Sunday 16 April 2017

MUDAHNYA KAMU PERCAYA KESEMUA CERITA YANG KAMU DENGAR. INGAT NI, SETIAP CERITA ADA TIGA SUDUT: SUDUT DIA, SUDUT KAMU DAN SUDUT KEBENARAN


KITA MUDAH PERCAYA

Kita pernah dengar beberapa kata-kata Melayu seolah-olah sudah sebati dengan kita hingga kita percaya ke semuanya. Dua contoh ditunjukkan dibawah ini:

1.  Tidak Melayu hiang di dunia.
Orang kata ayat atas tu kata-kata dari mulut Hang Tuah. Betul ke tu? Siapa yang dengar Hang Tuah kata tu? Nampak macam soalaan lawak tapi siapa yang boleh jawab?

2.  Mahshuri berdarah putih.
Ramai orang kata Mahshuri berdarah putih. Betul ke Mahshuri berdarah putih? Cuba kita renung sejenak. Jom kita gerakkan minda kita yang selama ini lemau. 

Boleh percaya ke dengan kata-kata orang iaitu Mahshuri berdarah putih sedangkan Nabi kita yang mulia, darah baginda tetap berwarna seperti darah manusia lain.

Fikir-fikirkan-lah.

Entry sebelumnya: (klik sebelah)  Ini Telah Dipublish Se Tahun Yang Lalu. (Klik)

Playing For Change



(This site is our's and all stories belong to us. Everyone has a story to tell and in sharing we find healing. I expect this story will give hope a good chance to grow in your hearts. Your wisdom and stories are as good as mine.)©

Kamu komen apa saja yang kamu suka dan komen kamu tidak akan dipadam. Ingat, sendiri komen sendiri pikul.

Video dan gambar dalam tulisan ini tiada kaitan dengan cerita, ianya semata-mata hiburan.

65 comments:

  1. Macam sejarah Singapura, asal namanya daripada penemuan seekor singa oleh Sang Nila Utama.
    Ikut logik mana ada singa di kawasan sebelah sini. Takut mereka konfius antara singa dengan harimau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. WP<
      Betul sungguh kata wp tu. Singapura tu nama baru. nama lama Temasik. Contoh cerita yg tak lojik, singapura dilanggar todak. selepas british ambik alih pulau tu, di gelar singapore. zaman british mana ada raja situ. raja yg menghukum hang nadin.

      Delete
    2. mereka konfius antara singa dengan kucing lah wp.
      hahahaha

      Delete
  2. Perspektif hak masing2 tapi orang kita percaya apa yg mrk suka saja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. biarlah apa dia masing2 nak percaya kan kan.
      thanks paridah,

      Delete
  3. sudah resamnya manusia mudah percaya kepada yang lebih berkeyakinan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes, mereka percaya yg mana mereka lebih percaya.
      Tq

      Delete
  4. Replies
    1. Ciklily,
      Banyak lagi contoh yg boleh diberi.
      Cukuplah dua kat atas tu.

      Delete
  5. hehe...betul jugak kan...melayu mmg laju je percaya esp benda2 ajaib dan mistik
    Melayu jugak mudah lupa kot..hihi
    ok, saya melayu....jom kita usaha supaya tak layu...opss :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. "jom kita usaha supaya tak layu"

      Kita bedua memang tak layu. Orang lain yg dah banyak layu. Biarkan lah mereka terjun dgn labu2 mereka. Itu pun kAlaulah mereka masih ada labu.

      Delete
  6. Kenapalah ada perkataan 'melayu' (yang negatif maksudnya) dalam bahasa melayu, agaknya ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah tuan. Kenapa ada perkataan layu dalam bangsa kita. Me-layu maksudnya melayu kan. Berlawanan dgn perkataan menyegarkan. Bunyi nya negatif.

      Thanks singgah.

      Delete
  7. Sudah jalan cerita P.Ramlee memang gitu, dari kecil lagi tengok jalan cerita yang sama sampai le kini.. ~_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha, jln ceerita p ramlee.
      Thankks umi.

      Delete
  8. Yang i ingt, dulu masa belajar sains, darah kita ade 2 jenis.. Merah and putih.. So maybe, Mahsuri terlebih sel darah putih..? who knows, kan..? XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anis,

      Hahaha, cikgu you cerita tentang blood cells. Beza dgn darah yg keluar.

      You, don't always say "who knows". Nanti betul2 terjadi. Who knows.

      Delete
  9. a'ah kan. xtahu lah betul ke x. ke itu hnya sebagai tokok tambah cerita bagi sedap skit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak tsu lah scha betul ke tidak tapi secara lojiknya saya rasa tak betul. Terutama tentang darah putih.

      Pada saya tak masuk akal.

      Thanks

      Delete
    2. Tak tsu lah scha betul ke tidak tapi secara lojiknya saya rasa tak betul. Terutama tentang darah putih.

      Pada saya tak masuk akal.

