Saturday 28 May 2016

BERTIMBANG RASALAH SIKIT

ADA KALANYA DUNIA TIDAK BERTIMBANG RASA

Photo credit: popscreen.com

Cerita ni dah pernah aku tulis kat watsap, ada juga gerup yang respons. Kat watsap hanya kawan-kawan aja yang baca tapi belum tentu yang klik page tu semuanya baca. Kalau tulis panjang-panjang lagilah tak ramai yang baca. Kalau dia tak baca tu bukan masalah aku. Dia sendiri yang kena selesaikan masalah dia, masalah tidak hendak membaca.

Aku rasa masih ramai yang suka membaca jadi aku tulis kat sini pulak. Kalau tulis kat sini benda ni bergerak macam kilat memancar ke pelusuk dunia. Kali ni aku tulis dalam bahasa Melayu. Ramai juga orang tau bahasa Melayu yang tinggal di luar Malaysia seperti di Brunei, Indonesis, Singapura, Afrika Selatan, England, Thailand, Kompuchea, Papua dan lain2 negara lagi. Di negara Arab pun ramai orang yang fasih berbahasa melayu.

Cerita aku kali ni berkaitan dengan seorang lelaki tampan yang berjawatan, berkawin dengan seorang perempuan cantik pilihan sendiri.

Dalam masa lima tahun perkahwin kedua-duanya cukup bahagia, bertanggong-jawab terhadap satu sama lain dan berkasih-kasihan seperti Laila dengan Majnun.

Selepas lima tahun perkahwinan mereka masih bahagia tapi cara pendekatan mereka telah mula ada perubahan. Pada suatu petang minggu isteri bertanya kepada suami dia, dalam kehidupan sekarang apa yang suami dia rindukan. Dia bertanya tu selepas lima tahun berkahwin.

Suami dengan nada tinggi berkata, "Saya terlepas peluang untuk jawatan lain sebab terlalu leka."

Begitulah keadaan suami sehingga lima tahun berikutnya. Ini bermakna dah sepuluh tahun berkahwin. Pada suatu petang minggu, isteri bertanya kepada suami dia apa yang dia rindukan. Begitu juga suami kali ini dengan nada keras berkata, "Saya gagal untuk dipilih berkerusus ke luar negara untuk kenaikan pangkat sebab sebok dgn kawan-kawan, dengan persatuan NGO."

Photo credit: paintingfromtheparlour.blogspot

Lima tahun seterusnya isteri berkata kepada suami dia, "Saya disahkan ada barah hati. Doktor beri tau tadi. Tapi bang, tu tak penting. Yang saya nak tau apa yang abang rindukan selama ini?"

"Apa ni, saya ni kecewa sebab tak terpilih semula ke dalam NGO. Penat aja saya bertungkus lumus bergaul dengan masyarakat, dengan NGO." Jawapan dari suami secara kasar.

Seperti biasa suami berkerja bersungguh-sungguh. Tak pernah ponteng kerja dan tak pernah cuti sakit. Oleh kerana dia rajin dan cekap banyak kerja diserah kepada dia. Semuanya diselesaikan dengan sempurna.

Selepas lima tahun lagi, pada suatu petang isteri maklumkan  pada suaminya, "Doktor kata barah saya tidak berubah, macam dulu. Doktor kata saya boleh bertahan enam tahun lagi. Sekarang apa yang abang rindukan?"

Dengan geram suami dia berkata, "Saya sangat keciwa. Tau tak, saya sangat kecewa. Saya tak berjaya naik pangkat."

Cara hidup mereka berdua masih serupa. Suami masih rajin berkerja. Masih giat libatkan diri dalam persatuan.  

Lima tahun berikutnya:
Esoknya suami akan besara. Pada hari terakhir berkerja suaminya pulang macam biasa dan apabila sampai ke rumah, jiran memberi tahu iaitu isterinya di masukkan ke hospital. Setiba di hospital dia terus ke bilik isterinya. Isterinya sedang duduk berlunjur di katil pesakit, membelek-belek album gambar lama.


Photo credit: paintingfromthepalor.blogspot

Suami duduk di sisi isteri. Isteri tersenyum tanpa bertanya apa-apa. Kali ini suami pula berkata, "Dalam hidup ini apa yang awak rindukan?"

Isteri terus menjawab, "Dulu doktor kata penyakit saya boleh bertahan tak lebih dari enam tahun. Sekarang sudah lebih lima tahun. Inilah pertama kali abang bertanya saya. Secara kebetulan pertanyaan abang serupa dengan soalan saya. Jawapan saya: saya selama ini rindukan abang."

Suaminya tunduk sayu. Dia sedar kesilapan dia. Selama ini dia tidak dapat membaca tingkah laku isterinya. Tidak ambil peduli tentang kata-kata isteri. Dia tidak tahu yang isterinya terlalu sayangkannya. Suami tidak pernah ambik kesah tentang isteri. Masanya lebih banyak di pejabat, sebok dengan kerja, serta sebok dengan kawan-kawan dan NGO.

Dipeluknya isteri dia, "Hari ini abang paling sedih. Hari terakhir abang berkerja tiada jamuan persaraan pun untuk abang. Tapi bila awak kata awak rindukan saya, saya rasa saya lebih sedih. Memang paling sedih. Sepanjang perkahwinan, saya mencipta langkah sumbang." Isterinya tidak berkata apa-apa sambil menerus membelek-belek gambar lama dengah wajah yang tidak bercahaya.

Begitulah cerita dia dan akan saya sambung dimasa akan datang.

Kerja dan kawan-kawan memang penting tapi dunia hari ini ramai yang lebih suka memilih untuk menyebok berkerja, melupakan perkara lain yang tak kurang penting daripada kepentingan kerja.

Kita bukan hidup selama-lamanya. Ucapkan terima kasih terhadap pengorbanan orang yang sayangkan kita dan tunjukkanlah keperhatinan kita kepada mereka. Ibaratkanlah setiap hari sebagai epsiod terakhir dalam hidup kita. Dengan cara ini, apabila kita sudah tidak ada di dunia walau pun kita tidak dapat mewariskan apa-apa sekurang-kurangnya kehadiran kita sebelum ini akan segar di memori mereka.

(Semua gambar dan video tiada kaitan dengan tulisan, semata-mata hisan.)

This site belongs to us and the stories are ours. Everyone has a story to tell and in sharing we find healing. Your stories and wisdom are just as meaningful as mine.

Klik tulisan kuning untuk video: Let It Be

Klik gambar untuk besarkan image

Kata-kata rambang pengguna

Di mana untuk dapatkan Shaklee

Klik teks berwarna hijau di sebelah:  Cerdique


Klik gambar untuk besarkan image
Bersih, selesa dan berbaloi

Penulis tidak bertanggong-jawab terhadap komen yang menyalahi undang-undang, menyentuh sentimen agama, kaum dan sensitiviti individu.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...