Tuesday 8 August 2017

SUSAHNYA BERCAKAP DENGAN BILL GATES


Dalam se buah daerah ada satu pusat yang mengajar orang dewasa belajar komputer.

CIKGU:  Assalamulaikum pakcik dan makcik semua. Hari ni hari pertama kelas komputer kita. Saya tak nak buang masa jadi saya terus mengajar. Sebelum itu elok saya onn-kan laptop ni. Laptop saya ni ada password jadi orang lain tak boleh curi-curi guna. Baiklah,  saya onn-kan sekarang.

Hampir 10 minit cikgu muda tu tak berjaya meng-onn-kan laptopnya.

CIKGU:  Saya dah lupa password saya. Siapa kat sin boleh bantu saya. Ada tak pakcik dan makcik boleh tolong saya. 

Tidak ada siapa-siapa pun yang menyahut permintaan cikgu tu. Tiba-tiba se orang lelaki dewasa bersuara.

LELAKI DEWASA:  Cikgu, tanyalah orang yang arif tentang komputer.

CIKGU:  Yang cerdik tentang komputer tak ada kat sini.

LELAKI DEWASA:  Kalau tak ada kat sini cikgu telefonlah dia. Apa nama orang tu?

CIKGU:  Nama dia Bill Gates. Dia jauh. Apa nama pakcik?

LELAKI DEWASA:  Nama saya Pak Pandir. Cikgu telefonlah dia. Kalau tak cuba sampai malamlah kita termenung kat sini. Ce-telepon, ce-telepon.

CIKGU:  Aduh, Pak Pandir lagi. Baiklah, kalau Pak Pandir dapat jawab soalan ni, saya telepon Bill Gate.

PAK PANDIR:   Kenapa pulak macam tu. Begini cikgu. Kalau cikgu tak dapat jawab soalan saya, cikgu kena telepon Bill Gates.

CIKGU:  Baiklah. Apa soalannya.

PAK PANDIR:   Kalau orang bisu, dia bertanya kita pukul berapa sekarang, dia tunjuk tangan dia tapi kalau dia nak kencing, dia tunjuk apa?

CIKGU:  Baiklah, baiklah, saya telepon sekarang. (dalam hatinya berkata. Pak Pandir nak tunjuk pandai.)


Cikgu itu pun telefon Bill Gates. Kring, kring, krrrrring, krinnngggg.

BILL GATES:  Hello, Bill di sini.

CIKGU:  Hello Bill. Laptop saya tak boleh onn. Saya lupa passwordnya. Jenama laptop saya HAKIRO. Nombor siri dia AE 4567 E 8910 D. Saya lupa password saya?

BILL GATES:  Password awak: entah. (Bill Gates terus mematikan telefonnya)

CIKGU:  Kan saya dah kata. Bill Gates pun tak tau. Pakcik dan makcik kat sini siapa tau.

PAK PANDIR:   Tadi cikgu tanya apa kat Bill Gates?

CIKGU:  Saya tanya password saya apa. Kemudian dia kata entah. Bermakna dia tak taulah tu.

PAK PANDIR:  Cikgu tanya apa?

CIKGU: Susah betul bercakap dengan Pak Pandir. Yg tu pun dah berapa banyak kali nak tanya. Benda senang pun tak paham. Saya tanya apa password saya.

PAK PANDIR:  Dia jawab apa?

CIKGU:   Dia jawab entah.

PAK PANDIR:  Cikgu tanya apa?

CIKGU:  Saya tanya apa password laptop saya. Dia jawab entah.

PAK PANDIR:  Cuba cikgu ulang lagi.

CIKGU:  Saya tanya password saya apa. Katanya entah.

PAK PANDIR:  Cuba cikgu ulang untuk kali terakhir.

Tiba-tiba semua pakcik dengan makcik dalam kelas tu ketawa. Tak ada se orang pun yang tak ketawa. Ada yang ketawa buka mulut telalu besar. Ada yang tenganga. Ada yang ketawa hingga keluar hingus. Ada yang ketawa sambil menutup mulut dengan henfon seperti Maiko lakukan. Tak kurang juga bilangan pakcik yang ketawa sambil berguling-guling.

CIKGU:  Kenapa semua pakcik dengan makcik ketawa? Kelakar ke saya ni?

Semua pakcik dengan makcik kat situ berkata serentak, "Cikgu, apa Bill Gates jawab?"

CIKGU:  Bill Gates jawab entah.

Semua pakcik dan makcik kat situ termasuk Pak Pandir berkata serentak, "Password cikgu ENTAH. Ce-taip perkataan ENTAH kat laptop cikgu. Ce-taip, ce-taip."

Cikgu pun taip perkataan entah dan laptop itu terus boleh onn. Pakcik dan makcik semua melompat gembira sambil berkata, "entah entah entah entah." Baru cikgu teringat password dia entah.


Pakcik ni nak mengajar atau nak marah orang?  Ce-tengok, ce-tengok

Blog ini memperlawa usahawan untuk beriklan di sini. Nyatakan jenis iklan yang di kehendaki di email:  biarlembuyangjadilembu@gmail.com

(This site is our's and all stories belong to us.  Everyone has a story to tell and in sharing we find healing. I expect this story will give hope a good chance to grow in your hearts. Your wisdom and stories are as good as mine.)©

Kamu komen apa saja yang kamu suka dan komen kamu tidak akan dipadam kerana sendiri komen sendiri junjung. Video dan gambar dalam tulisan ini semata-mata hiasan.




47 comments:

  1. Umumnya password ialah 123456. Bill gates bagi entah. Hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Entah tu passwordnya.
      Hahaha.