      Thanks

      Delete
  10. Bukan semua org yg percaya cerita ni..tapi ramai yg layan gitu2 jer..Lebih kurang cam kita nengok movie la..kita tau dah semuanya lakonan semata2 tapi tetap ramai jugak yg layan. Bukan melayu jer yg layan tapi segala spesis manusia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu apa yg tuan kata. Bukan semua percsya cerita tu.

      Saya trtarik ayat tuan yg berbunyi, "Bukan melayu jer yg layan tapi segala spesis manusia.."

      Terima kasih sudi singgah.

      Delete
  11. eemmmm.. u r so right. mana ada org darah putih. kalau cam tu sebelum kena bunuh dia dah mati dulu. sebab terlebih darah putih. heeeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang betul apa yg you kata.

      Darah anak cucu dia putih ke? Kan kan

      Delete
  12. Orang kita (atau patutkah saya kata orang Melayu...) memang mudah percaya pada perkara yang mereka nak percaya walaupun adakalanya bila kita dengar perkara yang sama, rasa macam tak logik pun ada. Tapi nak buat macamana, keyakinan sesetengah orang ni memang tinggi untuk mudah percaya pada orang lain!

    Contoh yang daya payah nak percaya bila orang kata gelang beli borong kat China boleh mengubati pelbagai penyakit seperti darah tinggi, kecing manis, leukimia dsb dan dijual dengan harga beribu ringgit. Kalau macam tu, tak payahlah susah-susah nak jadi doktor. Kumpul duit dan beli gelang ajaib tu banyak-banyak pakai kat tangan kaki dan mana dapat supaya takda penyakit boleh hinggap ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. betu;-betul saya setuju mummy

      Delete
    2. Mummy,
      Saya pernah jugak dengar tentang barangan china tu. Tapi saya tak pecaya boleh sembuh penyakit. Mummy ingat tak dulu ada gelang, kalau pakai gelang tu boleh jadi bertambah sihat. Saya tak pecaya. Satu lagi, kononnya air yg dijampi boleh buat anak2 bijak. Pun saya tak percaya.

      Itulah, macam yg you kata, orang kita Melayu, masih ada yg percaya.

      Thanjs sudi kongdi pendapat. Love it.

      Delete
    3. Mummy ingat tak du!u ada jual kismus cerdik. Bertambah pandai ke budak yg makan tu?

      Delete
  13. cerita dogeng cerita penyedap mulut

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kira,
      Saya setuju tu. Cerita dongeng. Tapi bukan cerita penyedap mulut, lebih kpda menyedap telinga. Hahaha. Thanks kira,

      Delete
  14. kata-kata hang tuah tu - tak ada sumber yang sahih mengatakan kata-kata hang tuah, tidak seperti kata-kata dari Junjungan Besar Nabi Muhammad saw, ada hadith, ada perawi hadith ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yess orang melayu senang sangat nak percaya pada kata-kata orang. for example, orang percaya buah-buahan itu adalah makanan yang bagus untuk diet/nak kuruskan badan. Tapi dari sudut sains , buah-buahan itu tidak menyihatkan & boleh menggemukkan badan & seterusnya mendatangkan penyakit2 lain seperti gout, kencing manis, darah tinggi dll sebab buah-buahan ada gula FRUKTOSA. Gula ini sangat merbahaya pada sistem tubuh kita sebab gula jenis ini tidak boleh dicernakan oleh sistempenghadaman manusia & tidak boleh menukarkan gula tersebut kepada kalori / tenaga. perkara ini telah disahkan melalui kajian-kajian saintifik oleh para saintis diserata dunia, boleh baca journal-journal perubatan pasal fruktosa. Saya ada tulis pasal perkara ini di dalam blog saya tidak lama dahulu.. Somehow, orang melayu masih lagi percaya dengan mitos-mitos yang telah diwar2 kan sejak sekian lama termasuk dalam amalan adat resam melayu.. *just my 2cent

      Delete
    2. BTw, en.adam , thank you so much sebab sudi baca blog saya.. apa yang menggerakkan hati en.adam untuk baca setiap entri saya yang lama-lama. hehehehe (saja je tanya)

      Delete
    3. Tentang buahan tu, saya baru tau ni. Untung berchatting dgn orang yg berilmu as u.

      Thanks.

      Delete
    4. Suka baca tulisan you. Intresting, profile menarik, gambar cantik2, tulisan bagus, bermaklumat and many mire. I let you know more later.

      Ini bukan puji. The truth must be told,

      Delete
    5. Gambar cantik2 tu including you. Kenyataan tetap kenyataan. Jangan you nak deny.

      Delete
  15. Berdarah putih memang tak logik.. sedangkan sapa2 yg kekurangan sel darah merah pun bleh tak pjg umur.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang tak lojik berdarah putih. Nasib baik tak berdarah hijau daun pisang.

      I read your entry about your camping. Quite intresting.

