Sunday, 29 January 2017

BENCINYA AKU. MACAM TAK ADA CERITA LAIN. ASYIK CERITA TU AJA.


Maiko menjemput saya keluar makan ke restoran berbangsa India yang menyediakan makanan halal terletak di Dotonbori, Osaka. Kami tiba di restoran itu hampir pukul 7.00 petang tetapi di situ sudah gelap menyerupai pukul 10.00 malam di Malaysia.

Makanannya di situ halal tetapi arak sedia dihidang sekiranya dipesan.

Dewan makan penuh. Pembantu restauran membawa kami ke satu sudut yang mejanya sesuai untuk dua tetamu. Kami duduk bertentangan.

Kelihatan pengunjung dari Indonesia, Brunei dan Singapura di situ.  Mereka memerhatikan kami. Saya percaya mereka terasa ada perkara yang kelihatan aneh kerana se orang wanita berbangsa Jepun beriringan dengan lelaki Melayu atau pun setidak-tidaknya mereka tertarik dengan kecantikan Maiko yang bergaya. 

Mana mungkin mereka tidak tertarik kerana Maiko se orang wanita muda, rupawan yang memiliki kematangan lebih tinggi dari usianya. Keyakinan dirinya mengkagumkan.

Saya memesan nasi briyani manakala Maiko memesan roti perata dan roti naan. Briyaninya tidak jauh bezanya dari briyani di Malaysia tetapi roti peratanya mirip murtabak kita, malahan lebih tebal. (Saya tidak yakin Maiko boleh menghabiskan makanannya kerana perutnya sempit.)

Halal Restauran di Dotonbori, Chuo-ku Osaka

Kami berbual. Banyak perkara saya timbulkan terutama tentang pandangannya berkenaan dengan perkahwinan campuran dan kefahamannya tentang cinta. Kesemuanya diterang dengan jelas. Falsafah-falsafah Jepun diselitnya untuk menambah kekukuhan hujahnya.

Saya bertanya kepadanya, pernahkah dia menyaksikan sebuah cinta teragong. Jawabnya pernah. Katanya, "My dad and my mom had a big crisis."

Seperti biasa, bahasa Inggerisnya yang mantap lebih ke "slang" Amerika dengan rolling R-nya. Saya tetap berdegil bertutur dengannya menggunakan "slang" British walaupun saya lebih selesa bertutur mengguna slang Amerika disebabkan pengaruh Hollywood. Pernah Maiko bertanya kepada saya kenapa saya kerap menggunakan perkataan madam dan tidak menggunakan perkataan ma'am apabila membahasakan wanita-wanta.

Saya terangkan, "Americans use ma'am for talking politely to women whose names they do not know but for Britons they use it for talking to the queen, princes or the royal. Natives also use ma'am for women of highrank in the Forces."

GAMBAR HIASAN: Bukan anak Jepun. Nur Aqilah Madinah bte Johari. Ibunya Fazian KLIK

"I didn't know that. Thank you," katanya. Saya megah kerana mengatasi dia dalam hal itu. "Where were we just now?" dia bertanya. Saya kata tadi dia bercerita tentang ibunya.

Dia menyambung semula, "Yes, it happened when I was 15 years old. My mom said to me that she didn't want to talk to my dad forever. My dad told me the same. It was a big crisis which began from a small quarrel." Dia berhenti sejenak sambil menyuap makanan. "Everyday I persuaded my mom to talk to my dad but mom promised not to."

"My mom cried almost every night even in her sleep and that made me furious. When I was 16, it's on my birth date, I approached my mom and said softly.  Why didn't she ask my dad to move out or she go the seperate way?" Suara Maiko tersekat-sekat.

"Mom replied that she was his wife. She promised earlier to be by his side until they depart naturally and said her promise would be a promise." Saya diam memberi perhatian. Kemudian Maiko berkata, dia memberi tahu ibunya begini, "Mom, all your plans you have worked for with dad can go to a waste with one wrong decision. Knowing what’s your right doesn’t mean much unless you do what’s right. Both of you made mistakes and the biggest of all the blunders was yours because you agreed to be his wife."