      Delete
    2. Assalamualaikum wr wb. Saya Sangat berterimah kasih kepada KI RONGGO LAWE
      berkat semua bantuan yg diberikan saya sdh buka usaha dan memiliki
      beberapa Restoran ternama di Surabaya ”Saya dulu seperti
      orang gila, bahkan hendak bunuh diri, usaha saya ditipu sahabat karib
      dan membawa lari semua uang saya. Saya pun harus menanggung hutang
      supplier dari usaha kontraktor yang dibawa lari teman saya. Kesana
      kemari minta bantuan gak ada yang nolong. Bahkan saya sudah keliling
      Indonesia untuk mendapatkan atau mencari pinjaman dan dana gaib, tapi
      untung di ujung keputus asa’an saya bertemu dgn KI RONGGO LAWE yang
      dikenalkan oleh adik ipar saya, akhirnya bliau menawarkan bantuan Dana
      Gaib tanpa tumbal/resiko diawal ataupun akhir dan dari golongan
      putih.setelah persyaratanya dilengkapi dan ritual selesai, MENGEJUTKAN
      !!!, saya mendapatkan dana gaib sebesar 700jt dihadapan saya.
      kalau mau seperti saya hubungi KI RONGGO LAWE Tlp/Sms : 0853-1403-1099, atau KLIK DISINI
      solusi tepat salam sukses.



      INILAH JENIS MACAM PESUGIHAN DAN BOCORAN TOGEL 2D 3D 4D 5D 6D.....


      >PESUGIHAN TUYUL| PELARIS USAHA
      >PESUGIHAN UANG GAIB
      >PESUGIHAN JIN KHODAM
      >PESUGIHAN ASMA
      >PESUGIHAN UANG SEPASANG
      >PESUGIHAN UANG BALIK
      >PESUGIHAN JUAL JANIN
      >PESUGIHAN PUTIH TAMPA TUMBAL
      >PESUGIHAN NIKAH JIN
      >PELARISAN DAGANG

      Delete
  2. Replies
    1. Bill gates busy tapi dia sempat beri tau.
      password nya: entah

      Delete
  3. Replies
    1. You see, pak pandir is clever than the cikgu.
      Just a clean joke kan? and i know you got the joke.

      Delete
    2. Even the pakciks and makciks were clever than the cikgu.

      Delete
  4. Cikgu tak bertauliah sampai password sendiri pun lupa πŸ˜…πŸ˜‚

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasalah orang muda. Fikiran ingat ke lain. Thanks liza.

      Delete
  5. Thank you tuan.
    How was your trip?

    ReplyDelete
  6. Joke pagi-pagi. Baru lah semangat sikit. hihihi!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak tambah semangat sikit lagi aisah baca entry yg sebelumnya, dan sebelumnya. Hihihi.

      Delete
  7. pagi2 dh bagi lawak yg deep sgt tau

    kalau lah ada cikgu mcmtu nk ngajo sya, idok lah teman nk belajor ngn dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Norhidana boleh belajar dgn saya sebab laptop saya tak ada password. Hahaha.

      Delete
  8. Cikgu no nak kena sekolahkan juga ni.. eh maiko pun Ada enterprem juga πŸ˜†

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nama Maiko terselit sebab dah banyak entry saya tak tulis kesah dia. Maybe next entry cerita dia pulak.

      Delete
  9. Hahaha... Cikgu pun kadangkala putus wayar juga... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau cikgu tu terus mengajar lagi banyak dia punya yg putus sebab pak pandir ada situ.

      Delete
  10. hahahaahah mcm2 laa tp cikgu pn manusia jg = sengal

    ReplyDelete
  11. p/s br sempat menjengah arini

    ReplyDelete
  12. Replies
    1. Cikgu tu dah lama tak guna laptop. Itu yg lupa password. Thanks

      Delete
  13. Adam.. esok makan Kenny Rogers ke. Mama susah sikit weekdays mmg bz Antar anak gi sekolah Dan kerja lagi. Enjoy your food ok. Jom join AFB

    ReplyDelete
    Replies
    1. Antar anak ke sekolah penting tu mama. Kerja pun sama. Makan pun penting tapi kalau kenny rogers tu bila2 boleh makan.

      Delete
  14. Kira baik hati jugak Bill Gate nak bagi password. Kalau Zukersbeg.. kita lupa password bermakna hilanglah fb kita, lagi2 klu email address pun lupa atas faktor2 penuaan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Usia memang faktor lupa. Tapi kawan saya baru 39 tahun dah jadi pelupa. Kalau dia pergi pasar, then bini kirim beli barang, mesti ada yg lupa beli. Selalu begitu. Macam2 lagi perkara yg dia lupa. Pada kita macam tak menasabah je cara dia lupa.

      Delete
    2. Cikgu tu mungkin dah lama tak guna laptop tu. Itu yg dia lupa password.

      Delete
  15. Entah apa2lah.
    Hiburan malam jumaat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Malam jumaat bagi saya serupa je wp.
      Hiburan saya tido je.

      Delete
  16. blog ni bagus sebab tak pernah kutuk pak pandir.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sepatutnya begitu.
      jangan kutuk ssemua orang.

      Delete
  17. untung laa bill gates reti cakap melayu.. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untunglah murid2 semua pandai.
      Kalau tak, laptop tak boleh onn.

      Delete
  18. Untunglah murid2 semua pandai.
    Kalau tak, laptop tak boleh onn.

    ReplyDelete
  19. Entah la cikgu ni,xfaham2..haha

    ReplyDelete
  20. πŸ˜‚πŸ˜‚ entah.Haila cikgu,

    ReplyDelete
  21. hahaha macam2 ye bijak juga pakcik makcik tu kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jom kita belajar komputer dgn cikgu tu.
      Hi

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...