Tuesday 8 November 2016

KEPERCAYAAN IBARAT MINYAK PELINCIR YANG MELICINKAN HUBUNGAN (SILATURAHIM)

Penulis ada satu cerita yang hendak dikongsikan bersama pembaca tetapi terpulang pada pembaca samada hendak percayanya atau tidak. Sekarang kepercayaan sudah jadi satu perkara yang mahal begitu juga dengan senyuman. Pengarang tesohor yang penulis kagum, di lahirkan pada Julai 21, 1899 Ernest Hemingway pernah berkata, "Cara terbaik untuk kita dapat tahu untuk mempercayai se seorang ialah dengan mempercayainya." 

Penulis bersetuju dengan kata-kata Hemingway tetapi mungkin sekarang semua orang sudah tidak lagi begitu. Saya ulangi mungkin tidak lagi semua orang begitu, sekarang. Zaman berlalu menyebabkan manusia berubah. Pada hari ini tidak mudah untuk kita hendak percaya pada setiap orang walau pun mereka yang berserban.

Serban tidak menunjukkan keluhuran kata-kata. Maksud penulis bukan semua tapi sudah pasti ada
 segelintir yang begitu; ada ketikanya bercakap sudah tidak berapa betul. Hari ini bercakap lain, esok berkata lain pula. Percakapannya pergi-balik dan balik-pergi. Kalau memandu dibaratkan seperti membuat U-turn; tujuan  awalnya hendak pergi ke hadapan tetapi bila nampak sahaja simpang, dia selekoh ke belakang.

Penulis percaya masih ramai lagi yang berserban yang boleh dipercayai. Jangan pula disebabkan ada dua tiga orang yang begitu kita anggap yang lain serupa. Kita perlu buktikan kata-kata seseorang dahulu baru kita buat penilaian supaya kita tidak terperangkap dengan dosa percuma.

Sebenarnya kepercayaan bukanlah satu perkara yang didapati melalui teknik, muslihat, penampilan, kursus tetapi melalui  perkerti. Ini termasuk hubungan suami isteri. Kerumitan hubungan dalam rumah tangga bukan disebabkan kurangnya kasih sayang tetapi disebabkan hubungan  persahabatan yang dinafikan ujud di antara mereka.

Berbalik kepada cerita yang penulis sebutkan awal tadi, ceritanya mengesahkan tentang tiga ekor monyet yang terlepas dari zoo. Untuk meringkaskan penceritaan lihat sahaja gambar di bawah. Itulah ceritanya.


Inilah ceritanya. 

Di akhir kata penulis memohon maaf dari pembaca.


Playing for change

(This site is ours and the stories belong to us. Everyone has a story to tell and in sharing we find healing. I expect this story will give hope a good chance to grow in your hearts. Your wisdom and stories are as good as mine.)

Penulis tidak bertanggong-jawab terhadap komen yang menyalahi undang-undang, menyentuh sentimen agama dan kaum serta individu. Segala risiko akibat ulasan atau  komen yang dibuat menjadi tanggungjawab pengulas sendiri. 

Video dan gambar dalam tulisan ini tiada kaitan dengan cerita, ianya semata-mata hiasan.


73 comments:

  1. Orang yang nampak monyet seekor lagi tu pun Xboleh dipercayai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha.

      Sekarang dah tak boleh percaya semua orang.

      Delete
    2. Siti Hazreen,

      Memang ada kan tapi segelintir aja.

      Delete
    3. Warisan Petani,

      nanti saya singgah blog WP. Nak tengok pokok2. tengok je sebab ada pokok di WP yang saya tak kenal.

      Delete
  2. percaya pada muka je tapi bukan kata-kata hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dear Anis,

      Yg penting kita dengar dulu cakap dia kemudian baru kita nilai. Sebab memang betul kata anis kita tak boleh percaya pada muka. Kata2 pun kena nilai, Scammers memang pandai guna kata2. dah berapa ramai yg kena tipu dgn scammers. Itu yg kita tau, yg tak tau entah berapa ramai lagi.