Saya bertanya "Didn't she get angry with you?"

Maiko ketawa dan ketawanya bukan dibuat-buat. "The next day like nothing ever happend, they were laughing together. The bridge that alows love to meet was mended. Everything was forgotten and what's left was their love for each other."

Saya memberi tahunya, "Relationships are not only about love but about confusion, uncertainty, hatered, frustrations, jealousely, and disappointment. Do you know that marriage is the invisible string that holds people together when the beam of love is covered by clouds of misunderstanding?"

Dia meminta diterangkan maksud kata-kata saya. Saya menjawab, "No matter how much they love each other, sometimes there will be a weak period of time and that is the the moment the couple needs marriage to hold things a part? Misunderstanding sometimes becomes fortune and the fortune will smile on them."

Maiko menganggok dan kemudian beralih soalan, "What is the criteria of a girl you are looking for?"

Saya terkedu. Maiko kelihatan serious. Seperti biasa dengan mudah saya memukaunya dengan kata-kata berikut dan sebelum menjawab saya gengam dua ibu jari tangannya, "A man needs an assertive, a self confident, a mature girl and it isn't wrong if she is beautiful. My choice will never change even, if I were a girl I value my man but I'm a man and I am proud to be one."

Jawapan saya belum memuaskannya. Dia menyambung, "Have you met one?"

Pembaca yang bijaksana, andainya moment kami di atas bermoral, kongsilah untuk kesejahteraan.


This is our site and the stories belong to us. Everyone has a story to tell and in sharing we find healing. I expect this story will give hope a good chance to grow in your hearts. Your wisdom and judgment are as good as mine.)©
Don't Cry

Penulis tidak bertanggong-jawab terhadap komen yang menyalahi undang-undang, menyentuh sentimen agama dan kaum serta individu. Segala risiko akibat ulasan atau komen yang disiarkan adalah menjadi tanggungjawab pengulas sendiri.

Semua gambar dan video dalam tulisan ini tiada kaitan dengan cerita, semata-mata hiasan.

Tuesday, 24 January 2017

APA NI? TAK PAHAM AKU. BELUM KAWEN DAH CEMBURU.


Sebaik sahaja saya masuk ke restoren, pelayannya yang memakai sari berwarna kuning terus membawa saya ke sebuah meja bersebelahan dengan meja sepasang suami isteri berbangsa Jepun yang pada amatan saya mereka berusia tidak kurang dari 70 tahun. Mereka tersenyum memandang saya. Senyuman mereka saya balas.

Saya memberi tahu pelayan yang saya ke situ semata-mata hendak menikmati kopi kerana sekejap lagi kawan akan membawa saya keluar.

Suami pasangan Jepun itu menyapa saya, "I know you aren't Japanese. Where are you from?" Dia berbahasa Inggeris. Baik sebutannya. Saya kata saya dari Malaysia datang bercuti. Tempoh dan tempat tinggal juga saya nyatakan. Dia berdiri, menundukkan kepala menghadap saya sambil berkata, "I'm going to the gents, excuse me for a while."

"Welcom to Osaka," kata isterinya kepada saya.

Pelayan restoren menghidangkan makanan di meja mereka. Begitu juga selepas itu kopi yang saya minta menyusul tiba. Saya menghirup sedikit demi sedikit sementara menanti rakan yang akan mengambil saya.

Restoren yang saya maksudkan itu bernama Ashoka, milik se orang berbangsa Pakistan yang terletak di sebuah kompleks (lupa nama kopleks), berhampiran dengan pusat membeli belah Yodobashi-Umeda di Osaka, se buah bandar di negara matahari terbit.

Kompleks Yodobashi-Umeda saya snap menggunakan handphone cap ayam

Sementara itu, saya perhatikan isterinya terpegun disitu. Dia tidak menyentuh walau pun sedikit makanan, lalu saya bertanya, "Why don't you take those while they are hot?"

