Thursday, 5 July 2018

ALLAH PEMILIK KEBENARAN MUTLAK

Bila dalam keperitan kita dgn mudah berkata, "Allah menguji aku."

Kita tidak terfikir untuk berkata, "Inlah balasan dari Nya kerana dosa-dosa aku."

Aku mengingatkan diri sendiri, iaitu Allah memberi dan Dia mengambil semula dengan kehendak Nya termasuk meminjamkan nyawa kita.

Jangaan kita bermegah dengan pangkat. Kita jangan sombong dgn kuasa. Kita tidak boleh riak dengan ringgit yg berguni-guni kerana semuanya Allah boleh hilangkan semula.

Apabila kesemuanya ditarik balik disebabkan dosa kita kepada manusia ianya bukan semata-mata dinamakan ujian sebaliknya Allah melakukan mengikut perancangan Nya.

Kuasa Allah tidak dapat dihalang walaupun oleh berjuta-juta pendekar yang membenteng kita wakima kita sendiri mengaku panglima.

Benteng2 yang mempunyai muslihat akan beransur rapuh sebaik sahaja mereka sedar kita mula hilang kekuatan. Benteng di atas terus lenyap apabila mereka nampak kita kecundang.

Akhir kata, berbaik-baiklah kita sesama insan disebabkan Allah pada bila2 masa sahaja boleh menunaikan doa dari mereka yg teranyaya kerana Dia mendengar. Wallahu a’lam.

(This site is our's and all stories belong to us.  Everyone has a story to tell and in sharing we find healing. I expect this story will give hope a good chance to grow in your hearts. Your wisdom and stories are as good as mine.)©

Semua komen tidak akan dipadam. Sendiri komen harap bertanggongjawab. Video dan gambar dalam tulisan ini semata-mata hiasan.

11 comments:

  1. betul tu en Adam, saya setuju....

    saya selalu ckp kt diri saya, Allah menguji saya dengan Aiyan, itu juga balasan utk dosa2 yg telah sya lakukan.... sya redho

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun macam Nordiana. Memang itu yg kerap saya kata dlm hati. Thnks and salam Jumaat.

      Delete
  2. semoga dipermudahkan urusan kita semua.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harap-harap begitulah. Amin amin amin.

      Delete
  3. Re: Tajuk.
    Tetapi kita manusia selalu berasa kita tahu segalanya.

    ReplyDelete
  4. Yes saya setuju. Kita manusia menganggap kita tau segala2nya. Thanks.

    ReplyDelete
  5. Apa yang kita semai, itulah hasil yang kita dapat.

    Tetapi kadangkala ujian datang bukan secara langsung atas niat awal apa yang kita semai..

    Tanam padi tumbuhnya lalang.. Ertinya kita tidak cukup berusaha, membaja dan menjaganya..

    Tetapi agak mustahil, tanam lalang, tumbuh padi.

    Buat baik, dapat pahala, dapat musibah, itu ujian..

    Buat jahat, dapat dosa, dapat balasan, pun ujian insaf ke tidak. ..atau terus buat jahat.. Sudah tidak dapat hidayah, itu masalah lebih besar

    ReplyDelete
  6. semua yang ada untuk kita adalah pinjaman orang masa akan datang utk kita.

    segalanya berlaku atas sebab dosa yang lampau itu tepat. tapi sekiranya perkara yang sama berlaku disebabkan oleh orang yang sama. mgkin ada sedikit penganiayaan di situ.

    kita hanya sementara di sini, diuji atau diberikan hukuman atau penganiayaan. kita tetap kena teruskan kehidupan.

    ReplyDelete
  7. Harap2 Alah menguji kita dengan perkara yang baik2 sahaja.

    ReplyDelete
  8. saya sentiasa fikir bila ada sesuatu musibah melanda diri, pasti ada dosa yang telah terbuat..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...