      Thanks anis.

      Delete
  3. orang yang memakai pakaian yan gbaik sepatutnya berkata-kata baik

    insyaallah saya masih percaya pada orang yang berserban...

    ReplyDelete
    Replies
    1. don't judge a book by its cover, please

      saya pernah jumpa 3 org lelaki, agama A, tapi dia gay (baca dengan nada suara Lisa Surihani dalam cerita Istanbul aku datang), huhu

      Delete
    2. Arz,

      Saya pun setuju kita boleh percaya dengan mereka. Saya tulis tadi pun bukan semua dan ada ketika. Kalau kita ikut perkembangan semasa. Videonya pun ada tersebar, memang ada manusia begitu. Bawah ni saya petik tulisan saya:

      "Maksud penulis bukan semua tapi sudah pasti ada segelintir yang begitu; ada ketikanya bercakap sudah tidak berapa betul.

      Penulis percaya masih ramai lagi yang berserban yang boleh dipercayai."

      Terima kasih beri pandangan. Harap puan berkunjung lagi ke blog saya.

      Delete
    3. Siti Hazreen,

      Saya tak pernah jumpa lelaki macam tu. Liza Suraini pun saya lom jumpa. Ingin juga saya nak tengok dia, Liza Suraini.

      Thanks for stopping by.

      Delete
  4. Tipah tertipu.
    Tapi awas jangan sampai dimakan harimau, bila penduduk kampung sudah tidak mahu percaya lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha,

      1. Tipah sekarang dah cerdik
      2. Kat Malaysia dah takde gemala kambing dengan serigala.

      Thanks mrs A.

      Delete
    2. Masih ada cuma mereka telah transform.
      Mereka sekarang lebih smart dalam penampilan berkot, bertali leher dan MacBooki bagai.

      Delete
    3. Mrs A,
      Tepat sekali. Saya faham maksud Mrs A tu.
      (Komen Mrs A yg ni saya overlooked)

      Delete
  5. Replies
    1. Saya rasa sepatutnya begitu.
      Saya setuju tu.

      Delete
  6. Kalau nak 'baca' (menilai) orang, pandai2 jaga mata. Kalau boleh janganlah nampak sangat sibuk nak menilai orang. Pengalaman hidup dan peningkatan usia akan mematangkan cara nak 'baca' (menilai) orang. Orang muda mentah pengalaman nampak sangat nak 'baca' (menilai) orang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cik Mistree.

      kita tak sepatutnya menilai orang. Siapa kita nak menilai. Kita berpendapat jujur atau tidak orang itu setelah melihat mendengar serta mengetahui tentang dirinya melalui logik fikiran. Maksudnya kita sudah pasti perkara itu satu pendustaan. Masa itulah pertimbangan kita sendiri sama ada nak percaya atau tidsk dgn percakapannya. Percakapan yang itu sahaj , bukan percakapan dia yg lain.

      Pada saya bukan semua yang mentah pengalaman nampak sangat nak 'baca' orang. yang ada pengalaman pun mungkin ada yg 'baca' orang.

      terima kasih singgah.

      Delete
    2. Saya setuju, "yang ada pengalaman pun mungkin ada yg 'baca' orang", tapi biasanya sangat "berlapik".

      Delete
    3. Cik mistress,
      Yg berpengalaman tentu gunakan pengalaman dia.
      Maklumlah, berpengalaman.

      Delete
  7. Kadangkala penilaian kita tepat kadangkala tidak tepat..Jadi sebelum menilai seseorang kita kena kaji betul2 dulu..Nice sharing En Adam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aktif imitiyz,
      Saya setuju 100%. Selera kita pun macam tu. Kadang makan sedap2. Kadang tidak. Nanti i vist u. Dalam blog je.