Dia tersenyum lalu membalas, "I just wait for a while. He will come shortly. In our 50 over years together, we never placed food in our mouths without one of us around." 

Suaminya kembali dari bilik air dan duduk semula di kerusinya.

Kagum dengan kata-kata isterinya lalu saya berkata, "Oh my God, I just found an example of real love. Madam, I'm looking forward to hearing an answer and need to hear from the mature.  What is the one that keeps your love alive?”  

Dia senyum lagi. Walaupun telah berusia, senyumannya masih berseri. Belum sempat dia menjawab suaminya berkata, "I don't know about others but we have a secret to that lasting love. We always value our partners." Saya terpegun, seolah-olah dipukau oleh Hermaoine yang dicipta oleh JK Rowling untuk khayalan dunia.

Saya memandang tepat ke mata isterinya. Matanya berseri menunjukkan dia gembira, dia berkata, "We value each other. We fight to keep us together and in order for that to take place, I never failed caring for him from the first time we were together. Respecting him is my pleasure. I treat him as my castle, value him as my life and make every effort to make him mine. I don't regret doing this as I always got all of those in return."

Saya tersenyum. Senyuman yang membawa maksud satu pengertian telah terisi di hati.

Hati saya berkata, "Andainya kita menghargai pasangan, segala kebahgian akan menjejak kita di belakang menjadikan kecacatan tidak akan nampak di mata dengan itu segala kesempurnaan akan terletak dengan sendirinya di tempat yang betul."

Dalam pada itu rakan saya telah berada di pintu melambai saya. Saya memberi tahu kepada pasangan tersebut iaitu yang melambai itu adalah rakan saya, namanya Maiko. Isterinya membalas lambaian Maiko. Sementara itu suaminya mencatat sesuatu lalu memberi kepada saya. "Keep it," katanya.

Setelah melebihi 30 hari nota itu tersimpan, baru tadi saya membacanya. Ia bertulis, "She is beautiful. If you are facing in the right direction, all you have to do is keep on walking."

(Klik Cerita Sebelumnya)

(This is our site and the stories belong to us. Everyone has a story to tell and in sharing we find healing. I expect this story will give hope a good chance to grow in your hearts. Your wisdom and judgment are as good as mine.)©

Love Me For A Reason

Penulis tidak bertanggong-jawab terhadap komen yang menyalahi undang-undang, menyentuh sentimen agama dan kaum serta individu. Segala risiko akibat ulasan atau komen yang disiarkan adalah menjadi tanggungjawab pengulas sendiri.

Semua gambar dan video dalam tulisan ini tiada kaitan dengan cerita, semata-mata hiasan.

Thursday, 19 January 2017

KALAU TIDAK PERCAYA JANGAN BACA


MISTERI DI SEBUAH BANGLO INDAH

Di satu pagi minggu yang sunyi tiba-tiba loceng pagar di sebuah banglo berbunyi. Tuan rumah se orang lelaki (dinamakan Tuan R) menjengok dari tingkap dan dia dapati se orang wanita berdiri di pagar. "Ini misteri," berkatanya di hati. Tuan R tidak penah melihat wanita itu. Dia ke pagar berjumpa dengan wanita misteri itu (dinamakan Lady M). Lady M tersenyum dan senyumannya cukup manis, semanis chewing gum.

Tuan R:  Cari siapa?

Lady M:  Saya pengumpul barang lusuh. Jika ada yang tuan hendak buang berikan kepada saya.

Tuan R:  Barang apa yang kamu mahu?

Lady M:  Saya tidak kira apa, asalkan yang hendak dibuang saya terima. Saya buat kerja kemanusian. Saya kumpul barang-barang terbuang dan jika ada yang memerlukan saya beri. Inilah percubaan saya yang pertama untuk membantu mereka yang memerlukan.

Tuan R:  Seperti siapa yang kamu bercadang hendak beri?

Lady M:  Jika ada kebakaran rumah atau asrama sekolah persendirian. 

