Tuesday 25 July 2017

JANGAN FOKUS UNTUK MEMILIKI BLOG HEBAT TAPI FOKUS-LAH MENULIS PERKARA YANG PEMBACA ANGGAP HEBAT


Bukannya susah hendak dapat gelaran blogger di Malaysia ini. Caranya senang sangat, tak perlu memecahkan otak befikir untuk menulis.

Caranya begini:

1.  Buka satu akaun blogger.

2. Tulis sebarang cerita yang hendak disampaikan. Tulislah apa-apa, sebab pembaca kita bukannya kesah dengan apa yang ditulis. Kadang-kadang bukannya mereka baca hingga habis tapi mereka komen. Saya contohkan satu cerita yang mudah untuk ditulis. Lihat di bawah: 


HARI YANG MEMENATKAN 

Pagi tadi aku kena hantar anak ke sekolah sebab encik somi sakit gigi. Aku hantar dua 
orang anak. Anak aku bersekolah pagi di sekolah yang sama.

Lepas aku hantar anak ke sekolah, aku terus ke pasar. Aku beli ikan, sayur dan beras. 
Sampai rumah aku terus masak. Cepat-cepat aku masak.

Masak menggunakan periuk nasik Cuckoo buatan korea.

Selesai sahaja aku masak aku pergi ambik anak yang sekolah. Sampai di rumah aku 
tengok en somi tidak ada mungkin dia pergi cabut gigi. Aku beri anak aku makan. 
Anak aku makan. Lepas itu aku tidur sebab hari ini hari yang memenatkan aku 
hingga aku tidak terdaya hendak membaca fb Cuckoo Street 
yang menjadi kegemaran aku.
_______________________________________

Nampak tak? Senangkan untuk dapat gelaran blogger. Jangan terperanjat, entry begini pun boleh dapat komen yang baik-baik. Kenapa begitu? Sebab pembaca Malaysia semuanya mudah merasa kasihan. Maaf, silap. Pembaca mengomen bukan sebab mudah merasa kesian tetapi mereka mengharap kita turut mengomen entry mereka.

Lepas ni bolehlah kita dengah megah mengaku , "Aku Se Orang Blogger."

Apa-apa pun ingatlah tajuk entri ini dahulu sebelum menulis; Jangan Fokus untuk Memiliki Blog Hebat Tapi Fokus-lah Menulis Perkara Yang Pembaca Anggap Hebat.


Al-Fatihah untuk Allahyarhamah

Blog ini memperlawa usahawan untuk beriklan di sini. Nyatakan jenis iklan yang di kehendaki di email:  biarlembuyangjadilembu@gmail.com

(This site is our's and all stories belong to us.  Everyone has a story to tell and in sharing we find healing. I expect this story will give hope a good chance to grow in your hearts. Your wisdom and stories are as good as mine.)©

Kamu komen apa saja yang kamu suka dan komen kamu tidak akan dipadam kerana sendiri komen sendiri junjung. Video dan gambar dalam tulisan ini semata-mata hiasan.


104 comments:

  1. Replies
    1. Bukan perli. Itu galakan untuk mereka yang belum ada blog. Mungkin ada yang takut hendak menulis. Itu sebab ramai yg tak ada blog. Saya tak mudah nak perli sapa2.

      Delete
  2. Saya tidak berangan utk menjadi blogger yang hebat atau punya ramai pengikut malah saya sendiri malu mengaku diri saya seorang blogger kerana isi blog saya hanya merupakan satu catatan perjalanan saya sebagai seorang emak. Detik2 kenangan membesarkan anak2 dan hari bersejarah di mana mereka berjaya dalam peperiksaan besar, serta banyak lagi. Saya ingin meninggalkan blog saya sebagai satu kenang2an buat anak-anak bila saya tiada nanti dan bila mereka membaca dan menatap potret2 yang terakam mereka teringat apa yang 'berlaku' ketika itu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya suka cara sweetie berblogging. Entri saya pun nyatakan kita jangan fokus untuk menjadikan blog kita hebat. Kita fokus supaya pembaca nampak tulisan kita macam hebat. Kalau pembaca tak kata hebat, sekurang2nya bila kita tidak ada nanti, anak2 tau yg kita hebat membesarkan mereka.

