Hari in Ogos 31 kita menyambut ulang tahun negara merdeka. Negara kita tidak lagi dijajah. Kita megah kerana dapat merintah sendiri.
Kita sudah bebas dari cengkaman penjajah tapi sedarkah kita yg kita belum sepenuhnya bebas dari cengkaman kemiskinan.
Memang ramai yg sudah kaya, sudah senang di negara sendiri tapi kita tidak nampak atau tak pernah bertanya anak2 di felda adakah mereka memiliki wang saku secukupnya untuk ke sekolah.
Pernahkah kita bertanya anak2 kampung, cukupkah buku sekolah mereka.
Pernahkah mereka bertanya anak2 nelayan. Berapa ramai yang mampu belajar di luar (tution).
Pernahkah kita bertanya penghuni rumah flet murah. Pernahkah mereka ditanya berapa pasang kasut sekolah milik anak mereka.
Pernahkah kita bertanya anak2 gelagangan dlm se tahun berapa hari mereka berada di sekolah.
Pernahkah kita bertanya anak2 di estate. Berapa kali seminggu mereka bersarapan pgi sebelum ke sekolah.
Setiap tahun kita disajikan dengan laungan meredeka. Kita dihibur dgn konsert2. Kita disajikan sebab kita memang suka slogan dan konsert. Kita lupa tentang kemiskinan.
Di manakah mereka yg setiap lima tahun merayu undi rakyat? Jangan jadikan kemiskinan mereka sebagai sebuah dongengan.
(This site is our's and all stories belong to us. Everyone has a story to tell and in sharing we find healing. I expect this story will give hope a good chance to grow in your hearts. Your wisdom and stories are as good as mine.)©
Kamu komen apa saja yang kamu suka dan komen kamu tidak akan dipadam kerana sendiri komen sendiri pikul. Video dan gambar dalam tulisan ini semata-mata hiasan.