Selepas berpuas hati dan percaya dengan kata-kata serta 'body language' Lady M, Tuan R pun mempelawa Lady M masuk ke rumah dan disuruhnya duduk di ruang tamu. Ruang tamunya cantik. dihiasi dengan perhiasan yang dibawa dari luar negara dengan sofanya yang selesa. Lady M belum pernah melihat perhiasan yang secantik begitu.

Lady M:  Ada apa-apa barang yang tuan hendak buang?

Tuan R:  Saya tidak ada barang hendak dibuang. Saya sayang barang saya tetapi barang isteri saya banyak hendak dibuang. Macam-macam ada.

Lady M:  Oh, tuan beristeri. Mana isteri tuan? Boleh kenalkan saya?

Tuan R:  Saya sudah sepuluh tahun berkahwin. Isteri saya sekarang pergi shopping sebab kami ada function. Biasanya lepas shopping dia dengan bibik ke karoke. Itulah hobby dia. Yang jadi mangsa bibik, kena ikut kerenah dia.

Lady M:  Apa-apa barang yang tuan hendak buang?

Tuan R:  Sekejap. (Dia masuk ke dalam dan keluar semula tidak beberapa minit) Ini dua pasang kasut yang isteri saya tidak suka. Saya beli di Amsterdam semasa kami berbulan madu. Dia hanya pakai sekali sahaja itu pun semasa function. Kasut yang lain banyak lagi tetapi saya tidak tahu samada dia hendak buang atau tidak. Ambillah.

Lady M:  Terima kasih tuan. Cantik. (dia mencuba kasut itu) Kasut ini tidak sesuai di kaki saya. Ada lagi barang lain yang hendak dibuang seperti pakaian?

Tuan R:  Sekejap. (Dia masuk ke dalam dan keluar semula tidak beberapa minit.) Ini ada lima belas pasang pakaian. Isteri saya tidak muat sebab sudah longgar. Sekarang dia sudah kurus. Dia menjadi kurus sebab terikut-ikut kawan-kawan dia yang semuanya macam tiang lampu. Ambillah. Pakaian ini kami beli di London, di Paris, di Dhubai. Yang lain dibeli di Bandung.

Lady M:  Terima kasih tuan. Cantiknya. Untung mereka yg terimanya nanti. Ada lagi barang yang isteri tuan hendak buang?

Tuan R: Saya ada se buah tilam tebal, king size. Kemas buatannya. Saya tempah dari orang kampung. Tilam itu belum pernah diguna sebab isteri saya tidak suka kerana isinya kekabu.

Lady R:  Oh, kereta saya tentu tidak muat. Barang yang lain tuan, seperti baju kanak-kanak?

Tuan R:  Rumah kami tidak pernah ada anak.

Lady M:  Oh, itu yang sangat-sangat saya perlu. Andainya ada kebakaran rumah, anak-anak yang perlu diutamakan. Pinggan manggkuk ada tidak yang tuan hendak buang?

Tuan R:  Pinggan manggkok memang banyak, berkotak-kotak. Tetapi saya tidak tahu samada isteri saya hendak atau tidak sebab sejak beli masih tersimpan di kotak.

Gambar hiasan: Nur Humaira Sofea

Sementara itu isteri Tuan R (dipanggil Mrs R) selesai membeli pakaian dan alat makeup untuk diguna pada hari keramaian nanti. Kali ini Mrs R tidak menuju ke karoke sebaliknya singgah di warung cendol. Selepas minum dan makan rojak Mrs R bersama bibik terus ke rumah. Sebaik sahaja dia masuk ke dalam, dia terperanjat kerana ternampak pakaian dan kasut berada di sofa. Mrs R bertanya kepada suaminya yang sedang bertuala kenapa pakaian-pakaian itu berada di sofa.

Tuan R:  Some one came asking for those. I gave them to her.

Mrs R:  What, You gave them to herrr? Where is that animal?

Tuan R:  She's in the bath room.

Mrs R: You better tell me everything, what else did you give? I want you to hide nothing from me. Selalunya awak bercakap benar and this time I want you to do the same. 