      Saya harap pembaca2 blog saya jangan takut nak membuka akaun blog. Melalui blog kita kenal antara satu dgn lain.

      Delete
    2. Thanks for commenting.

      Delete
  3. saya belajar daripada entry ini, ringkas dan menarik untuk dibaca, blogger ker tak blogger ada ku kesah janji mencuba dan sy rasa menulis membuatkan aku semakin pandai dalam membuat karangan, dan sebagai wanita satu teraphy dalam meluahkan apa yang terbuku di dalam hati...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya setuju dgn Lulu iaitu blogging merupakan satu teraphy. Cuma kita harap tak ada yang silap tafsir dgn tulisan kita.

      Delete
    2. Menulis blog tak sama buat karangan kat sekolah. Kat sekolah kita bimbang fail. Tulis kat blog cikgu tak kata kita fail.

      Delete
  4. Saya tidak ada blog. Sebab tak berani nak tulis. Takut kena komen. Tapi bila baca entry ni, saya bersemangat nak ada blog. Ini merupakan nasihat kepada yg belum ada blog. Jangan tskut menulis. Tulis apa je yg nak ditulis

    ReplyDelete
  5. Alamak Adam..saya menulis lebih kurang macam tu. Haha saya suka menulis lambat tapi akan post tarikh hari kejadian. Blog semacam diari.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anis, saya pun tulis lebih kurang macam tu. Kebanyakan semuanya pendek2. Kadang2 tak ada tulisan main letak gambar je.

      Entryvsnis kerap jugak saya komen tapi mana perkara yg saya tak arif, saya senyap je.

      Delete
  6. Blogger ni ada macam-macam pendapat dan citarasa.. Dan blog ni ibarat kain putih.. Terpulang pada blogger tu sendiri nak corakkan macam mana.. Hehehe! Asalkan diorang selesa, biar kan lah mereka dengan cara mereka.. =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang betul tu aisya. Tulis je apa2 asalkan selesa. Jangan pula kita menulis untuk tujuan glemour.

      Saya tulis hentam je, tak kira topic as you said, blog ni seperti kain pitih.

      Thanjs aisya.

      Delete
  7. Kenapa altantani sebok dgn togel dia. Dia ni dah kacau banyak blog.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia tu tki. Mengiklankan ramalan judi.

      Delete
  8. Tuan,
    Delete lah Artanti Tanti tu. Yg mengiklan ramalan nombor judi melalui togelnya. Dia menyebabkan pembaca tak dapat menulis di riang komen.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya dah delete komen dia.
      Buat kacau je dia.

      Delete
  9. Pada saya kan Adam, tak salah nak berbalas komen, tetapi sebelum komen tu pastikan dorang betul2 dah baca entri tu. Secara tak langsung dapat pupuk minat membaca dan kemahiran membaca secara pantas. Selain itu,kelebihan bila terjah blog orang, mesti akan ada info baru yang kita akan dapat. Tak banyak pun sikit jadilah kan.

    Bukan apa , kadang terkilan lah jugak kan. kita review movie cakap movie tu tak best tiba2 dia komen contohnya camni, "menariknya bila baca review ni rasa macam nak tgk movie ni" Padahal dah cakap tak menarik kowt. huhu. Then bila kita dah bagitahu nak balik kampung kat mana dalam entri tu, boleh pulak tanya lagi .. balik mana raya ni" upppsss. hahaha. Tak marah pun. No point nak marah, terpulang pada cara setiap orang kan. Cuma komen tu biarlah berkaitan dengan entri. Neway, peace no war XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tentang komen mengomen ni saya dulu dah sentuh. Mereka komen bersebab. Kadang2 baca tajuk je, then they make some comments. Ada juga yg petik kata2 dan komen kata2 tu atau konon setuju dgn kata2 tu.

