaan sutu sahaja. Kakalu imiganasi saya boleh tambah, tambah buat seronok. Kesahnya tamat pada hari terakhir jumpa dia.

      Mungkin jugak orang bangladesh tak suka dipanggil bangla. Kita suka dipanggil Melayu. mungkin kita rela dilayukan.

      "you will thank me for that ^_^ Hehehe!" You write. ....... betul mummy, i thank you for that. Hahaha.

      Delete
  19. bersungguh betul dia takmau dipanggil indon. mungkin betol memang macam dorang rasa terhina kot

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pasal panggilan indon ni, pembaca yg komen kat atas pun dah tau sebelum baca entry ni yg mereka tki, tak suka di panggil indion.

      Saya tak tau kenapa? Thank kira.

      Delete
  20. Tn Adam tak sihat? Subhanallah. Sama mcm saya jg. Moga Allah beri peluang tuk kita terus sihat dan sembuh, supaya ada lagi peluang2 dan ruang2 taubat bagi membawa bekalan ke alam abadi.. ameen. be tuff bro..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank nur,
      You too take care. Jaga diri dan kesihatan tu penting. See u di entry yg lain.

      Delete
  21. sangat tertarik dengan penggunaan bahasa...nama anak akak Nur Aqeela

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nur Aqeela, sedap nama tu. Saya suka. Ejaan menarik.

      Delete
  22. Nur Aqeela, sedap nama tu. Saya suka. Ejaan menarik.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...