      Delete
  16. ada satu versi yang saya pernah terbaca.. masa diorang cucuk mahsuri tu dia dalam tempoh menyusukan anak.. so putih tu bukan darah dia. tapi susu. mengarut gila..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin akan datang ada versi lain pulak.

      Walau pun sedang menyusukan anak, masih tak lojik. Darah lebih banyak dari susu, so warna tetap merah.

      Sebenarnya darah putih tu, pencerita nak membuktikan betapa betulnya mahsuri. Itu je, but tak lojik. Orang bara gelak baca cerita ni.

      Thank for sharing yr comment

      Delete
  17. Terfikir pula dengan apa yang dikongsikan tu... betul juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dumal,
      Kalau irang putih baca jesah nahsuri, saya teka dia akan kata oh my god.

      Delete
  18. Dumal,
    Kalau irang putih baca jesah nahsuri, saya teka dia akan kata oh my god.

    ReplyDelete
  19. Dari mula datang ke Langkawi sekitar 1988 sehingga sekarang saya pun masih keliru betulkah Mahsuri berdarah putih...dan saya juga ada mendengar cerita yang putih itu susunya bukannya darahnya...Sayang negara kita kekurangan fakta dalam sejarah...gambar sebenar Mahsuri pun tidak ada cuma ilustrasi pelukis saja. Walaupun begitu saya pernah melihat wajah Aisyah yang dikatakan keturunan ke 7 nya dari dekat. Dia datang melawat makan tersebut bersama suami dan keluarganya. Waktu tu orang ramai lansung tak perasan. Selepas dia bergerak baru budak kaunter maklumkan kepada pelancong.














    ReplyDelete
    Replies
    1. Mala,
      Apa2 pun versi cerita mahsuri, saya tetap percaya semua manusia berdarah merah.

      Gambar mahsuri yg dilukiskan tu pada pandangan saya tak perlu ada sebab mengelirukan. Bukannya pekukis pernah tengok dia. Semua tu dibuat untuk tarikan pelancong je.

      Delete
  20. Bila fikir balik ada logiknya. main percaya sahaja tapi takda sumber yang sah kan? Tapi kalau macamtu, sejarah yang ada dekat Malaysia ni pun tak semua yang boleh dipercayai sebab ada banyak yang ditokok tambah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tuan,
      When moment happens it becomes history. The story of two teams and there will be two different histories. It depends which team writes it. Thank you tuan.

      Delete
  21. Yup setuju . kena tgj dari ketiga2 sudut yg Adam sebutkan tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alaaaaaa, orang kita memang mudah pecaya. Kita tengoklah kat watsap. Cerita entah apa2, ramai yg pecaya. Lepas tu kongsi supaya orang lain pun pecaya.

      Thank nadhie.

      Delete
  22. Ada logik juga kan... Siapa saksi smua ni.. Tp sbb ianya dh diceritakan sejak turun temurun, maka dh jd satu kepercayaan dlm sejarah kita

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang kita mudah percaya sebab tak nak ambik tau. Itu yg jadi percaya. Takkan manusia berdarah putih.

      Delete
  23. Tapi sekarang orang senang percaya tanpa mahu mendengar dari pihak lain..
    Kadang-kadang sejarah sebenar berbeza dengan sejarah yang disampaikan dari mulut ke mulut..
    demi kesedapan cerita, banyaklah tokok tambahnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ida,
      U tengoklah kat warsap tu. Semua mesej yg karut pun orang pecaya. Lepas tu kongsi dgn fren pulak.

      Srjarah banyak tak betul. Perang duni, german tulis lain, british tulis lain.

      Delete
  24. Replies
    1. Memang dongeng pun. Tapi ada irang oercaya,

      Delete
  25. Bila fikir balik mmg tak logik lah kak tapi kenapa kita pun rasa mcm betul je kan hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak yang tak lojik dalam minda kita sebab kita malas nak guna perkataan why, when, who and what. So, kita jangan salah kan orang membuat cerita tak lojik. Yang salah, kita sebab membenarkan perkara tak lojik terperap di minda.

      Delete
  26. Oh btw, Adam . Thanks singgah blog Nadia and baca my entry yg tak seberapa . Hihi .

    Bila ke Korea nya ? Bestnyaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sepatutnya december lepas saya ke sana bertolak dari 0saka tapi masa tu terlebih masa duduk di jepun. Bila dah terlebih masa tinggal di 0saka semua yg ada kat saya tergelincir. Now sedang memikir tarikh yg sesuai.

      Delete
  27. manusia adakalanya mudah terpengaruh dengan kata-kata atau info yang belum tentu betul semuanya.

    untuk kepastian tentang sesuatu kata-kata atau info, lebih baik kita rujuk atau kaji sebelum sebarkan. takut kerana kata-kata atau info yang salah menyusahkan pihak yang lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat watsap lagi teruk.
      Semuanya dia orang kongsi.

      Delete
    2. Yang tak betul pun kingsi.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...