      Yg saya tak suka ada yg kata nice sharing. Pada pendapat saya dia tak baca hingga habis atau tak baca langsung sebab dia tak nyatakan apa yg nice nya.

      Komen mengomen ni kita kena hati2 sebab kita maksud lain tapi pembaca faham lain. Boleh memutuskan hubungan bersama sama blogger.

      Thank you for your comment Nad.

      Delete
    2. Haha lawak Pula baca. Mmg mama pun Ada beberapa Kali terbaca. Org cerita benda negative dia kata best nak Cuba haha

      Delete
    3. hehe. betul tu mamapp, yang itu kelakar 😂

      Delete
    4. Uish takmolah sampai mcm tu kan. Bagi saya kena lah memaafkan dan berlapang dada. Semua orang pernah melakukan kesilapan dan akan belajar dari kesilapan. if not today maybe one tine a day

      Delete
    5. Setuju dengan Nadhie tentang sesetengah pengomen tu sekadar nak tinggal jejak.

      Mrs. A suka readers daripada peninggal jejak walaupun Mrs. A tetap jejak tapi geram jugaklah komen tak seiring dengan posting kita nampak sangat tak bacanya.

      Ada jugak yang jenis tengok gambar je pastu komen, walaupun komen panjang tapi kita boleh agak.


      Delete
  10. malas laa nak komen.. kbai!

    ReplyDelete
  11. semua orang boleh buat blog, tapi setiap orang juga ada tujuannya tersendiri. depends on somebody.

    ReplyDelete
    Replies
    1. GV setuju dengan IQ. Kadang kita buat blog mesti ada reason tertentu dan tak semestinya sama dengan orang lain. depends on somebody too. :)

      Delete
    2. Yes saya setuju dgn pandangan iq. Masing2 ada tujuan menulis.

      Itu sebab entry saya ni memberi tau kepada pembaca yg belum ada blog supaya jangan takut nak berbelogging. Seolah olah mempelawa mereka berbloggging. Tulis je apa2 asalkan tidak salah dari undang2. Tak menyakit kan hatinorang lain kan.

      Pada saya bila terasa malas nak tulis, saya letak je apa2 gambar yg boleh menghiburkan pembaca.

      Masih ramai pembaca blog saya yg belum ada blog.

      Delete
    3. IQ,
      Qa'id dah ok ke. Saya harap dia dah baik 100%. Cemelnya dia.

      Delete
    4. Pink
      Yes, memang betul pink kata tu. You setuju dgn iq.
      Saya pun setuju dgn iq and Kat atas tu pun saya dah kata saya setuju dgn iq.
      Thnks pink.

      Delete
    5. Galaksi Viral pun setuju dgn iq.

      Delete
  12. Ada pelbagai tujuan kita buat blog ni. Blogger pun ada pelbagai kategori. Dunia kehidupan kita pun berbeza2. Tak ramai rasanya orang2 zaman purba macam Pakcik ni buat blog. Nak jadi penulis blog hebat tak pandai sebab tak sekolah tinggi. Setakat amek gambar sana sini pakai hp cap ayam dan tulis sikit2 dalam blog bolehlah. Harap2 yang sudi baca tu dapatlah sikit manfaatnya kalau ada.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Blog wp dikira hebat. Saya salah sorang pembaca. Panyak pengetahuan saya belajar dari blog wp. Suka dgn tulisan wp, sebab cerita wp melalui pengalaman sendiri.

      Blogging ni bergantung pada minat pembacaan masing2. Kalau minat pertanian, tak banyak sikit pun ada ilmu dalam blog wp. Harap wp taknberhenti berkongsi pengalaman.

