Saya sekarang sedang membuat persediaan terakhir untuk pergi ke Osaka kerana memenuhi pelawaan Maiko untuk bercuti di Ehime yang terletak di sebuah Pulau bernama Shikoku di perairan Jepun. Semua persiapan telah beres hanya menunggu ketetapan tarikh dari Maiko sahaja. Perlawaan untuk menemani Maiko bercuti ada di sini.
Terkejut saya apabila jumlah perbelanjaan untuk selama tiga minggu di sana begitu tinggi. Untuk ke sana menjadi nyata saya perlu membatalkan percutian ke tempat lain yang telah dirancang sebelum ini.
Terfikir juga saya satu cara untuk menjimat perbelanjaan andainya saya teringin sangat berada di sisi Maiko. Saya harus mempelawa dia ke sini. Jika dia bersetuju, perbelanjaan boleh dikurangkan sebanyak 60 peratus sekurang-kurangnya.
Serta merta saya rangka se pucuk surat dan akan saya kirim melalui pos. Maiko tentu suka menerima surat secara begini kerana dia suka dengan perkara "old-fashioned" yang kebanyakan orang tidak melakukannya lagi.
Surat saya untuknya ringkas.
Berjalan-jalan dengan Maiko cukup mudah. Dia bila-bila masa sanggup membatalkan rancangan jika diajak ke haluan lain. Tempat yang paling dia suka ialah tempat yang tidak sebok, terutama tempat yang panaromanya menarik.
Teringat saya pada satu ketika semasa kami melawat Universal Studio Japan. Kami hanya melawat bahagian Harry Potter sedangkan banyak lagi tempat menarik di dalamnya tidak dijengok kerana bagi Maiko kawasan itu merimaskannya.
Dari situ Maiko membawa saya ke sebuah resort yang banyak kolam air panas. Namanya Fushioukaku Hot Springs. Kolam air panasnya ada yang terletak di tempat terbuka dan ada yang tersorok. Di situ air panas semula jadi ada disalurkan secara sembunyi ke beberapa kolam. Sungguh cantik dan tenang kawasan itu. Kolam-kolamnya juga direka dengan indah mungkin oleh pengurusan hotel yang mentabirnya. Hotel yang besar dan cantik.
Setibanya di situ, kami cepat-cepat berendam kerana suhu persekitarannya terlalu dingin. Dengan berpakaian tebal tiga lapis termasuk long john dan baju "coat" dibuat dari kulit, saya masih kesejukan. Air panas di kolam menyegarkan kami semula.
Semasa berendam, saya nampak Maiko se orang sahaja yang ada memakai bra sedangkan perempuan yang lain hanya bertuala sahaja. Saya bertanya Maiko kenapa dia memakai bra sedangkan orang lain samada lelaki atau perempuan hanya bertuala putih. Kata Maiko dia terlupa untuk menanggalkannya tadi lalu dia meminta saya membuka buckle bra di belakangnya. Jika dilakukannya sendiri dia bimbang tualanya terjatuh.
Saya buka, perhatikan tulisan di labelnya.
MAIKO: That label is in Japanese, Ookina Mune wo Chiisaku Miseru.
SAYA: What is Ookina Mune wo Chiisaku Miseru?
MAIKO: In English; the bra that makes large breasts look smaller.
SAYA: How big are yours? (Saya senyum)
MAIKO: This brand was on sale when I bought it. The sexiest thing for a girl is self-confidence so it doesn't matter what size and shape the bra is.
SAYA: Do you put your bra on before you get on the scale so 'they' don't hang down and weight more?
Baginya soalan demikian bukan satu perkara yang karut kerana minda dia sudah dikawal oleh reality kehidupan. Maiko terus menyelam kerana seperti biasa dia menyembunyikan mukanya bila ketawa. Sebaik sahaja dia timbul semula saya berkata, "There is a home in Kuala Lumpur waiting for someone from Japan. Would you?"
Maiko merenung sambil menarik lengan saya mengajak keluar dari kolam. Katanya, "Let's go. Our dinner is 30 minutes away from here."
Entry sebelumnya: INI CERITA ORANG TUA. BUDAK TAK FAHAM
Maiko merenung sambil menarik lengan saya mengajak keluar dari kolam. Katanya, "Let's go. Our dinner is 30 minutes away from here."
Entry sebelumnya: INI CERITA ORANG TUA. BUDAK TAK FAHAM
Humaira Sofea 19 months old Julai, 2017
Blog ini memperlawa usahawan untuk beriklan di sini. Nyatakan jenis iklan yang di kehendaki di email: biarlembuyangjadilembu@gmail.com
(This site is our's and all stories belong to us. Everyone has a story to tell and in sharing we find healing. I expect this story will give hope a good chance to grow in your hearts. Your wisdom and stories are as good as mine.)©
Kamu komen apa saja yang kamu suka dan komen kamu tidak akan dipadam kerana sendiri komen sendiri junjung. Video dan gambar dalam tulisan ini semata-mata hiasan.