Tuan R:  Semasa dia hendak balik tadi saya hantar dia ke pagar. Pagar menjadi saksi. Tanyalah pagar itu. Sebelum saya buka pagar dia terharu, mungkin pagar itu dengar. Katanya ini percubaan pertama untuk kemanusiaan dan pertama kali berjaya mengumpul. Dia mendakap saya, berkata, "Terima kasih kerana ikhlas memberi barang yang berharga untuk membantu mereka yang susah." Dia melepaskan dakapan lalu berkata, "Berilah kepada saya barang yang isteri abang sudah tidak gunakan lagi?"

Wahai pembaca yang bijak sana, begitulah ceritanya. Sebelum komen dibuat, ingin saya maklumkan iaitu coretan di atas hanyalah cerita rekaan dan tiada kaitan dengan pembaca, tiada kaitan dengan bukan pembaca dan juga tiada kaitan dengan penulis. Andainya coretan ini difikirkan dapat memberi menafaat kepada yang lain, forward-kan-lah.

(This is our site and the stories belong to us. Everyone has a story to tell and in sharing we find healing. I expect this story will give hope a good chance to grow in your hearts. Your wisdom and judgment are as good as mine.)©

When a man loves a woman 

Penulis tidak bertanggong-jawab terhadap komen yang menyalahi undang-undang, menyentuh sentimen agama dan kaum serta individu. Segala risiko akibat ulasan atau komen yang disiarkan adalah menjadi tanggungjawab pengulas sendiri.

Semua gambar dan video dalam tulisan ini tiada kaitan dengan cerita, semata-mata hiasan.

Tuesday, 17 January 2017

CAN YOU KEEP MY SECRET PLEASE!


We are the funny people who cannot distinguish what personal is too personal. You may laugh at this but others may look it seriously. I bet you that many agree with me that spouses arguing online is a serious matter. Some exposed almost everything for the reason to capture attention thus a few marriages failed.

Sharing stories at times are sometimes necessary but bad mouthing will break the relationship as they are not as magical as they seemed. It is better to stop doing it forever and give a second chance at happinesss.


Tuan Mohd Rosli, wife and daughter Nur Atiqah (left) at Big Ben, London

A friend of mine Tuan Mohd Rosli when asked, told me that one of his marriage recipes which i guess everyone should follow said, "0ur relationship is filled with laughters from the beginning. Yes, from the start and this does not mean that I have captured the best girl in town but the lasting of our laughters are due to both of us who chosed to look beyond the imperfections in us."

There are situations when revealing parts of their identites or secrets would do them more harm than good. It is an unhealthy action revealling all behind-the-scene stories of their spouses when people close to them such as the in-laws, would not accept it.

Well, I too write about personal matters, but the amount of personal facts I provide are managed cautiously and I sometimes do write more on my affairs but never share something that is secret. I write what I like to share as long as I am aware of what I am telling and I know how to approach my well-mannered readers well. I always have in mind that I have two types of secrets and they are the one that I want to keep by myself and the other one I do not have the gut to let it out.

Due to the fact that I want to make my communications as lively as possible (with some limitations) by sharing a bit of my experiences, such communication with readers is necessary as to give them some feelings of friendliness. 

No matter what it is, my private life is private and I am happy when it is private as my privacy is mine. Whenever I am writing, I always be mindful of the four things surrounding me regarding my life and they are: public, confidential, private, and secret.

Well readers, are you holding on to some secrets and if you do, please tell us in the comments below the reasons you are holding them.

(This site is our site and the stories belong to us. Everyone has a story to tell and in sharing we find healing. I expect this story will give hope a good chance to grow in your heart. Your wisdom and judgement are as good as mine.)

Playing For Change, La Bamba

Penulis tidak bertanggongjawab terhadap komen yang menyalahi undang-undang, menyentuh sentimen kaum dan agama serta individu. Segala risiko akibat ulasan yang diterbitkan menjadi tanggong-jawab pengulas sendiri.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...