      Delete
  8. Takut nak judge orang secara luaran..takut bertambah dosa.. huhu.. sy simple, klu rasa tak yakin sy takkan percaya @ share @ apapun yg boleh menimbulkan keraguan..
    **2 ekor monyet tu comel... yg baca mungkin lebih comel.. ahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang betul tu atie. Kita bukannya judge orang. Cuma bila kita tau kalau dia berkata tidak benar kita jangan percaya apa yg dia cakap tu.

      Agak2, yg baca tu siapa?

      Thank u atie.

      Delete
    2. hahaha..yg baca tu..ntah lah.. paham2 sendiri...

      Delete
    3. Atie,

      Saya rasa bukan semua pembaca pahamm.
      Gambar tu pun dia ingat hiasan.

      Jauhari aja yg kenal manikam.

      Delete
    4. Atie,

      Saya rasa bukan semua pembaca pahamm.
      Gambar tu pun dia ingat hiasan.

      Jauhari aja yg kenal manikam.

      Delete
  9. Seeloknya kita nilai diri sendiri drp menilai org lain...kadang2 apa yg kita nilaikan tak betul.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, saya setuju tu. kita jangan menilai orang. Kita dengar aja kata2 dia. Kalau dia kata tk betul kita jangan percaya.

      Terima kasih singgah dan kongsi pandangan.

      Delete
  10. dalam sangat ayat bro ni..
    igtkan kisah minyak naik lagi hahaha okbai

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha. Elkk dalam. Baru dia terasa.

      Saya tak tulis pasal harga minyak naik. Orang semua dah tau.

      Terima kasih jrngok sini.

      Delete
  11. sekarang ni memang takleh percaya sangat dgn orang. ada serban, pakai blazer semuanya kita perlu hati2. akhir zaman

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Macam2 kita dah ten g ok dalam u tiub tentang syarahan mereka.malas nak sebut nama u tiub tu.

      Tapi tak semua berserban macam tu. Ramai lagi yg betul.

      Thank u for sharing yr idea.

      Delete
  12. Tulah tu....nak percaya orang zaman sekarang ni memang takut, takut kita pulak yg terpedaya akhirnya. So jangan cuba main apilah kot. Kena jadi hati kering. Tapi kalau betul betul perlu percaya, tawakkal ajelah kot. Serahkan ajelah kepada Allah....

    Monyet tu rasanya bukan yang baca tapi yg menulis entri ni haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya setuju dgn hainom. Kadang2 kena keringkan hati. Kadang2 kalau dah nyata dia berdusta then forget about him. Banyak dah dalam u tiub tunjukkan orang macam tu.

      Hahaha. Ke situ pulak awk komen tentang monyet tu ye. Hahaahaha. Kkomen kelakar.

      Delete
  13. Nak percaya tak percaya je nak baca artikel ni mulanya. Akhirnya anggap la penulis bergurau manja. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu.
      Anggaplah bergurau dan bergurau terus msnja.
      Terima kasih singgah

      Delete
  14. segalanya terletak pada hati kita...biar sederhana tapi allah sayang

    ReplyDelete
    Replies
    1. "Biarlah sederhana tapi Allah sayang". You are right. Whoever holds firmly to Allah has (indeed) been guided to a straight path.

      Terima kasih beri pandangan yg baik.

      Delete
  15. semua tu bergantung pada diri masing2. ada yg nmpk baik tpi hakikatnya tak, ada yang nmpak jahat tapi punya hati yang bersih. penting untuk kita sntiasa bersangka baik

    ReplyDelete
  16. zaman skrg.. raut muka tak melambangkan hati budi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul sesangat tu.
      Muka penipu tak ada tulis "saya penipu" di mukanya.

      Delete
  17. Replies
    1. Kalau awak kata betui, saya pun kata betui.
      Memang betui.

      Delete
  18. Trust is a fragile thing...easy to break easy to lose
    and one of the hardest things to ever get back

    ReplyDelete
    Replies
    1. It depends on what we mean by your phrase and I believe that trust takes years to build but seconds to bring it to a complete end.

      It's more like a piece of glass.

      Thank u for dropping by.