      Delete
  13. GV nak sentuh pasal periuk nasik Cuckoo tu. Kalu xsilap GV dalam drama Hero Seorang Cinderela, periuk ni pun boleh masak ikan stim kan. Periuk nasi mmg multi purpose tapi harganya boleh tahan juga. huhu. Hope dapat beli periuk ni satu hari nanti. :). Berkenaan dengan komen itu, ada banyak pendapat mengenainya. Subjektif. huhu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tentang periuk nasik yg gv kata tu memang betul periuk tu, fazura kan. Jenama Cuckoo buatan korea. Dalam entry tu ada link fb nya: Cuckoo Street. Just clik it.

      Tulisan serta komen memang subjectif. Mungkin kita tulis nombor atau angka 6. Tapi pengkomen di sebelah sana nampak seperti angka 9.

      Itu sebab saya sangat berhati hati bila menulis serta mengomen. Kalau hati pembaca tergores, susah kita na tau.

      Sayavrasa entry yg saya tulis kat atas ni pun ada yg silap faham. What can i do if they siap famam.

      Thank you GV.

      Delete
  14. setiap blogger ada pendirian dan cara masing-masing untuk berblog... yang penting jalinan ukhawah antara kita perlu dikekalkan.

    bagus entri ni adam... keep it up..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tak nak sentuh komen Mia. Cuma nak sentuh satu je yg Mia tulis: jalinan ukhawah.

      Saya setuju sangat tu. Jangan dgn sebab tulisan yg kita kurang faham, silatulrahim terputus.

      Thanjs.

      Delete
  15. salam..

    betul tu.yaya setuju.nk dgelar blogger semua org pon boleh.
    tp nk jadi penulis blog yang bagus bukan senang.
    entri biarlah mengenai perkara yang hebat juga, bnykkan info
    untuk pembaca blog, pengetahuan yang ada, perlu dkongsi bersama. sharing is caring gituu kan..
    hehe. yaya pon tengah memaju dan memantopkan lagi entri2 dalam blog yaya.
    harap sgt entri yang dikongsi beri manfaat pada yang membaca..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Blog yaya ok. Saya kerap baca. Mana yg saya arif tentang perkara ditulis saya komen. Mana yg saya tak tau sangat saya senyap.

      Kita menulis bukan nak popular kan? Kita semata2 berkongsi apa yg kita tau.

      Tak susah kan jadi blogger. Asal tulis blog je, dah dipanggil bloggger.

      Delete
    2. Asal tulis blog da dpanggil blogger?
      Hm.. No komen psl tu.haha 😅

      Delete
    3. The real meaning of blogger is: A person who contributes to a blog or online journal.

      Delete
  16. Sya tak aim utk jadi blogger hebat, cukup sekadar saya dapat share info melalui entry yang saya tulis pada pembaca

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun serupa pink. Lom mimpi nak ada blog hebat. You tengoklah tulisan saya sebelum ni. Semua caca marba. Semua isu rencam.

      Janji saya kongsi dgn pembaca yg suka baca.

      Delete
  17. sahabat terdekat pun tak tau saya seorang blogger...
    menulis sekadar menyimpan kenangan untuk diri sendiri dan tatapan anak2 satu hari kelak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu bagus saniah. Blog dijadikan diary. Dairy yg mudah dibawa ke mana2.
      Sesuai sebagai kenangan terutama untuk anak2.

      Delete
  18. Haha toinggg.. kena pada btg using sendiri. Mama ni blogger syok sendiri je taknak jadi hebat pun. Adam duk Shah alam org johor Kan. Sama la.. mama Johor kat muar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun tulis syok sendiri. Ikut dan je. Janji saya berkongsi cerita. Sedap ke tak cerita tu, itu lain cerita. Ada blog, kita dipanggil blogger. Hebat tu jauh panggang dari api.

      Saya kerap singgah blog mamapp.

