Tuesday 5 June 2018

ADAKAH BENAR-BENAR MEREKA PERLUKAN PERUBAHAN ATAU GIMIK PERHIMPUNAN

Umno sudah perasan iaitu orang Melayu telah sedar parti keramatnya tidak bersungguh-sungguh membangunkan bangsanya melainkan untuk kepentingan sendiri.

UMNO memang sedar. Di atas kesedaran ini ada ahli2nya berkata UMNO perlu berubah.

Adakah mereka bena-benar ingin berubah? Kita tunggu pemilihan ahli majlis tertinggi mereka nanti. Tentunya mereka memulakan perubahan dari situ.

Andainya dalam pemilihan ini kelak, kerusi-kerusi ahli majlis tertinggi masih diduduki oleh 35% muka-muka lama, UMNO tidak akan berjaya berubah.

Jika ini benar-benar berlaku, bermakna UMNO memilih jalan salah untuk berubah.

Memilih 35% orang lama termasuk mereka yang angkuh menduduki kerusi tertinggi merupakan satu lagi kesilapan yang dibuat oleh mereka.

Andainya mereka gagal untuk mengaku kesilapan percayalah mereka tidak akan terus belajar dari sebarang kesilapan.

Yang pastinya UMNO tetap akan dilihat seperti UMNO sebelum Mei 9, 2018.

(This site is our's and all stories belong to us.  Everyone has a story to tell and in sharing we find healing. I expect this story will give hope a good chance to grow in your hearts. Your wisdom and stories are as good as mine.)©

Semua komen tidak akan dipadam. Sendiri komen harap bertanggungjawab. Video dan gambar dalam entry ini semata-mata hiasan.

19 comments:

  1. Replies
    1. Harap2 begitulah. Berubah untuk kebaikan semua. Bukan untuk kepentingan sendiri. Thnks.

      Delete
  2. Saya jangka muka² lama 80% akan mengisi kepimpinan tertinggi dan itu tidak dapat dielakan kerana tiada muka baru yang mahu bertanding Presiden.

    Kalau Kj bertanding, adalah sikit harapan 50-60% muka baru.

    Kalaupun muka baru, apakah kita jangka perubahan? Kalau ada sedikit sangat sebab mereka benih dan dna yang sama.

    Di PH sendiri, dna dan benih yang sama, sikap mereka tak lari dari umno, cuma ada sedikit kawalan sebab kuasa belum lama di tangan?

    Anwar? - adakah ada beza semasa di umno dan di pkr?

    Berbalik kepada umno, status pembangkang itu sendiri akan merubah sikap mereka sedikit demi sedikit, peluang mereka untuk korup sudah kurang tetapi peluang mereka untuk jadi perjuang terbuka luas.



    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun jangka muka lama tetap banyak yg kekal melainkan yg menolak pencalunan.

      KJ dgn mudah dpt duduk di kerusi naib presden.

      Muka baru kalau ada separuh di situ, perangai mereka tetap serupa dgn perangai muka lama kerana mereka se kapal. Contoh, kalau jamal yunos pegang ketua pemuda, jamal muka baru dlm majlis tertinggi, perangai dia di sungai besar terbawa bawa ke mana dia pergi.

      Pencalunan setakat ini untuk presden, t presiden dgn n presden belum ada muka yg berkelibar memimpin umno.

      Delete
  3. Belajarlah Dari kesilapan.. Dan contohi pemerintahan zaman rasulullah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu mamapp. Thnks

      Delete
    2. wc adam.. saling pelajari dan ambil iktibar dalam setiap keadaan semasa kan

      Delete
  4. semoga apa pun pemilihan, mereka tetap seperti zaman memerintah; mengeluarkan agenda - agenda untuk membantu rakyat.

    walaupun telah bertukar kerusi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes, yes. Betul tu.
      Kena berkhidmat untuk rakyat bukan untuk sendiri

      Delete
  5. Saya hairan mengapa yang cerdik pandai tak mahu menyertai parti ini. Mereka ini lah yang mendapat advantage dan peluang kerana perjuangan parti ini sejak dulu lagi. Kesian orang orang lama tu Sudah lah tak nak di tolong di pandang rendah pula.

    ReplyDelete
  6. Saya ada terdengar, entah betul entah tidak saya tak pasti. Orang yg pandai susah dapat peluang masuk parti ni. Thnks.

    ReplyDelete
  7. Semoga orang-orang UMNO belajar dari kesilapan.
    Kesilapan yang bukan sedikit tapi terlalu banyak untuk dihitung.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Mrs A. Terutama mereka yg ego.
      Thnks.

      Delete
    2. Dengar cerita terkini Abang Johari Openg tetap dengan keputusan nak bawak parti PBB keluar meninggalkan BN.

      PBB ada 13 kerusi. Jumlah kerusi BN ada 79. Kalau parti PBB jadi keluar BN bermakna parti BN tinggal 66 kerusi.

      Dengar cerita Pakatan Harapan tak nak terima parti PBB. Itulah dia dinamakan politik.

      Kalau gitu kurang sangat pembangkang dlm parlimen nanti. Kita tunggulah apa seterusnya.

      Delete
    3. Harap yang sikit tinggal tu jadi pembangkang yang effective. Tak mou banyak drama jer.

      Delete
    4. Yg sikit tu memang dah jadi pembangkang. Nak jasi pembangkang yg efektif mungkin sukar. Pertama sebab tak pernah jadi pembangkang, kedua tekanan perasaan sebab keciwa and last jumlah anggota dah sikit.

      Delete
  8. hmmmmmm politik ek,
    kena ambil tau juga perkembangannya
    Masa depan negara, masa depan kita dan generasi kita juga.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...