      Delete
    2. agree. trust is a fragile thing

      Delete
    3. Cik itah,

      *jengok lah sini selalu.

      Delete
    4. Cik itah,

      *jengok lah sini selalu.

      Delete
    5. Cik itah,

      Kita sependapat.
      Kira oklah kan.

      Jengek lah dini selalu.

      Delete
  19. P/s sy igt xkomen lg rupanya entry ni br kt dashboard mmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anies,
      Tadi entry ni terrrr-delete.
      Berjaya di reinstall.
      Thanks.

      Delete
  20. Saya try taknak nilai org melalui pandangan mata kasar, tapi kadang ternilai juga.
    Saya setuju yg apa yg dipakai tidak melambangkan hati kita, tapi at least dia try memperbaiki luaran dulu, krn mujahadah itu bukan perkara mudah, ibarat berperang dgn diri sendiri, mudah ke?
    Cuma sgt tak adil rasanya bila ada yg bertopengkan kebaikan utk membuat kejahatan. Kesian pd yg benar2 tulus dicop hanya bersandiwara.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kerana memberi pandangan yg jelas. Saya setuju dgn sebab segelintir yg benar2 baik pun terkena tempias. Especially as you said, "sangat tak adil rasanya bila ada yg bertopengkan kebaikan." Tapi ada saya nyatakan dgn jelas iaitu bukan semua begitu dan masih ramai lagi yg baik. Hopefully those yang baik-baik understood my writing.

      Yg saya tulis tu memang terjadi. Even ada kat youtiub. Ada yg mengarut di antara mereka hingga ada yg memohon maaf. Yang mengikuti perkembang semasa memang tau hal ni.

      Jangan serik singgah sini cikgu.

      Delete
  21. apapun jangan mudah menilai orang dengan hanya melihat dari pandangan luaran saja.. kita perlu menilai dari perilakunya dan dirinya juga..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Izzeyda,

      Terima kasih berkunjung dan member ulasan yg baik.

      Tulisan saya tidak menyebut pun tentang menilai orang. Tambahan kalau hanya melihat dari pandangan luaran sahaja. Tindakan demikian menampakkan fikiran ke budak-budakan.

      Saya memang ada mengatakan ada segelintir manusia yg tidak benar bila berkata-kata. Dsn saya kata ramai lagi yang benar. Tulisan saya bukannya fitnah, kerana kata-kata saya terbukti. Fitnah itu satu dosa yang amat besar.

      Adalah lebih elok mendapat bukti dahulu sebelum saya berkata. Bila terbukti baru saya menulis. Bahkan bukti2 itu ada tersebar di youtiub dan hanya mereka yang mengikuti perkembangan semasa tahu perkara yang saya kata itu benar.

      Terima kasih Izzeyda kerana berkunjung ke blog saya. Harap2 kunjunglah ke sini untuk silaturahim.

      Delete
  22. pendapat ciktom kata2 Ernest Hemingway masih relevan utk dipraktiskan zaman sekarang;"cara terbaik untuk kita dapat tahu untuk mempercayai seseorang ialah dengan mempercayainya."

    Macam mana kita nak tahu orang itu boleh dipercayai atau tak selagi kita tak uji dia dengan memberi kepercayaan pada dia. Bila kita dah bagi kepercayaan tengok macam mana dia hargai kepercayaan tue.

    Orang yang tak jujur ni lama2 akan pecah lobang jugak. Bila lobang yang dah pecah..timbus macam mana pun tetap orang boleh nampak kesannya.

    sebaiknya jangan pandang orang lain hanya dari luaran semata-mata. Bila kita treat manusia samarata barulah kita boleh nampak kelebihan yang ada pada setiap orang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ulasan cik tom ni saya baca dua kali baru faham benar2 dan memang setuju. Kita kena beri kepercayaan then seperti yg cik tom kata, "Orang yang tak jujur ni lama2 akan pecah lobang jugak. Bila lobang yang dah pecah..timbus macam mana pun tetap orang boleh nampak kesannya."