      Delete
    2. Tulisan saya kat entry ni, menggalakkan pembaca buat blog. Ramai pembaca blog saya belum ada blog.

      Delete
    3. Tq Adam rajin singgah blog mama

      Delete
  19. HAAHAHHA, betul tuu. kena fokus, tingkatkan dan konsisten

    ReplyDelete
  20. sya bukan blogger walaupun ada blog.... boleh gitu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak boleh lah Dana. Tuan blog dipanggil blogger. Itu dalam istilah bahasa. Blog Dana pun ok. Patut jugak Dana dipanggil bloggger

      Delete
  21. saya mampu menulis diari je, tak mampu lagi untuk buka akaun blog. Besar commitment untuk mula jadi blogger ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau mengikut komen2 Liza sebelum ni, saya percaya Liza mampu menulis blog dgn baik. Percayalah.

      Jom Liza, kita berbloggging.

      Delete
    2. Thank you saya hargai sangat dorongan dari awak. Saya masih belajar on how to write. Saya still read your previous entry untuk mencari inspirasi dan ilmu untuk menulis

      Delete
    3. Thank you saya hargai sangat dorongan dari awak. Saya masih belajar on how to write. Saya still read your previous entry untuk mencari inspirasi dan ilmu untuk menulis

      Delete
    4. Kita sebenarnya tak tau kemampuan kita. Sebab kita tak mencuba. Itu kelemahan kita. Dalam apa hal pun.

      Delete
    5. Sebenarnya saya baru berbaik-baik dgn blog. Lebih kurang se tahun. Bila dah menulis baru saya tau. Yg menjadi kemegahan saya bukan pujian dari pembaca2. Saya megah sebab blog saya terdapat di dalam bloglist blogger-blogger hebat malaysia. Bila blog saya dimasukkan ke bloglist mereka, itu kayu pegkur kejayaan penulisan saya.

      Liza, jangan tak mulakan berblogging. Cepat menulis cepat dapat pengalaman.

      Delete
  22. saya mampu menulis diari je, tak mampu lagi untuk buka akaun blog. Besar commitment untuk mula jadi blogger ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. You cuba je bukak akaun blog. Tulis g simple2 je. Janji ada isi nanti ada orang baca. Cubalah.

      Saya tulis semua yg simple. Nak tulis yg berat2 saya tak pandai.

      Delete
  23. ahahahha entah kenapa, saya setuju dengan entry ni. rasa terkena diri sendiri pulak!

    tapi saya ni jenis personal blog, suka cerita pasal pengalaman sendiri xD contoh mcm pengalaman hari raya, review kedai makan atau tempat shopping best, cite pengalaman belajar, cerita pegi holiday. kira mcm kalau rindu, boleh baca balik pengalaman yg kita dh share kat blog tu kan. kadang tu adala jugak share tips ke hehe.

    saya ni senang je, kalau takde benda menarik yg berlaku memang saya tak hapdate blog. kadang tu pernah sampai sebulan jugak tak hapdate blog.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun macam Mazni jugak. Menulis ikut dan. Tak khusus. Tak spespik. Apa yg teringat itulah tulisan saya. Mazni tengoklah entry saya semua. Caca marba.

      Janji saya tulis. Ada masa saya letak gambar je.

      Thank you singgah sini.

      Delete
  24. Kalau saya..kalau sayalah yea..suka tulis entri panjang lebar.dengan mengunakan dengan cara penulisan saya sendirilah..sebab tulis pendek-pendek rasa macam tak puas.. tapi tak tahu ada orang baca ke tak. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ada isu, atau ada event, atau ada moment, atau ada pengajaran, atau ada moral dan lain2 orang akan baca. Saya akan baca. Tapi orang sekarang malas nak baca. Melalui komen mereka saya tau ada yg tak baca. Tapi buat komen. Pelik kan?

