Friday, 27 March 2020

YA ALLAH YA TUHAN KU. KAU JAUHKAN WABAK VIRUS CORONA DARI TIMUR HINGGA KE BARAT - DARI UTARA HINGGA KE SELATAN. KAU SEMBUHKAN MEREKA YG TERKENA PENYAKIT COVID-19.



Ya Allah, aku mohon agar engkau jadikan aku seorang yg kuat, tegar dan berani kerana benar.

Benci diri sendiri yang suka mengalah. Ya Allah bantu kuatkan hti ini untuk menghadapi sesuatu.

Ya Allah. Manusia makin maju, makin kedepan. Terima kasih kerana Engkau sisipkan otak pda setiap manusia. Mereka bertambah bijak: 

- bijak mengutuk, bijak mencaci, bijak mengumpat, memuji berlebihan, sayang berlebih-lebih.

Aku senyum dan berdoa ketika hinaan, cacian, cemuhan dituju sesama mereka. Aku tau Kamu melihat mereka. 

Ya Tuhanku, ampunkan mereka kerana yg mereka nmpak hanya dunia. Naikanlah darjat dan gantilah dengan yang lebih baik di hati mereka.

Kau sedarkan mereka untuk belajar menghargai dari siapa benda yang mereka milik. 

Aku berdoa semoga setiap hari aku rasa bahagia, kekal ceria. Ya Allah. aku bersyukur atas apa yang dah Engkau berikan. 

Ya Allah. Engkau yang maha mengetahui sedangkan hamba Kamu tidak tahu. Engkau yang maha mengatur sedangkan hamba kamu tidak mengatur. 

Engkau tahu ada yang baik untuk hamba Mu. Dekatkan, permudahkan mereka.

Engkau tahu jika ada yg tak baik untuk hamba Mu, Engkau palingkan kami dari prkra itu dan engkau palingkan perkara itu dari kami. 

Tunjukkan kepada aku jln yg baik sekali pun seberat mna untuk aku laluinya.

Ya Tuhan ku. Maafkan aku atas kesalahan aku terhadap kedua arwah orang tua aku. Izinkn mereka dgn mudah menuju ke syurga Mu. Aamiin.

Ya Tuhanku. Kau ubahlah kesedihan siapa2 pun untk jadi bahagia. Tukarkan setiap air mata yang mengalir menjadi semangat mereka.

Ya Tuhan, bersihkan hatik aku dri segala bentuk munafik, riyak, angkuh. Penuhkan hati aku dgn keikhlasan, kejujuran dan kerendahan hati.

Ya Tuhan, berikanlah aku pasangan yg baik dari sisi agama Mu. Pasangan yg jadi sahabat dalam urusan dunia untuk mengejar akhirat. Aku hanya ingin seorang yg jdi peggalak ke jalan KAMU, tak lebih dari itu.

Jika takdirnya dia untuk aku, luruskan jalan kami. Jika bukan, sedarkan dia iaitu kuasa menjodoh milik kamu. 

Ya Tuhan ku, jadikan aku lebih baik dari sangkaan mereka. Jangan lemahkan aku sebab pujian. Ampunkan mereka yg mencela aku jika ada. 

Ya Allah, panjangkan umur orang yg aku sayang dan sahabar2 aku. Limpahkan rezki pada mereka.

Bantulah aku untuk patuh setiap rencana Mu. Rencana yg indah akan tiba pada waktunya

Aku yakin bahwa takdir dari Kamu lebih baik dari semua yang aku inginkan. Berilah aku kekuatan untuk menunggunya sebagai anugerah Kamu.

Aamiin aamiin aamiin.

(This is our's and all stories belong to us. Everyone has a story to tell and in sharing we find healing. I expect this story will give hope a good chance to grow in your hearts. Your wisdom and stories are as good as mine.)©

Penulis tidak bertanggong-jawab terhadap komen yang menyalahi undang-undang, menyentuh sentimen agama dan kaum serta individu. Segala risiko akibat ulasan atau  komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengulas sendiri.

Video dan gambar dalam tulisan ini jika ada, tiada kaitan dengan cerita. Ianya semata-mata selingan.


Wednesday, 11 March 2020

MASYARAKAT DALAM KALANGAN BINATANG DENGAN MASYARAKAT MANUSIA TAK JAUH BEZA.

Masa kanak2 dulu aku suka masuk hutan. Aku anak kmpong. Satu hari aku terserempak se grombolan gajah keluar dari sungai. Gajah baru lepas mandi.

Berjalan menghala ke grombolan gajah ada sekor babi. Bila nampak aja babi, gajah terus ketepi. Beri laluan untuk babi. Babi lalu sambil sengeh.

Babi tuju kat aku. Dia kata, "Kamu tengoklah gajah tu. Badan ajer besar tpi penakut." Aku tak jawab. Gila ke nak becakap dgn babi.

Aku pergi kat gajah. Aku tanya kenapa gajah takut kat babi. Gajah kata, "Kita bukan takut. Babi tu nak berkawan dgn kita. Sapa nak bekawan dgn dia. Badan kotor. Dah lah sombong, buduh pulak. Selalunya kita biar babi lalu. Sambil lalu tadi pun dia goyang badan. Lumpur kena kita."

Aku nasihat gajah tu, "Binatang memang macam tu. Termasuk manusia. Suka menggangu, pembelot, bergaduh, memfitnah. Badan bersih tpi otak kotor. Daripada bergaduh, bertengkar elok pulaukan mereka."

Gajah kata dlm hati, "Eleh ..... manusia baik sikit dari babi. Sikit aja."

(This is our's and all stories belong to us. Everyone has a story to tell and in sharing we find healing. I expect this story will give hope a good chance to grow in your hearts. Your wisdom and stories are as good as mine.)©

Penulis tidak bertanggong-jawab terhadap komen yang menyalahi undang-undang, menyentuh sentimen agama dan kaum serta individu. Segala risiko akibat ulasan atau  komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengulas sendiri.

Video dan gambar dalam tulisan ini jika ada, tiada kaitan dengan cerita. Ianya semata-mata selingan.



Tuesday, 10 March 2020

OH AHLI POLITIK

Dahulu orang politik suka jadi katak. Sekarang mereka sudah tidak mahu jadi katak. Jadi katak sudah tidak menyeronokkan bagi mereka.

Sekarang mereka berebut-rebut iadi tupai.

(This is our's and all stories belong to us. Everyone has a story to tell and in sharing we find healing. I expect this story will give hope a good chance to grow in your hearts. Your wisdom and stories are as good as mine.)©

Penulis tidak bertanggong-jawab terhadap komen yang menyalahi undang-undang, menyentuh sentimen agama dan kaum serta individu. Segala risiko akibat ulasan atau  komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengulas sendiri.

Video dan gambar dalam tulisan ini jika ada, tiada kaitan dengan cerita. Ianya semata-mata selingan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...