Thursday, 18 May 2017

BUKAN TAK INGAT TAPI TERLUPA

Kawan saya bertanya tentang cinta kerana dia hendak tau samada dia sedang dilamun cinta atau tidak. Saya beri tau kepadanya yang saya tidak pernah bercinta jadi tidak adil sekiranya saya berkongsi pendapat tentang perkara yang saya tidak pasti. Dia bertanya lagi:


KAWAN:  Dulu kamu kawin tak bercinta ke?

SAYA:  Tidak. Sebelum kawin dia kawan saya. Saya bertanggong-jawab sebagai se orang sahabat. Jodoh temukan kami. Bila dah kawin tanggong-jawab sebagai kawan bertukar kepada tanggong-jawab sebagai suami. Tanggong-jawab itu kekal hingga dia menemui Illahi.

KAWAN:  Tak kan kamu tak bercinta?

SAYA:  Entahlah, mungkin tanggong-jawab itu yang jadi cinta.

KAWAN:  (Termenung)

SAYA:  Cinta terjadi bila sahutan berjawab. Kalau bertepuk sebelah tangan itu namanya angau.

KAWAN:  Entah-entah saya ni angau?

SAYA:  Saya tidak tau tentang angau. Tentang cinta hanya tau tiga perkara. Pertama, yang terbaik ialah jatuh cinta. Kedua terbaik ialah waktu sedang bercinta. Ketiga terbaik ialah melupakan cinta. Yang paling baik di antara tiga terbaik di atas ialah tidak pernah ambik tahu hal cinta.

KAWAN:  Tak faham, keliru. (tersenyum sambil mengaru kepala) Kamu jangan nak sembunyi tentang cinta. Bukankah hubungan kamu dengan Maiko sekarang melalui sebuah cinta?

Baru saya sedar sudah enam bulan saya terlupa menghubungi Maiko. Adakah dia sihat di Osaka?


Saksikan-lah melalui hati kamu

(This site is our's and all stories belong to us. Everyone has a story to tell and in sharing we find healing. I expect this story will give hope a good chance to grow in your hearts. Your wisdom and stories are as good as mine.)©

Kamu komen apa saja yang kamu suka dan komen kamu tidak akan dipadam. Ingat, sendiri komen sendiri pikul.

Video dan gambar dalam tulisan ini tiada kaitan dengan cerita, ianya semata-mata hiasan.



25 comments:

  1. Cinta atau sayang akan diiring ingatan dan rindu, segala usaha akan dibuat ke arah mengubatnya, antaranya berhubung..
    Tanpa rindu, cinta tidak ujud..

    Kalau sekampong, paling tidak dapat tengok bumbung rumahnya pun.. Kira dah terubat rindu..

    Dalam kacanggihan dunia tanpa sempadan.. Kalau itupun gagal berhubung.. Somewhwre something is wrong..

    Kadang kadang ego menguasai diri untuk mengaku bercinta..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dua perenggan yang pertama tu saya akui tepat sekali sebab kawan2 saya pernah bercerita perkara yg lebih kurang sama. Saya pecaya sebab mereka bercerita semasa mereka bercinta, bermakna itu kenyataan.

      Perenggan kedua tu misti bersebab tidak menghubungi se seorang sedangkan kemudahan tersedia ada terutama di alam maya. Mungkin jawapan sudah tersedia setelah mengkaji melalui berbagai sudut iaitu kegagalan sedang menunggu.

      Ayat terakhir tu perit untuk saya menjawab tentang kaitan antara ego dan cinta disebabkan seperti yg saya kata saya tidak pernah bercinta. Persahabatan telus memang ujud.

      Saya pecaya memang ada kaitan antara ego dgn cinta (samada mengakui bercinta atau tidak) sebab ego tetap ujud di dalam semua situasi.

      *Ego terkini yg dah viral: melempang orang di khalayak ramai.

      Delete
    2. Cukuplah bercinta dengan maiko di angin lalu atau dalam mimpi.. Kekalkan sampai di situ sahaja jika mahu keindahan itu kekal.

      Lebih dari itu, pengisian dan mengemudinya bukan semudah seindah sebuah skrip novel.

      Delete
  2. dah lama x singgah blog ni. mana maiko? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Patut lama tak nampak.
      Nanti saya update cik nadyya

      Delete
  3. hanya cinta pada Allah jangan dilupakan

    ReplyDelete
  4. Ha'aaakan, jk betul adam n maiko bercinta, kenapa sudah 6 bulan tidak berhubung?? Baik hubungi cepat2, nnt si dia disambar orang lain... ^_^

    ReplyDelete
  5. cinta tu terlalu subjektif bg saya....

    terpulang pd tanggapan masing2...
    aah mana maiko,? lama dh tak cite... jgn tunggu lama2 nnti lama2 yg kt sana pun dh putus asa

    ReplyDelete
  6. cinta itu letaknya dlm hati... ;-)


    tak pandai nk bermadam ;-)

    ReplyDelete
  7. little maiko itu comel sekali..

    cinta itu sukar untuk ditafsirkan

    ReplyDelete
  8. cinta itu lumrah. hidup tanpa cinta? masing2 punya pendapat sendiri. kalah dalam bercinta boleh cuba lagi.

    ReplyDelete

  9. I kinda like the how you spelled the word 'tanggung-jawab'. ada emphasize.

    ReplyDelete
  10. kenapa agak2nya cinta sejati boleh pupus?

    ReplyDelete
  11. Sebabkan sayang sesaorang lebih bertanggung jawab. Disebabkan cinta ramai lupa tanggung jawab.

    ReplyDelete
  12. Maiko..cinta pandang pertama kah ? Nama Maiko sungguh indah sekali.

    ReplyDelete
  13. bagi saya cinta tak semestinya memiliki. Couple, kahwin, tak semestinya bercinta. Saya sendiri tak pernah bercinta, tapi saya tahu dan pernah jatuh cinta. Entahlah, tapi dah 7 tahun tak jatuh cinta, rasa berat gak hati ni.Haha

    ReplyDelete
  14. Cinta itu agak sukar untuk diungkapkan.. tapi cinta selalunya membuatkan seseorang itu sentiasa mengingati seseorang yang lain.. cinta itu seringkali menyebabkan hidup seseorang tidak keruan kerananya..

    kiranya cinta itu menjadikan seseorang itu menjadi seorang yang setia pada seseorang yang disayangi..

    ReplyDelete
  15. Alahai comel betul anak. geramnya tengok. nak jumpa anak boleh? haha

    ReplyDelete
  16. Selamat berpuasa en. Adam. Comel maiko junior

    ReplyDelete
  17. tak kawin tak tahu lah apa makna cinta.. puasa2 ni hahah awkward pulak cakap pasal cinta cintun

    ReplyDelete
  18. tak kawin tak tahu lah apa makna cinta.. puasa2 ni hahah awkward pulak cakap pasal cinta cintun

    ReplyDelete
  19. Cinta tu kan rezeki dari Allah. Tak daya untuk kita mencintai kalau bukan dengan izinNya.
    Sedih ah tengok video tu.

    ReplyDelete
  20. Cinta itu subjektif acecece

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...