      Delete
  25. Saya anggap personal blog macam diari harian. Dari mula create acc, sampailah ke harini namanya kekal Jalan2 Kehidupan. Tulisan yang merakam jalan2 kehidupan saya pilih dari tahun 2005 sampailah sekarang.

    Fokus memiliki blog hebat pun tak, fokus menulis cerita yang pembaca anggap hebat pun tidak. Sekadar menulis ape yang saya rasa nak tulis😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita serupa imm. Saya tak terfikir jugak nak ada blog hebat. Cuma setiap kali saya buat entry ada benda yang saya kongsi, such as maklumat, mora, isu, tauladan dan lain2.

      Saya baru se tahun berblogging dikira belum mahir lagi.

      Delete
  26. "sakitnya tuh di sini, di dalam hatiku..."

    Entri Adam betul2 menusuk dikalbu, perit, ngilu bersatu.. 😭😭😭😭

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak umi ni ada2 je. Kak umi ni macam rakan saya, Maiko. Mudah nampak benda yg tersirat. Tapi umi ....., tulisan tu pun dituju kat saya jugak. Sebab 2 × 5.

      Delete
  27. haha..betul tu..kadang2 orang x kisah sangat nak baca entry..nak2 lagi entry yang terlampau panjang..main scan2 jelaa jawabnyaaa ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang betul tu. Ada yg komen semata-mata nak kita pergi ke blog mereka. Kalau ada yg komen hanya tulis, "nice sharing", betul ke dia baca entry kita?

      Delete
  28. Ramai nya yang komen. Saya pun nak tumpang komen.
    Saya dah terlambat nak menjadi blogger hebat. Ha ha sebab saya dari zaman purba. Old style. Tapi tak mengapa kan asalkan hati sendiri suka. Ada juga orang picit .. in the swim ..tu dari blog tuan. Happy macam budak tadika pulak saya hehe. Thanks to you.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tak nak jadi blogger hebat tapi nak jadi suami kepada yg hebat. Masalahnya yg hebat tu tak nak kan saya sebab dia bimbang orang hebat nanti akan kalahkan dia. Hahaha.

      Betul ke respons saya ni. Kalau tak betul kiranya belum hebat lagilah.

      I never missed reading yr entries.

      Delete
  29. Betul...lebih baik berusaha utk penulisan yg baik kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang betul tu Mimi. Sekurang2nya tulisan kita mesti ada isi. Kan. Thanks Mimi.

      Delete
  30. Tengok!!! Tulis contoh entri pun dah dapat komen berpuluh puluh kan Tuan Adam hihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hebat ke tak hebat tu....

      Delete
    2. Entry Ainom pun ramai orang komen. Saya tau sebab saya selalu singgah. Kadang2 saya kimen jugak. Ada kala tak komen kalau saya tak arif tentang perkara ditulis. Janji saya baca.

      Delete
    3. Pengomen ni semua sahabat blogger saya. Itu yg menyokong tulisan saya. Semua tu semangat saya.

      Delete
  31. tulis seikhlasnya.. tapi ikut mood gak nk mengarang kite ni hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya menulis kat blog ikut masa. Selalunya jarang cukup masa untuj berblogging. Baca entry friends pun dah berejam. Komen entry yg di baca pun makan masa. Lepas tu nak jawab komen lagi. Cuma tinggal beberapa minit untuk menulis.

      Hentam je walau tak cukup masa.

      Delete
  32. saya perlu pastikan penulisan saya bermanfaat kepada pembaca..

    tak bermanfaat mereka rugi masa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tuan jangan bimbang dgn tulisan tuan. Saya tau. Tulisan tuan ada isi. Kan saya baca tulisan tuan. So far very intresting.

      Delete
  33. Tak juga Adam.
    Ada juga teman2 blogger yg ikhlas mengkomen di belog kita tanpa mengharapkan kunjungan balas. Contohnya ada sesetengahnya tak pernah update blog langsung dah bertahun2, ada juga yg update blog tp hide pulak ruang komen.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes betul tu miss mirror sebab saya banyak jugakn jumpa pengomen yg tak ada blog. Mereka komen dgn email je.

