Apabila kita berbuka puasa tak kira di mana sekali pun kita berada, sebelum kita menganga untuk masukkan makanan ke mulut, tolehlah kiri dan kanan dahulu sebelum membaca Bismillah, entah-entah berhampiran di situ ada insan yang tiada makanan untuk berbuka.
Jangan lupa menjengok jiran kita sekali sekala, mungkin anak-anak mereka berbuka dengan nasi dan kicap kosong sahaja.
Ramai jugak yang add saya di Facebook walaupun baru 20 hari diaktifkan. Orang yang add tu pada mulanya saya biarkan mereka duduk senyap di kotak friend request.
Tapi terfikir saya tanpa friend tak bermakna ada akaun Facebook. Saya pun add mereka. Wah ..... bertubi-tubi iklan masuk. Bukan sikit pulak tu, melambak-lambak setiap sekali terima.
Saya tak kesah walau semuanya iklan sebab saya baik hati. Sambil baca iklan tu, saya berdoa semoga mereka dapat pelanggan melalui page saya. Mungkin itu rezeki anak mereka. Alhamdulillah.
Mereka semua nak hantar apa-apa ke Facebook saya hantarlah. Hendak beriklan pun boleh. Manalah tahu mungkin ada friend saya sedang mencari barang yang mereka perdagangkan.
Tapi saya mintak tolong, janganlah kongsi gambar makanan terutama makanan hangus, sebab semua makanan di Malaysia saya dah tengok. Kat atas meja makan saya pun ada makanan. Makanan yang mereka tunjukkan tu entah-entah tidak sedap.
Kalau mereka tetap hendak menghantar gambar makanan, saya benarkan sebab saya ni baik tapi janganlah hantar gambar yang serupa.
Kalau hantar banyak kali tapi gambar lain-lain saya masih tak marah. Jangan bimbang dengan saya, saya tidak lempang orang. Saya tidak berani lempang orang. Kalau saya berani sudah lama gangster dalam Malaysia semua saya lempang-lempang. Itu baru dipanggil lelaki yang berjantan. Baru puas hati melempang.
Apa-apa gambar yang lain semua kamu boleh hantar ke page Fb saya seperti gambar orang bersukan, gambar orang mandi, orang berpolitik, orang berhibur, gambar pemandangan, gambar banjir. Gambar Pak Lebai pun boleh.
Kawan saya bertanya tentang cinta kerana dia hendak tau samada dia sedang dilamun cinta atau tidak. Saya beri tau kepadanya yang saya tidak pernah bercinta jadi tidak adil sekiranya saya berkongsi pendapat tentang perkara yang saya tidak pasti. Dia bertanya lagi:
KAWAN: Dulu kamu kawin tak bercinta ke?
SAYA: Tidak. Sebelum kawin dia kawan saya. Saya bertanggong-jawab sebagai se orang sahabat. Jodoh temukan kami. Bila dah kawin tanggong-jawab sebagai kawan bertukar kepada tanggong-jawab sebagai suami. Tanggong-jawab itu kekal hingga dia menemui Illahi.
KAWAN: Tak kan kamu tak bercinta?
SAYA: Entahlah, mungkin tanggong-jawab itu yang jadi cinta.
KAWAN: (Termenung)
SAYA: Cinta terjadi bila sahutan berjawab. Kalau bertepuk sebelah tangan itu namanya angau.
KAWAN: Entah-entah saya ni angau?
SAYA: Saya tidak tau tentang angau. Tentang cinta hanya tau tiga perkara. Pertama, yang terbaik ialah jatuh cinta. Kedua terbaik ialah waktu sedang bercinta. Ketiga terbaik ialah melupakan cinta. Yang paling baik di antara tiga terbaik di atas ialah tidak pernah ambik tahu hal cinta.
KAWAN: Tak faham, keliru. (tersenyum sambil mengaru kepala) Kamu jangan nak sembunyi tentang cinta. Bukankah hubungan kamu dengan Maiko sekarang melalui sebuah cinta?
Baru saya sedar sudah enam bulan saya terlupa menghubungi Maiko. Adakah dia sihat di Osaka?
1) FacebookChief Executive Mark Zuckerberg says the company is - at long last - responding to the desire for a "dislike" button on popular social media site.
"I think people have asked about the dislike button for many years. Today is a special day because today is the day I can say we're working on it and shipping it," Zuckerberg said during a Q&A at Facebook's headquarters. (Sept 15, 2015)
2) Tawaran SempernaHari Ibu. Hadiahkan-lah yang di bawah ini untuk mereka yang tersayang walau pun pemberian ini belum cukup mengatasi jasa mereka. Tawaran berjalan sepanjang bulan Mei, 2017.
Saksikanlah video di bawah in berkenaan se orang remaja kurang upaya membuktikan fikiran milik manusia sombong bukan penghalang untuk beliau berjaya.
Beliau mampu membuktikan manusia yang memandang rendah terhadap kekurangannya itu silap. Kecekalan hati dia menyentuh perasaan saya.
Kebiasaannya manusia yang menghina orang lain berperasan yang dia lebih bermertabad sedangkan hatinya lebih buruk daripada orang yang dihinanya.
Video ini dikongsi oleh ahli kumpulan watsap saya Puan Norhabshah Shariff dan dengan ini membuat saya terpanggil untuk menyusun cerita di entry ini. Thank you Puan Habshah.
Jangan perlekeh orang lain
After viewing this vedio would you agree with me that there are a lot of social retarded people in our community go unnoticed and I have no doubt to say that being a socially retarded is like being mentally retarded, as the principal of the school he mentioned.