      Memang tepat kata2 cik tom. Saya suka ulasan begini sebab cik tom benar2 mengulas. Thanks.

      Delete
    2. haha..adam kena baca 2x tu baru faham..berbelit atau kurang tersusun agaknya ayat yang cik tom taip tu..maaf ye..hehe..

      ciktom suka baca dan komen mengenai artikel..sebab ciktom paling tak suka orang datang komen ke blog ciktom semata-mata kerana trafik & komen bak melepaskan batuk di tangga je..

      Delete
    3. Saya baca dua kali tu bukan tak paham. Bila nak. Menjawab saya kena tentukan meseg tu saya betul2 faham bimbang tersalah faham. Itu yg saya baca lebih dari sekali.Baca pun bukan kena bsya lagipun tulisan cik tom ok pada saya.

      Thanks cik tom.

      Delete
  23. Bijak sungguh monyet yang sesat tu ya. Pandai baca, pandai buka blog ^_^ Boleh dipercayai ke kalau monyet pandai macam manusia?

    Ahah, ini memang satu hal yang susah kalau asyik difikirkan. Kepercayaan terhadap seseorang. Zaman sekarang ni anak beranak, adik beradik pun adakalanya susah hendak dipercayai apatah lagi orang lain.

    Bukannya apa, kalau kita percayakan seseorang tiba-tiba kita diperdayanya, robeklah hati nih tau!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mummy dikira cekap sebab tahu maksud di sebalik gambar tu. Pertanyaan mummy tentang monyet tu, biarlah gambar tu yg menjwab.

      I like yr comment mummy. When u put a thrust on someone, no matter who he is, the worst thing about getting cheated on is that the pain doesn’t end when the infidelity does.

      Saya rasa perkara yg sebenarnya ialah perlu ke kita memaafkan dia.

      Thanks mummmy.

      Delete
  24. Tidak akan beri 100% kepercayaan even pada saudara sendiri hanya percaya 100% kepada Allah. Mulanya percaya kemudian di khianati so cukuplah sekali

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang betul jm, percaya dan taat pada Allah.

      Delete
  25. Cerdik betul monyet yg seekor lagi tu 😜

    ReplyDelete
  26. Hahaha.. Yang last tu memang boleh buat Sha ketawa..
    Kepercayaan.. sha mengalami peristiwa berkaitan kepercayaan ini..
    Bila kita mula membuka ruang dan memberikan kepercayaan, tetiba kepercayaan tu dikhianati.. Rasa kecewa yg teramat sangat.. Hubungan yg sudah bermula sebagai kawan terus menjadi rakan di pejabat sahaja.. Hampa bila kepercayaan dikhianati..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau saya macam shahida, saya pun rasa kecewa bila di kianati. Dalam pada tu, sudah lah dia merosakkan kepercayaan dia juga nerosakkan perasaan.

      Rasa macam tak nak memaafkan.

      Delete
  27. Saetiap kali saudara menulis begitu santai tapi menyentuh sentimen pembaca. dgn makna yg terselindung. Berat memikirkan nya.

    ReplyDelete
  28. Ada perkara kita boleh percaya.. Dan ada juga yang tidak. Kalau ada 3rd party bercerita, dengar boleh. Percaya jangan..

    http://www.reenri.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tentang 3rd party tu saya betul2 setuju sebab kalau di mahkamah pun ada istilah yg di panggil "hearsay". Bermakna kata2 hearsay tak boleh diterima.

      Thank u reen.

      Delete
    2. Pertama kali belajar dan dengar tentang hearsay.. Banyak perkara yang saya ambil iktibar dalam blog awak..

      Adam.. Apa yang awak maksudkan dari kata-kata header awak berkenaan "expect nothing"...?

      Ada satu quote saya baca.. Berkenaan perkara yang ramai berharap agar mereka tahu lebih awal. Antaranya ialah "Forget expectation"...

      Expectation yang macam mana...?

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...