      Ada juga yg komen melalui watsap.

      Saya setuju dgn miss mirror. Nampak sangat saya silap. Sorreee kpd mereka.

      Delete
  34. blog saya caca merba jugak, tapi ianya lebih kepada diari diri laa.. apa yang saya buat dan lakukan saya akan cuba coretkan dalam blog..

    tak kurang juga kongsikan info yang saya tahu untuk makluman orang lain..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes, saya tau tu. Banyak jugak maklumat i got from your blog.

      Delete
  35. blog saya campur2. ada entri panjang ada pendek. ada macam skema, ada yang santai sangat. kalau kita asyik nak fikir apa kata orang, kita dah berlaku tak adil untuk diri kita. bagi saya, sebaiknya jangan judge orang. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. blog adam, saya suka baca. sebab tajuk entri dah buat saya tertanya2. baca ayat first, automatik akn baca word by word sampi habis.

      Delete
    2. Blog saya pun campur campur. Macam maca perkara saya tulis. Ada yg serius jugak tapi ditulis secara santai. Ada yg tersirat tapi pembaca dapat kesan. Ramai yg faham maksud tersembunyi. Saya dapat pembaca yg bagus pemikiran mereka.

      Delete
    3. Saya rasa pembaca lebih suka baca moment saya dgn Maiko. Mereka suka dgn perwatakan maiko. Mailo yg menyebabkan orang suka baca tulisan saya pada hal tulisan saya tak menarik pun. Dua kali lima dgn tulisan yg lain. Apa2 pun thank you sebab Ainniah baca tulisan saya.

      Saya baca blog Ainniah tau.

      Delete
  36. Saya pun berblogging sekadar suka suka, tiada banyak entry yang menarik ... tapi entry Adam hari ni menarik perhatian saya untuk difikirkan... mungkin satu hari nnt, saya berusaha menulis sesuatu yg lebih byk manfaat utk dikongsi bersama...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mrs pip, tulisan saya pun sekadar suka suka. Saya baru sangat buat blog, so memang tak hebat. Memang tak akan hebat sebab menulis pun part time. Ikut dan aja.

      Cuma setiap kali saya tulis, saya nak orang fikirkan sesuatu lepas baca.

      Your blog is ok mrs pip. Saya kerap baca.

      Delete
  37. Tulis apa sahaja didalam fikiran..janj orang faham..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes yes. Tulis panjang dgn ayar berbunga bunga pun tak guna kalau pembaca tak paham.

      Delete
  38. Blog Mrs. A sekadar diary bergambar aje tulis pun ikut suka aje, caca-merba bak kata orang.
    Blog hebat tu macam mana ya tuan Adam?
    Jenis template yang beli mahal-mahal tu ke oopssss #nakkenacarutni

    ReplyDelete
  39. Blog mrs A ok apa. Saya kerap singgah situ.

    Pada saya blog cantik tak menggambarkan blogger tu hebat kalau isinya entah apa2.

    Kehabatan blogger bergantung pada tulisannya atau sajiannya. Bukan reka bentuk blog. Blogger hebat dunia kebanyakan design blog mereka simple. Contoh blogger No Rules, Just write. Entry dia kebanyakan penuh dgn video. Kadang2 tak ada tulisan pun di entry tapi dia ada ramai pengikut sebab videonya bermakna.

    Another blogger, Paper bag writer writes long essays but still get a great deal of traffic from readers sebab tulisan dia santai yg berisi.

    Ramai lagi blogger yg hebat tapi saya tak follow sebab tulisan mereka terkeluar dari isu2 yg saya minat.

    Pada saya penilian kehebatan blogger bergantung kepada pembaca tapi badi google dia ada kayu pengukur menilai blog.

    Thanks mrs A.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...